Wikisumber
mswikisource
https://ms.wikisource.org/wiki/Laman_Utama
MediaWiki 1.47.0-wmf.5
first-letter
Media
Khas
Perbincangan
Pengguna
Perbincangan pengguna
Wikisumber
Perbincangan Wikisumber
Fail
Perbincangan fail
MediaWiki
Perbincangan MediaWiki
Templat
Perbincangan templat
Bantuan
Perbincangan bantuan
Kategori
Perbincangan kategori
Gerbang
Perbincangan gerbang
Pengarang
Perbincangan pengarang
Karya
Perbincangan karya
Terjemahan
Perbincangan terjemahan
Laman
Perbincangan laman
Indeks
Perbincangan indeks
TimedText
TimedText talk
Modul
Perbincangan modul
Acara
Perbincangan acara
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/145
250
8283
23371
2026-06-05T00:06:40Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23371
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|145}}</noinclude>boleh diperiksa balas bagi pihak mana-mana orang tertuduh lain.
:{{anchor|173.1.k}}''(k)'' Jika tertuduh mengemukakan apa-apa pernyataan bertulis, Mahkamah hendaklah memfailkannya dengan rekod.
:{{anchor|173.1.l}}''(l)'' (i) Jika tertuduh memohon kepada Mahkamah supaya dikeluarkan apa-apa proses bagi memaksa kehadiran mana-mana saksi (sama ada saksi itu telah atau belum terdahulunya diperiksa dalam kes itu) bagi maksud pemeriksaan atau pemeriksaan balas atau pengemukaan apa-apa dokumen atau benda lain, Mahkamah hendaklah mengeluarkan proses itu melainkan jika ia berpendapat bahawa permohonan itu patut ditolak atas alasan bahawa ia dibuat bagi maksud menyusahkan atau melengahkan atau bagi menggagalkan matlamat keadilan, yang dalam hal itu alasan itu hendaklah direkodkan olehnya secara bertulis.
::(ii) Mahkamah boleh, sebelum memanggil mana-mana saksi atas permohonan itu, menghendaki supaya perbelanjaan munasabah yang dilakukannya untuk hadir bagi maksud perbicaraan didepositkan di Mahkamah.
:{{anchor|173.1.m}}''(m)'' (i) Pada penutupan perbicaraan, Mahkamah hendaklah menimbangkan segala keterangan yang dikemukakan di hadapannya dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah.
::(ii) Jika Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah, Mahkamah hendaklah mendapati tertuduh bersalah dan dia boleh disabitkan atasnya dan Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang:
::Dengan syarat bahawa sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman, Mahkamah hendaklah, atas<noinclude></noinclude>
fp0xnot95xebpr84ame24j2kmyxeckn
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/146
250
8284
23372
2026-06-05T00:07:54Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23372
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|146|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>permintaan mangsa kesalahan itu atau keluarga mangsa, memanggil mangsa atau anggota keluarga mangsa untuk membuat suatu pernyataan mengenai impak kesalahan itu terhadap mangsa atau keluarganya; dan jika mangsa atau anggota keluarga mangsa itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab pada prosiding itu selepas dipanggil oleh Mahkamah, Mahkamah boleh menurut budi bicaranya menerima suatu pernyataan bertulis mangsa atau anggota keluarga mangsa.
::(iii) Jika Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan tidak membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah, Mahkamah hendaklah merekodkan suatu perintah pembebasan.
:{{anchor|173.1.n}}''(n)'' Apabila prosiding telah dimulakan atas aduan seseorang dengan sumpah di bawah [[#133.1|seksyen 133]] dan pada mana-mana hari yang ditetapkan bagi pendengaran kes itu pengadu itu tidak hadir dan kesalahan itu boleh dikompaun dengan sah, Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung terdahulu daripada ini, melepaskan tertuduh itu pada bila-bila masa sebelum memanggilnya untuk membuat pembelaannya.
:{{anchor|173.1.o}}''(o)'' Jika tertuduh tidak hadir pada masa dan di tempat yang disebut dalam saman itu dan didapati oleh Mahkamah bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya dalam masa yang munasabah sebelum masa yang ditetapkan untuk hadir dan tiada alasan yang mencukupi ditunjukkan bagi penangguhan, Mahkamah boleh sama ada meneruskan untuk mendengar dan memutuskan aduan itu secara '''ex parte'' atau boleh menangguhkan pendengaran itu ke suatu hari yang akan datang.
'''Kuasa untuk melepaskan dengan syarat atau tanpa syarat'''
{{anchor|173A.1}}'''{{sc|173a}}.''' (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 173, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa yang terkandung dalam seksyen ini.<noinclude></noinclude>
qheycmjj50pgownhxsi8aanzxe4v1cz
23373
23372
2026-06-05T00:08:11Z
PeaceSeekers
18
23373
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|146|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>permintaan mangsa kesalahan itu atau keluarga mangsa, memanggil mangsa atau anggota keluarga mangsa untuk membuat suatu pernyataan mengenai impak kesalahan itu terhadap mangsa atau keluarganya; dan jika mangsa atau anggota keluarga mangsa itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab pada prosiding itu selepas dipanggil oleh Mahkamah, Mahkamah boleh menurut budi bicaranya menerima suatu pernyataan bertulis mangsa atau anggota keluarga mangsa.
::(iii) Jika Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan tidak membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah, Mahkamah hendaklah merekodkan suatu perintah pembebasan.
:{{anchor|173.1.n}}''(n)'' Apabila prosiding telah dimulakan atas aduan seseorang dengan sumpah di bawah [[#133.1|seksyen 133]] dan pada mana-mana hari yang ditetapkan bagi pendengaran kes itu pengadu itu tidak hadir dan kesalahan itu boleh dikompaun dengan sah, Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung terdahulu daripada ini, melepaskan tertuduh itu pada bila-bila masa sebelum memanggilnya untuk membuat pembelaannya.
