Wikisumber
mswikisource
https://ms.wikisource.org/wiki/Laman_Utama
MediaWiki 1.47.0-wmf.13
first-letter
Media
Khas
Perbincangan
Pengguna
Perbincangan pengguna
Wikisumber
Perbincangan Wikisumber
Fail
Perbincangan fail
MediaWiki
Perbincangan MediaWiki
Templat
Perbincangan templat
Bantuan
Perbincangan bantuan
Kategori
Perbincangan kategori
Gerbang
Perbincangan gerbang
Pengarang
Perbincangan pengarang
Karya
Perbincangan karya
Terjemahan
Perbincangan terjemahan
Laman
Perbincangan laman
Indeks
Perbincangan indeks
TimedText
TimedText talk
Modul
Perbincangan modul
Acara
Perbincangan acara
Perbincangan pengguna:Revi C.
3
8569
23855
23821
2026-08-02T14:31:16Z
Pathoschild
206
global user pages ([[m:Synchbot|requested by Revi C.]])
23855
wikitext
text/x-wiki
__NOINDEX__<div class="mw-content-ltr" lang="en" dir="ltr">[[File:Revi logo (pink).png|thumb|center|<span style="color:red">PLEASE DO NOT LEAVE MESSAGE HERE!</span>]]
'''<span style="color:red"> BEFORE YOU BLOCK MY ACCOUNT: IF MY EDIT SUMMARY INCLUDE PREFIX </span>''(Script)''<span style="color:red">, DON'T BLOCK ME, JUST TELL ME TO SLOW DOWN AT COMMONS' TALK PAGE. IT IS AN AUTOMATED SCRIPT BEING USED ON COMMONS TO MOVE FILES.</span>'''
Instead, please leave your message following site:
<br />
[[File:Wikidata-logo-en.svg|45px|link=d:User talk:Revi C.]] [[d:User talk:Revi C.]] for Wikidata (Interwiki links) stuff <!--(I am {{int:Group-sysop}} there)-->
<br />
[[File:Commons-logo.svg|45px|link=commons:User talk:Revi C.]] [[commons:User talk:Revi C.]] for renaming stuff or [[User:CommonsDelinker|CommonsDelinker]] action (I am {{int:Group-sysop}} there)
<br />
[[File:Wikimedia Community Logo optimized.svg|45px|link=m:User talk:Revi C.]] [[meta:User talk:Revi C.]] for other stuff (User right notification, revert message, etc...)
Messages left on this page may be reverted or moved without any response.</div>
5b8qtz4dnjnrhc9ts3mku14m3gujbq8
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/16
250
8584
23841
2026-08-02T13:44:14Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23841
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|16|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 535}}'''}}</noinclude>
{{anchor|10.2}}(2) Lembaga hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat lain berkenaan dengan harta dan aktiviti Lembaga sebagaimana yang dikehendakinya dari semasa ke semasa.
'''Jawatankuasa'''
{{anchor|11.1}}'''11.''' (1) Bagi maksud melaksanakan fungsinya, Lembaga boleh menubuhkan, sekiranya difikirkannya perlu, jawatankuasa, yang setiap satunya terdiri daripada apa-apa bilangan anggota dan dengan bidang tugas yang ditentukannya.
{{anchor|11.2}}(2) Orang yang tidak layak untuk dilantik menjadi anggota atau untuk menjadi anggota Lembaga di bawah subseksyen 6(3) adalah juga tidak layak untuk dilantik menjadi anggota atau untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
{{anchor|11.3}}(3) Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
{{anchor|11.4}}(4) Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
{{anchor|11.5}}(5) Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Ketua Pegawai Eksekutif.
{{anchor|11.6}}(6) Setiap jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiap-tiap dua bulan sekali.
{{anchor|11.7}}(7) Jika seseorang anggota sesuatu jawatankuasa—
:{{anchor|11.7.a}}''(a)'' tidak menghadiri tiga mesyuarat jawatankuasa berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Ketua Pegawai Eksekutif; atau
:{{anchor|11.7.b}}''(b)'' menjadi tidak layak di bawah subseksyen (2),
jawatannya sebagai anggota jawatankuasa hendaklah menjadi kosong.
{{anchor|11.8}}(8) Tertakluk kepada subseksyen (6) dan (9), seksyen 7, 8 dan 9 hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa dan anggotanya sebagaimana seksyen itu terpakai bagi Lembaga dan anggotanya.<noinclude></noinclude>
dwbvb6nuzjwfwogjxobfalx2pu0iw71
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/17
250
8585
23842
2026-08-02T13:45:29Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23842
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Tabung Haji''|17}}</noinclude>
{{anchor|11.9}}(9) Dalam pemakaiannya bagi sesuatu jawatankuasa—
:{{anchor|11.9.a}}''(a)'' seksyen 7 hendaklah dibaca seolah-olah perkataan "Menteri" digantikan dengan perkataan "Lembaga"; dan
:{{anchor|11.9.b}}''(b)'' seksyen 9 hendaklah terpakai bagi seseorang anggota sesuatu jawatankuasa berkenaan dengan apa-apa kontrak atau apa-apa perolehan, pembelian, pajakan atau urus niaga mengenai tanah atau apa-apa projek, pelaburan atau skim yang menjadi urusan jawatankuasa itu.
{{C|{{sc|Bahagian III}}<br>PEGAWAI, PEKHIDMAT DAN EJEN LEMBAGA}}
'''Ketua Pegawai Eksekutif'''
{{anchor|12.1}}'''12.''' (1) Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga dengan persetujuan Menteri.
{{anchor|12.2}}(2) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan padanya oleh Akta ini atau dari semasa ke semasa oleh Lembaga di samping apa-apa kuasa dan kewajipan yang dinyatakan dalam surat pelantikannya.
{{anchor|12.3}}(3) Walau apa pun seksyen 7, Ketua Pegawai Eksekutif boleh dibayar apa-apa gaji atau elaun yang ditentukan oleh Lembaga dengan persetujuan Menteri.
'''Pelantikan pegawai, pekhidmat, ejen, penasihat, dsb.'''
{{anchor|13.1}}'''13.''' (1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 14 dan 15, Lembaga boleh dari semasa ke semasa—
:{{anchor|13.1.a}}''(a)'' melantik dan mengambil kerja atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga mana-mana orang untuk menjadi pengarah urusan, pengarah eksekutif, pengurus besar dan mana-mana pegawai dan pekhidmat lain yang perlu untuk menjalankan maksud Akta ini; dan<noinclude></noinclude>
pl799vkbzxy8zdgkld3awi10gze0xcy
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/18
250
8586
23843
2026-08-02T13:46:40Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23843
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|18|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 535}}'''}}</noinclude>:{{anchor|13.1.b}}''(b)'' menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai dan pekhidmatnya.
{{anchor|13.2}}(2) Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknik termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud Akta ini, dan boleh membayar daripada Kumpulan Wang segala caj dan belanja yang dilakukan sedemikian.
{{anchor|13.3}}(3) Lembaga boleh melalui surat cara di bawah meterainya melantik mana-mana orang sama ada di Malaysia atau mana-mana tempat di luar Malaysia untuk menjadi wakilnya dan orang yang dilantik sedemikian boleh, tertakluk kepada terma surat cara itu, melakukan apa-apa perbuatan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukannya atau melaksanakannya.
'''Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan dan tatatertib'''
{{anchor|14.1}}'''14.''' (1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya dan berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmatnya.
{{anchor|14.2}}(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan membuat peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat, dan boleh termasuk peruntukan bagi—
:{{anchor|14.2.a}}''(a)'' penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau
:{{anchor|14.2.b}}''(b)'' penggantungan tanpa gaji atau saraan lain,
seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga semasa menanti keputusan prosiding tatatertib terhadapnya.<noinclude></noinclude>
ejl0yqtqhalf7y3c8nelwz1au7jiv8n
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/19
250
8587
23844
2026-08-02T13:47:35Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23844
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Tabung Haji''|19}}</noinclude>
{{C|{{sc|Bahagian IV}}<br>KEWANGAN}}
'''Kumpulan Wang'''
{{anchor|15.1}}'''15.''' (1) Hendaklah ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.
{{anchor|15.2}}(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
:{{anchor|15.2.a}}''(a)'' deposit yang diterima di bawah seksyen 16;
:{{anchor|15.2.b}}''(b)'' segala pemberian, derma, hadiah, sumbangan, dan bekues yang diberikan kepada atau bagi faedah Lembaga;
:{{anchor|15.2.c}}''(c)'' apa-apa jumlah wang yang mungkin dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Lembaga dan segala jumlah wang yang dari semasa ke semasa kena dibayar kepada Lembaga berkenaan dengan pembayaran balik apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan daripada Kumpulan Wang;
:{{anchor|15.2.d}}''(d)'' wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
:{{anchor|15.2.e}}''(e)'' apa-apa fi dan wang lain yang ditetapkan;
:{{anchor|15.2.f}}''(f)'' apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga dan wang yang diperoleh atau berbangkit daripadanya;
:{{anchor|15.2.g}}''(g)'' segala pendapatan daripada pelaburan Kumpulan Wang Rizab;
:{{anchor|15.2.h}}''(h)'' segala wang yang dipinjam oleh Lembaga; dan
:{{anchor|15.2.i}}''(i)'' segala wang atau harta lain yang mungkin mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa atau kewajipannya.<noinclude></noinclude>
6wkwtw4b37eld28hbxhnbsepaen4klt
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/20
250
8588
23845
2026-08-02T13:48:32Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23845
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|20|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 535}}'''}}</noinclude>
{{anchor|15.3}}(3) Kumpulan Wang boleh digunakan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
:{{anchor|15.3.a}}''(a)'' pengeluaran deposit dengan atau tanpa keuntungan boleh agih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga atas deposit itu mengikut Akta ini;
:{{anchor|15.3.b}}''(b)'' pembayaran balik pinjaman dan apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
:{{anchor|15.3.c}}''(c)'' belanja pentadbiran termasuk saraan dan faedah penamatan;
:{{anchor|15.3.d}}''(d)'' belanja lain yang bersampingan dengan pengurusan Kumpulan Wang dan fungsi Lembaga termasuk apa-apa wang yang diperlukan untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Lembaga, mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dalam menjalankan fungsi Lembaga; dan
:{{anchor|15.3.e}}''(e)'' pemberian pinjaman dan pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga jika dibenarkan oleh Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
'''Deposit'''
{{anchor|16.1}}'''16.''' (1) Lembaga boleh menerima deposit daripada mana-mana individu Muslim yang berwarganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
{{anchor|16.2}}(2) Deposit hendaklah diterima bagi maksud berikut:
:{{anchor|16.2.a}}''(a)'' menyimpan untuk individu itu menunaikan haji di Tanah Suci; atau
:{{anchor|16.2.b}}''(b)'' sebagai simpanan bagi pelaburan atau bagi apa-apa maksud lain yang dibenarkan oleh Lembaga.<noinclude></noinclude>
dq7slqw7tt25jg0hg2bo20yjup1p2hv
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/21
250
8589
23846
2026-08-02T13:49:26Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23846
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Tabung Haji''|21}}</noinclude>
'''Pembiayaan atau bantuan kewangan'''
{{anchor|17.1}}'''17.''' (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, memberikan pembiayaan atau bantuan kewangan kepada mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah perenggan 4''(3)(d)'' dan kepada mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, dan pembiayaan atau bantuan kewangan itu boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan dalam kes tertentu.
{{anchor|17.2}}(2) Tiada jaminan atau surat tanggung rugi boleh dikeluarkan oleh Lembaga atau mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri Kewangan.
