Wikisumber
mswikisource
https://ms.wikisource.org/wiki/Laman_Utama
MediaWiki 1.47.0-wmf.4
first-letter
Media
Khas
Perbincangan
Pengguna
Perbincangan pengguna
Wikisumber
Perbincangan Wikisumber
Fail
Perbincangan fail
MediaWiki
Perbincangan MediaWiki
Templat
Perbincangan templat
Bantuan
Perbincangan bantuan
Kategori
Perbincangan kategori
Gerbang
Perbincangan gerbang
Pengarang
Perbincangan pengarang
Karya
Perbincangan karya
Terjemahan
Perbincangan terjemahan
Laman
Perbincangan laman
Indeks
Perbincangan indeks
TimedText
TimedText talk
Modul
Perbincangan modul
Acara
Perbincangan acara
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/68
250
8085
23091
2026-05-26T12:30:36Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23091
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|68|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|593}}'''}}</noinclude>'''Penggeledahan tanpa waran'''
{{anchor|62.1}}'''62.''' (1) Jika maklumat diberikan kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa apa-apa harta curi disembunyikan atau diserah simpan di mana-mana tempat dan dia mempunyai alasan yang baik bagi mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah harta itu berkemungkinan dialihkan, pegawai itu boleh menurut kuasa jawatannya menggeledah tempat yang dinyatakan itu bagi mencari harta tertentu yang dikatakan telah dicuri itu.
{{anchor|62.2}}(2) Suatu senarai harta yang dikatakan telah dicuri itu hendaklah diserahkan atau dicatatkan secara bertulis berserta suatu akuan yang menyatakan bahawa harta itu telah dicuri dan bahawa pemberitahu itu mempunyai alasan yang baik bagi mempercayai bahawa harta itu disimpan di tempat itu.
{{anchor|62.3}}(3) Orang yang daripadanya harta itu dicuri atau wakilnya hendaklah menyertai pegawai itu dalam penggeledahan itu.
'''Pelucuthakan syiling lancung'''
{{anchor|62A.1}}'''{{sc|62a.}}''' (1) Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, apabila berpuas hati bahawa mana-mana orang yang mempunyai dalam milikannya apa-apa syiling lancung atau syiling semasa lancung atau apa-apa acuan, alat atau bahan bagi maksud melancungkan mana-mana syiling atau syiling semasa, boleh tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan memasuki dan menggeledah mana-mana tempat yang apa-apa syiling sedemikian atau apa-apa acuan, alat atau bahan sedemikian disimpan dan menyita segala syiling, acuan, alat atau bahan itu.
{{anchor|62A.2}}(2) Apa-apa jua benda yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah, melalui perintah Mahkamah yang di hadapannya mana-mana orang dibicarakan yang berhubungan dengan pemilikannya atau, jika tiada perbicaraan, melalui perintah seorang Majistret, dilucuthakkan dan hendaklah dimusnahkan atau selainnya dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.<noinclude></noinclude>
brrqfm168epp58uer0trtzplizbzthj
23092
23091
2026-05-26T12:31:00Z
PeaceSeekers
18
23092
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|68|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>'''Penggeledahan tanpa waran'''
{{anchor|62.1}}'''62.''' (1) Jika maklumat diberikan kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa apa-apa harta curi disembunyikan atau diserah simpan di mana-mana tempat dan dia mempunyai alasan yang baik bagi mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah harta itu berkemungkinan dialihkan, pegawai itu boleh menurut kuasa jawatannya menggeledah tempat yang dinyatakan itu bagi mencari harta tertentu yang dikatakan telah dicuri itu.
{{anchor|62.2}}(2) Suatu senarai harta yang dikatakan telah dicuri itu hendaklah diserahkan atau dicatatkan secara bertulis berserta suatu akuan yang menyatakan bahawa harta itu telah dicuri dan bahawa pemberitahu itu mempunyai alasan yang baik bagi mempercayai bahawa harta itu disimpan di tempat itu.
{{anchor|62.3}}(3) Orang yang daripadanya harta itu dicuri atau wakilnya hendaklah menyertai pegawai itu dalam penggeledahan itu.
'''Pelucuthakan syiling lancung'''
{{anchor|62A.1}}'''{{sc|62a.}}''' (1) Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, apabila berpuas hati bahawa mana-mana orang yang mempunyai dalam milikannya apa-apa syiling lancung atau syiling semasa lancung atau apa-apa acuan, alat atau bahan bagi maksud melancungkan mana-mana syiling atau syiling semasa, boleh tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan memasuki dan menggeledah mana-mana tempat yang apa-apa syiling sedemikian atau apa-apa acuan, alat atau bahan sedemikian disimpan dan menyita segala syiling, acuan, alat atau bahan itu.
{{anchor|62A.2}}(2) Apa-apa jua benda yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah, melalui perintah Mahkamah yang di hadapannya mana-mana orang dibicarakan yang berhubungan dengan pemilikannya atau, jika tiada perbicaraan, melalui perintah seorang Majistret, dilucuthakkan dan hendaklah dimusnahkan atau selainnya dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.<noinclude></noinclude>
9n611kawhvo7bosbdbtudrb44zh6zoy
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/69
250
8086
23093
2026-05-26T13:00:50Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23093
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|69}}</noinclude>
'''Pelucuthakan mata wang lancung'''
{{anchor|62B.1}}'''{{sc|62B.}}''' (1) Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, apabila berpuas hati bahawa mana-mana orang mempunyai dalam milikannya apa-apa mata wang kertas atau nota bank yang palsu atau lancung atau apa-apa jentera, alat atau bahan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi memalsukan atau melancungkan apa-apa mata wang kertas atau nota bank, boleh tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan memasuki dan menggeledah mana-mana tempat yang apa-apa mata wang kertas atau nota bank sedemikian atau apa-apa jentera, alat atau bahan sedemikian disimpan dan menyita segala wang kertas, jentera, alat atau bahan itu.
{{anchor|62B.2}}(2) Apa-apa jua benda yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah, melalui perintah Mahkamah yang di hadapannya mana-mana orang dibicarakan yang berhubungan dengan pemilikannya atau, jika tiada perbicaraan, melalui perintah seorang Majistret, dilucuthakkan dan hendaklah dimusnahkan atau selainnya dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
'''Penggeledahan terus'''
{{anchor|63.1}}'''63.''' (1) Mana-mana pegawai polis boleh, dalam hal keadaan yang disebut dalam seksyen ini, diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pegawai Polis untuk memasuki dan, jika diberi kuasa sedemikian, boleh memasuki mana-mana tempat bagi mencari harta curi dan menggeledah dan menyita dan mendapatkan apa-apa harta yang dipercayainya telah dicuri mengikut cara yang sama sebagaimana yang dia akan diberi kuasa untuk melakukannya jika dia mempunyai waran geledah dan harta yang disita itu, jika ada, bersamaan dengan harta yang diperihalkan dalam waran geledah itu.
{{anchor|63.2}}(2) Dalam tiap-tiap hal yang harta disita menurut seksyen ini, orang yang di tempatnya ia berada pada masa penyitaan atau orang yang daripadanya ia diambil, jika selain orang yang di tempatnya ia berada, hendaklah, melainkan jika sebelum itu dipertuduh kerana menerima harta itu dengan mengetahui harta itu telah dicuri, disaman di hadapan Majistret untuk menerangkan pemilikannya bagi harta itu, dan Majistret itu hendaklah membuat apa-apa perintah berkenaan<noinclude></noinclude>
9mbadd5je80ituprxer8okuw6v7977i
23094
23093
2026-05-26T13:07:18Z
PeaceSeekers
18
23094
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|69}}</noinclude>
'''Pelucuthakan mata wang lancung'''
{{anchor|62B.1}}'''{{sc|62b.}}''' (1) Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, apabila berpuas hati bahawa mana-mana orang mempunyai dalam milikannya apa-apa mata wang kertas atau nota bank yang palsu atau lancung atau apa-apa jentera, alat atau bahan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi memalsukan atau melancungkan apa-apa mata wang kertas atau nota bank, boleh tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan memasuki dan menggeledah mana-mana tempat yang apa-apa mata wang kertas atau nota bank sedemikian atau apa-apa jentera, alat atau bahan sedemikian disimpan dan menyita segala wang kertas, jentera, alat atau bahan itu.
{{anchor|62B.2}}(2) Apa-apa jua benda yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah, melalui perintah Mahkamah yang di hadapannya mana-mana orang dibicarakan yang berhubungan dengan pemilikannya atau, jika tiada perbicaraan, melalui perintah seorang Majistret, dilucuthakkan dan hendaklah dimusnahkan atau selainnya dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
'''Penggeledahan terus'''
{{anchor|63.1}}'''63.''' (1) Mana-mana pegawai polis boleh, dalam hal keadaan yang disebut dalam seksyen ini, diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pegawai Polis untuk memasuki dan, jika diberi kuasa sedemikian, boleh memasuki mana-mana tempat bagi mencari harta curi dan menggeledah dan menyita dan mendapatkan apa-apa harta yang dipercayainya telah dicuri mengikut cara yang sama sebagaimana yang dia akan diberi kuasa untuk melakukannya jika dia mempunyai waran geledah dan harta yang disita itu, jika ada, bersamaan dengan harta yang diperihalkan dalam waran geledah itu.
{{anchor|63.2}}(2) Dalam tiap-tiap hal yang harta disita menurut seksyen ini, orang yang di tempatnya ia berada pada masa penyitaan atau orang yang daripadanya ia diambil, jika selain orang yang di tempatnya ia berada, hendaklah, melainkan jika sebelum itu dipertuduh kerana menerima harta itu dengan mengetahui harta itu telah dicuri, disaman di hadapan Majistret untuk menerangkan pemilikannya bagi harta itu, dan Majistret itu hendaklah membuat apa-apa perintah berkenaan<noinclude></noinclude>
rz5q0em5kbkka54e55ouvw93rur9sva
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/70
250
8087
23095
2026-05-26T13:12:16Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23095
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|70|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>dengan pelupusan harta itu dan boleh mengawardkan apa-apa kos sebagaimana yang dikehendaki oleh keadilan dalam hal itu.
{{anchor|63.3}}(3) Ketua Pegawai Polis boleh memberikan apa-apa kuasa seperti yang disebut terdahulu dalam hal yang berikut atau salah satu daripadanya—
:{{anchor|63.3.a}}''(a)'' apabila tempat yang hendak digeledah itu sedang dihuni atau dalam masa dua belas bulan sebelum itu telah dihuni atau digunakan oleh mana-mana orang yang telah disabitkan kerana menerima harta curi atau melindungi pencuri; atau
:{{anchor|63.3.b}}''(b)'' apabila tempat yang hendak digeledah itu sedang dihuni atau digunakan oleh mana-mana orang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan dan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan.
{{anchor|63.4}}(4) Tidaklah perlu bagi Ketua Pegawai Polis semasa memberikan kuasa sedemikian untuk menyatakan apa-apa harta tertentu tetapi dia boleh memberikan kuasa itu jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai pada amnya bahawa tempat itu sedang digunakan bagi penerimaan barang-barang curi.
'''Senarai semua benda yang disita hendaklah dibuat dan ditandatangani'''
{{anchor|64.1}}'''64.''' Suatu senarai semua benda yang disita semasa penggeledahan dibuat di bawah Bab ini dan suatu senarai tempat yang benda itu masing-masing dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai atau orang lain yang membuat penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya.
'''Penghuni hendaklah hadir semasa penggeledahan'''
{{anchor|65.1}}'''65.''' Penghuni bagi tempat yang digeledah itu, atau sesiapa jua bagi pihaknya, hendaklah pada tiap-tiap keadaan dibenarkan untuk hadir semasa penggeledahan itu, dan suatu salinan senarai yang disediakan<noinclude></noinclude>
saovdpw8uokdnn7403xa0tzuuc2pige
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/71
250
8088
23096
2026-05-26T13:24:31Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23096
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|71}}</noinclude>dan ditandatangani di bawah seksyen ini hendaklah diserahkan kepada penghuni atau orang itu atas permintaannya.
{{C|{{sc|Bahagian IV}}<br>PENCEGAHAN KESALAHAN<br>{{sc|Bab VII}}<br>JAMINAN BAGI MENJAGA KEAMANAN DAN BAGI KELAKUAN BAIK}}
'''Jaminan bagi menjaga keamanan apabila disabitkan'''
{{anchor|66.1}}'''66.''' (1) Apabila mana-mana orang disabitkan—
:{{anchor|66.1.a}}''(a)'' atas apa-apa kesalahan yang melibatkan suatu pecah keamanan atau atas persubahatan dalam kesalahan itu; atau
:{{anchor|66.1.b}}''(b)'' atas pelakuan ugutan jenayah atau pencerobohan jenayah atau kerana menjadi anggota suatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang,
dan Mahkamah yang di hadapannya orang itu disabitkan berpendapat bahawa adalah perlu untuk menghendaki orang itu menyempurnakan suatu bon bagi menjaga keamanan, Mahkamah itu boleh, pada masa menjatuhkan hukuman ke atas orang itu atau sebagai ganti apa-apa hukuman, memerintahkannya untuk menyempurnakan suatu bon bagi suatu jumlah wang yang berkadaran dengan kemampuannya dengan atau tanpa penjamin bagi menjaga keamanan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan patut olehnya untuk ditetapkan dalam setiap keadaan yang tidak melebihi enam bulan jika perintah itu dibuat oleh Mahkamah Majistret atau dua tahun jika perintah itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi.