:{{anchor|173.1.o}}''(o)'' Jika tertuduh tidak hadir pada masa dan di tempat yang disebut dalam saman itu dan didapati oleh Mahkamah bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya dalam masa yang munasabah sebelum masa yang ditetapkan untuk hadir dan tiada alasan yang mencukupi ditunjukkan bagi penangguhan, Mahkamah boleh sama ada meneruskan untuk mendengar dan memutuskan aduan itu secara ''ex parte'' atau boleh menangguhkan pendengaran itu ke suatu hari yang akan datang.
'''Kuasa untuk melepaskan dengan syarat atau tanpa syarat'''
{{anchor|173A.1}}'''{{sc|173a}}.''' (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 173, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa yang terkandung dalam seksyen ini.<noinclude></noinclude>
2kh4oy6prvh7aezam5w51oiw00to4bx
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/147
250
8285
23374
2026-06-05T00:09:26Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23374
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|147}}</noinclude>{{anchor|173A.2}}(2) Apabila mana-mana orang dipertuduh di hadapan Mahkamah atas suatu kesalahan yang boleh dihukum oleh Mahkamah itu, dan Mahkamah itu mendapati bahawa pertuduhan itu dibuktikan, tetapi berpendapat bahawa, setelah mengambil kira watak, latar belakang, umur, kesihatan atau keadaan mental orang yang dipertuduh itu, atau sifat remeh kesalahan itu, atau hal keadaan peringan yang dalamnya kesalahan itu dilakukan, adalah tidak suai manfaat untuk mengenakan apa-apa hukuman atau apa-apa hukuman selain hukuman nominal atau bahawa adalah suai manfaat untuk melepaskan pesalah itu atas percubaan akhlak, Mahkamah boleh, tanpa meneruskan untuk merekodkan suatu sabitan, membuat suatu perintah sama ada—
:{{anchor|173A.2.a}}''(a)'' menolak pertuduhan atau aduan itu selepas memberi pesalah itu teguran atau amaran sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah itu; atau
:{{anchor|173A.2.b}}''(b)'' melepaskan pesalah itu dengan syarat dia mengikat suatu bon dengan atau tanpa penjamin, untuk berkelakuan baik dan untuk hadir supaya sabitan direkodkan dan bagi menerima hukuman apabila dipanggil pada bila-bila masa dalam tempoh itu, yang tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
{{anchor|173A.3}}(3) Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada mana-mana perintah sedemikian, memerintahkan pesalah itu untuk membayar apa-apa pampasan bagi kecederaan atau bagi kerugian (yang tidak melebihi jumlah wang sebanyak lima puluh ringgit) atau untuk membayar kos prosiding itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah itu atau untuk membayar pampasan dan kos itu kedua-duanya.
{{anchor|173A.4}}(4) Suatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah, bagi maksud meletakhakkan semula atau memulangkan harta curi, dan membolehkan Mahkamah untuk membuat perintah tentang restitusi atau penyerahan harta kepada pemunya dan tentang pembayaran wang apabila dibuat atau berkaitan dengan restitusi atau penyerahan itu, mempunyai kuat kuasa yang sama seperti suatu sabitan atas suatu kesalahan yang dilakukan berkenaan dengan harta itu.<noinclude></noinclude>
pybckuvkoywoa85g2wv2oystpvawqhg
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/148
250
8286
23375
2026-06-05T00:10:48Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23375
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|148|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>{{anchor|173A.5}}(5) Jika Mahkamah berpuas hati melalui maklumat yang diberikan atas sumpah bahawa pesalah itu tidak mematuhi mana-mana syarat bonnya, ia boleh mengeluarkan waran bagi pemberkasan pesalah itu.
{{anchor|173A.6}}(6) Mana-mana pesalah apabila diberkas dengan mana-mana waran sedemikian hendaklah, jika tidak dibawa dengan segera ke hadapan Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menghukumnya, dibawa ke hadapan seorang Majistret yang boleh—
:{{anchor|173A.6.a}}''(a)'' sama ada meremannya melalui waran sehingga masa dia dikehendaki oleh bonnya untuk hadir bagi penghakiman atau sehingga bersidangnya Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk membicarakan kesalahan asalnya mengikut mana-mana yang berlaku dahulu; atau
:{{anchor|173A.6.b}}''(b)'' membenarkan dia diikat jamin dengan penjamin yang mencukupi dengan mensyaratkan supaya dia hadir bagi penghakiman.
{{anchor|173A.7}}(7) Pesalah itu apabila direman sedemikian boleh dikomitkan ke penjara dan waran remannya hendaklah memerintahkan supaya dia hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah yang di hadapannya dia terikat untuk hadir bagi penghakiman atau untuk memberikan jawapan tentang kelakuannya sejak dia dilepaskan.