'''Kuasa untuk meminjam'''
{{anchor|18.1}}'''18.''' Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan dan atas apa-apa terma dan syarat dan selama apa-apa tempoh yang diluluskan oleh mereka, meminjam apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud Akta ini.
'''Peraturan-peraturan berhubungan dengan deposit dan pengeluaran'''
{{anchor|19.1}}'''19.''' Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri berhubungan dengan deposit dan pengeluaran, membuat peraturan tentang—
:{{anchor|19.1.a}}''(a)'' cara deposit ke dalam Kumpulan Wang hendaklah dibuat;
:{{anchor|19.1.b}}''(b)'' peruntukan supaya akaun berasingan disimpan bagi setiap pendeposit;
:{{anchor|19.1.c}}''(c)'' cara pengeluaran apa-apa amaun yang ada dalam akaun pendeposit hendaklah dibuat; dan
:{{anchor|19.1.d}}''(d)'' keterangan yang hendaklah dikemukakan apabila dibuat apa-apa permohonan bagi pengeluaran.<noinclude></noinclude>
ih0pkvxbcl8eln2hunkteoz8c015bd0
23874
23846
2026-08-03T00:32:28Z
PeaceSeekers
18
23874
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Tabung Haji''|21}}</noinclude>
'''Pembiayaan atau bantuan kewangan'''
{{anchor|17.1}}'''17.''' (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, memberikan pembiayaan atau bantuan kewangan kepada mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)''(d)'' dan kepada mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, dan pembiayaan atau bantuan kewangan itu boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan dalam kes tertentu.
{{anchor|17.2}}(2) Tiada jaminan atau surat tanggung rugi boleh dikeluarkan oleh Lembaga atau mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri Kewangan.
'''Kuasa untuk meminjam'''
{{anchor|18.1}}'''18.''' Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan dan atas apa-apa terma dan syarat dan selama apa-apa tempoh yang diluluskan oleh mereka, meminjam apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud Akta ini.
'''Peraturan-peraturan berhubungan dengan deposit dan pengeluaran'''
{{anchor|19.1}}'''19.''' Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri berhubungan dengan deposit dan pengeluaran, membuat peraturan tentang—
:{{anchor|19.1.a}}''(a)'' cara deposit ke dalam Kumpulan Wang hendaklah dibuat;
:{{anchor|19.1.b}}''(b)'' peruntukan supaya akaun berasingan disimpan bagi setiap pendeposit;
:{{anchor|19.1.c}}''(c)'' cara pengeluaran apa-apa amaun yang ada dalam akaun pendeposit hendaklah dibuat; dan
:{{anchor|19.1.d}}''(d)'' keterangan yang hendaklah dikemukakan apabila dibuat apa-apa permohonan bagi pengeluaran.<noinclude></noinclude>
7qw070t74zkh5l5wvbaftcbj64o569p
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/22
250
8590
23847
2026-08-02T13:52:11Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23847
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|22|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 535}}'''}}</noinclude>
'''Pelaburan Kumpulan Wang'''
{{anchor|20.1}}'''20.''' (1) Aset Kumpulan Wang hendaklah, setakat yang tidak dikehendaki dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia dan mengikut cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.
{{anchor|20.2}}(2) Lembaga tidak boleh menjalankan kuasa pelaburan di bawah subseksyen (1) tanpa kelulusan Menteri.
'''Kumpulan Wang Rizab'''
{{anchor|21.1}}'''21.''' (1) Lembaga hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu Kumpulan Wang Rizab dalam Kumpulan Wang.
{{anchor|21.2}}(2) Lembaga boleh dari semasa ke semasa memindahkan aset daripada Kumpulan Wang Rizab kepada Kumpulan Wang atau daripada Kumpulan Wang kepada Kumpulan Wang Rizab.
{{anchor|21.3}}(3) Pemindahan kepada Kumpulan Wang Rizab hendaklah ditentukan oleh Lembaga dan pemindahan daripada Kumpulan Wang Rizab hendaklah ditentukan oleh Menteri.
{{anchor|21.4}}(4) Seksyen 20 hendaklah terpakai bagi aset Kumpulan Wang Rizab sebagaimana ia terpakai bagi aset Kumpulan Wang.
'''Pengisytiharan untung boleh agih'''
{{anchor|22.1}}'''22.''' (1) Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan pada bila-bila masa sama ada wajar untuk mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh agih berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang dan jika ia menentukan untuk mengisytiharkan sedemikian, Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh diagihkan berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang itu.
{{anchor|22.2}}(2) Jika suatu perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah juga menentukan cara, amaun dan masa bagi mengkreditkan untung boleh agih itu kepada setiap pendeposit.<noinclude></noinclude>
b5a84fu8yc2nkorkv2xh94yk2tw52oi
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/23
250
8591
23848
2026-08-02T13:54:55Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23848
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Tabung Haji''|23}}</noinclude>
{{anchor|22.3}}(3) Tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan melainkan jika Lembaga telah terlebih dahulu menubuhkan Kumpulan Wang Rizab, dan tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan dalam mana-mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu—
:{{anchor|22.3.a}}''(a)'' aset Kumpulan Wang tidak kurang daripada jumlah liabiliti Kumpulan Wang, amaun yang kena dibayar kepada pendeposit dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta-merta; dan
:{{anchor|22.3.b}}''(b)'' aset Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada apa-apa peratusan amaun yang sebenarnya terkredit untuk pendeposit setakat akhir tahun itu termasuk untung boleh agih, sebagaimana yang diluluskan oleh Perbendaharaan.
{{anchor|22.4}}(4) Apa-apa pembayaran yang dikehendaki dibuat daripada Kumpulan Wang bagi maksud seksyen ini hendaklah, setakat yang wang dalam Kumpulan Wang itu tidak mencukupi bagi maksud itu, dibuat daripada Kumpulan Wang Rizab.
{{anchor|22.5}}(5) Apa-apa keputusan Lembaga berkenaan dengan amaun untung boleh agih yang akan diumpukkan kepada seseorang pendeposit adalah muktamad dan mengikat pendeposit itu dan sesuatu perakuan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang untung boleh agih yang diumpukkan kepada pendeposit itu.
'''Wang tidak dituntut'''
{{anchor|23.1}}'''23.''' (1) Jika Lembaga telah diisytiharkan di bawah [[Akta Wang Tak Dituntut 1965#8.1|seksyen 8 Akta Wang Tak Dituntut 1965]] [''Akta 370''] sebagai bukan suatu syarikat yang baginya Bahagian II Akta itu terpakai, segala wang tidak dituntut yang dipegang oleh Lembaga hendaklah dicatatkan dalam daftar yang disimpan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.
{{anchor|23.2}}(2) Walau apa pun mana-mana undang-undang yang berlawanan, segala wang tidak dituntut hendaklah dipegang dalam Kumpulan Wang sehingga wang itu dibayar kepada pendeposit yang berkenaan pada bila-bila masa kemudian daripada itu.
{{anchor|23.3}}(3) Bagi maksud seksyen ini, "pendeposit", berkenaan dengan mana-mana individu, termasuklah waris, wasi, wakil persendirian, pentadbir, penyerah hak, wakil yang sah dan ejen individu itu.<noinclude></noinclude>
kezk3j2ulck5d5bfs6d5v7bfnojuql1
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/24
250
8592
23849
2026-08-02T13:56:09Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23849
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|24|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 535}}'''}}</noinclude>
'''Jaminan Kerajaan tentang bayaran'''
{{anchor|24.1}}'''24.''' (1) Jika apa-apa perbelanjaan Lembaga berhubungan dengan pengeluaran oleh pendeposit tidak dapat ditampung daripada Kumpulan Wang atau Kumpulan Wang Rizab perbelanjaan itu hendaklah dipertanggungkan pada dan kena dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan.
{{anchor|24.2}}(2) Apa-apa pembayaran daripada Kumpulan Wang Disatukan hendaklah dengan seberapa segera yang praktik dibayar balik oleh Lembaga kepada Kumpulan Wang Disatukan dan sehingga wang itu dibayar balik wang itu hendaklah menjadi hutang kepada Kerajaan dan tanggungan pertama atas aset Kumpulan Wang dan Kumpulan Wang Rizab.
'''Anggaran tahunan'''
{{anchor|25.1}}'''25.''' (1) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan sebelum bermulanya setiap tahun kewangan, membentangkan di hadapan Lembaga suatu anggaran perbelanjaan Lembaga (termasuk perbelanjaan modal) bagi tahun yang berikutnya dengan butir-butir dan dalam bentuk yang ditentukan oleh Lembaga.
{{anchor|25.2}}(2) Satu salinan anggaran yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dihantar kepada setiap anggota Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat yang di hadapannya anggaran itu akan dibentangkan.
'''Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980'''
{{anchor|26.1}}'''26.''' Peruntukan [[Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980]] [''Akta 240''] hendaklah terpakai bagi Lembaga.
{{C|{{sc|Bahagian V}}<br>PENGELOLA JEMAAH HAJI}}
'''Sekatan ke atas pengelola jemaah haji'''
{{anchor|27.1}}'''27.''' (1) Tiada seorang pun boleh—
:{{anchor|27.1.a}}''(a)'' menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji;<noinclude></noinclude>
dqbskpj0ein6qbkuq2dzv7k79ynri8c
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/25
250
8593
23850
2026-08-02T13:57:44Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23850
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Tabung Haji''|25}}</noinclude>:{{anchor|27.1.b}}''(b)'' mengiklankan bahawa dia menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau bahawa dia mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji;
:{{anchor|27.1.c}}''(c)'' membuat atau terus membuat apa-apa representasi yang bermaksud bahawa dia menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau bahawa dia mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji; atau
:{{anchor|27.1.d}}''(d)'' melakukan apa-apa perbuatan atau benda yang boleh semunasabahnya mendorong Lembaga untuk mempercayai bahawa orang itu akan menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau akan mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji,
melainkan jika dia memegang lesen pengelola jemaah haji yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga.
{{anchor|27.2}}(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan—
:{{anchor|27.2.a}}''(a)'' berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
:{{anchor|27.2.b}}''(b)'' berkenaan dengan kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, boleh didenda tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
'''Permohonan lesen dan pengeluaran lesen'''
{{anchor|28.1}}'''28.''' (1) Sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen pengelola jemaah haji hendaklah dibuat kepada Lembaga secara bertulis mengikut cara yang ditetapkan.
{{anchor|28.2}}(2) Lembaga boleh menghendaki seseorang pemohon bagi lesen pengelola jemaah haji supaya memberikan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud menentukan permohonan itu.<noinclude></noinclude>
8nsxinicfula6f11enere7yr5x9gy7u
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/26
250
8594
23851
2026-08-02T13:58:49Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23851
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|26|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 535}}'''}}</noinclude>
{{anchor|28.3}}(3) Lembaga boleh, selepas menimbangkan sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang diberikan menurut sesuatu kehendak di bawah subseksyen (2), mengeluarkan kepada pemohon suatu lesen pengelola jemaah haji apabila dibayar fi yang ditetapkan dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya patut atau boleh, jika disifatkannya patut, enggan mengeluarkan lesen sedemikian tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
{{anchor|28.4}}(4) Tiap-tiap lesen pengelola jemaah haji hendaklah, melainkan jika dibatalkan atau digantung terlebih dahulu, terus berkuat kuasa selama tempoh yang dinyatakan dalam lesen itu.