{{anchor|66.2}}(2) Jika sabitan itu diketepikan semasa rayuan atau selainnya, bon yang disempurnakan sedemikian hendaklah menjadi batal.<noinclude></noinclude>
dvxkk41v7vorl2regyxtri48x022vl6
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/72
250
8089
23097
2026-05-26T13:27:40Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23097
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|72|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>'''Jaminan bagi menjaga keamanan oleh pengadu'''
{{anchor|66A.1}}'''{{sc|66a.}}''' (1) Jika semasa atau selepas perbicaraan sesuatu kes, Mahkamah berpendapat bahawa kelakuan seseorang pengadu adalah atau telah sedemikian rupa sehingga menjadi perlu untuk memanggilnya untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut mengikat suatu bon untuk menjaga keamanan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah itu untuk ditetapkan, Mahkamah itu boleh secara terus memanggilnya untuk berbuat demikian.
{{anchor|66A.2}}(2) Keterangan yang berdasarkannya Mahkamah memutuskan untuk memanggil seseorang untuk menunjukkan sebab di bawah seksyen ini hendaklah dibacakan kepada orang yang dipanggil sedemikian, tetapi tidaklah perlu untuk memanggil semula mana-mana saksi melainkan jika orang yang dipanggil itu berhasrat untuk memeriksa balas saksi itu.
{{anchor|66A.3}}(3) Kes untuk menunjukkan sebab di bawah seksyen ini boleh, jika didapati patut oleh Mahkamah itu, diteruskan sama ada sebagai sebahagian daripada kes yang daripadanya ia berbangkit atau sebagai suatu prosiding yang berasingan.
{{anchor|66A.4}}(4) Jika, apabila dipanggil sedemikian, pengadu itu tidak dapat menunjukkan sebab, Mahkamah boleh memerintahkannya untuk menyempurnakan suatu bon untuk menjaga keamanan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah itu.
'''Jaminan bagi menjaga keamanan dalam hal lain'''
{{anchor|67.1}}'''67.''' Apabila didapati oleh seseorang Majistret bahawa mana-mana orang yang tinggal atau yang berada di dalam had tempatan bidang kuasanya mungkin melakukan suatu pecah keamanan atau melakukan apa-apa perbuatan salah yang barangkali akan menyebabkan pecah keamanan di dalam atau di luar had itu, Majistret itu boleh, mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini, menghendaki orang itu untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut diperintahkan untuk menyempurnakan suatu bon dengan atau tanpa penjamin bagi<noinclude></noinclude>
2x39hhhbtq6xwhjplawbnhvprulgdih
Laman:Pelita Brunei -1 Februari 1957.pdf/2
250
8090
23098
2026-05-26T13:34:30Z
Rombituon
510
/* Belum dibaca pruf */ Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Center|{{Underline|BADAN PENYUSUN ADAT ISTIADAT BRUNEI DI-TUBOHKAN}}}} {{inden teks|2em|Satu Jawatan Kuasa Penyusun 'Adat Istiadat Brunei telah di-tuboh- kan baharu2 ini di-Bandar Brunei.}} {{inden teks|2em|Jawatan Kuasa tersebut mengandongi seramai 30 orang ahli2 dari berbagai2 puak dan golongan, dengan di-Pengurusikan oleh Yang Teramat Mulia Seri Peduka Duli Pengiran Pemancha.}} {{inden teks|2em|Jawatan Kuasa ini di-tugaskan...
23098
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="1" user="Rombituon" /></noinclude>{{Center|{{Underline|BADAN PENYUSUN ADAT ISTIADAT BRUNEI DI-TUBOHKAN}}}}
{{inden teks|2em|Satu Jawatan Kuasa Penyusun 'Adat Istiadat Brunei telah di-tuboh-
kan baharu2 ini di-Bandar Brunei.}}
{{inden teks|2em|Jawatan Kuasa tersebut mengandongi seramai 30 orang ahli2 dari
berbagai2 puak dan golongan, dengan di-Pengurusikan oleh Yang Teramat
Mulia Seri Peduka Duli Pengiran Pemancha.}}
{{inden teks|2em|Jawatan Kuasa ini di-tugaskan menyusun semua adat istiadat yang
terdapat dalam Negeri Brunei, bukan sahaja Adat Istiadat Di-Raja, bah
kan juga meliputi semua adat istiadat dari berbagai2 puak dalam Neg
eri Brunei.}}
{{inden teks|2em|Duli Yang Maha Mulia Maulana Sultan telah bersama2 hadzir dalam
Mashuarat Jawatan Kuasa ini yang baharu di-langsongkan pada awal bulan
January ini, di-mana Duli Yang Maha Mulia berharap supaya Badan ini
dapat menyampurnakan tugas2 yang di-beri kapada-nya dan mudah2an dapat-
lah menghidupkan dan membaiki semula segala 'adat istiadat yang ada
dalam Negeri Brunei ini.}}
{{inden teks|2em|Orang ramai yang mengatahui 'adat istiadat dari puak atau kaum-
nya ada-lah di-pinta bekerjasama dan di-minta membuat perhubongan en-
gan Setia Usaha Penyusun 'Adat Istiadat Negeri, yang beralamat c/d,
Pejabat Penerangan Negeri, Bandar Brunei.}}
{{Rule}}
{{garis bawah|{{c|KEPUTUSAN PEPEREKSA AN "SARAWAK JUNIOR"}}}}
{{inden teks|2em|Empat belas orang daripada tujoh belas orang penuntut 2 dari Sul-
tan Omar Ali Saifuddin College, Bandar Brunei yang telah masok Pepere-
ksa'an "Sarawak Junior" pada awal bulan November, 1956 telah lulus dal-
am pepereksa'an tersebut.}}
{{inden teks|2em|Delapan orang daripada penuntut2 tersebut telah mendapat Sijil
"Sarawak Junior", manakala enam orang lagi telah lulus Form III.}}
{{inden teks|2em|Penuntut2 yang telah berjaya mendapat Sijil "Sarawak Junior" itu
ia-lah:- Helen Bradshaw, Lim Hui Tin, Abdul Rahman bin Abdullah, Awag-
ku Omar bin Pengiran Limbang, Awangku Sani bin Pengiran Ahmad, Ghafar
bin Lamat, Hussain bin Md. Daud dan Ibrahim bin Mat.}}
{{inden teks|2em|Penuntut2 yang telah lulus Form III, ia-lah:- Alice Kong, Abdul
Rahman bin Haji Tudin, Abu Bakar bin Abdul Rahman, Kassim bin Md. Daud,
Koh Hoe Peng dan Salleh bin Sheikh Mahmud.}}
{{inden teks|2em|Ada-lah di-fahamkan bahawa enam orang penuntut 2 dari Government
English School, Seria telah mendapat Sijil "Sarawak Junior" dan dua
orang telah lulus Form III.}}
{{Rule}}
{{garis bawah|{{c|ROMBONGAN PENGAKAP2 PEREMPUAN DARI BRUNEI BERLEPAS KA-MANILA}}}}
{{inden teks|2em|Rombongan lima orang Pengakap2 Perempuan dari Negeri Brunei yang
telah di-pileh untok mewakili Negeri ini ka-perkhemahan Pengakap2
Perempuan Sa-dunia di-Negeri Philippine, sebagaimana yang telah kita
siarkan dalam keluaran Pelita Brunei yang lalu, telah berlepas ka-
Manila dengan kapal terbang pada hari Khamis, 17 January, 1957 melalui
Labuan.}}
{{inden teks|2em|Rombongan itu, di-ketuai oleh Mem M. Bradshaw, Pesuroh Jaya Peng
akap2 Perempuan Negeri Brunei, mengandongi Zaharah binte Idris, Jusnani
binte Lawi, dan Zainon binte Latif (dari Bandar Brunei); Maimon binte
Ahmad dan Sheila Fowle (dari Seria).}}
{{kanan|/Samentara itu, ...}}<noinclude></noinclude>
knbkz51asby21af5c7v06adlcitcva7
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/73
250
8091
23099
2026-05-26T14:14:40Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23099
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|73}}</noinclude>menjaga keamanan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majistret itu untuk ditetapkan.
'''Jaminan bagi kelakuan baik daripada orang yang disyaki, kutu rayau dan orang yang menyebarkan perkara hasutan'''
{{anchor|68.1}}'''68.''' (1) Apabila didapati oleh seseorang Majistret bahawa—
:{{anchor|68.1.a}}''(a)'' mana-mana orang sedang mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyembunyikan kehadirannya di dalam had tempatan bidang kuasanya dan bahawa terdapat sebab untuk mempercayai bahawa orang itu sedang mengambil langkah berjaga-jaga itu dengan tujuan untuk melakukan suatu kesalahan;
:{{anchor|68.1.b}}''(b)'' terdapat di dalam had itu mana-mana orang yang pada zahirnya tidak mempunyai mata pencarian atau yang tidak dapat memberikan penerangan yang memuaskan tentang dirinya; atau
:{{anchor|68.1.c}}''(c)'' terdapat di dalam had itu mana-mana orang yang, di dalam atau di luar had itu sama ada secara lisan atau bertulis, menyebarkan atau cuba untuk menyebarkan atau dengan apa-apa cara bersubahat dalam menyebarkan—
::{{anchor|68.1.c.i}}(i) apa-apa perkara hasutan, iaitu apa-apa perkara yang penyiarannya boleh dihukum di bawah [[Akta Hasutan 1948]] [''Akta 15'']; atau
::{{anchor|68.1.c.ii}}(ii) apa-apa perkara berkenaan dengan Hakim atau Majistret yang terjumlah kepada ugutan jenayah atau fitnah di bawah Kanun Keseksaan,
Majistret itu boleh, mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini, menghendaki orang itu untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut diperintahkan untuk menyempurnakan suatu bon dengan penjamin bagi kelakuan baiknya bagi apa-apa tempoh<noinclude></noinclude>
5nujd6rqfk41jx4acx1wowfqeynq3ju
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/74
250
8092
23100
2026-05-26T14:17:23Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23100
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|74|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majistret itu untuk ditetapkan.
{{anchor|68.2}}(2) Tiada prosiding boleh diambil di bawah perenggan ''(c)'' terhadap penyunting, tuan punya, pencetak atau penerbit bagi mana-mana buku atau akhbar yang didaftarkan di bawah [[Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984]] [''Akta 301''], atau di bawah [[Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986]] [''Akta 331''], kecuali dengan perintah atau di bawah kuasa Pendakwa Raya.
'''Jaminan bagi kelakuan baik daripada pesalah lazim'''
{{anchor|69.1}}'''69.''' Apabila didapati oleh seseorang Majistret bahawa mana-mana orang yang berada di dalam had tempatan bidang kuasa Majistret itu—
:{{anchor|69.1.a}}''(a)'' merupakan seorang kaki rompak, pecah rumah atau curi atau kaki terima harta curi sedangkan dia tahu harta itu telah dicuri;
:{{anchor|69.1.b}}''(b)'' secara lazimnya melakukan pemerasan atau dengan tujuan untuk melakukan pemerasan secara lazimnya menyebabkan atau cuba menyebabkan orang menjadi takut akan kecederaan;
:{{anchor|69.1.c}}''(c)'' merupakan seorang pelindung atau penaung lazim pencuri;
:{{anchor|69.1.d}}''(d)'' merupakan seorang pembantu lazim dalam menyembunyikan atau melupuskan harta curi;
:{{anchor|69.1.e}}''(e)'' merupakan seorang yang hidupnya terkenal jahat atau seorang yang berperwatakan bahaya; atau
:{{anchor|69.1.f}}''(f)'' secara lazimnya bergaul dengan perompak, penjenayah pecah rumah, pencuri, pelacur atau orang yang pada zahirnya tidak mempunyai mata pencarian,
Majistret itu boleh, mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini, menghendaki orang itu untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut diperintahkan untuk menyempurnakan suatu<noinclude></noinclude>
r9mr4e2rbkuzammkl0tyhupsduzzt0m
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/75
250
8093
23101
2026-05-26T14:21:15Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23101
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|75}}</noinclude>bon dengan atau tanpa penjamin bagi kelakuan baiknya bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majistret itu untuk ditetapkan.
'''Saman atau waran jika dikehendaki'''
{{anchor|70.1}}'''70.''' (1) Apabila difikirkan perlu oleh seseorang Majistret yang bertindak di bawah seksyen 67, 68 atau 69 untuk menghendaki mana-mana orang untuk menunjukkan sebab di bawah seksyen itu, Majistret itu hendaklah, jika orang itu belum ditangkap tanpa waran dan dibawa ke hadapan Mahkamah bagi maksud siasatan yang disebut kemudian daripada ini, mengeluarkan suatu saman yang menghendakinya untuk hadir dan menunjukkan sebab atau, jika orang itu berada dalam jagaan, tetapi tidak hadir di Mahkamah, mengeluarkan suatu waran yang mengarahkan pegawai yang dalam jagaannya orang itu berada supaya membawanya ke hadapan Mahkamah.
{{anchor|70.2}}(2) Apabila didapati oleh Majistret itu berdasarkan laporan seorang pegawai polis atau maklumat lain, yang isi laporan atau maklumat itu hendaklah direkodkan oleh Majistret itu, bahawa terdapat sebab untuk bimbang akan berlakunya pelakuan pecah keamanan dan bahawa pecah keamanan itu tidak dapat dicegah selain penangkapan orang itu dengan serta-merta, Majistret itu boleh pada bila-bila masa mengeluarkan waran bagi penangkapannya.