{{anchor|173A.8}}(8) Seksyen ini tidak terpakai—
:{{anchor|173A.8.a}}''(a)'' jika pesalah dipertuduh atas suatu kesalahan yang serius; atau
:{{anchor|173A.8.b}}''(b)'' jika pesalah dipertuduh atas pelakuan suatu perbuatan keganasan rumah tangga sebagaimana yang ditakrifkan di bawah [[Akta Keganasan Rumah Tangga 1994#2.1|seksyen 2 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994]] [''Akta 521''].<noinclude></noinclude>
9nwla1lxffnal05suvwpxrrj3ymu3t7
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/149
250
8287
23376
2026-06-05T00:12:11Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23376
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|149}}</noinclude>
'''Ucapan'''
{{anchor|174.1}}'''174.''' Dalam perbicaraan terus di bawah Bab ini—
:{{anchor|174.1.a}}''(a)'' pegawai yang menjalankan pendakwaan tidak perlu membuka kes itu tetapi boleh terus mengemukakan keterangannya;
:{{anchor|174.1.b}}''(b)'' apabila tertuduh dipanggil untuk membuat pembelaannya, dia atau peguam belanya boleh, sebelum mengemukakan keterangannya, membuka kesnya dengan menyatakan fakta atau undang-undang yang diniatkan untuk disandarkan olehnya dan membuat apa-apa ulasan sebagaimana yang difikirkannya perlu tentang keterangan pihak pendakwaan itu, dan jika tertuduh memberikan keterangan atau saksi diperiksa bagi pihaknya, tertuduh itu atau peguam belanya boleh menggulung kesnya; dan
:{{anchor|174.1.c}}''(c)'' pegawai yang menjalankan pendakwaan itu hendaklah mempunyai hak menjawab ke atas keseluruhan kes itu apabila tertuduh telah mengemukakan keterangan.
'''Kuasa untuk mengawardkan pampasan'''
{{anchor|175.1}}'''175.''' (1) Jika dalam mana-mana kes Mahkamah membebaskan tertuduh dan berpendapat bahawa aduan, maklumat atau pertuduhan itu adalah remeh atau menyusahkan, ia boleh, menurut budi bicaranya, sama ada atas permohonan tertuduh itu atau atas kehendaknya sendiri, memerintahkan supaya pengadu atau orang yang berdasarkan maklumatnya aduan atau pertuduhan itu dibuat membayar kepada tertuduh itu atau kepada setiap atau mana-mana tertuduh jika terdapat lebih daripada seorang, apa-apa pampasan, yang tidak melebihi dua puluh lima ringgit, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah:<noinclude></noinclude>
9h6hg4bklbr4l7lnhcacxcb3ltpulfq
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/150
250
8288
23377
2026-06-05T00:13:10Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23377
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|150|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>
Dengan syarat bahawa Mahkamah—
:{{anchor|175.1.a}}''(a)'' hendaklah merekodkan dan menimbangkan apa-apa bantahan terhadap pembuatan perintah itu yang mungkin ditekankan oleh pengadu atau pemberi maklumat itu; dan
:{{anchor|175.1.b}}''(b)'' hendaklah merekodkan sebab-sebab Mahkamah membuat perintah itu.
{{anchor|175.2}}(2) (''Ditinggalkan'').
{{anchor|175.3}}(3) Pada masa mengawardkan pampasan dalam mana-mana guaman sivil yang kemudiannya yang berhubungan dengan perkara yang sama, Mahkamah hendaklah mengambil kira apa-apa jumlah wang yang dibayar atau didapatkan kembali sebagai pampasan di bawah subseksyen ini apabila apa-apa jumlah wang yang dibayar atau didapatkan kembali sebagai pampasan itu dibuktikan.
'''Butir-butir hendaklah direkodkan'''
{{anchor|176.1}}'''176.''' (1) Dalam prosiding di bawah Bab ini, Mahkamah hendaklah menyimpan suatu rekod tentang butir-butir bagi setiap kes dengan menggunakan dan melengkapkan atau menyebabkan dilengkapkan suatu kertas pertuduhan mengikut apa-apa borang sebagaimana yang diarahkan oleh Hakim Besar dan, jika segala butir yang perlu tidak dapat dicatatkan dengan mudahnya dalam mana-mana borang itu, dengan melampirkan padanya apa-apa bilangan kertas sambungan yang dikehendaki.
{{anchor|176.2}}(2) Butir-butir yang hendaklah dimasukkan dalam rekod itu hendaklah termasuk:
:{{anchor|176.2.a}}''(a)'' nama Mahkamah dan nombor siri kes;
:{{anchor|176.2.b}}''(b)'' nama tertuduh dan, jika perempuan, jantinanya;
:{{anchor|176.2.c}}''(c)'' alamat tertuduh;
:{{anchor|176.2.d}}''(d)'' pertuduhan;<noinclude></noinclude>
rju8dunuzy7f5vq51mif8cppdeiz7uz
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/151
250
8289
23378
2026-06-05T00:14:07Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23378
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|151}}</noinclude>:{{anchor|176.2.e}}''(e)'' tarikh kembalian saman, jika ada;
:{{anchor|176.2.f}}''(f)'' tarikh pengeluaran saman atau waran, jika ada;
:{{anchor|176.2.g}}''(g)'' nama dan alamat pengadu, jika ada, tarikh aduan itu dan nilai apa-apa harta yang terlibat;
:{{anchor|176.2.h}}''(h)'' tarikh penangkapan;
:{{anchor|176.2.i}}''(i)'' tarikh kehadiran pertama di hadapan Mahkamah;
:{{anchor|176.2.j}}''(j)'' kerakyatan tertuduh;
:{{anchor|176.2.k}}''(k)'' umur tertuduh;
:{{anchor|176.2.l}}''(l)'' butir-butir bagi apa-apa jaminan atau bon yang ditawarkan atau diambil sama ada melalui polis atau Mahkamah;
:{{anchor|176.2.m}}''(m)'' akuan tertuduh;
:{{anchor|176.2.n}}''(n)'' nama dan jawatan pegawai atau nama peguam yang menjalankan pendakwaan dan nama peguam bela, jika ada, yang hadir bagi pihak tertuduh;
:{{anchor|176.2.na}}''(na)'' apa-apa penyelesaian yang memuaskan bagi kes yang dipersetujui oleh tertuduh dan Pendakwa Raya di bawah [[#172C.1|seksyen {{sc|172c}}]];
:{{anchor|176.2.o}}''(o)'' tarikh setiap penangguhan atau penundaan dan tarikh yang sehingganya penangguhan atau penundaan itu dibuat dan alasan bagi penangguhan atau penundaan itu dibuat;