'''Deposit cagaran'''
{{anchor|29.1}}'''29.''' (1) Tiap-tiap pemohon yang diberi lesen pengelola jemaah haji hendaklah mendepositkan dengan Lembaga dengan seberapa segera yang boleh selepas pengeluaran lesen itu, dan dalam apa-apa hal tidak lewat daripada apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Lembaga, dan hendaklah kemudiannya menyenggara dengan Lembaga suatu deposit cagaran dalam bentuk—
:{{anchor|29.1.a}}''(a)'' jaminan bank dalam apa-apa bentuk dan bagi apa-apa amaun yang diluluskan oleh Lembaga; dan
:{{anchor|29.1.b}}''(b)'' deposit wang tunai bagi apa-apa amaun yang ditentukan oleh Lembaga.
{{anchor|29.2}}(2) Lembaga boleh menghendaki mana-mana pengelola jemaah haji supaya memberikan jaminan bank baru atau mendepositkan wang tunai tambahan bagi apa-apa amaun dan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga sebagai cagaran yang mencukupi buat masa itu bagi keberterusan lesen pengelola jemaah haji itu.
{{anchor|29.3}}(3) Deposit cagaran yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) hendaklah dipegang sebagai cagaran bagi pematuhan wajar terma dan syarat yang dikenakan oleh Lembaga di bawah subseksyen 28''(3)'' dan bagi pelaksanaan wajar obligasi yang dikenakan di bawah seksyen 31.<noinclude></noinclude>
9r9usilv6bc3y40k6dlgmji21d8cagz
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/27
250
8595
23852
2026-08-02T13:59:58Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23852
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Tabung Haji''|27}}</noinclude>
{{anchor|29.4}}(4) Jika mana-mana pengelola jemaah haji tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat atau tidak melaksanakan mana-mana obligasi yang disebut dalam subseksyen (3), dia hendaklah melucuthakkan kepada Lembaga apa-apa bahagian deposit cagaran itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
{{anchor|29.5}}(5) Lembaga boleh secara sah di sisi undang-undang dari semasa ke semasa memotong daripada deposit cagaran apa-apa amaun yang mungkin diperlukan—
:{{anchor|29.5.a}}''(a)'' untuk menunaikan amaun apa-apa pelucuthakan di bawah subseksyen (4);
:{{anchor|29.5.b}}''(b)'' untuk membayar apa-apa jumlah wang yang dituntut di bawah seksyen 31;
:{{anchor|29.5.c}}''(c)'' untuk membayar balik apa-apa jumlah wang yang mungkin telah dibayar oleh Lembaga dengan suci hati kepada mana-mana orang yang menuntut bahawa dia berhak atau mempunyai kepentingan terhadap jumlah wang itu.
'''Penalti kerana melanggar terma dan syarat lesen'''
{{anchor|30.1}}'''30.''' (1) Mana-mana pengelola jemaah haji yang melanggar mana-mana terma atau syarat lesennya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan—
:{{anchor|30.1.a}}''(a)'' berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
:{{anchor|30.1.b}}''(b)'' berkenaan dengan kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
{{anchor|30.2}}(2) Lembaga hendaklah membatalkan lesen mana-mana pengelola jemaah haji yang didapati bersalah di bawah subseksyen (1).
{{anchor|30.3}}(3) Lembaga boleh, apabila mana-mana pengelola jemaah haji dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1), menggantung lesen pengelola jemaah hajinya sementara menanti pelupusan kes itu.<noinclude></noinclude>
rsy15e3qoyzin5h1waoxomkpqconibw
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/28
250
8596
23853
2026-08-02T14:01:05Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23853
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|28|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 535}}'''}}</noinclude>
'''Obligasi pengelola jemaah haji jika jemaah haji tertahan di Tanah Suci atau di tempat lain'''
{{anchor|31.1}}'''31.''' (1) Tiap-tiap pengelola jemaah haji atau ejennya yang bermastautin di Malaysia hendaklah bertanggungjawab bagi pelaksanaan wajar obligasi yang berikut berkenaan dengan tiap-tiap pesawat udara yang dicarter atau baginya perkiraan dibuat olehnya bagi membawa jemaah haji ke atau dari Tanah Suci:
:{{anchor|31.1.a}}''(a)'' bahawa jika mana-mana jemaah haji tertahan di Tanah Suci atau di tempat lain selama tempoh yang lebih lama daripada dua puluh empat jam dari masa dan tarikh tempat dalam pesawat udara itu sepatutnya ada, pengelola jemaah haji itu hendaklah membayar kepada Duta atau Konsul Malaysia di Tanah Suci atau di tempat lain apa-apa jumlah wang yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa sebagai mencukupi untuk elaun sara hidup bagi setiap jemaah haji itu sehingga jemaah haji itu mempunyai peluang untuk dibawa balik ke Malaysia; dan
:{{anchor|31.1.b}}''(b)'' bahawa jika mana-mana jemaah haji yang diberi tiket pergi balik yang dikeluarkan di Malaysia tertahan di Tanah Suci atau di tempat lain kerana tiada tempat diberikan oleh sesuatu pesawat udara yang baginya tiketnya boleh digunakan, selama apa-apa tempoh yang lebih lama daripada bilangan maksimum hari yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa yang kiraannya hendaklah dibuat dari masa dan tarikh apabila tempat atas pesawat udara itu sepatutnya ada, maka pengelola jemaah haji itu hendaklah membayar kepada Menteri berkenaan dengan setiap jemaah haji sedemikian apa-apa jumlah wang yang dituntut oleh Menteri sebagai kos untuk menghantar pulang jemaah haji itu.
{{anchor|31.2}}(2) Tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh bermula selagi pesawat udara itu terhalang daripada membawa jemaah haji dalam perjalanan pulang kerana gangguan perang atau apa-apa jenis ''vis major''.
{{anchor|31.3}}(3) Perakuan tentang tahanan itu yang berupa sebagai ditandatangani dan dimeteraikan dengan meterai konsular Duta atau Konsul Malaysia di Tanah Suci atau di tempat lain boleh diterima sebagai<noinclude></noinclude>
da3vbzikp3l9lvjzb6xhmh48i65p9y0
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/29
250
8597
23854
2026-08-02T14:02:19Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23854
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Tabung Haji''|29}}</noinclude>keterangan mengenai segala fakta yang dinyatakan dalamnya dan hendaklah diterima, tanpa terlebih dahulu dibuktikan dengan tandatangan, sebagai keterangan dalam mana-mana mahkamah di Malaysia atau dalam mana-mana timbang tara.
'''Pengeluaran tiket kepada jemaah haji'''
{{anchor|32.1}}'''32.''' (1) Tiap-tiap pengelola jemaah haji hendaklah mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan kepada seseorang jemaah haji yang perjalanannya ke Tanah Suci dikelolakan olehnya suatu tiket udara pergi balik bagi perjalanan jemaah haji itu ke Tanah Suci dan pulang dari Tanah Suci.
{{anchor|32.2}}(2) Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu tiket bagi perjalanan balik tidak perlu dikeluarkan kepada mana-mana jemaah haji yang mengemukakan kebenaran bertulis seperti yang tersebut dalam seksyen 33.
{{anchor|32.3}}(3) Tiap-tiap tiket yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dikeluarkan dalam masa yang akan membolehkan jemaah haji yang kepadanya tiket itu dikeluarkan untuk menunaikan haji.
{{anchor|32.4}}(4) Mana-mana pengelola jemaah haji yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
{{anchor|32.5}}(5) Walau apa pun apa-apa penalti di bawah subseksyen (4), Lembaga adalah berhak, jika seseorang pengelola jemaah haji tidak mematuhi subseksyen (1), membuat perkiraan bagi pembelian tiket untuk perjalanan balik seseorang jemaah haji dan pengelola jemaah haji itu hendaklah bertanggungan bagi dan menanggung segala kos yang dilakukan baginya dan hendaklah menanggung rugi Lembaga bagi kos itu apabila dituntut.
'''Kebenaran untuk mengeluarkan tiket perjalanan sehala'''
{{anchor|33.1}}'''33.''' Lembaga boleh mengeluarkan kebenaran bertulis, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan, yang membenarkan dikeluarkan kepada mana-mana jemaah haji tiket perjalanan sehala ke Tanah Suci.<noinclude></noinclude>
f9go1z5rs9r7ijrsm8ginr9zkhxjoo5
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/30
250
8598
23856
2026-08-02T14:53:20Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23856
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|30|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 535}}'''}}</noinclude>
{{C|{{sc|Bahagian VI}}<br>JEMAAH HAJI}}
'''Syarat bagi perjalanan ke Tanah Suci'''
{{anchor|34.1}}'''34.''' (1) Tiada jemaah haji boleh melakukan perjalanan atau cuba melakukan perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji melainkan jika Lembaga telah mengeluarkan kepadanya suatu perakuan bertulis yang mengesahkan bahawa jemaah haji itu sudah—
:{{anchor|34.1.a}}''(a)'' dikeluarkan kepadanya dengan sewajarnya suatu Pasport Haji;
:{{anchor|34.1.b}}''(b)'' dikeluarkan kepadanya oleh pihak berkuasa yang relevan dan melalui Lembaga visa yang sah untuk menunaikan haji di Tanah Suci bagi musim haji semasa;
:{{anchor|34.1.c}}''(c)'' membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya tiket pergi baliknya untuk perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan pulang dari Tanah Suci atau, dalam hal jemaah haji yang telah diberi kebenaran bertulis di bawah seksyen 33, sudah membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya tiket perjalanan sehalanya;
:{{anchor|34.1.d}}''(d)'' membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya apa-apa jumlah wang tambahan yang ditentukan oleh Lembaga sebagai mencukupi bagi belanja hidup jemaah haji itu sepanjang keseluruhan tempoh dia tinggal di Tanah Suci dan bayaran itu sudah disahkan sewajarnya diterima oleh Lembaga atau oleh pengelola jemaah haji yang relevan; dan
:{{anchor|34.1.e}}''(e)'' menjalani apa-apa pemeriksaan perubatan yang diluluskan oleh Lembaga.
{{anchor|34.2}}(2) Lembaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya mengecualikan mana-mana orang daripada pemakaian mana-mana bahagian seksyen ini atau meminda atau mengubah mana-mana kehendak di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana orang.<noinclude></noinclude>
h2xgq67j6pefx8j2nah1eumwj1ir87n
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/31
250
8599
23857
2026-08-02T14:54:25Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23857
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Tabung Haji''|31}}</noinclude>
'''Lembaga hendaklah mengeluarkan Pasport Haji'''
{{anchor|35.1}}'''35.''' (1) Lembaga hendaklah mengeluarkan Pasport Haji kepada setiap jemaah haji dan Pasport Haji itu hendaklah disifatkan sebagai pasport dan permit masuk semula yang sah seolah-olah diberikan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pasport dan imigresen.
{{anchor|35.2}}(2) Sesuatu Pasport Haji tidak sah kecuali bagi maksud perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan pulang dari Tanah Suci.
'''Harga hendaklah ditandakan pada tiket'''
{{anchor|36.1}}'''36.''' (1) Tiada seorang pun boleh menjual kepada jemaah haji apa-apa tiket jemaah haji melainkan jika harga yang dengannya tiket itu dijual ditandakan dengan jelas pada tiket itu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
{{anchor|36.2}}(2) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
{{C|{{sc|Bahagian VII}}<br>PELBAGAI}}
'''Keterangan di bawah Akta ini'''
{{anchor|37.1}}'''37.''' Dalam mana-mana prosiding bagi penghukuman apa-apa penalti di bawah Akta ini—
:{{anchor|37.1.a}}''(a)'' apa-apa dokumen yang berupa sebagai dibuat dan ditandatangani oleh mana-mana pegawai mana-mana Kedutaan atau Pejabat Konsul Malaysia atau asing; dan
:{{anchor|37.1.b}}''(b)'' apa-apa salinan prosiding mana-mana mahkamah yang disahkan dengan sewajarnya,
hendaklah diterima sebagai keterangan, jika didapati telah dihantar secara rasmi kepada mana-mana pegawai di atau berdekatan dengan tempat prosiding di bawah Akta ini dijalankan.<noinclude></noinclude>
5kqk02otfg6nxysj42q8vz4j9cnrs9l
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/32
250
8600
23858
2026-08-02T14:56:18Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23858
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|32|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 535}}'''}}</noinclude>
'''Peruntukan tentang bidang kuasa'''
{{anchor|38.1}}'''38.''' Bagi maksud memberikan bidang kuasa di bawah Akta ini, tiap-tiap kesalahan hendaklah disifatkan telah dilakukan dan tiap-tiap kausa pengaduan telah berbangkit sama ada di tempat kesalahan itu sebenarnya dilakukan atau kausa itu sebenarnya berbangkit atau di mana-mana tempat pesalah atau orang yang terhadapnya pengaduan itu dibuat berada.