'''Bentuk saman atau waran'''
{{anchor|71.1}}'''71.''' Tiap-tiap saman atau waran yang dikeluarkan di bawah seksyen 70 hendaklah mengandungi suatu pernyataan ringkas tentang isi maklumat yang berdasarkannya saman atau waran itu dikeluarkan, dan hendaklah menyatakan amaun bon yang hendaklah disempurnakan itu, tempoh yang baginya bon itu dikehendaki berkuat kuasa dan bilangan, ciri dan golongan penjamin, jika ada, yang dikehendaki.<noinclude></noinclude>
9qtjsykgab7pc5yzc3g1fstkss9nex0
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/76
250
8094
23102
2026-05-27T05:39:53Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23102
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|76|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 793}}'''}}</noinclude>'''Kuasa untuk mengetepikan kehadiran diri'''
{{anchor|72.1}}'''72.''' Majistret boleh, jika dia mendapati terdapat sebab yang mencukupi, mengetepikan kehadiran diri bagi mana-mana orang yang dipanggil untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut diperintahkan untuk menyempurnakan suatu bon bagi menjaga keamanan, dan boleh membenarkannya hadir melalui peguam bela.
'''Siasatan hendaklah diadakan'''
{{anchor|73.1}}'''73.''' (1) Apabila mana-mana orang hadir atau dibawa ke hadapan seorang Majistret bagi mematuhi suatu saman atau bagi melaksanakan suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen 70, Majistret itu hendaklah terus menyiasat kebenaran maklumat yang berdasarkannya dia telah bertindak dan untuk mengambil apa-apa keterangan lanjut sebagaimana yang perlu.
{{anchor|73.2}}(2) Apabila mana-mana orang telah ditangkap tanpa waran dan dibawa ke hadapan seorang Majistret bagi maksud diikat jamin sama ada untuk menjaga keamanan atau untuk berkelakuan baik, Majistret itu hendaklah sebagai ganti menghendakinya untuk menunjukkan sebab menjelaskan kepada orang itu maksud dan tujuan siasatan itu dan hendaklah mengambil apa-apa keterangan yang dikemukakan bagi salah satu bahagian.
{{anchor|73.3}}(3) Suatu siasatan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dengan seberapa hampir yang dapat dilaksanakan mengikut cara yang ditetapkan kemudian daripada ini bagi menjalankan perbicaraan terus di hadapan Majistret kecuali bahawa tiada pertuduhan perlu dibentuk.
{{anchor|73.4}}(4) Bagi maksud seksyen ini, hakikat bahawa seseorang itu merupakan seorang pesalah lazim boleh dibuktikan melalui keterangan reputasi am atau selainnya.
'''Perintah untuk memberikan jaminan'''
{{anchor|74.1}}'''74.''' Jika berdasarkan siasatan itu dibuktikan bahawa adalah perlu bagi menjaga keamanan atau mengekalkan kelakuan baik, mengikut<noinclude></noinclude>
3b2akpey2v7kkrv2o84zs68gx0e76if
23103
23102
2026-05-27T05:40:08Z
PeaceSeekers
18
23103
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|76|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 793}}'''}}</noinclude>
'''Kuasa untuk mengetepikan kehadiran diri'''
{{anchor|72.1}}'''72.''' Majistret boleh, jika dia mendapati terdapat sebab yang mencukupi, mengetepikan kehadiran diri bagi mana-mana orang yang dipanggil untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut diperintahkan untuk menyempurnakan suatu bon bagi menjaga keamanan, dan boleh membenarkannya hadir melalui peguam bela.
'''Siasatan hendaklah diadakan'''
{{anchor|73.1}}'''73.''' (1) Apabila mana-mana orang hadir atau dibawa ke hadapan seorang Majistret bagi mematuhi suatu saman atau bagi melaksanakan suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen 70, Majistret itu hendaklah terus menyiasat kebenaran maklumat yang berdasarkannya dia telah bertindak dan untuk mengambil apa-apa keterangan lanjut sebagaimana yang perlu.
{{anchor|73.2}}(2) Apabila mana-mana orang telah ditangkap tanpa waran dan dibawa ke hadapan seorang Majistret bagi maksud diikat jamin sama ada untuk menjaga keamanan atau untuk berkelakuan baik, Majistret itu hendaklah sebagai ganti menghendakinya untuk menunjukkan sebab menjelaskan kepada orang itu maksud dan tujuan siasatan itu dan hendaklah mengambil apa-apa keterangan yang dikemukakan bagi salah satu bahagian.
{{anchor|73.3}}(3) Suatu siasatan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dengan seberapa hampir yang dapat dilaksanakan mengikut cara yang ditetapkan kemudian daripada ini bagi menjalankan perbicaraan terus di hadapan Majistret kecuali bahawa tiada pertuduhan perlu dibentuk.
{{anchor|73.4}}(4) Bagi maksud seksyen ini, hakikat bahawa seseorang itu merupakan seorang pesalah lazim boleh dibuktikan melalui keterangan reputasi am atau selainnya.
'''Perintah untuk memberikan jaminan'''
{{anchor|74.1}}'''74.''' Jika berdasarkan siasatan itu dibuktikan bahawa adalah perlu bagi menjaga keamanan atau mengekalkan kelakuan baik, mengikut<noinclude></noinclude>
ocvjuf9btx29f31bv9krygobpehrwjj
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/77
250
8095
23104
2026-05-27T05:41:24Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23104
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|77}}</noinclude>mana-mana yang berkenaan, bahawa orang yang berkenaan dengannya siasatan itu dibuat patut menyempurnakan suatu bon dengan atau tanpa penjamin, Majistret itu hendaklah membuat suatu perintah dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa—
:{{anchor|74.1.a}}''(a)'' tiada seorang pun boleh diperintahkan untuk memberikan jaminan yang jenisnya berlainan daripada atau bagi suatu amaun yang lebih besar daripada atau bagi suatu tempoh yang lebih lama daripada yang dinyatakan dalam saman atau waran yang dikeluarkan di bawah seksyen 70, jika ada;
:{{anchor|74.1.b}}''(b)'' amaun bagi tiap-tiap bon hendaklah ditetapkan dengan mengambil kira dengan sewajarnya hal keadaan kes itu dan tidak boleh berlebihan, tetapi hendaklah sedemikian banyaknya untuk memberikan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat peluang yang adil bagi mematuhinya;
:{{anchor|74.1.c}}''(c)'' apabila orang yang berkenaan dengannya siasatan itu dibuat tidak kompeten untuk berkontrak, bon itu hendaklah disempurnakan hanya oleh penjaminnya.
'''Pelepasan bagi orang yang terhadapnya maklumat diberikan'''
{{anchor|75.1}}'''75.''' Jika berdasarkan siasatan di bawah seksyen 73 tidak dibuktikan bahawa adalah perlu bagi menjaga keamanan atau mengekalkan kelakuan baik, mengikut mana-mana yang berkenaan, bahawa orang yang berkenaan dengannya siasatan itu dibuat patut menyempurnakan suatu bon, Majistret itu hendaklah membuat suatu catatan yang bermaksud sedemikian dalam rekod, dan jika orang itu berada dalam jagaan hanya bagi maksud siasatan itu, hendaklah membebaskannya atau, jika orang itu tidak berada dalam jagaan, hendaklah melepaskannya.<noinclude></noinclude>
c2v4eownwtlzrtanwy01pza4mw2yuq5
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/78
250
8096
23105
2026-05-27T06:17:19Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23105
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|78|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>
{{C|''Prosiding dalam Segala Hal Selepas Perintah untuk Memberikan Jaminan''}}
'''Permulaan tempoh yang baginya jaminan dikehendaki
{{anchor|76.1}}'''76.''' (1) Jika mana-mana orang yang berkenaan dengannya suatu perintah yang menghendaki jaminan dibuat di bawah seksyen [[#66.1|seksyen 66]] atau [[#74.1|74]] dijatuhkan atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan pada masa perintah itu dibuat, tempoh yang baginya jaminan itu dikehendaki hendaklah bermula apabila hukuman itu habis tempoh.
{{anchor|76.2}}(2) Dalam hal lain tempoh itu hendaklah bermula pada tarikh perintah itu dibuat.
'''Kandungan bon'''
{{anchor|77.1}}'''77.''' (1) Bon yang hendaklah disempurnakan oleh mana-mana orang hendaklah mengikatnya untuk menjaga keamanan atau untuk berkelakuan baik, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan dalam hal yang terkemudian itu pelakuan atau percubaan untuk melakukan atau persubahatan dalam apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, di mana-mana jua kesalahan itu dilakukan, merupakan suatu pelanggaran bon itu.
{{anchor|77.2}}(2) Tiap-tiap bon itu hendaklah berkuat kuasa di seluruh Malaysia.
'''Kuasa untuk menolak penjamin'''
{{anchor|78.1}}'''78.''' Sesuatu Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, enggan menerima mana-mana orang tertentu yang ditawarkan sebagai penjamin bagi kelakuan baik di bawah Bab ini.
'''Pemenjaraan jika ingkar memberikan jaminan'''
{{anchor|79.1}}'''79.''' (1) Jika mana-mana orang yang diperintahkan untuk memberikan jaminan di bawah [[#66.1|seksyen 66]], [[#66A.1|{{sc|66a}}]] atau [[#74.1|74]] tidak memberikan jaminan itu pada atau sebelum tarikh tempoh yang<noinclude></noinclude>
iukoc0txicxdz42r923v9bue78u9ka2
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/79
250
8097
23106
2026-05-27T06:18:59Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23106
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|79}}</noinclude>baginya jaminan yang dikehendaki diberikan itu bermula, orang itu hendaklah dikomitkan ke penjara atau, jika dia telah pun berada di dalam penjara, hendaklah ditahan di dalam penjara, sehingga habis tempoh yang diarahkan oleh Mahkamah atau sehingga, dalam tempoh itu, orang itu memberikan jaminan itu kepada Mahkamah yang membuat perintah yang menghendaki jaminan itu atau kepada pegawai yang menjaga penjara yang dia ditahan:
Dengan syarat bahawa tempoh itu, jika ada, yang baginya manamana orang dipenjarakan kerana tidak memberikan jaminan tidak boleh melebihi tempoh yang baginya jaminan itu diperintahkan supaya diberikan.
{{anchor|79.2}}(2) (''Ditinggalkan'').
{{anchor|79.3}}(3) (''Ditinggalkan'').
'''Kuasa untuk membebaskan orang yang dipenjarakan kerana tidak memberikan jaminan'''
{{anchor|80.1}}'''80.''' Apabila sesuatu Mahkamah berpendapat bahawa mana-mana orang yang dipenjarakan kerana tidak memberikan jaminan di bawah Bab ini boleh dibebaskan tanpa bahaya kepada masyarakat atau mana-mana orang lain, Mahkamah itu boleh memerintahkan supaya orang itu dilepaskan:
Dengan syarat bahawa Mahkamah Majistret tidak boleh menjalankan kuasa ini kecuali dalam hal jika pemenjaraan itu di bawah perintahnya sendiri.
'''Majistret hendaklah membuat laporan dalam hal yang jaminan telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi'''
{{anchor|81.1}}'''81.''' Apabila seseorang Majistret berpendapat bahawa mana-mana orang yang dipenjarakan kerana tidak memberikan jaminan di bawah Bab ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi boleh dibebaskan tanpa mendatangkan bahaya yang disebut dalam seksyen 80, Majistret itu hendaklah membuat laporan serta-merta tentang hal<noinclude></noinclude>
kthbwk86ems467bqrbt4rvhghqdnnng
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/80
250
8098
23107
2026-05-27T06:21:11Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23107
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|80|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>itu bagi mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah itu boleh, jika difikirkannya patut, memerintahkan supaya orang itu dilepaskan.
'''Pelepasan penjamin'''
{{anchor|82.1}}'''82.''' (1) Mana-mana penjamin bagi kelakuan tenteram atau kelakuan baik seorang lain boleh pada bila-bila masa memohon kepada seseorang Majistret untuk membatalkan mana-mana bon yang disempurnakan di bawah Bab ini di dalam had tempatan bidang kuasanya.
{{anchor|82.2}}(2) Apabila permohonan sedemikian dibuat Majistret itu hendaklah mengeluarkan suatu saman atau waran, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, yang menghendaki supaya orang yang baginya penjamin itu terikat untuk hadir atau dibawa ke hadapannya.
{{anchor|82.3}}(3) Apabila orang itu hadir atau dibawa ke hadapan Majistret itu, Majistret itu hendaklah membatalkan bon itu dan hendaklah memerintahkan supaya orang itu memberikan jaminan baharu yang sama perihalannya dengan jaminan yang asal bagi bahagian tempoh bon itu yang belum habis tempoh.
{{anchor|82.4}}(4) Tiap-tiap perintah sedemikian hendaklah bagi maksud [[#77.1|seksyen 77]], [[#78.1|78]], [[#79.1|79]] dan [[#80.1|80]] disifatkan sebagai suatu perintah yang dibuat di bawah [[#66.1|seksyen 66]] atau [[#74.1|74]], mengikut mana-mana yang berkenaan.