:{{anchor|176.2.p}}''(p)'' nota Mahkamah mengenai keterangan, jika ada;
:{{anchor|176.2.q}}''(q)'' dapatan;
:{{anchor|176.2.r}}''(r)'' nota Mahkamah mengenai sabitan terdahulu, keterangan mengenai watak, pernyataan impak mangsa atau anggota keluarganya, jika ada, dan rayuan meringankan hukuman, jika ada;<noinclude></noinclude>
qxpi8d1f87bbi78t26nf6yqpdoswlzj
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/152
250
8290
23379
2026-06-05T00:15:07Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23379
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|152|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>:{{anchor|176.2.s}}''(s)'' hukuman atau perintah muktamad yang lain;
:{{anchor|176.2.t}}''(t)'' penghakiman, jika bertulis;
:{{anchor|176.2.u}}''(u)'' tarikh prosiding ditamatkan;
:{{anchor|176.2.v}}''(v)'' butir-butir mengenai apa-apa waran reman, resit denda dan waran pengkomitan;
dan, sekiranya rayuan dibuat,
:{{anchor|176.2.w}}''(w)'' tarikh notis rayuan itu, tarikh apa-apa permintaan bagi nota keterangan, tarikh apa-apa notis bahawa nota keterangan boleh didapati dengan bayaran, tarikh penyampaian alasan keputusan Mahkamah, dan tarikh penghantaran rekod kepada Mahkamah Tinggi;
:{{anchor|176.2.x}}''(x)'' jika penghakiman adalah secara lisan, alasan keputusan;
:{{anchor|176.2.y}}''(y)'' nombor siri Mahkamah Tinggi bagi rayuan itu;
:{{anchor|176.2.z}}''(z)'' keputusan rayuan itu dan tarikh yang Mahkamah diberitahu mengenainya.
{{anchor|176.3}}(3) Rekod itu hendaklah disahkan melalui tandatangan pegawai pengerusi Mahkamah, dan hendaklah difailkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Hakim Besar.
'''Pemindahan kes'''
{{anchor|177.1}}'''177.''' Dalam apa-apa perbicaraan di hadapan Majistret, yang didapatinya pada mana-mana peringkat prosiding itu bahawa kerana apa-apa sebab kes itu ialah kes yang pada pendapat Majistret itu patut dibicarakan oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang lebih tinggi daripada bidang kuasanya sendiri, atau jika sebelum atau semasa perbicaraan itu permohonan dibuat oleh Pendakwa Raya, Majistret itu hendaklah menggantung prosiding itu dan memindahkan kes itu ke Mahkamah yang lebih tinggi.<noinclude></noinclude>
o33j4tfulc9tjcfmkx845a8tiiwsd99
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/153
250
8291
23380
2026-06-05T00:17:22Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23380
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|153}}</noinclude>
'''Pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi dan perbicaraan oleh Mahkamah Tinggi'''
{{anchor|177A.1}}'''{{sc|177a}}.''' (1) Sesuatu pendakwaan berkenaan dengan suatu kesalahan yang dikehendaki dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi mengikut Bab XX tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya:
Dengan syarat bahawa seseorang boleh ditangkap, atau suatu waran bagi penangkapannya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan mana-mana orang itu boleh direman dalam jagaan walaupun keizinan Pendakwa Raya untuk memulakan pendakwaan bagi kesalahan itu belum didapatkan, tetapi kes itu tidak boleh selanjutnya didakwa sehingga keizinan itu telah didapatkan.
{{anchor|177A.2}}(2) Dalam mana-mana pendakwaan menurut subseksyen (1), tertuduh hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah Majistret yang hendaklah, selepas pertuduhan telah dijelaskan kepada tertuduh, memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dan menyebabkan tertuduh itu hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah itu secepat yang dapat dilaksanakan:
Dengan syarat bahawa apabila tertuduh itu dibawa ke hadapan Mahkamah Majistret sebelum Pendakwa Raya memberikan keizinan bagi pendakwaan itu, pertuduhan itu hendaklah dijelaskan kepada tertuduh itu tetapi dia tidak boleh dipanggil untuk membuat akuan terhadap pertuduhan itu.
{{anchor|177A.3}}(3) Apabila tertuduh hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah Tinggi mengikut subseksyen (2), Mahkamah Tinggi hendaklah menetapkan suatu tarikh bagi perbicaraannya yang hendaklah diadakan mengikut tatacara di bawah Bab XX.<noinclude></noinclude>
n8l6k1fmmoja4hbt5242r0bt3hoy1ru
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/154
250
8292
23381
2026-06-05T00:18:20Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23381
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|154|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>
{{C|{{sc|Bab XX}}<br>PERBICARAAN DI HADAPAN MAHKAMAH TINGGI}}
'''Permulaan perbicaraan'''
{{anchor|178.1}}'''178.''' (1) Apabila Mahkamah bersedia untuk memulakan perbicaraan, tertuduh hendaklah hadir atau dibawa ke hadapannya dan pertuduhan hendaklah dibacakan dan dijelaskan kepadanya dan dia hendaklah ditanya sama ada dia bersalah atas kesalahan yang dipertuduh itu atau minta dibicarakan.
{{anchor|178.2}}(2) Jika tertuduh itu mengaku salah, akuan itu hendaklah direkodkan dan dia boleh disabitkan atas akuan itu:
Dengan syarat bahawa sebelum suatu akuan salah direkodkan, Mahkamah hendaklah menentukan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat daripada akuannya itu dan berniat untuk mengakui, tanpa syarat, kesalahan yang dikatakan terhadapnya.
{{anchor|178.3}}(3) Jika tertuduh itu enggan membuat akuan atau tidak membuat akuan, atau jika dia minta dibicarakan, Mahkamah hendaklah meneruskan untuk membicarakan kes itu.