'''Penalti am dan cubaan, dsb., untuk melakukan kesalahan'''
{{anchor|39.1}}'''39.''' (1) Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti yang nyata diperuntukkan boleh apabila disabitkan—
:{{anchor|39.1.a}}''(a)'' berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; dan
:{{anchor|39.1.b}}''(b)'' berkenaan dengan kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
{{anchor|39.2}}(2) Mana-mana orang yang—
:{{anchor|39.2.a}}''(a)'' cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
:{{anchor|39.2.b}}''(b)'' melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau bagi membantu pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau
:{{anchor|39.2.c}}''(c)'' bersubahat atau terlibat dalam sesuatu komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam [[Kanun Keseksaan]] [''Akta 574'']) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berbangkit daripadanya,
melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.<noinclude></noinclude>
0lyjd8i9w2akjo80gd4xst7tg08weaf
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/33
250
8601
23859
2026-08-02T14:57:18Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23859
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Tabung Haji''|33}}</noinclude>
'''Liabiliti pengurus, dsb.'''
{{anchor|40.1}}'''40.''' (1) Jika apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh seseorang, yang dalam seksyen ini disebut "prinsipal", mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan adalah dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan atau hal-ehwal prinsipal itu atau membantu dalam pengurusan itu adalah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah yang patut diambil olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu, untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
{{anchor|40.2}}(2) Jika mana-mana prinsipal boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, termasuk pembatalan lesennya, kerana apa-apa perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana pekhidmat atau ejennya jika perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran itu dilakukan oleh pekhidmat itu dalam penjalanan pekerjaannya atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal itu.
'''Kuasa untuk mengkompaun kesalahan'''
{{anchor|41.1}}'''41.''' (1) Lembaga boleh mengkompaun apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai kesalahan boleh kompaun dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum yang dengannya kesalahan itu boleh dihukum.
{{anchor|41.2}}(2) Apabila bayaran diterima di bawah subseksyen (1), tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang itu berkenaan dengan kesalahan itu.
{{anchor|41.3}}(3) Apa-apa wang yang dibayar kepada Lembaga menurut peruntukan seksyen ini hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.<noinclude></noinclude>
atvzoh4pt975k79htvtw16q0srtrw50
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/34
250
8602
23860
2026-08-02T14:58:13Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23860
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|34|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 535}}'''}}</noinclude>
'''Obligasi untuk menyimpan rahsia'''
{{anchor|42.1}}'''42.''' (1) Tiada pegawai atau pekhidmat Lembaga atau orang lain yang mempunyai akses kepada apa-apa penyata, akaun, rekod, surat-menyurat, dokumen, maklumat atau apa-apa bahan lain yang diperoleh oleh sebab dia diambil kerja atau diambil khidmat oleh Lembaga boleh mendedahkan penyata, akaun, rekod, surat-menyurat, dokumen, maklumat atau bahan lain sedemikian kepada mana-mana orang lain melainkan jika pendedahan itu dibenarkan oleh Lembaga.
{{anchor|42.2}}(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
'''Perlindungan bagi anggota, pegawai, pekhidmat dan ejen'''
{{anchor|43.1}}'''43.''' (1) Tiada seorang pun anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga bertanggungan sendiri disebabkan apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan semasa menjalankan kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh perbuatan atau peninggalan salahnya yang disengajakan.
{{anchor|43.2}}(2) [[Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948]] [''Akta 198''] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, berkenaan dengan apa-apa keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian.
'''Pekhidmat awam'''
{{anchor|44.1}}'''44.''' Semua anggota Lembaga dan anggota tiap-tiap jawatankuasa dan semua pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian [[Kanun Keseksaan]].<noinclude></noinclude>
iktfpryzgeli186aqy8cu03twyr6bc4
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/35
250
8603
23861
2026-08-02T14:59:31Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23861
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Tabung Haji''|35}}</noinclude>
'''Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan'''
{{anchor|45.1}}'''45.''' (1) Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri membuat apa-apa peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini, bagi melaksanakan maksud Akta ini atau mana-mana peruntukannya, atau bagi pelaksanaan lebih lanjut, lebih baik atau lebih mudah peruntukan Akta ini.
{{anchor|45.2}}(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—
:{{anchor|45.2.a}}''(a)'' berkenaan dengan penubuhan jawatankuasa dan tatacara jawatankuasa sedemikian;
:{{anchor|45.2.b}}''(b)'' untuk mengenakan fi dalam mana-mana hal yang ditentukan oleh Lembaga;
:{{anchor|45.2.c}}''(c)'' bagi penyimpanan, penutupan dan pengauditan akaun Lembaga, termasuk perkara tentang tatacara kewangan dan perakaunannya sendiri;
:{{anchor|45.2.d}}''(d)'' untuk mengawal selia tatacaranya sendiri termasuk tatacara yang berhubungan dengan perkara perjawatan dan operasi dan peminjaman wang;
:{{anchor|45.2.e}}''(e)'' untuk menguruskan pendepositan ke dalam dan pengeluaran daripada Kumpulan Wang, dan khususnya—
::(i) untuk mengadakan peruntukan bagi penamaan oleh pendeposit orang yang kepadanya apa-apa amaun yang terkredit untuknya dalam Kumpulan Wang pada masa kematiannya hendaklah dibayar apabila dia mati, bagi cara penamaan itu boleh dibatalkan dan bagi hal keadaan penamaan itu dianggap sudah terhenti berkuat kuasa dan bagi pembayaran amaun itu kepada penama yang dinamakan sedemikian;
::(ii) untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran jumlah wang yang terkredit untuk seseorang pendeposit pada masa kematiannya jika tidak ada penamaan oleh pendeposit itu orang yang kepadanya jumlah wang itu hendaklah dibayar apabila dia mati;
::(iii) untuk mengadakan peruntukan bagi cara pembayaran untung boleh agih jika seseorang pendeposit mati atau semasa pengeluaran;<noinclude></noinclude>
oxy3m4zg8soc6aycda1radrtef6smb1
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/36
250
8604
23862
2026-08-02T15:00:31Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23862
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|36|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 535}}'''}}</noinclude>:{{anchor|45.2.f}}''(f)'' untuk menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga termasuk perkara yang berhubungan dengan prosiding tatatertib dan hukuman tatatertib dan rayuan berkenaan dengannya dan berkenaan dengan gaji, elaun, terma dan syarat perkhidmatan, tempoh perkhidmatan dan cuti pegawai dan pekhidmatnya;
:{{anchor|45.2.g}}''(g)'' untuk menetapkan cara bagi apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;
:{{anchor|45.2.h}}''(h)'' untuk mengadakan peruntukan bagi bentuk dan tatacara dalam pengeluaran Pasport Haji;
:{{anchor|45.2.i}}''(i)'' untuk menetapkan orang yang olehnya dan syarat yang berdasarkannya Pasport Haji boleh diberikan;
:{{anchor|45.2.j}}''(j)'' untuk mengadakan peruntukan bagi pemberian pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga—
::(i) bagi membeli atau mendirikan rumah yang didiaminya atau yang dia bercadang hendak mendiaminya atau untuk melepaskan apa-apa gadaian atau gadai janji atau apa-apa bebanan lain atas rumah itu;
::(ii) bagi membeli kenderaan bagi kegunaannya sendiri;
::(iii) bagi pemerolehan komputer peribadi atau barang-barang lain yang perlu atau berguna bagi pelaksanaan lebih baik tugas-tugasnya sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian; atau
::(iv) bagi apa-apa belanja pendidikan atau perubatan yang diperlukan olehnya;
:{{anchor|45.2.k}}''(k)'' untuk menetapkan terma dan syarat dan tatacara bagi pemberian pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, termasuk, jika pinjaman itu adalah bagi maksud membeli atau mendirikan rumah atau melepaskan apa-apa bebanan atas rumah, syarat bahawa rumah itu termasuk tanah yang menjadi tapaknya hendaklah digadaikan kepada atau diserahhakkan kepada Lembaga sebagai cagaran bagi pinjaman itu;<noinclude></noinclude>
lrlidpiebo2s9s4crwdofpk4s1a2rqz
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/37
250
8605
23863
2026-08-02T15:01:40Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23863
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Tabung Haji''|37}}</noinclude>:{{anchor|45.2.l}}''(l)'' untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara bagi pengkompaunan kesalahan;
:{{anchor|45.2.m}}''(m)'' untuk mengadakan peruntukan bagi pemusnahan rekod dan dokumen selepas berunding terlebih dahulu dengan Arkib Negara; dan
:{{anchor|45.2.n}}''(n)'' untuk mengadakan peruntukan bagi segala perkara yang dikehendaki ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk memberikan kuat kuasa kepada Akta ini.
{{anchor|45.3}}(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini—
:{{anchor|45.3.a}}''(a)'' boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesalahan; dan
:{{anchor|45.3.b}}''(b)'' boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun bagi kesalahan sedemikian.
'''Kuasa untuk meminda Jadual'''
{{anchor|46.1}}'''46.''' Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda, menambah atau mengubah Jadual kepada Akta ini.
{{C|{{sc|Bahagian VIII}}<br>PEMANSUHAN DAN PERALIHAN}}
'''Pemansuhan Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969'''
{{anchor|47.1}}'''47.''' Pada hari yang ditetapkan—
:{{anchor|47.1.a}}''(a)'' [[Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969]] [''Akta 8''], yang disebut "Akta yang dimansuhkan" dalam Akta ini, hendaklah terhenti berkuat kuasa dan dimansuhkan; dan
:{{anchor|47.1.b}}''(b)'' Lembaga Urusan dan Tabung Haji, iaitu suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta yang dimansuhkan, hendaklah terhenti wujud.<noinclude></noinclude>
c3j7pq26xejer07zbeb50nx5zhjxdow
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/38
250
8606
23864
2026-08-02T15:05:19Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23864
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|38|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 535}}'''}}</noinclude>
'''Keberterusan anggota'''
{{anchor|48.1}}'''48.''' Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan memegang jawatan sebagai anggota dilantik dalam Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah pada hari itu menjadi anggota Lembaga dan hendaklah tertakluk kepada segala peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan anggota sedemikian dan hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Akta ini.
'''Keberterusan undang-undang, dsb.'''
{{anchor|49.1}}'''49.''' (1) Tertakluk kepada Akta ini, segala undang-undang bertulis yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga Urusan dan Tabung Haji dan berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa pada dan selepas hari yang ditetapkan dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diperbuat.
{{anchor|49.2}}(2) Segala perundangan subsidiari yang dibuat atau disifatkan telah dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, setakat yang selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan, digantikan atau habis tempohnya.