{{C|{{sc|Bab VIII}}<br>PERHIMPUNAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG}}
'''Siapa yang boleh memerintahkan supaya perhimpunan yang menyalahi undang-undang bersurai'''
{{anchor|83.1}}'''83.''' Seseorang Majistret, pegawai polis yang diwartakan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau pegawai yang menjaga sesuatu balai polis boleh memerintahkan supaya mana-mana perhimpunan yang menyalahi undang-undang atau mana-mana<noinclude></noinclude>
ajefuiqloiemrq2r54l6up671iocads
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/81
250
8099
23108
2026-05-27T06:25:53Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23108
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|81}}</noinclude>perhimpunan seramai lima orang atau lebih yang mungkin menyebabkan gangguan keamanan awam bersurai, dan sesudah itu hendaklah menjadi kewajipan anggota perhimpunan itu untuk bersurai dengan sewajarnya.
'''Penyuraian dengan kekerasan bagi perhimpunan yang menyalahi undang-undang'''
{{anchor|84.1}}'''84.''' Jika mana-mana perhimpunan yang menyalahi undang-undang diperintahkan untuk bersurai di bawah seksyen 83 atau di bawah [[seksyen 5 Akta Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 1958#5.1|seksyen 5 Akta Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 1958]] [''Akta 296''], dan tidak bersurai, atau jika, tanpa diperintahkan supaya bersurai, perhimpunan itu dijalankan dengan cara sedemikian yang menunjukkan keazaman untuk tidak bersurai, mana-mana pegawai polis, mana-mana anggota angkatan tentera atau mana-mana orang lain yang bertindak membantu seseorang pegawai polis atau anggota angkatan tentera boleh melakukan segala benda yang perlu bagi menyuraikan orang yang terus berhimpun sedemikian dan bagi memberkas mereka atau mana-mana daripada mereka dan, jika mana-mana orang memberikan tentangan, boleh menggunakan apa-apa kekerasan yang semunasabahnya perlu bagi mengatasi tentangan dan tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding jenayah atau sivil kerana, dengan penggunaan kekerasan sedemikian, telah menyebabkan kemudaratan atau kematian kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada apa-apa harta.
{{anchor|85.1}}'''85-87.''' (''Dipotong oleh Akta A324'').
'''Perlindungan daripada pendakwaan'''
{{anchor|88.1}}'''88.''' (1) Tiada pendakwaan boleh dimulakan di mana-mana Mahkamah terhadap mana-mana Majistret, pegawai polis atau anggota angkatan tentera bagi apa-apa perbuatan yang berupa sebagai dilakukan di bawah Bab ini kecuali dengan sanksi secara bertulis Pendakwa Raya sendiri atau, di Sabah atau Sarawak, Pengarah Pendakwa Raya.<noinclude></noinclude>
6l4jlkuc85aordun064hwd4o0ihebgq
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/82
250
8100
23109
2026-05-27T06:39:37Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23109
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|82|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>
{{anchor|88.2}}(2) Jika pendakwaan disanksi seperti yang disebut terdahulu bagi sesuatu perbuatan yang berupa sebagai dilakukan di bawah Bab ini, tiada Majistret, pegawai polis, anggota angkatan tentera atau orang yang bertindak membantu seseorang pegawai polis atau anggota angkatan tentera boleh disifatkan telah dengan demikian itu melakukan suatu kesalahan jika Mahkamah berpuas hati bahawa perbuatan itu telah dilakukan dengan suci hati atau, jika perbuatan itu telah dilakukan oleh seorang anggota angkatan tentera, bahawa perbuatan itu telah dilakukan bagi mematuhi suatu perintah yang di bawah undang-undang angkatan tentera laut, darat atau udara dia terikat untuk mematuhinya.
{{C|{{sc|Bab IX}}<br>KACAU GANGGU AWAM}}
'''Majistret boleh membuat perintah bersyarat bagi menghapuskan kacau ganggu'''
{{anchor|89.1}}'''89.''' (1) Apabila seseorang Majistret Kelas Pertama berpendapat, apabila suatu laporan atau maklumat lain diterima dan apabila apa-apa keterangan diambil, jika ada, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, bahawa—
:{{anchor|89.1.a}}''(a)'' mana-mana halangan atau kacau ganggu yang menyalahi undang-undang patut dihapuskan dari mana-mana jalan, labuhan, tasik, sungai atau terusan yang digunakan atau mungkin digunakan oleh orang awam dengan sah atau dari mana-mana tempat awam;
:{{anchor|89.1.b}}''(b)'' mana-mana perdagangan atau pekerjaan atau penyimpanan apa-apa barang atau barang dagangan yang oleh sebab ia memudaratkan kesihatan atau keselesaan fizikal masyarakat patut disekat atau dihapuskan atau dilarang;
:{{anchor|89.1.c}}''(c)'' pembinaan mana-mana bangunan atau pelupusan apa-apa bahan yang mungkin menyebabkan kebakaran besar atau letupan patut dicegah atau dihentikan;<noinclude></noinclude>
agc8p6vdd3jsp1vc84wetdgxdissz0x
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/83
250
8101
23110
2026-05-27T06:42:03Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23110
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|83}}</noinclude>:{{anchor|89.1.d}}''(d)'' mana-mana bangunan atau pokok berada dalam keadaan yang sedemikian rupa sehingga ia mungkin tumbang dan dengan demikian itu menyebabkan kecederaan kepada orang yang tinggal atau yang menjalankan urusan di sekitarnya atau yang melaluinya dan bahawa akibatnya penghapusan, pembaikan atau penyokongannya adalah perlu; atau
:{{anchor|89.1.e}}''(e)'' mana-mana tangki, perigi atau korekan yang bersebelahan dengan mana-mana jalan sedemikian seperti yang disebut terdahulu atau dengan mana-mana tempat awam patut dipagar mengikut apa-apa cara supaya bahaya yang timbul kepada orang awam dicegah,
Majistret itu boleh membuat suatu perintah bersyarat yang menghendaki orang yang menyebabkan halangan atau kacau ganggu itu, atau yang menjalankan perdagangan atau pekerjaan itu, atau yang menyimpan apa-apa barang atau barang dagangan itu, atau yang mempunyai, memiliki atau mengawal bangunan, pokok, bahan, tangki, perigi atau korekan itu dalam masa yang hendaklah ditetapkan dalam perintah itu supaya—
:{{anchor|89.1.aa}}''(aa)'' menghapuskan halangan atau kacau ganggu itu;
:{{anchor|89.1.bb}}''(bb)'' menyekat atau menghapuskan perdagangan atau pekerjaan itu;
:{{anchor|89.1.cc}}''(cc)'' menghapuskan barang-barang atau barang dagangan itu;
:{{anchor|89.1.dd}}''(dd)'' mencegah atau menghentikan pembinaan bangunan itu;
:{{anchor|89.1.ee}}''(ee)'' menghapuskan, membaiki atau menyokong bangunan itu;
:{{anchor|89.1.ff}}''(ff)'' memotong atau menebang pokok itu;
:{{anchor|89.1.gg}}''(gg)'' mengubah pelupusan bahan itu;
:{{anchor|89.1.hh}}''(hh)'' memagar tangki, perigi atau korekan itu,<noinclude></noinclude>
m8rcb6l1ciblvzuvf4vdnwfdotpdkd4
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/84
250
8102
23111
2026-05-27T06:43:31Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23111
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|84|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>
atau hadir di hadapan Majistret pada masa dan di tempat yang hendaklah ditetapkan oleh perintah itu dan memohon supaya perintah itu diketepikan atau diubah suai mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
{{anchor|89.2}}(2) Tiada perintah yang dibuat oleh seseorang Majistret dengan sewajarnya di bawah seksyen ini boleh dipersoalkan dalam mana-mana Mahkamah kecuali melalui rayuan.
{{anchor|89.3}}(3) Bagi maksud seksyen ini, "tempat awam" termasuklah juga harta yang dipunyai oleh Kerajaan sesuatu Negeri atau Malaysia dan tanah yang ditinggalkan tanpa berpenghuni bagi maksud sanitari atau rekreasi.
'''Perintah hendaklah disampaikan atau diberitahu'''
{{anchor|90.1}}'''90.''' (1) Perintah dan apa-apa notis atau perintah lain yang diberikan atau yang dibuat di bawah Bab ini hendaklah, jika dapat dilaksanakan, disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah atau notis itu dibuat mengikut cara yang diperuntukkan dalam Kanun ini bagi penyampaian sesuatu saman.
{{anchor|90.2}}(2) Jika perintah itu tidak dapat disampaikan sedemikian, ia hendaklah diberitahu melalui proklamasi yang disiarkan dalam Warta, dan suatu salinannya hendaklah ditampalkan di mana-mana tempat sebagaimana yang paling sesuai bagi menyampaikan maklumat itu kepada orang itu.
'''Orang yang terhadapnya perintah dibuat hendaklah patuh atau hadir dan menunjukkan sebab'''
{{anchor|91.1}}'''91.''' Orang yang terhadapnya perintah itu dibuat hendaklah—
:{{anchor|91.1.a}}''(a)'' melaksanakan perbuatan yang diarahkan oleh perintah itu dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu; atau
:{{anchor|91.1.b}}''(b)'' hadir mengikut perintah itu dan menunjukkan sebab bagi menentangnya.<noinclude></noinclude>
110ctdqmwc17qo7me8ucnsid9vbbt05
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/85
250
8103
23112
2026-05-27T08:49:30Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23112
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|85}}</noinclude>
'''Akibat kegagalan orang itu berbuat demikian'''
{{anchor|92.1}}'''92.''' Jika orang itu tidak melaksanakan perbuatan itu atau tidak hadir dan menunjukkan sebab sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 91, perintah itu hendaklah dijadikan mutlak.
'''Tatacara apabila hadir untuk menunjukkan sebab'''
{{anchor|93.1}}'''93.''' (1) Jika orang itu hadir dan menunjukkan sebab bagi menentang perintah itu, Majistret hendaklah mengambil keterangan dalam perkara itu.
{{anchor|93.2}}(2) Jika Majistret itu berpuas hati bahawa perintah itu tidak munasabah dan patut, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil dalam hal itu.
{{anchor|93.3}}(3) Jika Majistret itu tidak berpuas hati sedemikian, perintah itu hendaklah menjadi mutlak.
'''Tatacara apabila perintah dijadikan mutlak'''
{{anchor|94.1}}'''94.''' Apabila sesuatu perintah telah dijadikan mutlak di bawah seksyen 92 atau 93, Majistret hendaklah memberikan notis mengenainya kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, dan hendaklah selanjutnya menghendaki orang itu untuk melaksanakan perbuatan yang diarahkan oleh perintah itu dalam masa yang hendaklah ditetapkan dalam notis itu dan memberitahu orang itu bahawa sekiranya ingkar dia boleh dikenakan penalti yang ditetapkan dalam [[Kanun Keseksaan#188.1|seksyen 188 Kanun Keseksaan]]:
Dengan syarat bahawa jika orang itu merupakan suatu perbadanan, orang itu hanya boleh dikenakan denda yang ditetapkan oleh seksyen tersebut.<noinclude></noinclude>
r5vphta6885hbn8iktrww5pnjtnjh62
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/86
250
8104
23113
2026-05-27T09:15:25Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23113
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|86|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>
'''Akibat keingkaran perintah'''
{{anchor|95.1}}'''95.''' (1) Jika perintah itu tidak dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan, Majistret boleh menyebabkan perintah itu dilaksanakan dan boleh mendapatkan kos pelaksanaannya sama ada melalui penjualan bangunan, barang-barang atau harta lain yang dialih menurut perintahnya atau melalui distres dan penjualan apa-apa harta alih lain kepunyaan orang itu di dalam atau di luar had tempatan bidang kuasa Majistret itu.
{{anchor|95.2}}(2) Jika harta itu berada di luar had itu, perintah itu hendaklah membenarkan penahanan dan penjualannya apabila diendorskan oleh seorang Majistret yang di dalam had tempatan bidang kuasanya harta yang hendaklah ditahan itu didapati.
{{anchor|95.3}}(3) Tiada guaman boleh diambil berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan dengan suci hati di bawah seksyen ini.
'''Injunksi sementara menanti keputusan muktamad'''
{{anchor|96.1}}'''96.''' (1) Jika Majistret yang membuat sesuatu perintah di bawah [[#89.1|seksyen 89]], berpendapat bahawa langkah segera patut diambil untuk mencegah bahaya yang hampir benar atau kerugian daripada jenis yang serius kepada orang awam, dia boleh mengeluarkan suatu injunksi sedemikian kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat sebagaimana yang dikehendaki untuk menghindarkan atau mencegah bahaya atau kerugian itu sementara menanti keputusan muktamad kes itu.
{{anchor|96.2}}(2) Jika orang itu ingkar mematuhi injunksi itu dengan serta-merta, Majistret itu boleh menggunakan, atau menyebabkan supaya digunakan, apa-apa cara yang difikirkan patut olehnya untuk menghindarkan bahaya atau mencegah kerugian itu.
{{anchor|96.3}}(3) Tiada guaman boleh diambil berkenaan dengan apa-apa jua pun yang dilakukan oleh seseorang Majistret dengan suci hati di bawah seksyen ini.<noinclude></noinclude>
ahzxxx2vq4parc7st1lkcxbkjva4qal
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/87
250
8105
23114
2026-05-27T09:17:29Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23114
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|87}}</noinclude>
'''Kuasa untuk melarang pengulangan atau penerusan kacau ganggu awam'''
{{anchor|97.1}}'''97.''' Seseorang Majistret Kelas Pertama boleh memerintahkan mana-mana orang supaya tidak mengulangi atau meneruskan sesuatu kacau ganggu awam sebagaimana yang ditakrifkan dalam [[Kanun Keseksaan]] atau mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa.