'''Pembukaan kes pihak pendakwaan'''
{{anchor|179.1}}'''179.''' (1) Pegawai yang menjalankan pendakwaan hendaklah membuka kesnya dengan menyatakan secara ringkas sifat kesalahan yang dipertuduh dan keterangan yang dengannya dia bercadang untuk membuktikan kesalahan tertuduh.
{{anchor|179.2}}(2) Dia hendaklah selepas itu memeriksa saksinya, dan saksi itu boleh kemudiannya diperiksa balas oleh pihak pembelaan dan, jika perlu, diperiksa semula.<noinclude></noinclude>
1f504rgb8h04urij4im6d401foz2qxw
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/155
250
8293
23382
2026-06-05T00:20:41Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23382
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|155}}</noinclude>
'''Tatacara selepas penutupan kes pihak pendakwaan'''
{{anchor|180.1}}'''180.''' (1) Apabila kes pendakwaan ditutup, Mahkamah hendaklah menimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kes ''prima facie'' terhadap tertuduh.
{{anchor|180.2}}(2) Jika Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan tidak membuktikan kes ''prima facie'' terhadap tertuduh, Mahkamah hendaklah merekodkan suatu perintah pembebasan.
{{anchor|180.3}}(3) Jika Mahkamah mendapati bahawa kes ''prima facie'' telah dibuktikan terhadap tertuduh atas kesalahan yang dipertuduh, Mahkamah hendaklah memanggil tertuduh untuk membuat pembelaannya.
{{anchor|180.4}}(4) Bagi maksud seksyen ini, suatu kes ''prima facie'' dibuktikan terhadap tertuduh jika pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai yang membuktikan setiap unsur kesalahan yang jika tidak disangkal atau tidak dijelaskan akan mewajarkan suatu sabitan.
'''Pembelaan'''
{{anchor|181.1}}'''181.''' (1) Apabila tertuduh dipanggil untuk membuat pembelaannya, dia atau peguam belanya boleh selepas itu membuka kesnya dengan menyatakan fakta atau undang-undang yang diniatkan untuk disandarkan olehnya dan membuat apa-apa ulasan sebagaimana yang difikirkannya perlu tentang keterangan pihak pendakwaan itu. Dia boleh, selepas itu memeriksa saksinya, jika ada, dan selepas mereka diperiksa balas dan diperiksa semula, jika ada, boleh menggulung kesnya:
Dengan syarat sentiasa bahawa jika mana-mana orang tertuduh memilih untuk dipanggil sebagai saksi, keterangannya hendaklah diambil sebelum keterangan saksi lain pihak pembelaan:
Dengan syarat juga bahawa mana-mana orang tertuduh yang memilih untuk dipanggil sebagai saksi boleh diperiksa balas bagi pihak mana-mana orang tertuduh yang lain.<noinclude></noinclude>
k6n67zlx1nwywbois7nwxlr8s7myk2t
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/156
250
8294
23383
2026-06-05T00:22:03Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23383
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|156|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>
{{anchor|181.2}}(2) Tertuduh hendaklah dibenarkan untuk memeriksa mana-mana saksi yang tidak dinamakan olehnya terdahulu di bawah peruntukan Kanun ini jika saksi itu hadir.
'''Jawapan'''
{{anchor|182.1}}'''182.''' Dalam semua kes pegawai yang menjalankan pendakwaan hendaklah mempunyai hak untuk menjawab ke atas keseluruhan kes, sama ada tertuduh mengemukakan keterangan atau tidak.
'''Tatacara pada akhir perbicaraan'''
{{anchor|182A.1}}'''{{sc|182a}}.''' (1) Pada akhir perbicaraan, Mahkamah hendaklah menimbangkan segala keterangan yang dikemukakan di hadapannya dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah.
{{anchor|182A.2}}(2) Jika Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah, Mahkamah hendaklah mendapati tertuduh bersalah dan dia boleh disabitkan atas kesalahan itu.
{{anchor|182A.3}}(3) Jika Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan tidak membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah, Mahkamah hendaklah merekodkan suatu perintah pembebasan.
'''Hukuman'''
{{anchor|183.1}}'''183.''' Jika tertuduh disabitkan, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang.
'''Pernyataan impak mangsa'''
{{anchor|183A.1}}'''{{sc|183a}}.''' (1) Sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang di bawah seksyen 183, Mahkamah hendaklah, atas permintaan mangsa kesalahan itu atau keluarga mangsa itu,<noinclude></noinclude>
ttmqz722icsskv33raggrkxiy9ywb2z
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/157
250
8295
23384
2026-06-05T00:23:29Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23384
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|157}}</noinclude>memanggil mangsa atau anggota keluarga mangsa itu untuk membuat suatu pernyataan mengenai impak kesalahan itu terhadap mangsa itu atau keluarganya.
{{anchor|183A.2}}(2) Jika mangsa atau anggota keluarga mangsa itu kerana apa-apa sebab tidak dapat menghadiri prosiding selepas dipanggil oleh Mahkamah di bawah subseksyen (1), Mahkamah boleh menurut budi bicaranya menerima suatu pernyataan bertulis mangsa itu atau anggota keluarga mangsa itu.
{{C|{{sc|Bab XXI}}<br>PERBICARAAN DI HADAPAN MAHKAMAH TINGGI DENGAN BANTUAN PENGAPIT}}
{{anchor|183B.1}}{{anchor|199.1}}'''{{sc|183b–199}}.''' (''Dipotong oleh Akta A908'').
{{C|{{sc|Bab XXII}}<br>PERBICARAAN DENGAN JURI DI HADAPAN MAHKAMAH TINGGI}}
{{anchor|199A.1}}{{anchor|235.1}}'''{{sc|199a–235}}.''' (''Dipotong oleh Akta A908'').