{{anchor|49.3}}(3) Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai Akta yang dimansuhkan atau Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta ini atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan ungkapan yang mengandungi sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
'''Perpindahan kuasa, hak, liabiliti dan kewajipan'''
{{anchor|50.1}}'''50.''' Tertakluk kepada Akta ini, segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti atau obligasi yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan merupakan kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti atau obligasi Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah mulai dari hari itu turun kepada Lembaga.<noinclude></noinclude>
tfee4wbqq77nwcx6y5q7inq9ej8s6rr
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/39
250
8607
23865
2026-08-02T15:07:11Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23865
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Tabung Haji''|39}}</noinclude>
'''Perpindahan tanah dan harta'''
{{anchor|51.1}}'''51.''' (1) Tertakluk kepada Akta ini, semua tanah yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan terletak hak pada atau dirizabkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah, pada hari itu, terletak hak pada Lembaga, atau disifatkan dirizabkan bagi maksud Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan.
{{anchor|51.2}}(2) Tertakluk kepada Akta ini dan apa-apa arahan Menteri, segala harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau pada mana-mana orang bagi pihak Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah pada hari itu terletak hak pada Lembaga.
'''Kontrak sedia ada'''
{{anchor|52.1}}'''52.''' Tertakluk kepada Akta ini, segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahkan di bawah seksyen 51 hendaklah berkuat kuasa dan berkesan penuh terhadap atau bagi faedah Lembaga dan boleh dikuat kuasa dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah Lembaga dan bukan Lembaga Urusan dan Tabung Haji yang telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi pihak kepadanya.
'''Keberterusan prosiding sivil dan jenayah'''
{{anchor|53.1}}'''53.''' (1) Tertakluk kepada Akta ini, baik pemansuhan Akta yang dimansuhkan mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum atas kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum hari yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan sedemikian.
{{anchor|53.2}}(2) Tertakluk kepada Akta ini, mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga Urusan dan Tabung<noinclude></noinclude>
l0czphnnw4pi1jw13viu0rscwaswgf2
Pengguna:-revi
2
8608
23866
2026-08-02T15:08:09Z
Pathoschild
206
global user pages ([[m:Synchbot|requested by Revi C.]])
23866
wikitext
text/x-wiki
#REDIRECT [[User:Revi C.]]
88g0cv17whfgb1wkeh281mptujwtlut
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/40
250
8609
23867
2026-08-02T15:08:16Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23867
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|40|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 535}}'''}}</noinclude>Haji boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana prosiding itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau orang itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
{{anchor|53.3}}(3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas hari yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga Urusan dan Tabung Haji seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
'''Perpindahan Kumpulan Wang'''
{{anchor|54.1}}'''54.''' Tertakluk kepada Akta ini, segala wang yang ada dalam, dan kena dibayar kepada, Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 19 Akta yang dimansuhkan hendaklah pada hari yang ditetapkan berpindah kepada Kumpulan Wang.
'''Perpindahan pendeposit dalam Kumpulan Wang'''
{{anchor|55.1}}'''55.''' Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan menjadi pendeposit dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 19 Akta yang dimansuhkan hendaklah pada hari itu menjadi pendeposit dalam Kumpulan Wang dan menjadi tertakluk kepada segala peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pendeposit dalam Kumpulan Wang.
'''Pengesahan perbuatan'''
{{anchor|56.1}}'''56.''' (1) Tiap-tiap perbuatan atau benda yang dilakukan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji sebelum hari yang ditetapkan yang akan sah sekiranya telah dilakukan oleh Lembaga di bawah Akta ini adalah dengan ini disahkan dan diisytiharkan telah dilakukan dengan sah.
{{anchor|56.2}}(2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1)—
:{{anchor|56.2.a}}''(a)'' tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau berupa sebagai ditubuhkan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji di bawah [[Akta Syarikat 1965]] hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sah dan hendaklah terus wujud seolah-olah ia telah ditubuhkan oleh Lembaga di bawah perenggan 4''(3)(d)''; dan<noinclude></noinclude>
c7ie3t3w67ezybpi7bjkipule9nrlu2
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/41
250
8610
23868
2026-08-02T15:11:07Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23868
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Tabung Haji''|41}}</noinclude>:{{anchor|56.2.b}}''(b)'' apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji kepada sesuatu syarikat yang disebut dalam perenggan ''(a)'' hendaklah disifatkan telah diberikan dengan sah.
'''Keberterusan Pengarah Besar, pegawai dan pekhidmat'''
{{anchor|57.1}}'''57.''' (1) Orang yang menjadi Pengarah Besar Lembaga Urusan dan Tabung Haji sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah pada hari itu—
:{{anchor|57.1.a}}''(a)'' menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga seolah-olah dia telah dilantik di bawah seksyen 12 sehingga habis tempoh pelantikannya di bawah Akta yang dimansuhkan, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan oleh Menteri di bawah seksyen itu; dan
:{{anchor|57.1.b}}''(b)'' menjadi anggota Lembaga selagi dia terus menjadi Ketua Pegawai Eksekutif.
{{anchor|57.2}}(2) Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah pada hari itu disifatkan diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi Lembaga atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terpakai sebaik sebelum hari yang ditetapkan.
'''Prosiding tatatertib yang belum selesai'''
{{anchor|58.1}}'''58.''' Segala prosiding tatatertib yang, sebaik sebelum hari yang ditetapkan, masih belum selesai terhadap mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga Urusan dan Tabung Haji boleh, pada atau selepas tarikh itu, diteruskan terhadap pegawai atau pekhidmat itu di bawah Akta ini.
'''Penggunaan meterai'''
{{anchor|59.1}}'''59.''' Sehingga suatu meterai diperuntukkan oleh Lembaga di bawah seksyen 5, meterai perbadanan Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah menjadi meterai perbadanan Lembaga.
{{rule|10em}}<noinclude></noinclude>
5tyzf3elphxvuw0w3zbitp3ybknfvbr
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/42
250
8611
23869
2026-08-02T15:14:28Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23869
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|42|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 535}}'''}}</noinclude><small>
{{C|{{sc|Jadual}}<br>[Subseksyen 4(4)]}}
'''Peraturan berkenaan dengan perbadanan'''
'''1.''' Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh mana mana perbadanan ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)''(c)'', membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu dengan menentukan―
:''(a)'' maksud dan tujuan yang baginya perbadanan itu ditubuhkan;
:''(b)'' hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;
:''(c)'' sistem pengurusan perbadanan itu; dan
:''(d)'' hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak kawalan terhadap perbadanan itu.
'''Kuat kuasa peraturan'''
'''2.''' Tertakluk kepada Akta ini, mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.
'''Pindaan peraturan'''
'''3.''' Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah mana-mana peraturan yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah perenggan 1.
'''Penggulungan'''
'''4.''' (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.
(2) Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu selepas dibayar segala liabiliti hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga.
(3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
'''Taraf perbadanan'''
'''5.''' Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)''(c)'' hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Lembaga kepada perbadanan itu dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa<noinclude></small></noinclude>
g05d66k6tsrrrwm7uz89v4ncm6bmq4q
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/43
250
8612
23870
2026-08-02T15:16:09Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23870
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Tabung Haji''|43}}
<small></noinclude>guaman terhadapnya atas namanya itu dan boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan memperlakukan apa-apa harta alih atau tak alih dan boleh melakukan segala perkara atau benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap hal.
'''Meterai perbadanan'''
'''6.''' (1) Tiap-tiap perbadanan sedemikian hendaklah mempunyai meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda sebagaimana yang ditentukan oleh perbadanan itu dengan kelulusan Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh perbadanan itu sebagaimana yang difikirkannya patut, dengan kelulusan Lembaga.
(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perenggan ini, suatu cop yang mengandungi nama perbadanan dan mengelilingi huruf "TABUNG HAJI" boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.
(3) Meterai perbadanan atau cop yang disebut dalam subperenggan (2) hendaklah berada dalam jagaan mana-mana orang yang diarahkan oleh perbadanan itu dan hendaklah disahkan oleh orang itu.
(4) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperenggan (3), hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
(5) Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki supaya dimeteraikan boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh perbadanan itu; dan apa-apa dokumen atau surat cara sedemikian boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan itu bagi maksud itu.
(6) Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
</small>
{{rule|10em}}<noinclude></noinclude>
476suaikpxg8x4q3rnz5wj5v4vfnlsz
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/44
250
8613
23871
2026-08-02T15:17:51Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23871
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />44</noinclude>{{C|'''UNDANG-UNDANG MALAYSIA'''}}
{{C|'''Akta 535'''}}
{{C|'''AKTA TABUNG HAJI 1995'''}}
{{C|SENARAI PINDAAN}}
{|{{ts|mc|ac}}
| Undang-undang<br>yang meminda
| Tajuk ringkas
| Berkuat kuasa<br>dari
|- {{ts|vtt}}
| colspan=3 | —TIADA—
|}
{{rule|5em}}<noinclude></noinclude>
lnnhuvr8bgfnn3dizwfwr7hv2q0fj7t
Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/45
250
8614
23872
2026-08-02T15:18:34Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23872
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|45}}</noinclude>{{C|'''UNDANG-UNDANG MALAYSIA'''}}
{{C|'''Akta 535'''}}
{{C|'''AKTA TABUNG HAJI 1995'''}}
{{C|SENARAI PINDAAN}}
{|{{ts|mc|ac}}
| Undang-undang<br>yang meminda
| Tajuk ringkas
| Berkuat kuasa<br>dari
|- {{ts|vtt}}
| colspan=3 | —TIADA—
|}
{{rule|5em}}<noinclude></noinclude>
bmazbc1um7n2f4f6ya1gohn4bb1521i
Perbincangan pengguna:-revi
3
8615
23873
2026-08-02T15:43:53Z
Pathoschild
206
global user pages ([[m:Synchbot|requested by Revi C.]])
23873
wikitext
text/x-wiki
#REDIRECT [[User talk:Revi C.]]
o9z79lcc9a9pfmqmrod5w3eyk4q9i0o
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/80
250
8616
23875
2026-08-03T05:20:33Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23875
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>ditubuhkan di bawah Akta 535 tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri Kewangan;
::(b){{tab}}[[Akta Tabung Haji 1995#18.1|seksyen 18]] memperuntukkan Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan dan atas apa-apa terma dan syarat dan selama apa-apa tempoh yang diluluskan oleh mereka, meminjam apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud Akta 535;
::(c){{tab}}[[Akta Tabung Haji 1995#22.3.b|seksyen 22(3)''(b)'']] menyatakan tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan melainkan jika Lembaga telah terlebih dahulu menubuhkan Kumpulan Wang Rizab, dan tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan dalam mana-mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu, aset Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada apa-apa peratusan amaun yang sebenarnya terkredit untuk pendeposit setakat akhir tahun itu termasuk untung boleh agih, sebagaimana yang diluluskan oleh Perbendaharaan;
::(d){{tab}}[[Akta Tabung Haji 1995#24.1|seksyen 24(1)]] memperuntukkan jika apa-apa perbelanjaan Lembaga berhubungan dengan pengeluaran tidak dapat ditampung daripada Kumpulan Wang atau Kumpulan Wang Rizab, perbelanjaan itu hendaklah dipertanggungkan pada dan kena dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan; dan
::(e){{tab}}[[Akta Tabung Haji 1995#24.2|seksyen 24(2)]] memperuntukkan apa-apa pembayaran daripada Kumpulan Wang Disatukan hendaklah dengan seberapa segera yang praktik dibayar balik oleh Lembaga kepada Kumpulan Wang Disatukan dan sehingga wang itu dibayar balik wang itu hendaklah menjadi hutang kepada Kerajaan dan tanggungan pertama atas aset Kumpulan Wang dan Kumpulan Wang Rizab.