{{C|{{sc|Bab X}}<br>PERINTAH SEMENTARA DALAM KES KACAU GANGGU YANG MENDESAK}}
'''Kuasa untuk mengeluarkan perintah mutlak dengan serta-merta dalam kes kacau ganggu yang mendesak'''
{{anchor|98.1}}'''98.''' (1) Dalam kes yang pada pendapat seseorang Majistret pencegahan serta-merta atau remedi cepat adalah wajar, Majistret itu boleh, melalui suatu perintah bertulis yang menyatakan fakta material kes itu dan disampaikan mengikut cara yang diperuntukkan dalam [[#90.1|seksyen 90]], mengarahkan mana-mana orang untuk menahan diri daripada melakukan suatu perbuatan tertentu atau untuk mengambil perintah tertentu dengan harta tertentu dalam milikannya atau di bawah pengurusannya jika Majistret itu berpendapat bahawa arahan itu berkemungkinan mencegah atau berkecenderungan untuk mencegah halangan, kegusaran atau kerugian kepada mana-mana orang yang diambil bekerja dengan sah, atau bahaya kepada nyawa, kesihatan atau keselamatan manusia, atau sesuatu rusuhan atau apa-apa gaduh gempar.
{{anchor|98.2}}(2) Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat secara ''ex parte'' dalam kes kecemasan atau dalam kes yang hal keadaannya tidak membenarkan notis disampaikan dalam masa yang sewajarnya kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.
{{anchor|98.3}}(3) Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh diarahkan kepada seseorang yang tertentu atau kepada orang awam pada amnya apabila mengunjungi atau melawati sesuatu tempat tertentu.<noinclude></noinclude>
cs4brfzgx1owjf6pvroan8ms9z37ykn
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/88
250
8106
23115
2026-05-27T09:20:12Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23115
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|88|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>
{{anchor|98.4}}(4) Mana-mana Majistret boleh membatalkan atau mengubah apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini olehnya sendiri atau pendulunya dalam jawatan.
{{anchor|98.5}}(5) Tiada perintah di bawah seksyen ini boleh terus berkuat kuasa selama lebih daripada tujuh hari dari perintah itu dibuat.
{{anchor|98.6}}(6) Pendakwa Raya boleh hadir dalam mana-mana permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini.
{{C|{{sc|Bab XI}}<br>PERTIKAIAN TENTANG HARTA TAK ALIH}}
'''Tatacara jika pertikaian berkenaan dengan tanah, dsb., berkemungkinan menyebabkan pecah keamanan'''
{{anchor|99.1}}'''99.''' (1) Apabila seseorang Majistret Kelas Pertama berpuas hati daripada suatu laporan polis atau maklumat lain, bahawa suatu pertikaian mungkin menyebabkan suatu pecah keamanan wujud berkenaan dengan mana-mana tanah atau air atau sempadannya di dalam had tempatan bidang kuasanya, dia hendaklah membuat suatu perintah secara bertulis yang menyatakan alasan mengapa dia berpuas hati sedemikian dan yang menghendaki pihak-pihak yang berkenaan dalam pertikaian itu untuk hadir sendiri atau melalui peguam bela di Mahkamahnya dalam masa yang hendaklah ditetapkan oleh Majistret itu dan untuk mengemukakan pernyataan bertulis mengenai tuntutan mereka masing-masing berkenaan dengan hakikat pemilikan sebenar perkara yang dipertikaikan itu.
{{anchor|99.2}}(2) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 101, ungkapan "tanah atau air" termasuklah bangunan, pasar, perikanan, tanaman atau hasil tanah yang lain dan sewa atau keuntungan bagi mana-mana harta itu.
{{anchor|99.3}}(3) Suatu salinan perintah itu hendaklah disampaikan mengikut cara yang diperuntukkan oleh Kanun ini bagi penyampaian suatu saman kepada mana-mana orang sebagaimana yang diarahkan oleh Majistret itu, dan sekurang-kurangnya satu salinan hendaklah<noinclude></noinclude>
olfi3q15k56xt0ga7oxx60jpdldzolw
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/89
250
8107
23116
2026-05-27T09:22:48Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23116
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|89}}</noinclude>disiarkan dengan ditampalkan pada suatu tempat yang mudah dilihat pada atau dekat dengan perkara yang dipertikaikan itu.
{{anchor|99.4}}(4) Majistret itu hendaklah kemudiannya, tanpa merujuk merit tuntutan mana-mana pihak itu terhadap suatu hak untuk memiliki perkara yang dipertikaikan itu, meneliti pernyataan yang dikemukakan sedemikian, mendengar pihak-pihak itu, menerima keterangan yang dikemukakan oleh mereka masing-masing, menimbangkan kesan keterangan itu, mengambil apa-apa keterangan lanjut, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya perlu, dan jika boleh memutuskan sama ada mana-mana pihak itu dan pihak yang manakah yang pada masa itu mempunyai milikan sebenar ke atas perkara yang tersebut:
Dengan syarat bahawa—
:{{anchor|99.4.a}}''(a)'' jika didapati oleh Majistret itu bahawa dalam masa dua bulan sebaik sebelum tarikh perintah itu mana-mana pihak telah disingkirkan dengan secara paksa dan secara salah, Majistret itu boleh menyifatkan pihak yang disingkirkan sedemikian itu seolah-olah dia telah mempunyai milikan pada tarikh itu;
:{{anchor|99.4.b}}''(b)'' jika Majistret itu berpendapat kes itu ialah satu kes kecemasan, dia boleh pada bila-bila masa menahan perkara yang dipertikaikan itu sementara menanti keputusannya di bawah seksyen ini.
{{anchor|99.5}}(5) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang mana-mana pihak yang dikehendaki untuk hadir sedemikian daripada menunjukkan bahawa tiada pertikaian seperti yang disebut terdahulu wujud atau telah wujud, dan dalam hal itu Majistret itu hendaklah membatalkan perintah itu dan segala prosiding selanjutnya mengenai pertikaian itu hendaklah digantung.
{{anchor|99.6}}(6) Jika Majistret itu memutuskan bahawa salah satu daripada pihak-pihak itu pada masa itu mempunyai milikan sebenar ke atas perkara tersebut, dia hendaklah mengeluarkan suatu perintah yang mengisytiharkan bahawa pihak itu hendaklah berhak untuk mengekalkan milikan ke atas perkara itu sehingga diusir darinya mengikut perjalanan undang-undang yang sewajarnya, dan yang<noinclude></noinclude>
ph8wz8l1qp5apmipvfi007resdj0qmw
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/90
250
8108
23117
2026-05-27T09:24:50Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23117
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|90|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>menegah segala gangguan terhadap milikan itu sehingga pengusiran sedemikian.
{{anchor|99.7}}(7) Prosiding di bawah seksyen ini tidak terhenti semata-mata oleh sebab kematian mana-mana pihak dalam prosiding itu.
'''Kuasa untuk menahan perkara yang dipertikaikan'''
{{anchor|100.1}}'''100.''' Jika Majistret memutuskan bahawa tiada suatu pun daripada pihak-pihak itu pada masa itu mempunyai milikan sebenar atau tidak dapat memuaskan hatinya tentang yang mana satu daripada pihak-pihak itu pada masa itu dalam milikan sebenar ke atas perkara yang dipertikaikan itu, Majistret itu boleh menahan perkara itu sehingga suatu Mahkamah Sivil yang berwibawa menentukan hak pihak-pihak dalam kes itu atau orang yang berhak memilikinya.
'''Pertikaian berkenaan dengan hak ke atas tanah atau air'''
{{anchor|101.1}}'''101.''' (1) Apabila seseorang Majistret Kelas Pertama berpuas hati seperti yang disebut terdahulu bahawa suatu pertikaian mungkin menyebabkan pecah keamanan wujud berkenaan dengan hak untuk melakukan atau mencegah pelakuan apa-apa jua di dalam atau di atas mana-mana tanah atau air yang terletak di dalam had tempatan bidang kuasanya, dia boleh menyiasat perkara itu dan boleh, jika didapati olehnya bahawa hak itu wujud, membuat suatu perintah yang membenarkan perkara itu dilakukan atau yang mengarahkan supaya perkara itu tidak dilakukan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sehingga orang yang membantah perkara itu dilakukan atau yang menuntut bahawa perkara itu boleh dilakukan mendapatkan keputusan Mahkamah Sivil yang berwibawa yang menghukumnya sebagai berhak untuk mencegah pelakuan atau melakukan perkara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
{{anchor|101.2}}(2) Tiada perintah boleh dibuat di bawah seksyen ini yang membenarkan pelakuan apa-apa jua jika hak untuk melakukan perkara itu boleh dijalankan pada sepanjang masa dalam tahun itu melainkan jika hak itu telah dijalankan dalam masa tiga bulan sebaik sebelum<noinclude></noinclude>
mb2uimjl852p2zw91ksdxwsdm2bu3ao
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/91
250
8109
23118
2026-05-27T09:28:29Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23118
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|91}}</noinclude>siasatan itu dimulakan atau, jika hak itu boleh dijalankan pada musim yang tertentu sahaja, melainkan jika hak itu telah dijalankan dalam musim sebaik sebelum siasatan itu dimulakan.
'''Perintah tentang kos'''
{{anchor|102.1}}'''102.''' Apabila apa-apa kos telah ditanggung oleh mana-mana pihak dalam sesuatu prosiding di bawah Bab ini bagi fi saksi atau peguam bela atau kedua-duanya, Majistret yang memberikan suatu keputusan di bawah seksyen 99, 100 atau 101 boleh mentaksirkan kos itu dan mengarahkan siapakah yang kena membayar kos itu, sama ada oleh pihak itu atau oleh mana-mana pihak lain dalam prosiding itu dan sama ada keseluruhan atau sebahagian atau mengikut kadar.
{{C|{{sc|Bab XII}}<br>TINDAKAN PENCEGAHAN OLEH POLIS}}
'''Polis hendaklah mencegah kesalahan boleh tangkap'''
{{anchor|103.1}}'''103.''' Tiap-tiap pegawai polis boleh mencelah bagi maksud mencegah dan hendaklah dengan sedaya-upayanya menggunakan segala cara yang sah mencegah pelakuan apa-apa kesalahan boleh tangkap.
'''Maklumat mengenai rancangan untuk melakukan kesalahan boleh tangkap'''
{{anchor|104.1}}'''104.''' Tiap-tiap pegawai polis yang menerima maklumat mengenai sesuatu rancangan untuk melakukan apa-apa kesalahan boleh tangkap hendaklah menyampaikan maklumat itu kepada pegawai polis yang baginya dia ialah pegawai bawahan dan kepada mana-mana pegawai lain yang kewajipannya adalah untuk mencegah atau mengambil kognisans mengenai pelakuan apa-apa kesalahan sedemikian.<noinclude></noinclude>
k73h1um336te4ur3k3eho1aka46j4yc
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/92
250
8110
23119
2026-05-27T09:31:13Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23119
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|92|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>
'''Penangkapan untuk mencegah kesalahan boleh tangkap'''
{{anchor|105.1}}'''105.''' Seseorang pegawai polis yang mengetahui sesuatu rancangan untuk melakukan apa-apa kesalahan boleh tangkap boleh menangkap orang yang membuat rancangan sedemikian tanpa perintah daripada seorang Majistret dan tanpa waran jika didapati oleh pegawai itu bahawa pelakuan kesalahan itu tidak boleh dicegah selainnya.
'''Pencegahan kerosakan kepada harta awam'''
{{anchor|106.1}}'''106.''' Seseorang pegawai polis boleh dengan kuasanya sendiri mencelah untuk mencegah apa-apa kerosakan yang cuba hendak dilakukan dalam penglihatannya kepada mana-mana harta awam, alih atau tak alih, atau pengalihan atau kerosakan kepada mana-mana tanda tempat awam atau boya atau tanda lain yang digunakan bagi pemanduan arah.
{{C|{{sc|Bab XIIa}}<br>KUASA PENYIASATAN TAMBAHAN BERHUBUNG DENGAN KESALAHAN KEGANASAN}}
{{anchor|106A.1}}{{anchor|106B.1}}{{anchor|106C.1}}'''106A–{{sc|106c}}.''' (''Dipotong oleh Akta A1431'').
{{C|{{sc|Bahagian V}}<br>MAKLUMAT KEPADA POLIS DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT<br>{{sc|Bab XIII}}}}
'''Maklumat bagi kesalahan'''
{{anchor|107.1}}'''107.''' (1) Tiap-tiap maklumat yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan, jika diberikan secara lisan kepada seseorang pegawai yang menjaga sesuatu balai polis, hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis olehnya atau di bawah arahannya dan dibacakan kepada pemberi maklumat itu.<noinclude></noinclude>
6ali4ac3yoz5n1gv0q58duhjwdg20ar
23120
23119
2026-05-27T09:31:48Z
PeaceSeekers
18
23120
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|92|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>
'''Penangkapan untuk mencegah kesalahan boleh tangkap'''
{{anchor|105.1}}'''105.''' Seseorang pegawai polis yang mengetahui sesuatu rancangan untuk melakukan apa-apa kesalahan boleh tangkap boleh menangkap orang yang membuat rancangan sedemikian tanpa perintah daripada seorang Majistret dan tanpa waran jika didapati oleh pegawai itu bahawa pelakuan kesalahan itu tidak boleh dicegah selainnya.