{{C|{{sc|Bab XXIII}}<br>JURI DAN PENGAPIT}}
{{anchor|235A.1}}{{anchor|251.1}}'''{{sc|235a–251}}.''' (''Dipotong oleh Akta A908'').
{{C|{{sc|Bab XXIV}}<br>PERUNTUKAN AM TENTANG SIASATAN DAN PERBICARAAN}}
{{anchor|252.1}}{{anchor|252A.1}}'''{{sc|252–252a}}.''' (''Dipotong oleh Akta A908'').<noinclude></noinclude>
9z7y9j3q410ogofoflzq8aypnuss11z
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/158
250
8296
23385
2026-06-05T00:25:06Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23385
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|158|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>
'''Tatacara jika terdapat sabitan terdahulu'''
{{anchor|253.1}}'''253.''' Jika tertuduh dipertuduh atas suatu kesalahan yang dilakukan selepas suatu sabitan terdahulu bagi apa-apa kesalahan, tatacara yang ditetapkan terdahulu daripada ini hendaklah diubahsuaikan seperti yang berikut:
:{{anchor|253.1.a}}''(a)'' bahagian pertuduhan yang menyatakan sabitan terdahulu itu tidak boleh dibacakan di dalam Mahkamah, dan tertuduh itu tidak boleh ditanya sama ada dia telah disabitkan terdahulu daripada itu sebagaimana yang dikatakan dalam pertuduhan itu melainkan jika dan sehingga dia sama ada telah mengaku salah atau disabitkan atas kesalahan yang kemudian itu;
:{{anchor|253.1.b}}''(b)'' jika dia mengaku salah atau disabitkan atas kesalahan yang kemudian itu, dia hendaklah selepas itu ditanya sama ada dia telah disabitkan terdahulu daripada itu sebagaimana yang dikatakan dalam pertuduhan itu;
:{{anchor|253.1.c}}''(c)'' jika dia menjawab bahawa dia telah disabitkan sedemikian terdahulu daripada itu, Mahkamah boleh meneruskan untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya dengan sewajarnya, tetapi jika dia menafikan bahawa dia telah disabitkan sedemikian terdahulu daripada itu atau enggan untuk atau tidak menjawab soalan itu, Mahkamah hendaklah membuat siasatan berkenaan dengan sabitan terdahulu itu.
'''Pendakwa Raya boleh enggan untuk mendakwa selanjutnya pada mana-mana peringkat'''
{{anchor|254.1}}'''254.''' (1) Pada mana-mana peringkat apa-apa perbicaraan, sebelum penghakiman diberikan, Pendakwa Raya boleh, jika difikirkannya patut, memberitahu Mahkamah bahawa dia tidak akan mendakwa tertuduh selanjutnya atas pertuduhan itu dan sesudah itu segala prosiding atas pertuduhan terhadap tertuduh itu hendaklah digantung dan tertuduh itu hendaklah dilepaskan daripada pertuduhan itu.<noinclude></noinclude>
qg240dlgwxpmusqi16ml6nwytfu43wb
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/159
250
8297
23386
2026-06-05T00:26:41Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23386
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|159}}</noinclude>
{{anchor|254.2}}(2) Pada mana-mana peringkat apa-apa perbicaraan di hadapan Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret sebelum penghakiman diberikan, pegawai yang menjalankan pendakwaan itu boleh, jika difikirkannya patut, memberitahu Mahkamah bahawa dia tidak bercadang untuk mendakwa tertuduh selanjutnya atas pertuduhan itu, dan sesudah itu segala prosiding atas pertuduhan terhadap tertuduh itu bolehlah digantung dengan kebenaran Mahkamah dan, jika digantung sedemikian, tertuduh itu hendaklah dilepaskan daripada pertuduhan itu.
{{anchor|254.3}}(3) Pelepasan sedemikian tidak terjumlah kepada suatu pembebasan melainkan jika diarahkan sedemikian oleh Mahkamah.
'''Perbicaraan yang dihidupkan semula selepas pelepasan'''
{{anchor|254A.1}}'''{{sc|254a}}.''' (1) Tertakluk pada subseksyen (2), jika seseorang tertuduh telah diberikan pelepasan oleh Mahkamah dan dia dipertuduh semula bagi kesalahan yang sama, perbicaraannya hendaklah dihidupkan semula dan diteruskan seolah-olah tiada perintah sedemikian diberikan.
{{anchor|254A.2}}(2) Subseksyen (1) hendaklah hanya terpakai jika saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan sebelum perintah bagi pelepasan telah diberikan oleh Mahkamah.
'''Hak tertuduh untuk dibela'''
{{anchor|255.1}}'''255.''' Tertakluk pada mana-mana peruntukan nyata undang-undang yang berlawanan, tiap-tiap orang yang dituduh di hadapan mana-mana Mahkamah jenayah berhak dibela oleh seorang peguam bela.
'''Mahkamah boleh mengemukakan soalan kepada tertuduh'''
{{anchor|256.1}}'''256.''' (1) Bagi maksud membolehkan tertuduh menjelaskan apa-apa hal keadaan yang terdapat dalam keterangan terhadapnya, Mahkamah boleh, pada mana-mana peringkat sesuatu perbicaraan tanpa memberikan amaran terlebih dahulu kepada tertuduh itu,<noinclude></noinclude>
b79nm24zg2ti9tiscvh468bvbzomrfa
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/160
250
8298
23387
2026-06-05T00:27:56Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23387
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|160|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>mengemukakan apa-apa soalan kepadanya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah.