:3.2.21{{tab}}Suruhanjaya berpandangan adalah wajar Menteri Kewangan juga dipertanggungjawabkan mengenai<noinclude>{{smaller|{{rh|42|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
b3zh0nzfjh302rmhefeqh8zydxds02o
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/81
250
8617
23876
2026-08-03T05:23:31Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23876
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>pengurusan pelaburan LTH. Ini adalah kerana pengurusan pelaburan LTH turut memberi kesan kepada ekosistem kewangan negara. Tambahan pula Suruhanjaya berpendapat, bidang kepakaran Menteri Kewangan adalah lebih tepat berkaitan dengan pengurusan pelaburan.
'''Cadangan Pelantikan Pengerusi dan Anggota Lembaga'''
:3.2.22{{tab}}Suruhanjaya berpendapat bahawa memandangkan kuasa kawal selia LTH dicadangkan dipertanggungjawabkan kepada dua Menteri iaitu Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Agama, maka dicadangkan pelantikan Pengerusi, anggota Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah [[Akta Tabung Haji 1995#6.1|seksyen 6(1)''(a)'' dan ''(d)'']] dipertanggungjawabkan kepada Perdana Menteri.
:3.2.23{{tab}}Suruhanjaya mencadangkan dalam hal pelantikan ini, Perdana Menteri hendaklah dibantu dan dinasihati oleh satu jawatankuasa atau badan penasihat bebas yang akan melakukan proses pemilihan dan seterusnya mencadangkan nama calon-calon yang hendak dilantik. Bagi mewujudkan suatu proses yang lebih telus dan profesional, struktur atau keahlian jawatankuasa atau badan penasihat bebas yang bersesuaian boleh dikaji dan dipertimbangkan oleh Kerajaan.
:3.2.24{{tab}}Kewujudan badan bebas untuk menasihati dan membantu Perdana Menteri dalam hal ehwal pemilihan penyandang sesuatu jawatan bukanlah sesuatu yang baharu dan luar biasa. Malah ia telah dijadikan amalan dalam proses pemilihan Hakim-hakim Mahkamah Atasan melalui penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Judicial Appointments Commission (JAC)).<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|43}}}}</noinclude>
o7zddib2ciu10udj3juzrpwdycm41vh
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/82
250
8618
23877
2026-08-03T05:25:13Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23877
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:3.2.25{{tab}}JAC telah ditubuhkan dengan berkuat kuasanya [[Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009]] [''Akta 695''] pada 2 Februari 2009. Penubuhan JAC ini tidak melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan tetapi dibuat melalui penggubalan Akta Parlimen. Proses yang diperuntukkan di bawah Akta 695 mengenai pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Atasan adalah proses yang mendahului proses pelantikan di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan. JAC ditubuhkan bagi memastikan proses pencalonan, pelantikan dan kenaikan pangkat bagi Hakim-hakim Mahkamah Atasan adalah lebih telus serta mengambil kira penglibatan yang lebih menyeluruh.
:3.2.26{{tab}}Suruhanjaya mendapati pewujudan mekanisme semak dan imbang ini akan memastikan LTH mendapat khidmat yang terbaik daripada kalangan ahli profesional, ahli korporat, tokoh perniagaan dan agamawan bagi memenuhi tuntutan semasa dan aspirasi masa hadapan LTH.
:3.2.27{{tab}}Suruhanjaya mendapati Menteri di bawah seksyen 6(5) boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa apa-apa sebab baginya. Kuasa ini sebenarnya telah digunakan oleh Menteri dalam dua situasi:
::(a){{tab}}penamatan perkhidmatan Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 5 Mei 2021, sebelum tamat tempoh sebenar perkhidmatannya iaitu<noinclude>{{smaller|{{rh|44|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
67dhxn7efejic7um4exgupbel8dkm47
23878
23877
2026-08-03T05:27:37Z
PeaceSeekers
18
23878
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:3.2.25{{tab}}JAC telah ditubuhkan dengan berkuat kuasanya [[Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009]] [''Akta 695''] pada 2 Februari 2009. Penubuhan JAC ini tidak melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan tetapi dibuat melalui penggubalan Akta Parlimen. Proses yang diperuntukkan di bawah Akta 695 mengenai pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Atasan adalah proses yang mendahului proses pelantikan di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan. JAC ditubuhkan bagi memastikan proses pencalonan, pelantikan dan kenaikan pangkat bagi Hakim-hakim Mahkamah Atasan adalah lebih telus serta mengambil kira penglibatan yang lebih menyeluruh.
:3.2.26{{tab}}Suruhanjaya mendapati pewujudan mekanisme semak dan imbang ini akan memastikan LTH mendapat khidmat yang terbaik daripada kalangan ahli profesional, ahli korporat, tokoh perniagaan dan agamawan bagi memenuhi tuntutan semasa dan aspirasi masa hadapan LTH.
:3.2.27{{tab}}Suruhanjaya mendapati Menteri di bawah seksyen 6(5) boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa apa-apa sebab baginya. Kuasa ini sebenarnya telah digunakan oleh Menteri dalam dua situasi:
::(a){{tab}}penamatan perkhidmatan Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 5 Mei 2021, sebelum tamat tempoh sebenar perkhidmatannya iaitu pada 31 Ogos 2021; dan
::(b){{tab}}penamatan perkhidmatan Tan Sri Md Nor bin Md Yusof sebagai Pengerusi Lembaga pada 15 Oktober 2021, sebelum tarikh tamat tempoh<noinclude>{{smaller|{{rh|44|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
r541m2esqnf5ssjxjbd728m20oxzrkb
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/83
250
8619
23879
2026-08-03T05:29:31Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23879
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>kontrak yang baru disambung selama dua tahun mulai 20 Julai 2020.
:3.2.28{{tab}}Suruhanjaya mendapati kedua-dua mereka telah memberikan perkhidmatan yang baik dan sebenarnya sedang melaksanakan penambahbaikan terhadap LTH. Penamatan pelantikan mereka secara mengejut tanpa sebab telah memberi kesan kepada proses penambahbaikan yang sedang dilaksanakan.
:3.2.29{{tab}}Suruhanjaya berpandangan kuasa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa sebab tidak wajar diperuntukkan dalam Akta 535. Oleh itu, Suruhanjaya mencadangkan sebelum pembatalan pelantikan mana-mana anggota Lembaga, ia perlu dirujuk kepada jawatankuasa atau badan penasihat bebas yang dicadang untuk ditubuhkan.
:3.2.30{{tab}}Suruhanjaya berpendapat cadangan penamatan perkhidmatan mana-mana anggota Lembaga hendaklah diberi sebab yang munasabah sebelum perkhidmatan ditamatkan.
:3.2.31{{tab}}Jika cadangan Suruhanjaya ini dipersetujui oleh Kerajaan, maka pindaan sewajarnya perlulah dibuat kepada Akta 535.
'''Penglibatan Anggota Lembaga dalam Anak-Anak Syarikat'''
:3.3.1{{tab}}Suruhanjaya mendapati Pengerusi dan anggota Lembaga telah melibatkan diri dalam banyak anak syarikat LTH dan jawatankuasa-jawatankuasa di bawah Lembaga sama ada sebagai Pengerusi atau Anggota Lembaga Pengarah (ALP).<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|45}}}}</noinclude>
hb22oub9tf1adlzohvl53e1c3q7zt69
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/84
250
8620
23880
2026-08-03T05:31:13Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23880
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:3.3.2{{tab}}Suruhanjaya telah mengenal pasti beberapa orang anggota Lembaga yang terlibat, antaranya seperti berikut:
::(a){{tab}}Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim menyandang jawatan sebagai anggota Lembaga mulai tahun 2011 dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi LTH mulai 1 Julai 2013 hingga 1 Julai 2018. Dalam tempoh tersebut, beliau memegang jawatan dalam anak-anak syarikat berikut:
:::(i){{tab}}TH Real Estate LLC (Pengerusi);
:::(ii){{tab}}TH Hotel & Residence (ALP dan Pengerusi);
:::(iii){{tab}}Putrajaya Perdana Berhad (ALP dan Pengerusi);
:::(iv){{tab}}The Edge Berhad (ALP);
:::(v){{tab}}Yayasan Tabung Haji (ALP);
:::(vi){{tab}}LTH Property Holdings 3 Limited (ALP);
:::(vii){{tab}}LTH Property Holdings 4 Limited (ALP); dan
:::(viii){{tab}}LTH Property Holdings 5 Limited (ALP).
::(b){{tab}}Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin menyandang jawatan sebagai anggota Lembaga mulai 1 Januari 2005 hingga 30 Jun 2018. Dalam tempoh tersebut, beliau menganggotai anak-anak syarikat berikut:
:::(i){{tab}}TH Travel & Services Sdn. Bhd. (ALP);
:::(ii){{tab}}TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (ALP); dan
:::(iii){{tab}}TH Global Services Sdn. Bhd. (ALP).
::(c){{tab}}Datuk Zaiton binti Mohd Hassan menyandang jawatan sebagai anggota Lembaga mulai 10 Ogos 2018 hingga 9 Ogos 2020. Dalam tempoh tersebut, beliau menganggotai anak-anak syarikat berikut:<noinclude>{{smaller|{{rh|46|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
hk4zhk8sthb5x5slwsr2klr0073acci
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/85
250
8621
23881
2026-08-03T05:34:30Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23881
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>:::(i){{tab}}TH Properties Sdn. Bhd. (Pengerusi);
:::(ii){{tab}}THP Enstek Development Sdn. Bhd. (ALP);
:::(iii){{tab}}LTH Property Holdings Limited (ALP);
:::(iv){{tab}}LTH Property Holdings 2 Limited (ALP);
:::(v){{tab}}LTH Property Holdings 3 Limited (ALP);
:::(vi){{tab}}LTH Property Holdings 4 Limited (ALP); dan
:::(vii){{tab}}LTH Property 5 Limited (ALP).
::(d){{tab}}Dato' Noordin bin Sulaiman menyandang jawatan sebagai anggota Lembaga mulai 15 Ogos 2018 hingga kini. Dalam tempoh tersebut, beliau menganggotai anak-anak syarikat berikut:
:::(i){{tab}}TH Hotel and Residence (Pengerusi);
:::(ii){{tab}}TH Travel & Services (Pengerusi);
:::(iii){{tab}}THV Management Services Sdn. Bhd. (Pengerusi);
:::(iv){{tab}}Premia Cards Sdn. Bhd. (Pengerusi);
:::(v){{tab}}Theta Edge Berhad (Pengerusi);
:::(vi){{tab}}TH Hotel Sarawak (ALP);
:::(vii){{tab}}Express Rail Link Sdn. Bhd. (ALP);
:::(viii){{tab}}Putrajaya Perdana Berhad (ALP); dan
:::(ix){{tab}}TH Alam Holding (ALP).
'''3.4{{tab}}Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji dan Pegawai Pengurusan Dalam Anak Syarikat'''
:3.4.1{{tab}}Suruhanjaya mendapati, selain daripada melaksanakan tanggungjawab di LTH, kebanyakan pegawai di peringkat pengurusan tertinggi LTH terutamanya Ketua Pegawai Eksekutif turut terlibat dalam pengurusan anak-anak syarikat.
::'''(a){{tab}}Tan Sri Ismee bin Ismail'''
::Tan Sri Ismee bin Ismail adalah anggota Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH mulai 1 Januari<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|47}}}}</noinclude>
la41lumc8tphh9sl0bfquccmbv2ufr1
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/86
250
8622
23882
2026-08-03T05:37:46Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23882
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>2006 hingga 30 Jun 2016. Dalam tempoh tersebut, beliau menyandang jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah bukan eksekutif di beberapa anak syarikat, antaranya:
:::(i){{tab}}TH Plantations Berhad (ALP);
:::(ii){{tab}}Trurich Resources Sdn. Bhd. (ALP);
:::(iii){{tab}}BIMB Holdings Berhad (ALP);
:::(iv){{tab}}Bank Islam Malaysia Berhad (ALP);
:::(v){{tab}}Syarikat Takaful Malaysia Berhad (ALP);
:::(vi){{tab}}LTH Property Holdings Ltd. (ALP); dan
:::(vii){{tab}}TH Travel Sdn. Bhd. (ALP).