'''Pencegahan kerosakan kepada harta awam'''
{{anchor|106.1}}'''106.''' Seseorang pegawai polis boleh dengan kuasanya sendiri mencelah untuk mencegah apa-apa kerosakan yang cuba hendak dilakukan dalam penglihatannya kepada mana-mana harta awam, alih atau tak alih, atau pengalihan atau kerosakan kepada mana-mana tanda tempat awam atau boya atau tanda lain yang digunakan bagi pemanduan arah.
{{C|{{sc|Bab XIIa}}<br>KUASA PENYIASATAN TAMBAHAN BERHUBUNG DENGAN KESALAHAN KEGANASAN}}
{{anchor|106A.1}}{{anchor|106B.1}}{{anchor|106C.1}}'''{{sc|106a}}–{{sc|106c}}.''' (''Dipotong oleh Akta A1431'').
{{C|{{sc|Bahagian V}}<br>MAKLUMAT KEPADA POLIS DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT<br>{{sc|Bab XIII}}}}
'''Maklumat bagi kesalahan'''
{{anchor|107.1}}'''107.''' (1) Tiap-tiap maklumat yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan, jika diberikan secara lisan kepada seseorang pegawai yang menjaga sesuatu balai polis, hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis olehnya atau di bawah arahannya dan dibacakan kepada pemberi maklumat itu.<noinclude></noinclude>
606nnof95c1896g075d2zitymz3le24
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/93
250
8111
23121
2026-05-27T09:38:21Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23121
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|93}}</noinclude>
{{anchor|107.2}}(2) Tiap-tiap maklumat sedemikian hendaklah dicatatkan ke dalam suatu buku yang hendaklah disimpan oleh pegawai itu yang hendaklah menambah pada catatan itu tarikh dan waktu maklumat itu diberikan dan, sama ada diberikan secara bertulis atau diubah ke dalam bentuk bertulis seperti yang disebut terdahulu, hendaklah ditandatangani oleh orang yang memberikan maklumat itu.
{{anchor|107.3}}(3) {{anchor|107.3.a}}''(a)'' Walau apa pun subseksyen (1), maklumat yang diberikan oleh seseorang yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan kepada seseorang pegawai polis, yang pada masa menerima maklumat itu tidak berada di balai polis, hendaklah disifatkan diterima di balai polis.
{{anchor|107.3.b}}''(b)'' Seseorang pegawai polis yang menerima apa-apa maklumat di bawah perenggan ''(a)'' jika dapat dilaksanakan hendaklah merekodkan atau menyebabkan direkodkan nama dan alamat pemberi maklumat itu, tarikh dan masa penerimaan maklumat itu, dan hendaklah menyampaikan maklumat itu kepada seorang pegawai yang menjaga sesuatu balai polis atau mana-mana pegawai polis yang kewajipannya adalah untuk menerima maklumat itu.
{{anchor|107.3.c}}''(c)'' Maklumat itu hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis dan dicatatkan ke dalam suatu buku mengikut subseksyen (1) dan (2) dan hendaklah kemudiannya ditandatangani oleh orang yang memberikan maklumat itu.
{{anchor|107.4}}(4) Seseorang pegawai polis hendaklah berkewajipan untuk menerima apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan di mana-mana jua di Malaysia.
'''Laporan mengenai status penyiasatan'''
{{anchor|107A.1}}'''{{sc|107a}}.''' (1) Mana-mana orang yang telah memberikan maklumat di bawah seksyen 107 boleh meminta suatu laporan mengenai status penyiasatan bagi kesalahan yang diadukan dalam maklumatnya daripada pegawai yang menjaga sesuatu balai polis yang maklumat itu telah diberikan olehnya.<noinclude></noinclude>
jshptuqi4b1nty51b7x376gr0f8ez4u
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/94
250
8112
23122
2026-05-27T09:39:51Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23122
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|94|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>
{{anchor|107A.2}}(2) Pegawai yang menjaga sesuatu balai polis itu hendaklah memberikan suatu laporan status mengenai penyiasatan bagi kesalahan itu kepada pemberi maklumat itu tidak lewat daripada dua minggu daripada penerimaan permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
{{anchor|107A.3}}(3) Walau apa pun subseksyen (2), tiada pegawai yang menjaga sesuatu balai polis boleh dikehendaki untuk menyediakan suatu laporan status mengenai penyiasatan sesuatu kesalahan—
:{{anchor|107A.3.a}}''(a)'' melainkan jika kesalahan yang diadukan itu merupakan suatu kesalahan boleh tangkap;
:{{anchor|107A.3.b}}''(b)'' melainkan jika tempoh empat minggu telah luput dari tarikh pemberian maklumat di bawah seksyen 107; dan
:{{anchor|107A.3.c}}''(c)'' yang mengandungi apa-apa perkara yang berkemungkinan memudaratkan penyiasatan kesalahan itu atau pendakwaan bagi kesalahan itu.
{{anchor|107A.4}}(4) Jika suatu permintaan telah dibuat di bawah subseksyen (1) dan pegawai yang menjaga balai polis itu telah gagal memberikan suatu laporan status kepada pemberi maklumat itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), tetapi tertakluk pada subseksyen (3), pemberi maklumat itu boleh membuat suatu laporan kepada Pendakwa Raya tentang kegagalan itu.
{{anchor|107A.5}}(5) Apabila laporan di bawah subseksyen (4) diterima, Pendakwa Raya hendaklah mengarahkan Pegawai penjaga Daerah Polis supaya memberinya suatu laporan status yang terperinci mengenai penyiasatan yang telah dijalankan oleh polis itu berhubung dengan kesalahan dalam maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat itu.
{{anchor|107A.6}}(6) Pendakwa Raya hendaklah menyebabkan supaya diberikan kepada pemberi maklumat itu, atau mengarahkan Pegawai penjaga Daerah Polis supaya memberi pemberi maklumat itu, suatu laporan status yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang diarahkan oleh Pendakwa Raya.<noinclude></noinclude>
o1jbmxco2lqczvj4f1ckgqsk2qmmxhr
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/95
250
8113
23123
2026-05-27T09:41:28Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23123
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|95}}</noinclude>
'''Tatacara dalam kes tidak boleh tangkap'''
{{anchor|108.1}}'''108.''' (1) Apabila maklumat yang disebut terdahulu berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan tidak boleh tangkap, pegawai itu hendaklah merujukkan pemberi maklumat itu kepada seorang Majistret.
{{anchor|108.2}}(2) Tiada pegawai polis boleh, dalam sesuatu kes tidak boleh tangkap, menjalankan apa-apa kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis yang diberikan oleh Bab ini tanpa perintah Pendakwa Raya.
{{anchor|108.3}}(3) Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau mana-mana pegawai yang menjaga sesuatu balai polis yang menerima perintah sedemikian boleh menjalankan kuasa yang sama berkenaan dengan penyiasatan itu, kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, sebagaimana yang boleh dijalankan oleh pegawai polis itu tanpa suatu perintah dalam suatu kes boleh tangkap.
'''Penerimaan salinan terperaku maklumat sebagai keterangan'''
{{anchor|108A.1}}'''{{sc|108a}}.''' Dalam mana-mana prosiding di bawah Kanun ini, suatu salinan sesuatu catatan yang berhubungan dengan suatu maklumat yang diubah ke dalam bentuk bertulis di bawah peruntukan seksyen 107 dan yang berupa sebagai diperakukan sebagai suatu salinan benar oleh Pegawai penjaga Daerah Polis yang terletaknya balai polis yang maklumat itu diberikan hendaklah diterima sebagai keterangan bagi kandungan asal dan bagi masa, tempat dan cara yang maklumat itu telah direkodkan sedemikian.
'''Penyiasatan dalam kes boleh tangkap'''
{{anchor|109.1}}'''109.''' (1) Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau mana-mana pegawai yang menjaga sesuatu balai polis boleh tanpa perintah Pendakwa Raya menjalankan segala atau mana-mana kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis yang diberikan oleh Bab ini dalam mana-mana kes boleh tangkap.<noinclude></noinclude>
12bxy7d2c7hmoyo5ux2o2mja3qwpsyx
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/96
250
8114
23124
2026-05-27T09:42:45Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23124
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|96|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>
{{anchor|109.2}}(2) Tiada prosiding oleh seseorang pegawai polis dalam mana-mana kes sedemikian boleh dipersoalkan pada apa-apa peringkat atas alasan bahawa kes itu merupakan satu kes yang pegawai itu tidak diberikan kuasa di bawah seksyen ini untuk menjalankan kuasa khas mengenai penyiasatan polis yang diberikan oleh Bab ini.
'''Tatacara jika kesalahan boleh tangkap disyaki'''
{{anchor|110.1}}'''110.''' (1) Jika daripada maklumat yang diterima atau selainnya seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau seseorang pegawai yang menjaga sesuatu balai polis mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan suatu kesalahan boleh tangkap, dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah daripada jenis yang telah diarahkan oleh Pendakwa Raya supaya tidak perlu dilaporkan kepadanya, menghantarkan suatu laporan mengenai kes itu dengan segera kepada Pendakwa Raya, dan hendaklah pergi sendiri atau hendaklah mewakilkan seorang daripada pegawai bawahannya untuk pergi ke tempat itu untuk menyiasat fakta dan hal keadaan kes itu dan untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang perlu bagi penemuan dan, jika suai manfaat, menangkap pesalah itu:
Dengan syarat seperti yang berikut—
:{{anchor|110.1.a}}''(a)'' apabila apa-apa maklumat tentang pelakuan bagi apa-apa kesalahan sedemikian diberikan terhadap mana-mana orang melalui nama dan kes itu tidak bersifat serius, pegawai polis yang menerima maklumat itu tidak perlu pergi sendiri atau mewakilkan seorang pegawai bawahannya untuk membuat siasatan di tempat itu;
:{{anchor|110.1.b}}''(b)'' jika didapati oleh pegawai polis yang menerima maklumat itu bahawa tiada alasan yang mencukupi bagi meneruskan atau meneruskan selanjutnya perkara itu, dia tidak boleh berbuat sedemikian.
{{anchor|110.2}}(2) Dalam setiap hal yang disebut dalam perenggan ''(a)'' dan ''(b)'', pegawai polis yang menerima maklumat itu hendaklah menyatakan dalam laporannya yang tersebut, jika ada, sebab dia tidak mematuhi subseksyen (1) dengan sepenuhnya.<noinclude></noinclude>
jqmln8iue5oisgcky13tb6m6spc3i97
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/97
250
8115
23125
2026-05-27T09:45:30Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23125
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|97}}</noinclude>
{{anchor|110.3}}(3) Jika seseorang pegawai polis menjalankan kuasa pewakilan yang diberikan oleh subseksyen (1), pegawai bawahan yang diwakilkan sedemikian tidak berhak untuk menggunakan mana-mana kuasa yang diberikan oleh seksyen 111, 112, 116 dan 117.
'''Kuasa pegawai polis untuk menghendaki kehadiran saksi'''
{{anchor|111.1}}'''111.''' (1) Seseorang pegawai polis yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang daripada maklumat yang diberikan itu atau selainnya didapati mempunyai pengetahuan tentang hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.
{{anchor|111.2}}(2) Jika mana-mana orang itu enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai polis itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Majistret yang boleh sesudah itu menurut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.
{{anchor|111.3}}(3) (''Dipotong oleh Akta A1274'').
'''Pemeriksaan saksi oleh polis'''
{{anchor|112.1}}'''112.''' (1) Seseorang pegawai polis yang membuat suatu penyiasatan polis di bawah Bab ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.
{{anchor|112.2}}(2) Orang itu hendaklah terikat untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai itu:
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan untuk mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.<noinclude></noinclude>
ob39j1j5rrj1pkd1sj9st3xkat94id0
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/98
250
8116
23126
2026-05-27T10:12:32Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23126
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|98|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>
{{anchor|112.3}}(3) Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan.
{{anchor|112.4}}(4) Seseorang pegawai polis yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
{{anchor|112.5}}(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, dicatatkan secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dibuat olehnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.
'''Penerimaan pernyataan sebagai keterangan'''
{{anchor|113.1}}'''113.''' (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seseorang pegawai polis dalam perjalanan suatu penyiasatan polis yang dibuat di bawah Bab ini boleh digunakan sebagai keterangan.
{{anchor|113.2}}(2) Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pihak pendakwaan atau bagi pihak pembelaan, selain tertuduh, Mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa raya, merujuk mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai polis dalam perjalanan penyiasatan polis di bawah Bab ini dan boleh kemudiannya, jika difikirkan patut oleh Mahkamah demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh [[Akta Keterangan 1950]] [''Akta 56''].
{{anchor|113.3}}(3) Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa perjalanan penyiasatan polis, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong pembelaannya semasa perjalanan perbicaraan.<noinclude></noinclude>
4d1cyt1z3dsgyajruidin2jrz3sdyxu
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/99
250
8117
23127
2026-05-27T10:18:34Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23127
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|99}}</noinclude>
{{anchor|113.4}}(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam perjalanan perbarisan cam atau yang terangkum dalam [[#27.1|seksyen 27]] atau perenggan [[Akta Keterangan 1950#32.1.a|32(1)''(a)'', ''(i)'' dan ''(j)'' Akta Keterangan 1950]].