{{anchor|256.2}}(2) Bagi maksud seksyen ini, tertuduh tidak boleh diangkat sumpah dan dia tidak boleh menjadikan dirinya boleh dikenakan hukuman kerana enggan menjawab soalan itu atau kerana memberikan jawapan palsu kepada soalan itu, tetapi Mahkamah boleh membuat apa-apa inferens daripada keengganan atau jawapan itu sebagaimana yang difikirkannya adil.
{{anchor|256.3}}(3) Jawapan yang diberikan oleh tertuduh itu boleh diberikan pertimbangan dalam perbicaraan itu dan dikemukakan sebagai keterangan bagi menyokongnya atau menentangnya dalam mana-mana perbicaraan lain bagi apa-apa kesalahan lain yang jawapan itu berkecenderungan untuk menunjukkan bahawa dia telah melakukannya.
{{anchor|256.4}}(4) Pemeriksaan tertuduh itu hendaklah bagi maksud membolehkannya menjelaskan apa-apa hal keadaan yang terdapat dalam keterangan yang menentangnya dan tidak boleh menjadi suatu pemeriksaan am mengenai apa-apa jua yang timbul pada Mahkamah.
{{anchor|256.5}}(5) Budi bicara yang diberikan oleh seksyen ini bagi menyoal seseorang tertuduh tidak boleh digunakan bagi maksud mendorongnya untuk membuat pernyataan yang menunjukkan bahawa dia bersalah.
{{anchor|256.6}}(6) Budi bicara itu hendaklah digunakan hanya bagi maksud menentukan daripada seseorang tertuduh bagaimana dia dapat menjawab fakta yang dizahirkan dalam keterangan yang menentangnya supaya fakta itu tidak digunakan untuk menentangnya tanpa dijelaskan.
{{anchor|256.7}}(7) Soalan tidak boleh dikemukakan kepada tertuduh itu semata-mata untuk melengkapkan kes pihak pendakwaan apabila kes itu adalah cacat.
{{anchor|256.8}}(8) Apabila tertuduh itu diperiksa di bawah seksyen ini oleh mana-mana Mahkamah selain Mahkamah Tinggi, keseluruhan pemeriksaan itu termasuk tiap-tiap soalan yang dikemukakan kepadanya dan tiap-tiap jawapan yang diberikan olehnya hendaklah<noinclude></noinclude>
d6ypreai2ami8p3wj2mvjagmp6raov2
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/161
250
8299
23388
2026-06-05T00:29:54Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23388
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Kanun Tatacara Jenayah''|161}}</noinclude>direkodkan dengan sepenuhnya oleh Mahkamah di Semenanjung Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan oleh Mahkamah di Sabah dan Sarawak dalam bahasa Inggeris, dan rekod itu hendaklah ditunjukkan atau dibacakan kepadanya atau, jika dia tidak memahami bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diterjemahkan kepadanya dalam bahasa yang difahaminya, dan dia adalah bebas untuk menjelaskan atau menambahkan jawapannya.
{{anchor|256.9}}(9) Apabila keseluruhan rekod telah dibuat dengan menepati apa yang diakui oleh tertuduh itu sebagai benar, rekod itu hendaklah ditandatangani oleh Majistret yang menjalankan perbicaraan itu.
'''Kes pihak pendakwaan hendaklah dijelaskan oleh Mahkamah kepada tertuduh yang tidak dibela'''
{{anchor|257.1}}'''257.''' (1) Pada tiap-tiap perbicaraan di hadapan Mahkamah Majistret jika dan apabila Mahkamah itu memanggil tertuduh untuk membuat pembelaannya, Mahkamah itu hendaklah, jika tertuduh itu tidak diwakili oleh seorang peguam bela, memberitahunya tentang haknya untuk memberikan keterangan bagi pihak dirinya sendiri dan, jika dia memilih untuk memberikan keterangan bagi pihak dirinya sendiri, hendaklah menarik perhatiannya kepada perkara utama dalam keterangan pihak pendakwaan yang menentangnya supaya dia berpeluang menjelaskan perkara itu.
{{anchor|257.2}}(2) Kegagalan mana-mana tertuduh pada mana-mana perbicaraan untuk memberikan keterangan tidak boleh dijadikan perkara kritikan yang memudaratkan oleh pihak pendakwaan.
'''Tatacara jika tertuduh tidak memahami prosiding'''
{{anchor|258.1}}'''258.''' Jika tertuduh, walaupun siuman, tidak dapat difahamkan tentang prosiding, Mahkamah boleh meneruskan perbicaraan dan, dalam kes Mahkamah Majistret jika perbicaraan itu mengakibatkan suatu sabitan, prosiding itu hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi bersama dengan suatu laporan mengenai hal keadaan kes itu, dan Hakim Mahkamah itu hendaklah membuat dalam prosiding itu apa-<noinclude></noinclude>
3vadeitoswtjy7zat0kcvd70hepv2h2
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/162
250
8300
23389
2026-06-05T00:32:09Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23389
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|162|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 593}}'''}}</noinclude>apa perintah atau menjatuhkan apa-apa hukuman sebagaimana yang difikirkannya patut.
'''Kuasa menunda atau menangguhkan prosiding'''
{{anchor|259.1}}'''259.''' (1) Jika, oleh sebab seseorang saksi tidak hadir atau apa-apa sebab munasabah yang lain, menjadi perlu atau lebih baik untuk menunda permulaan atau menangguhkan apa-apa siasatan atau perbicaraan, Mahkamah boleh, melalui perintah secara bertulis, dari semasa ke semasa, menunda atau menangguhkan siasatan atau perbicaraan itu atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkannya munasabah dan boleh, melalui waran, mereman tertuduh itu jika dalam jagaan:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun Majistret boleh mereman seseorang tertuduh dalam jagaan di bawah seksyen ini selama tempoh yang melebihi lapan hari pada suatu masa:
Dengan syarat selanjutnya bahawa jika seseorang Pegawai Perubatan Kerajaan telah memperakukan bahawa pengadu tidak akan dapat memberikan keterangan sebelum suatu tarikh tertentu, tertuduh itu boleh direman sehingga tarikh itu walaupun tempoh reman itu boleh melebihi lapan hari.