::Walaupun telah tamat perkhidmatannya pada 30 Jun 2016, beliau terus memegang jawatan di beberapa anak syarikat LTH sehingga Mei 2018 seperti berikut:
:::(i){{tab}}TH Plantations Berhad (ALP);
:::(ii){{tab}}Trurich Resources Sdn. Bhd. (ALP); dan
:::(iii){{tab}}TH Travel & Services Sdn. Bhd. (ALP).
::'''(b){{tab}}Datuk Seri Johan bin Abdullah'''
::Datuk Seri Johan bin Abdullah adalah anggota Lembaga yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH mulai Jun 2016 hingga Jun 2018.
::Suruhanjaya mendapati pada masa yang sama beliau juga telah memegang jawatan dalam anak-anak syarikat LTH seperti berikut:
:::(i){{tab}}TH Heavy Engineering Bhd. (Pengerusi);
:::(ii){{tab}}Trurich Resources Sdn. Bhd. (Pengerusi);
:::(iii){{tab}}Deru Semangat Sdn. Bhd. (Pengerusi);
:::(iv){{tab}}TH Properties Sdn. Bhd. (ALP);<noinclude>{{smaller|{{rh|48|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
3nndvbbef2cw8sq4fauw23cj6oxo8io
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/87
250
8623
23883
2026-08-03T07:23:19Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23883
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>:::(v){{tab}}TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (ALP);
:::(vi){{tab}}TH Plantations Berhad (ALP);
:::(vii){{tab}}Malakoff Corporation Bhd. (ALP);
:::(viii){{tab}}LTH Property Holdings Ltd. (ALP);
:::(ix){{tab}}LTH Property Holdings 2 Ltd. (ALP);
:::(x){{tab}}Express Rail Link Sdn. Bhd. (ALP);
:::(xi){{tab}}YTL THP JV Sdn. Bhd. (ALP);
:::(xii){{tab}}Glomac Berhad (ALP);
:::(xiii){{tab}}Yayasan Tabung Haji (ALP);
:::(xiv){{tab}}Premia Cards Sdn. Bhd. (ALP);
:::(xv){{tab}}LTH Property Holdings 3 Ltd. (ALP);
:::(xvi){{tab}}LTH Property Holdings 4 Ltd. (ALP);
:::(xvii){{tab}}LTH Property Holdings 5 Ltd. (ALP); dan
:::(xviii){{tab}}PT TH Felda Nusantara (ALP).
::Selepas tamat kontrak perkhidmatan dengan LTH, beliau tidak menyandang apa-apa jawatan dalam LTH dan anak-anak syarikatnya.
::'''(c){{tab}}Dato' Sri Zukri bin Samat'''
::Dato' Sri Zukri bin Samat adalah anggota Lembaga yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH mulai Julai 2018 hingga Ogos 2019.
::Suruhanjaya mendapati beliau pernah menyandang jawatan di beberapa buah anak syarikat sebagaimana berikut:
:::(i){{tab}}TH Plantations Berhad (Pengerusi);
:::(ii){{tab}}TH Estates Holding Sdn. Bhd. (Pengerusi);
:::(iii){{tab}}TH Properties Sdn. Bhd. (Pengerusi); dan
:::(iv){{tab}}Yayasan Tabung Haji (ALP).<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|49}}}}</noinclude>
e5m9738cjk57mbt49rc9sgoslc9bbeh
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/88
250
8624
23884
2026-08-03T07:24:27Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23884
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
::Suruhanjaya dimaklumkan oleh Dato' Sri Zukri bin Samat bahawa beliau telah melepaskan jawatan-jawatan tersebut untuk mengelakkan konflik kepentingan (conflict of interest) semasa mengetuai pengurusan LTH.
::'''(d){{tab}}Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff'''
::Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff adalah anggota Lembaga yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH dari 1 September 2019 hingga 5 Mei 2021.
::Suruhanjaya mendapati beliau terlibat dalam anak-anak syarikat LTH seperti berikut:
:::(i){{tab}}Bank Islam Malaysia Berhad (ALP);
:::(ii){{tab}}BIMB Holdings Berhad (ALP);
:::(iii){{tab}}TH Plantations Berhad (ALP); dan
:::(iv){{tab}}TH Properties Sdn. Bhd (ALP).
::'''(e){{tab}}Datuk Sri Amrin bin Awaluddin'''
::Datuk Sri Amrin bin Awaluddin adalah anggota Lembaga yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH dari 6 Mei 2021 hingga kini.
::Suruhanjaya mendapati pada masa ini, beliau memegang jawatan dalam anak-anak syarikat LTH seperti berikut:
:::(i){{tab}}TH Plantations Bhd. (ALP);
:::(ii){{tab}}TH Properties Sdn. Bhd. (ALP); dan
:::(iii){{tab}}Bank Islam Malaysia Berhad (ALP).<noinclude>{{smaller|{{rh|50|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
3mqxr6u0i2qt1t3d5uiohobfp7biqoq
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/89
250
8625
23885
2026-08-03T07:26:25Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23885
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
::'''(f){{tab}}Datuk Rozaida binti Omar'''
::Datuk Rozaida binti Omar adalah Pengurus Besar Kanan (Kewangan)/Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan LTH yang dilantik oleh Lembaga sejak 2 Ogos 2004 hingga 16 April 2021. Beliau telah dilantik semula dalam LTH sebagai Pengurus Besar di Jabatan Modal Insan sejak 11 Oktober 2021.
::Suruhanjaya mendapati, semasa memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan (Kewangan), beliau turut menyandang jawatan sebagai proksi mewakili LTH di anak-anak syarikat LTH seperti berikut:
:::(i){{tab}}Syarikat Takaful Malaysia Berhad (ALP);
:::(ii){{tab}}Pelikan International Corporation Berhad (ALP);
:::(iii){{tab}}BIMB Holdings Berhad (ALP);
:::(iv){{tab}}Premia Cards Sdn. Bhd. (ALP);
:::(v){{tab}}TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (ALP);
:::(vi){{tab}}THV Management Services Sdn. Bhd. (ALP);
:::(vii){{tab}}151 BPR One Limited (ALP);
:::(viii){{tab}}151 BPR Two Limited (ALP);
:::(ix){{tab}}LTH Property Investment (L) Inc (ALP);
:::(x){{tab}}Leatherhead Properties Limited (ALP);
:::(xi){{tab}}TH Heavy Engineering Berhad (ALP);
:::(xii){{tab}}Putrajaya Perdana Berhad (ALP);
:::(xiii){{tab}}Millstream Property Limited (ALP);
:::(xiv){{tab}}LTH Property Holdings Limited (ALP);
:::(xv){{tab}}LTH Property Holdings 2 Limited (ALP);
:::(xvi){{tab}}LTH Property Holdings 3 Limited (ALP);
:::(xvii){{tab}}LTH Property Holdings 4 Limited (ALP);
:::(xviii){{tab}}LTH Residence Limited (ALP);
:::(xix){{tab}}10 Queen Street Place London Limited (ALP);
:::(xx){{tab}}Wilton Property Limited (ALP);
:::(xxi){{tab}}Marston Development Limited (ALP);<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|51}}}}</noinclude>
q1lq0yiojh93lairpzv6o4po9xpjjtt
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/90
250
8626
23886
2026-08-03T07:28:28Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23886
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>:::(xxii){{tab}}Luton Investment Limited (ALP); dan
:::(xxiii){{tab}}LTH Oxford Limited (ALP).
::'''(g){{tab}}Encik Abd Kadir bin Sahlan'''
::Encik Abd Kadir bin Sahlan adalah Ketua Pegawai Pelaburan LTH sejak bulan Jun 2010 hingga tahun 2018. Suruhanjaya mendapati beliau terlibat dalam anak-anak syarikat LTH seperti berikut:
:::(i){{tab}}TH Properties Group (ALP);
:::(ii){{tab}}Syarikat Perladangan Sabah Sarawak (ALP); dan
:::(iii){{tab}}BIMB Securities Sdn. Bhd. (ALP).
:3.4.2{{tab}}Suruhanjaya berpandangan, penglibatan anggota Lembaga dan pengurusan tertinggi LTH dalam pengurusan anak-anak syarikat wajar dihadkan. Ini bertujuan untuk menyeimbangkan beban tanggungjawab Pengerusi dan anggota Lembaga serta pengurusan tertinggi LTH agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih berfokus, dan seterusnya mengurangkan konflik kepentingan dalam pengurusan LTH dan anak-anak syarikatnya.
:3.4.3{{tab}}Suruhanjaya mengambil maklum akan dasar baharu yang telah ditetapkan oleh LTH untuk mengehadkan jumlah jawatan di anak syarikat yang boleh dipegang oleh Pengerusi, anggota Lembaga dan pengurusan tertinggi LTH hanya kepada lima buah anak syarikat sahaja. Suruhanjaya berharap dasar baharu ini dipraktikkan dengan sewajarnya.
'''3.5{{tab}}Jawatankuasa-Jawatankuasa Lembaga'''
:3.5.1{{tab}}[[Akta Tabung Haji 1995#11.1|Seksyen 11(1)]] Akta 535 memberi kuasa kepada Lembaga bagi maksud melaksanakan fungsinya<noinclude>{{smaller|{{rh|52|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
e04obxoqcrxgqok5bzyfq6ceoyisx15
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/91
250
8627
23887
2026-08-03T07:30:19Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23887
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>menubuhkan jawatankuasa yang setiap satunya terdiri
daripada apa-apa bilangan anggota dengan bidang tugas
yang ditentukan.
:3.5.1{{tab}}Seksyen 11(1) Akta 535 memberi kuasa kepada Lembaga bagi maksud melaksanakan fungsinya menubuhkan jawatankuasa yang setiap satunya terdiri daripada apa-apa bilangan anggota dengan bidang tugas yang ditentukan.
:3.5.2{{tab}}Suruhanjaya berpendapat beberapa jawatankuasa yang ditubuhkan secara pentadbiran ini perlu dikanunkan dalam Akta 535. Antara jawatankuasa yang dicadangkan untuk dikanunkan adalah seperti berikut:
::(a){{tab}}Panel Pelaburan;
::(b){{tab}}Jawatankuasa Penasihat Syariah; dan
::(c){{tab}}Jawatankuasa Urusan Haji.
'''Panel Pelaburan'''
:3.5.3{{tab}}Sebagaimana yang dijelaskan dalam BAB DUA, seksyen 11 Akta 535 membolehkan Lembaga bagi maksud melaksanakan fungsinya menubuhkan jawatankuasa yang setiap satunya terdiri daripada apa-apa bilangan anggota dan bidang tugas yang ditentukannya.
:3.5.4{{tab}}Panel Pelaburan adalah salah satu jawatankuasa yang ditubuhkan melalui seksyen 11 Akta 535.
:3.5.5{{tab}}Panel Pelaburan bertanggungjawab menasihati LTH dan pengurusannya berhubung keberkesanan aktiviti dan kawalan dalam pelaburan LTH. Ahli Panel Pelaburan dilantik dalam kalangan ahli profesional, dari pelbagai bidang seperti perbankan, undang-undang syariah serta pemimpin industri. Suruhanjaya mendapati tidak ada mana-mana anggota Lembaga yang menganggotai Panel Pelaburan.