{{anchor|113.5}}(5) Apabila mana-mana orang dipertuduh atas mana-mana kesalahan berhubung dengan—
:{{anchor|113.5.a}}''(a)'' pembuatan; atau
:{{anchor|113.5.b}}''(b)'' kandungan,
mana-mana pernyataan yang dibuat olehnya kepada seseorang pegawai polis dalam perjalanan penyiasatan polis yang dibuat di bawah Bab ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pihak pendakwaan.
'''Tiada halangan daripada membuat pernyataan kepada polis'''
{{anchor|114.1}}'''114.''' Tiada pegawai polis atau orang lain boleh mencegah atau menghalang mana-mana orang daripada membuat, dalam perjalanan penyiasatan polis di bawah Bab ini, apa-apa pernyataan yang dia mungkin bersedia membuatnya atas kehendaknya sendiri.
{{anchor|115.1}}'''115.''' (''Dipotong oleh Akta A1274'').
'''Penggeledahan oleh pegawai polis'''
{{anchor|116.1}}'''116.''' (1) Apabila seseorang pegawai polis yang membuat suatu penyiasatan polis berpendapat bahawa pengemukaan apa-apa dokumen atau benda lain adalah perlu bagi perjalanan penyiasatan apa-apa kesalahan yang dia diberi kuasa untuk menyiasatnya dan terdapat sebab untuk mempercayai bahawa orang yang kepadanya saman atau perintah di bawah [[#51.1|seksyen 51]] telah atau boleh dikeluarkan tidak akan mengemukakan dokumen atau benda lain itu sebagaimana yang diarahkan dalam saman atau perintah itu atau apabila dokumen atau benda lain itu tidak diketahui berada dalam milikan mana-mana orang,<noinclude></noinclude>
f6xyrsg16hymskeslniwco6s5l44zpi
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/100
250
8118
23128
2026-05-27T10:20:33Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23128
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|100|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>pegawai itu boleh menggeledah atau menyebabkan penggeledahan dibuat untuk mencari dokumen atau benda lain itu di mana-mana tempat.
{{anchor|116.2}}(2) Pegawai itu hendaklah, jika dapat dilaksanakan, menjalankan penggeledahan itu sendiri.
{{anchor|116.3}}(3) Jika dia tidak dapat menjalankan penggeledahan itu sendiri dan tiada orang lain yang kompeten untuk membuat penggeledahan itu hadir pada masa itu, dia boleh menghendaki mana-mana pegawai bawahannya untuk membuat penggeledahan itu, dan dia hendaklah menyerahkan kepada pegawai bawahan itu suatu perintah secara bertulis yang menyatakan dokumen atau benda lain yang baginya penggeledahan itu dikehendaki dibuat dan tempat yang dikehendaki digeledah, dan pegawai bawahan itu boleh kemudiannya menggeledah bagi mendapatkan benda itu di tempat itu.
{{anchor|116.4}}(4) Peruntukan Kanun ini tentang waran geledah hendaklah, setakat yang boleh, terpakai bagi penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini.
'''Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran'''
{{anchor|116A.1}}'''{{sc|116a.}}''' (1) Apabila didapati oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa terdapat penyembunyian atau penyimpanan di mana-mana tempat apa-apa keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan keselamatan atau apa-apa kesalahan yang berhubungan dengan suatu jenayah terancang dan pegawai polis itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa, oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan suatu waran geledah, matlamat penggeledahan itu mungkin akan terkecewa, dia boleh—
:{{anchor|116A.1.a}}''(a)'' memasuki mana-mana premis dan di situ menggeledah untuk mendapatkan, menyita dan mengambil milikan, apa-apa buku, dokumen, rekod, akaun atau data, atau artikel lain;<noinclude></noinclude>
qbgpvy3zziwioy8pnoib5auqzr3e107
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/101
250
8119
23129
2026-05-27T10:22:53Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23129
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|101}}</noinclude>:{{anchor|116A.1.b}}''(b)'' memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, mana-mana buku, dokumen, rekod, akaun atau data;
:{{anchor|116A.1.c}}''(c)'' memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat sebagaimana yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan artikel, bekas atau wadah itu;
:{{anchor|116A.1.d}}''(d)'' memecah buka, memeriksa, dan menggeledah apa-apa artikel, bekas atau wadah; atau
:{{anchor|116A.1.e}}''(e)'' memberhentikan, menggeledah, dan menyita apa-apa pengangkut.
{{anchor|116A.2}}(2) Apabila perlu untuk berbuat demikian, pegawai polis yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh—
:{{anchor|116A.2.a}}''(a)'' memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam bagi mana-mana premis dan masuk ke dalam, atau selainnya masuk secara kekerasan ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagian premis itu;
:{{anchor|116A.2.b}}''(b)'' mengalihkan secara kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan itu; atau
:{{anchor|116A.2.c}}''(c)'' menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam atau di mana-mana premis atau di dalam mana-mana pengangkut yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga premis atau pengangkut itu telah digeledah.
{{anchor|116A.3}}(3) Tiada seorang pun yang ditahan di bawah perenggan (2)''(c)'' boleh diperiksa kecuali oleh seorang yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa.<noinclude></noinclude>
62hfv079sn2xmeh0v951gj78lkmp8it
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/102
250
8120
23130
2026-05-27T10:25:44Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23130
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|102|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>
{{anchor|116A.4}}(4) Bagi maksud seksyen ini, "kesalahan keselamatan" ertinya kesalahan keselamatan yang dinyatakan di bawah [[Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012#Jadual Pertama|Jadual Pertama]] kepada [[Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012]] [''Akta 747''].
'''Capaian kepada data berkomputer'''
{{anchor|116B.1}}'''{{sc|116b}}.''' (1) Seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah Kanun ini hendaklah diberikan capaian kepada data berkomputer sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
{{anchor|116B.2}}(2) Apa-apa maklumat yang didapati di bawah subseksyen (1) boleh diterima sebagai keterangan walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan.
{{anchor|116B.3}}(3) Bagi maksud seksyen ini, "capaian" termasuklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer difahami.
'''Pemintasan komunikasi dan kebolehterimaan komunikasi yang dipintas'''
{{anchor|116C.1}}'''{{sc|116c}}.''' (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Pendakwa Raya, jika dia berpendapat bahawa ia mungkin mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan, boleh memberi kuasa kepada seseorang pegawai polis—
:{{anchor|116C.1.a}}''(a)'' untuk memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos yang dalam perjalanan penghantaran melalui pos;
:{{anchor|116C.1.b}}''(b)'' untuk memintas apa-apa mesej yang dihantar atau diterima melalui apa-apa komunikasi; atau<noinclude></noinclude>
12n4vz0f4eyi8njrc6p61my4jsxwnkk
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/103
250
8121
23131
2026-05-27T10:30:18Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23131
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|103}}</noinclude>:{{anchor|116C.1.c}}''(c)'' untuk memintas, mendengar atau merakamkan apa-apa perbualan melalui komunikasi.
{{anchor|116C.2}}(2) Pendakwa Raya, jika dia berpendapat bahawa apa-apa komunikasi mungkin mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan, boleh—
:{{anchor|116C.2.a}}''(a)'' menghendaki pemberi perkhidmatan komunikasi untuk memintas dan menyimpan komunikasi tertentu atau komunikasi daripada perihalan yang tertentu yang diterima atau dihantar, atau yang akan diterima atau dihantar oleh pemberi perkhidmatan komunikasi itu; atau
:{{anchor|116C.2.b}}''(b)'' memberi kuasa kepada pegawai polis untuk memasuki mana-mana premis dan untuk memasang di premis itu, apa-apa peranti bagi pemintasan dan penyimpanan komunikasi tertentu atau komunikasi daripada perihalan yang tertentu dan untuk memindahkan dan menyimpan peranti itu.
{{anchor|116C.3}}(3) Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan, apa-apa maklumat yang didapati di bawah subseksyen (1) atau (2), sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh, boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya.
{{anchor|116C.4}}(4) Suatu pemberian kuasa oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen ini boleh diberikan sama ada secara lisan atau bertulis, tetapi jika pemberian kuasa secara lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan mengubah pemberian kuasa itu ke dalam bentuk bertulis.
{{anchor|116C.5}}(5) Mahkamah hendaklah mengambil kognisans mengenai apa-apa pemberian kuasa oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen ini.
'''Tatacara jika penyiasatan tidak dapat diselesaikan dalam masa dua puluh empat jam'''
{{anchor|117.1}}'''117.''' (1) Apabila mana-mana orang ditangkap dan ditahan dalam jagaan dan didapati bahawa penyiasatan tidak dapat diselesaikan<noinclude></noinclude>
jt55k3qfn8qx0ykht00b72ax86l3524
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/104
250
8122
23132
2026-05-27T10:33:34Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23132
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|104|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>dalam tempoh dua puluh empat jam yang ditetapkan oleh [[#28.1|seksyen 28]] dan terdapat alasan untuk mempercayai bahawa tuduhan atau maklumat itu berasas, pegawai polis yang membuat penyiasatan itu hendaklah dengan segera menghantar kepada seorang Majistret suatu salinan catatan dalam buku harian yang ditetapkan kemudian daripada ini yang berhubungan dengan kes itu dan hendaklah pada masa yang sama membawa tertuduh itu ke hadapan Majistret itu.
{{anchor|117.1A}}({{sc|1a}}) Pendakwa Raya boleh hadir dalam mana-mana permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini.
{{anchor|117.2}}(2) Majistret yang ke hadapannya seseorang tertuduh dibawa di bawah seksyen ini boleh, sama ada dia mempunyai atau tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes itu, memberi kuasa bagi penahanan tertuduh dalam apa-apa jagaan seperti yang berikut:
:{{anchor|117.2.a}}''(a)'' jika kesalahan yang disiasat itu boleh dihukum dengan pemenjaraan kurang daripada empat belas tahun, penahanan itu hendaklah tidak lebih daripada empat hari pada permohonan yang pertama dan hendaklah tidak lebih daripada tiga hari pada permohonan yang kedua; atau
:{{anchor|117.2.b}}''(b)'' jika kesalahan yang disiasat itu boleh dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan empat belas tahun atau lebih, penahanan itu hendaklah tidak lebih daripada tujuh hari pada permohonan yang pertama dan hendaklah tidak lebih daripada tujuh hari pada permohonan yang kedua.
{{anchor|117.3}}(3) Pegawai yang membuat penyiasatan itu hendaklah menyatakan dalam salinan catatan dalam buku harian yang disebut dalam subseksyen (1), apa-apa tempoh penahanan terhadap tertuduh sebaik sebelum permohonan itu, sama ada atau tidak penahanan itu berhubungan dengan permohonan itu.
{{anchor|117.4}}(4) Majistret itu, dalam memutuskan tempoh penahanan bagi orang tertuduh itu, hendaklah mengambil kira apa-apa tempoh penahanan sebaik sebelum permohonan itu, sama ada atau tidak penahanan itu berhubungan dengan permohonan itu.<noinclude></noinclude>
n11un65tl5jykdbvnsraom0ps2925gt
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/105
250
8123
23133
2026-05-27T10:34:51Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23133
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|105}}</noinclude>
{{anchor|117.5}}(5) Majistret itu, dalam memutuskan tempoh penahanan bagi tertuduh itu, hendaklah membenarkan representasi dibuat sama ada oleh tertuduh itu sendiri atau melalui peguam pilihannya.
{{anchor|117.6}}(6) Jika Majistret itu tiada bidang kuasa untuk membicarakan kes itu dan berpendapat penahanan lanjut tidak perlu, dia boleh memerintahkan supaya orang tertuduh itu dibawa ke hadapan seorang Majistret yang mempunyai bidang kuasa sedemikian atau, jika kes itu hanya boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi, di hadapannya sendiri atau seorang Majistret yang lain yang mempunyai bidang kuasa dengan tujuan untuk dipindahkan bagi dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.
{{anchor|117.7}}(7) Seseorang Majistret yang memberi kuasa bagi penahanan dalam jagaan polis di bawah seksyen ini hendaklah merekodkan sebab dia berbuat sedemikian.
'''Pegawai polis boleh menghendaki bon bagi kehadiran pengadu dan saksi'''
{{anchor|118.1}}'''118.''' (1) Jika apabila suatu penyiasatan polis dibuat di bawah Bab ini didapati oleh pegawai yang membuat penyiasatan itu bahawa terdapat keterangan yang mencukupi atau alasan mengesyaki yang munasabah untuk mewajarkan prosiding jenayah dimulakan atau diteruskan terhadap mana-mana orang, pegawai itu hendaklah menghendaki pengadu itu, jika ada, dan sekian banyak orang yang didapati oleh pegawai itu mempunyai pengetahuan tentang hal keadaan kes itu, sebagaimana yang difikirkannya perlu, untuk menyempurnakan suatu bon supaya hadir di hadapan Mahkamah Majistret yang dinamakan dalam bon itu dan memberikan keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap tertuduh itu.
{{anchor|118.2}}(2) Pegawai yang di hadapannya bon itu disempurnakan hendaklah menghantarkan bon itu ke Mahkamah Majistret itu.
{{anchor|118.3}}(3) Jika mana-mana pengadu atau saksi enggan menyempurnakan bon itu, pegawai itu hendaklah melaporkan keengganan itu kepada Mahkamah Majistret yang boleh kemudiannya menurut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran atau saman untuk memastikan kehadiran<noinclude></noinclude>
4wm0lkgdw2ewm2jawl2v1fizn2lo5wp
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/106
250
8124
23134
2026-05-27T10:38:28Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23134
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|106|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|593}}'''}}</noinclude>pengadu atau saksi itu di hadapannya untuk memberikan keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap tertuduh itu.