{{anchor|259.2}}(2) Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini oleh Mahkamah Majistret hendaklah secara bertulis, ditandatangani oleh Majistret yang menjalankan perbicaraan, dan hendaklah menyatakan sebab baginya.
<small>
''Huraian''— Jika keterangan yang mencukupi telah didapatkan untuk menimbulkan syak bahawa tertuduh mungkin telah melakukan suatu kesalahan dan didapati berkemungkinan bahawa keterangan selanjutnya boleh didapatkan melalui suatu reman, ini merupakan suatu sebab yang munasabah bagi suatu reman.
</small><noinclude></noinclude>
19llte48n40lpizzo4q6rybdbriasrz
Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/163
250
8301
23390
2026-06-05T00:35:18Z
PeaceSeekers
18
/* Belum diuji baca */
23390
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="1" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
'''Pengkompaunan kesalahan'''
{{anchor|260.1}}'''260.''' (1) Kesalahan yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan yang diperihalkan dalam dua ruang pertama Bahagian A boleh, apabila tiada pendakwaan bagi kesalahan itu sebenarnya belum selesai, dikompaun oleh orang yang disebut dalam ruang ketiga Bahagian A; atau apabila suatu pendakwaan bagi kesalahan itu sebenarnya belum selesai, dikompaun oleh orang itu dengan keizinan Mahkamah yang di hadapannya kes itu belum selesai.
{{anchor|260.2}}(2) Kesalahan yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan yang diperihalkan dalam Bahagian B boleh, dengan keizinan Mahkamah yang di hadapannya kes itu belum selesai, dikompaun oleh orang yang terhadapnya kecederaan itu telah dilakukan.
{{anchor|260.3}}(3) Apabila mana-mana kesalahan boleh dikompaun di bawah seksyen ini, persubahatan dalam kesalahan itu atau percubaan untuk melakukan kesalahan itu (apabila percubaan itu sendiri merupakan suatu kesalahan) boleh dikompaun mengikut cara yang sama.
{{anchor|260.4}}(4) Apabila orang yang selainnya mungkin kompeten untuk mengkompaun sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini tidak kompeten untuk berkontrak, mana-mana orang yang kompeten untuk berkontrak bagi pihaknya boleh mengkompaun kesalahan itu.
{{anchor|260.5}}(5) Penyelesaian sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kesan sebagai pembebasan bagi tertuduh.
{{anchor|260.6}}(6) Tiada kesalahan di bawah Kanun Keseksaan yang tidak disebut dalam seksyen ini boleh dikompaun.
{{C|{{sc|Bahagian A}}}}
{|
| Kesalahan || Seksyen Kanun Keseksaan yang terpakai ||Orang yang boleh mengkompaun kesalahan
|-
| Mengucapkan perkataan, dsb., dengan niat sengaja untuk melukakan perasaan || 298 || Orang yang perasaan
keagamaannya diniatkan untuk dilukakan
<noinclude>{{nopt}}</noinclude><noinclude>|}</noinclude>
653trlm775fng3dm384hwedygve3g5d
23391
23390
2026-06-05T00:39:23Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23391
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
'''Pengkompaunan kesalahan'''
{{anchor|260.1}}'''260.''' (1) Kesalahan yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan yang diperihalkan dalam dua ruang pertama Bahagian A boleh, apabila tiada pendakwaan bagi kesalahan itu sebenarnya belum selesai, dikompaun oleh orang yang disebut dalam ruang ketiga Bahagian A; atau apabila suatu pendakwaan bagi kesalahan itu sebenarnya belum selesai, dikompaun oleh orang itu dengan keizinan Mahkamah yang di hadapannya kes itu belum selesai.
{{anchor|260.2}}(2) Kesalahan yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan yang diperihalkan dalam Bahagian B boleh, dengan keizinan Mahkamah yang di hadapannya kes itu belum selesai, dikompaun oleh orang yang terhadapnya kecederaan itu telah dilakukan.
{{anchor|260.3}}(3) Apabila mana-mana kesalahan boleh dikompaun di bawah seksyen ini, persubahatan dalam kesalahan itu atau percubaan untuk melakukan kesalahan itu (apabila percubaan itu sendiri merupakan suatu kesalahan) boleh dikompaun mengikut cara yang sama.
{{anchor|260.4}}(4) Apabila orang yang selainnya mungkin kompeten untuk mengkompaun sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini tidak kompeten untuk berkontrak, mana-mana orang yang kompeten untuk berkontrak bagi pihaknya boleh mengkompaun kesalahan itu.
{{anchor|260.5}}(5) Penyelesaian sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kesan sebagai pembebasan bagi tertuduh.
{{anchor|260.6}}(6) Tiada kesalahan di bawah Kanun Keseksaan yang tidak disebut dalam seksyen ini boleh dikompaun.
<small>
{{C|{{sc|Bahagian A}}}}
{|
| {{ts|ac}} | Kesalahan || {{ts|ac}} | Seksyen Kanun Keseksaan yang terpakai || {{ts|ac}} | Orang yang boleh mengkompaun kesalahan
|-
| {{ts|al}} | Mengucapkan perkataan, dsb., dengan niat sengaja untuk melukakan perasaan || {{ts|ac}} | 298 || {{ts|al}} | Orang yang perasaan keagamaannya diniatkan untuk dilukakan
<noinclude>{{nopt}}</noinclude><noinclude>|}
</small></noinclude>
c4jgbp75hhzthmio6d7wzqgwklga6qx