:3.5.6{{tab}}Suruhanjaya mengambil maklum, adalah menjadi tanggungjawab Panel Pelaburan untuk meneliti dan meluluskan kertas cadangan pelaburan untuk<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|53}}}}</noinclude>
4ntr2hwmeb82pg98fe8c2q375z62mpb
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/92
250
8628
23888
2026-08-03T07:45:31Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23888
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>dibentangkan kepada mesyuarat Lembaga sebelum dimajukan kepada Menteri untuk kelulusan.
:3.5.7{{tab}}Suruhanjaya mendapati Panel Pelaburan telah dibubarkan pada bulan Mei 2018. Sebagai ganti, LTH atas nasihat Perdana Menteri pada ketika itu telah menubuhkan Exco Perniagaan yang dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Keputusan Exco Perniagaan dirujuk kepada Exco Induk yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Exco Induk juga dianggotai Exco Haji yang dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Agama.
:3.5.8{{tab}}Adalah diakui oleh saksi-saksi yang memberi keterangan bahawa Exco Perniagaan yang dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak pernah berfungsi. Di peringkat awal, pentadbiran baharu LTH banyak berurusan dengan Perdana Menteri. Hanya kemudian apabila Menteri Hal Ehwal Agama dilantik, segala keputusan dan hal-hal mengenai pelaburan menjadi tanggungjawab sepenuhnya Lembaga dan Menteri.
:3.5.9{{tab}}Suruhanjaya berpendapat Panel Pelaburan adalah penting. Ketua Pegawai Eksekutif LTH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff pada masa itu telah cuba menghidupkan semula Panel Pelaburan. Usaha tersebut diteruskan oleh penggantinya Datuk Sri Amrin bin Awaluddin dan sekarang ini Panel Pelaburan telah diwujudkan semula.
:3.5.10{{tab}}Suruhanjaya berpendapat, Panel Pelaburan hendaklah diwujudkan melalui peruntukan yang khusus dalam Akta 535. Dengan adanya peruntukan undang-undang yang khusus, maka tindakan membubarkan Panel Pelaburan atau membuat struktur baharu yang tidak selari dengan Akta 535 untuk masa akan datang dapat dielakkan sebagaimana yang telah berlaku sebelum ini.<noinclude>{{smaller|{{rh|54|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
baillpt9wdqaipvdxv9w9t84vtpglpt
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/93
250
8629
23889
2026-08-03T07:54:23Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23889
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:3.5.11{{tab}}Suruhanjaya mencadangkan agar Panel Pelaburan dikanunkan dengan dianggotai oleh:
::(a){{tab}}seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri Kewangan;
::(b){{tab}}seorang Timbalan Pengerusi daripada wakil Perbendaharaan;
::(c){{tab}}Ketua Pegawai Eksekutif yang bertindak sebagai ahli ex-officio; dan
::(d){{tab}}empat orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri Kewangan.
:3.5.12{{tab}}Pelantikan Pengerusi dan ahli yang dilantik hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam bidang perbankan, perniagaan, ekonomi, kewangan Islam/syariah, atau lain-lain kepakaran atau pengalaman yang sesuai.
:3.5.13{{tab}}Panel Pelaburan hendaklah bertanggungjawab dan melaporkan aktiviti pelaburan kepada Lembaga dari semasa ke semasa.
:3.5.14{{tab}}Suruhanjaya juga mencadangkan ahli-ahli Panel Pelaburan dibayar saraan (remuneration) sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
:3.5.15{{tab}}Suruhanjaya juga mencadangkan peruntukan-peruntukan lazim seperti kuorum, perjalanan mesyuarat, undi pemutus Pengerusi, kekosongan jawatan, hilang kelayakan dan penzahiran kepentingan berkaitan dengan Panel Pelaburan hendaklah diperuntukkan dalam Akta 535.
'''Jawatankuasa Penasihat Syariah'''
:3.5.16{{tab}}Suruhanjaya mendapati satu lagi jawatankuasa yang ditubuhkan melalui seksyen 11 Akta 535 ialah
LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI 55<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|55}}}}</noinclude>
1n280flygebomj4opus6chzszspfzys
23890
23889
2026-08-03T07:54:53Z
PeaceSeekers
18
23890
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:3.5.11{{tab}}Suruhanjaya mencadangkan agar Panel Pelaburan dikanunkan dengan dianggotai oleh:
::(a){{tab}}seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri Kewangan;
::(b){{tab}}seorang Timbalan Pengerusi daripada wakil Perbendaharaan;
::(c){{tab}}Ketua Pegawai Eksekutif yang bertindak sebagai ahli ex-officio; dan
::(d){{tab}}empat orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri Kewangan.
:3.5.12{{tab}}Pelantikan Pengerusi dan ahli yang dilantik hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam bidang perbankan, perniagaan, ekonomi, kewangan Islam/syariah, atau lain-lain kepakaran atau pengalaman yang sesuai.
:3.5.13{{tab}}Panel Pelaburan hendaklah bertanggungjawab dan melaporkan aktiviti pelaburan kepada Lembaga dari semasa ke semasa.
:3.5.14{{tab}}Suruhanjaya juga mencadangkan ahli-ahli Panel Pelaburan dibayar saraan (remuneration) sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
:3.5.15{{tab}}Suruhanjaya juga mencadangkan peruntukan-peruntukan lazim seperti kuorum, perjalanan mesyuarat, undi pemutus Pengerusi, kekosongan jawatan, hilang kelayakan dan penzahiran kepentingan berkaitan dengan Panel Pelaburan hendaklah diperuntukkan dalam Akta 535.
'''Jawatankuasa Penasihat Syariah'''
:3.5.16{{tab}}Suruhanjaya mendapati satu lagi jawatankuasa yang ditubuhkan melalui seksyen 11 Akta 535 ialah<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|55}}}}</noinclude>
jvnn47m0mhxss83jjzgcart05wczzal
23891
23890
2026-08-03T07:55:16Z
PeaceSeekers
18
23891
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:3.5.11{{tab}}Suruhanjaya mencadangkan agar Panel Pelaburan dikanunkan dengan dianggotai oleh:
::(a){{tab}}seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri Kewangan;
::(b){{tab}}seorang Timbalan Pengerusi daripada wakil Perbendaharaan;
::(c){{tab}}Ketua Pegawai Eksekutif yang bertindak sebagai ahli ''ex-officio''; dan
::(d){{tab}}empat orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri Kewangan.
:3.5.12{{tab}}Pelantikan Pengerusi dan ahli yang dilantik hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam bidang perbankan, perniagaan, ekonomi, kewangan Islam/syariah, atau lain-lain kepakaran atau pengalaman yang sesuai.
:3.5.13{{tab}}Panel Pelaburan hendaklah bertanggungjawab dan melaporkan aktiviti pelaburan kepada Lembaga dari semasa ke semasa.
:3.5.14{{tab}}Suruhanjaya juga mencadangkan ahli-ahli Panel Pelaburan dibayar saraan (remuneration) sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
:3.5.15{{tab}}Suruhanjaya juga mencadangkan peruntukan-peruntukan lazim seperti kuorum, perjalanan mesyuarat, undi pemutus Pengerusi, kekosongan jawatan, hilang kelayakan dan penzahiran kepentingan berkaitan dengan Panel Pelaburan hendaklah diperuntukkan dalam Akta 535.
'''Jawatankuasa Penasihat Syariah'''
:3.5.16{{tab}}Suruhanjaya mendapati satu lagi jawatankuasa yang ditubuhkan melalui seksyen 11 Akta 535 ialah<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|55}}}}</noinclude>
3bdlxidt0uglrtwaogeu2akrq8kccui
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/94
250
8630
23892
2026-08-03T07:59:00Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23892
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>Jawatankuasa Penasihat Syariah (JPS). Ketika penubuhannya pada tahun 2015, ahli JPS terdiri daripada anggota seperti berikut:
:*Prof Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Husin — Pengerusi;
:*Tan Sri Sheikh Ghazali bin Abdul Rahman;
:*Datuk Che Mat bin Che Ali;
:*Dato' Elias bin Zakaria;
:*Puan Nurhidayah binti Mohamad Shahaimi;
:*Penasihat Undang-undang; dan
:*Pengurus Besar (Syariah).
:3.5.17{{tab}}Terma Rujukan JPS ini telah ditetapkan seperti berikut:
::(a){{tab}}menasihati Lembaga mengenai perkara-perkara berkaitan syariah untuk memastikan bahawa operasi perniagaan LTH dan aktiviti-aktiviti LTH yang lain termasuk zakat mematuhi prinsip syariah pada setiap masa;
::(b){{tab}}menjelaskan keputusan syariah berhubung dengan apa jua urus niaga LTH seperti yang diputuskan oleh JPS berdasarkan kepada apa yang dirujuk kepadanya oleh Lembaga, Pengerusi, Bahagian Syariah atau mana-mana juga cabang perniagaan LTH;
::(c){{tab}}menilai dan mengesahkan produk-produk, kontrak-kontrak piawai yang akan dimeterai, perjanjian, operasi bagi keseluruhan transaksi LTH;
::(d){{tab}}mengesahkan urus niaga dan kontrak LTH adalah mematuhi syariah melalui laporan yang dikemukakan oleh Bahagian Syariah kepada JPS secara berkala, menjelaskan pelaksanaan resolusi dan hukum yang dikeluarkan oleh JPS; dan<noinclude>{{smaller|{{rh|56|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
r2p5fbbmrgxx0sxa53uox2a51yhz91v
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/95
250
8631
23893
2026-08-03T08:06:56Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23893
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>::(e){{tab}}mewakili LTH dalam bidang syariah ke persidangan, seminar dan juga untuk mengambil bahagian dalam forum kewangan Islam.
:3.5.18{{tab}}Berdasarkan terma rujukan ini, peranan JPS adalah untuk melihat dan memberikan kelulusan terhadap semua transaksi LTH yang melibatkan produk-produk pelaburan, perniagaan, pembelian aset dan penstrukturan semula Sukuk. JPS ini juga terlibat dalam memastikan pengiraan dan pembayaran zakat bagi pihak pendeposit dilakukan dengan betul dan saksama.
:3.5.19{{tab}}Suruhanjaya mendapati pada masa ini JPS melakukan ''audit review'' dengan melihat kepada semua transaksi dan kontrak-kontrak yang berkaitan dengan perniagaan. JPS juga melakukan lawatan ke cawangan-cawangan LTH untuk memastikan bahawa semua transaksi dibuat adalah mengikut keputusan JPS dan menggunapakai standard syariah yang diterima pakai.
:3.5.20{{tab}}Suruhanjaya juga mendapati bahawa JPS hanya membincangkan secara menyeluruh isu-isu mikro untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan seperti isu hibah amanah, tadbir urus syariah, caj lewat, ''put option'' dan isu pembelian aset bermula pada tahun 2014. Manakala pelaburan oleh Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan LTH tiada dalam skop keputusan JPS sehinggalah tahun 2016. Walau bagaimanapun LTH (melalui Jabatan Kewangan dan Kewangan Korporat) telah melantik syarikat konsultan, Amanie Advisors Sdn. Bhd. bermula pada Ogos 2010 hingga Disember 2016 untuk menasihati mengenai isu-isu syariah dalam pelaburan LTH.
:3.5.21{{tab}}Suruhanjaya berpendapat JPS hendaklah berperanan menasihati Lembaga dan pengurusan tertinggi LTH berkaitan dengan perkara-perkara syariah merangkumi tadbir urus, pelaburan, zakat, keuntungan boleh agih<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|57}}}}</noinclude>
jn2bl8ioauy0ubgw21kmhrefxkfdgbo