'''Buku harian mengenai prosiding dalam penyiasatan'''
{{anchor|119.1}}'''119.''' (1) Tiap-tiap pegawai polis yang membuat penyiasatan polis di bawah Bab ini hendaklah dari sehari ke sehari mencatatkan prosidingnya dalam penyiasatan itu dalam suatu buku harian yang menyatakan—
:{{anchor|119.1.a}}''(a)'' masa yang arahan, jika ada, bagi penyiasatan sampai kepadanya;
:{{anchor|119.1.b}}''(b)'' masa yang dia memulakan dan menutup penyiasatan itu;
:{{anchor|119.1.c}}''(c)'' tempat atau tempat-tempat yang dilawati olehnya; dan
:{{anchor|119.1.d}}''(d)'' suatu pernyataan mengenai hal keadaan yang dipastikan melalui penyiasatannya.
{{anchor|119.2}}(2) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam [[Akta Keterangan 1950]], seseorang tertuduh tidak berhak, sama ada sebelum atau dalam perjalanan apa-apa siasatan atau perbicaraan, untuk meminta atau memeriksa mana-mana buku harian itu:
Dengan syarat bahawa jika pegawai polis yang telah membuat penyiasatan itu merujuk buku harian itu bagi maksud [[Akta Keterangan 1950#159.1|seksyen 159]] atau [[Akta Keterangan 1950#160|160]] Akta itu, hanya apa-apa catatan yang telah dirujuk oleh pegawai itu hendaklah ditunjukkan kepada tertuduh itu, dan Mahkamah itu hendaklah, atas permintaan pegawai itu, menyebabkan mana-mana catatan lain disembunyikan daripada penglihatan atau dipadamkan.
'''Laporan pegawai polis'''
{{anchor|120.1}}'''120.''' (1) Tiap-tiap penyiasatan polis di bawah Bab ini hendaklah diselesaikan tanpa kelengahan yang tidak perlu, dan pegawai yang membuat penyiasatan itu hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah daripada jenis yang telah diarahkan oleh Pendakwa Raya<noinclude></noinclude>
fto8ycg3l2iy1vr6wlpmfogk4cdg8uw
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/107
250
8125
23135
2026-05-27T10:40:49Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23135
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|107}}</noinclude>supaya tidak perlu dilaporkan kepadanya, mengemukakan kepada Pendakwa Raya suatu laporan penyiasatannya bersama dengan kertas penyiasatan berkenaan dengan penyiasatan itu dalam masa satu minggu dari habisnya tempoh tiga bulan dari tarikh maklumat itu diberikan di bawah [[#107.1|seksyen 107]].
{{anchor|120.2}}(2) Walau apa pun subseksyen (1), Pendakwa Raya boleh, pada bila-bila masa tidak kira bahawa tempoh tiga bulan yang disebut dalam subseksyen (1) belum habis tempoh, mengarahkan pegawai yang membuat penyiasatan itu atau Pegawai penjaga Daerah Polis untuk mengemukakan kepada Pendakwa Raya suatu laporan dalam borang dalam Jadual Kedua dan kertas penyiasatan berkenaan dengan penyiasatan polis itu.
{{C|{{sc|Bahagian VI}}<br>PROSIDING DALAM PENDAKWAAN<br>{{sc|Bab XIV}}<br>BIDANG KUASA MAHKAMAH JENAYAH DALAM SIASATAN DAN PERBICARAAN}}
'''Tempat biasa bagi siasatan dan perbicaraan'''
{{anchor|121.1}}'''121.''' Tiap-tiap kesalahan hendaklah biasanya disiasat dan dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya kesalahan itu telah dilakukan.
'''Tertuduh boleh dibicarakan di tempat yang perbuatan dilakukan atau yang akibat berlaku'''
{{anchor|122.1}}'''122.''' Apabila seseorang dituduh melakukan apa-apa kesalahan oleh sebab apa-apa jua yang telah dilakukan olehnya dan oleh sebab apa-apa akibat yang telah berlaku, kesalahan itu boleh disiasat atau dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang<noinclude></noinclude>
82i9y1qmr2yfltkm7os8dvnlbw6n6aj
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/108
250
8126
23136
2026-05-27T10:55:54Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23136
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|108|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>kuasanya mana-mana perkara sedemikian telah dilakukan atau manamana akibat sedemikian telah berlaku.
<small>
{{C|''MISALAN''}}
''(a)'' ''A'' dilukai di dalam had tempatan bidang kuasa Mahkamah ''X'' dan mati di dalam had tempatan bidang kuasa Mahkamah ''Y''. Kesalahan pematian salah terhadap ''A'' boleh disiasat sama ada oleh Mahkamah ''X'' atau ''Y''.
''(b)'' ''A'' dilukai di dalam had tempatan bidang kuasa Mahkamah ''X'' dan berada selama sepuluh hari kemudiannya di dalam had tempatan bidang kuasa Mahkamah ''Y'', dan selama sepuluh hari kemudiannya berada di dalam had tempatan bidang kuasa Mahkamah ''Z'', tidak berupaya di dalam had tempatan bidang kuasa sama ada Mahkamah ''Y'' atau ''Z'' untuk menjalankan kerja biasanya. Kesalahan menyebabkan cedera parah dengan menyalahi undang-undang kepada ''A'' boleh disiasat atau dibicarakan sama ada oleh Mahkamah ''X'', ''Y'', atau ''Z''.
''(c)'' ''A'' dijadikan takut akan kecederaan di dalam had tempatan bidang kuasa Mahkamah ''X'' dan dengan demikian itu didorong di dalam had tempatan bidang kuasa Mahkamah ''Y'' untuk menyerahkan harta kepada orang yang menjadikannya takut itu. Kesalahan pemerasan yang dilakukan kepada ''A'' boleh disiasat atau dibicarakan sama ada oleh Mahkamah ''X'' atau ''Y''.
</small>
'''Tempat perbicaraan jika perbuatan merupakan suatu kesalahan oleh sebab hubungannya dengan kesalahan lain'''
{{anchor|123.1}}'''123.''' Apabila sesuatu perbuatan merupakan suatu kesalahan oleh sebab hubungannya dengan apa-apa perbuatan lain yang juga merupakan suatu kesalahan atau yang akan menjadi suatu kesalahan jika orang itu berupaya melakukan sesuatu kesalahan, pertuduhan bagi
kesalahan yang mula-mula disebut itu boleh disiasat atau dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya salah satu daripada perbuatan itu dilakukan.
<small>
{{C|''MISALAN''}}
''(a)'' Sesuatu pertuduhan persubahatan boleh disiasat atau dibicarakan sama ada oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya persubahatan itu dilakukan atau oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya kesalahan yang disubahati itu dilakukan.
''(b)'' Sesuatu pertuduhan kerana menerima atau menyimpan barang-barang curi boleh disiasat atau dibicarakan sama ada oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya barang-barang itu telah dicuri atau oleh Mahkamah yang<noinclude></small></noinclude>
9flitt7l55bcqz4f9pk77nrj74xfalb
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/109
250
8127
23137
2026-05-27T10:57:47Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23137
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|109}}
<small></noinclude>di dalam had tempatan bidang kuasanya barang-barang itu telah pada bila-bila masa diterima atau disimpan dengan curang.
''(c)'' Sesuatu pertuduhan kerana dengan salah menyembunyikan seseorang yang diketahuinya telah diculik boleh disiasat oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya penyembunyian salah itu berlaku atau oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya penculikan itu telah berlaku.
</small>
'''Di mana boleh dibicarakan kesalahan lepas lari daripada jagaan, penggelapan jenayah atau pecah amanah jenayah dan mencuri'''
{{anchor|124.1}}'''124.''' (1) Kesalahan lepas lari daripada jagaan boleh disiasat atau dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya lepas lari yang dikatakan itu berlaku atau Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya orang yang dipertuduh atas lepas lari telah diberkas selepas lepas lari yang dikatakan itu.
{{anchor|124.2}}(2) Kesalahan penggelapan jenayah atau pecah amanah jenayah boleh disiasat atau dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya mana-mana bahagian harta yang menjadi perkara kesalahan itu telah diterima oleh orang tertuduh itu atau kesalahan itu telah dilakukan.
{{anchor|124.3}}(3) Kesalahan mencuri apa-apa jua benda boleh disiasat atau dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya benda itu telah dicuri atau telah dimiliki oleh pencuri itu, atau oleh mana-mana orang yang menerima atau menyimpan benda itu sedangkan dia tahu atau dia mempunyai sebab untuk mempercayai ia telah dicuri.
'''Apabila tempat kejadian kesalahan tidak dapat dipastikan, dsb.'''
{{anchor|125.1}}'''125.''' Jika—
:{{anchor|125.1.a}}''(a)'' apabila tidak dapat dipastikan di dalam kawasan manakah daripada beberapa kawasan tempatan sesuatu kesalahan telah dilakukan;<noinclude></noinclude>
qd046als3k60aciiyzuk7gnum8nl271
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/110
250
8128
23138
2026-05-27T10:59:01Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23138
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|110|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>:{{anchor|125.1.b}}''(b)'' sesuatu kesalahan dilakukan sebahagiannya di dalam satu kawasan tempatan dan sebahagiannya lagi di dalam satu kawasan tempatan yang lain;
:{{anchor|125.1.c}}''(c)'' sesuatu kesalahan merupakan satu kesalahan berterusan dan terus dilakukan di dalam lebih daripada satu kawasan tempatan; atau
:{{anchor|125.1.d}}''(d)'' ia terdiri daripada beberapa perbuatan yang dilakukan di dalam kawasan tempatan yang berlainan,
kesalahan itu boleh disiasat dan dibicarakan oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas mana-mana kawasan tempatan sedemikian.
'''Kesalahan yang dilakukan semasa suatu perjalanan'''
{{anchor|126.1}}'''126.''' Sesuatu kesalahan yang dilakukan semasa pesalah itu sedang dalam perjalanan atau pelayaran boleh disiasat atau dibicarakan oleh Mahkamah yang had tempatan bidang kuasanya dilalui atau dimasuki dalam perjalanan atau pelayaran itu oleh pesalah itu atau orang yang terhadapnya atau benda yang berkenaan dengannya kesalahan itu telah dilakukan.
'''Apabila timbul keraguan Mahkamah Tinggi hendaklah membuat keputusan'''
{{anchor|127.1}}'''127.''' Apabila timbul apa-apa keraguan tentang Mahkamah yang olehnya mana-mana kesalahan sepatutnya disiasat atau dibicarakan di bawah peruntukan terdahulu Bab ini, Mahkamah Tinggi boleh—
:{{anchor|127.1.a}}''(a)'' atas usulnya sendiri;
:{{anchor|127.1.b}}''(b)'' jika suatu Mahkamah yang lebih rendah daripada Mahkamah Tinggi merujukkan persoalan itu kepada Mahkamah Tinggi untuk arahan; atau<noinclude></noinclude>
kew9nuuky0bxexsno7ouzv7u04hzzm9
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/111
250
8129
23139
2026-05-27T11:02:07Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23139
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|111}}</noinclude>:{{anchor|127.1.c}}''(c)'' apabila permohonan dibuat oleh Pendakwa Raya atau orang yang dipertuduh itu,
memutuskan oleh Mahkamah yang manakah kesalahan itu hendaklah disiasat atau dibicarakan:
Dengan syarat bahawa sebelum keputusan diambil oleh Mahkamah Tinggi, Pendakwa Raya dan orang yang dipertuduh itu berhak untuk didengar.
'''Liabiliti bagi kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia'''
{{anchor|127A.1}}'''{{sc|127a}}.''' (1) Apa-apa kesalahan di bawah [[Kanun Keseksaan#Bab VI|Bab VI]], [[Kanun Keseksaan#Bab VIA|{{sc|VIa}}]] dan [[Kanun Keseksaan#Bab VIB|{{sc|VIb}}]] Kanun Keseksaan, apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam [[Akta Kesalahan-Kesalahan di Luar Negeri 1976#Jadual|Jadual]] kepada Akta Kesalahan-Kesalahan di Luar Negeri 1976 [''Akta 163''], atau apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang pelakuannya diperakui oleh Peguam Negara sebagai menjejaskan keselamatan Malaysia yang dilakukan, mengikut mana-mana yang berkenaan—
:{{anchor|127A.1.a}}''(a)'' di laut lepas dalam mana-mana kapal atau dalam mana-mana pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia;
:{{anchor|127A.1.b}}''(b)'' oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di laut lepas atau dalam mana-mana kapal atau dalam mana-mana pesawat udara;
:{{anchor|127A.1.c}}''(c)'' oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di mana-mana tempat di luar sempadan Malaysia;
:{{anchor|127A.1.d}}''(d)'' oleh mana-mana orang terhadap seseorang warganegara Malaysia;
:{{anchor|127A.1.e}}''(e)'' oleh mana-mana orang terhadap harta yang dipunyai, atau dikendalikan atau dikawal oleh, keseluruhan atau sebahagian, Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia, mana-mana warganegara Malaysia, atau mana-mana perbadanan yang diwujudkan oleh atau di<noinclude></noinclude>
7vw7v9xzlnaezsm11ulxkce2wbv6x9d