Wikisumber
mswikisource
https://ms.wikisource.org/wiki/Laman_Utama
MediaWiki 1.47.0-wmf.14
first-letter
Media
Khas
Perbincangan
Pengguna
Perbincangan pengguna
Wikisumber
Perbincangan Wikisumber
Fail
Perbincangan fail
MediaWiki
Perbincangan MediaWiki
Templat
Perbincangan templat
Bantuan
Perbincangan bantuan
Kategori
Perbincangan kategori
Gerbang
Perbincangan gerbang
Pengarang
Perbincangan pengarang
Karya
Perbincangan karya
Terjemahan
Perbincangan terjemahan
Laman
Perbincangan laman
Indeks
Perbincangan indeks
TimedText
TimedText talk
Modul
Perbincangan modul
Acara
Perbincangan acara
Indeks:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf
252
8503
23998
23737
2026-08-10T08:43:09Z
PeaceSeekers
18
23998
proofread-index
text/x-wiki
{{:MediaWiki:Proofreadpage_index_template
|Type=book
|wikidata_item=Q140771500
|Title=Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji
|Language=ms
|Volume=
|Author=
|Translator=
|Editor=
|Illustrator=
|School=
|Publisher=
|Address=
|Year=2022
|Key=
|ISBN=
|OCLC=
|LCCN=
|BNF_ARK=
|ARC=
|DOI=
|Source=pdf
|Image=1
|Progress=C
|Transclusion=no
|Validation_date=
|Pages=<pagelist />
|Volumes=
|Remarks=
|Width=
|Header=
|Footer=
|tmplver=
}}
ote7ot2di6aqlmzlardhgvmgbq8u2ai
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/112
250
8678
23980
23970
2026-08-10T07:56:35Z
PeaceSeekers
18
23980
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
'''3.9{{tab}}Pengagihan Keuntungan (Hibah)'''
:3.9.1{{tab}}Seperti yang disebutkan terdahulu, kewujudan LTH dan institusi-institusi yang sama sebelumnya adalah bagi memobilisasikan simpanan bakal-bakal haji dan membolehkan mereka menabung secukupnya bagi menanggung kos mengerjakan haji apabila tiba giliran mereka. Deposit yang diterima akan dilaburkan dalam pelbagai jenis instrumen pelaburan. Pulangan pelaburan itu digunakan untuk membayar perbelanjaan pengurusan serta zakat manakala selebihnya boleh diagihkan kepada pendeposit dalam bentuk pengagihan keuntungan (hibah).
'''Pengagihan Keuntungan (Hibah) bagi Tahun 2014 hingga 2017'''
:3.9.2{{tab}}Berdasarkan kepada laporan PwC yang dibentangkan kepada Suruhanjaya ini, pengagihan keuntungan (hibah) boleh diringkaskan seperti berikut:
:{| class="wikitable" {{ts|ac}}
|-
! {{ts|al}} rowspan=2 | Perkara/Tahun !! 2014 !! 2015 !! 2016 !! 2017
|-
! colspan= 4 | Dalam RM (Juta)
|-
| {{ts|al}} | '''Jumlah aset''' || 54,751 || 60,196 || 64,321 || 70,317
|-
| {{ts|al}} | '''Jumlah liabiliti''' || (51,866) || (60,062) || (65,581) || (71,086)
|-
| {{ts|al}} | '''(Kekurangan)/Kelebihan sebelum pengagihan keuntungan''' || 2,885 || 134 || (1,260) || (769)
|-
| {{ts|al}} | '''Tolak: pengagihan keuntungan''' || (3,237) || (3,220) || (2,871) || (3,324)
|-
| {{ts|al}} | '''(Kekurangan)/Kelebihan selepas pengagihan keuntungan''' || (352) || (3,086) || (4,131) || (4,093)
|}<noinclude>{{smaller|{{rh|74|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
a4lv7s905mr0j573sxl3gt2cmempowd
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/120
250
8686
23978
2026-08-09T14:25:28Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23978
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:{| class="wikitable" {{ts|ac}}
|-
! % !! 2014 !! 2015 !! 2016 !! 2017 !! 2018 !! 2019 !! 2020 !! 2021
|-
| '''Keuntungan tahunan/Hibah''' || 6.25 || 5.00 || 4.25 || 4.50 || 1.25 || 3.05 || 3.10 || 3.10
|-
| '''Hibah Haji''' || 2.0 || 3.0 || 1.50 || 1.75 || 0 || 0 || 0 || 0
|}
:3.9.23{{tab}}Suruhanjaya mendapati pendeposit LTH dibayar keuntungan (hibah) yang lebih tinggi berbanding dengan kadar deposit yang ditawarkan oleh bank-bank Islam di Malaysia. Kadar keuntungan (hibah) yang tinggi ini tidak selari dengan ciri-ciri deposit LTH iaitu:
::(a){{tab}}pengeluaran dijamin oleh Kerajaan Malaysia;
::(b){{tab}}pelaburan dibuat hanya dalam aset-aset patuh syariah;
::(c){{tab}}zakat yang berkenaan telah dibayar oleh LTH; dan
::(d){{tab}}sebahagian daripada keuntungan daripada pelaburan telah digunakan untuk memberi subsidi ke atas kos mengerjakan haji.
:3.9.24{{tab}}Suruhanjaya mendapati LTH telah meletakkan dirinya dalam kelompok yang sama dengan Amanah Saham Bumiputera dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam pengagihan keuntungan, walaupun terdapat perbezaan dalam peranan, fungsi dan ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas. LTH tidak mempunyai sebab untuk menerima tekanan untuk bersaing dengan kelompok-kelompok yang dipilihnya sendiri.
:3.9.25{{tab}}Suruhanjaya mendapati kadar keuntungan (hibah) yang tinggi yang dibayar sebelum tahun 2018 telah menyebabkan rizab LTH menyusut, yang akhirnya berpotensi untuk memberi kesan ke atas kedudukan kewangan LTH pada masa hadapan. Walaupun tidak ada tanda-tanda bahawa masalah telah bermula sebelum tahun 2014, terdapat persoalan sama ada keuntungan<noinclude>{{smaller|{{rh|82|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
cjdr385w6spttxjstjozm03c6f5ex2i
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/121
250
8687
23979
2026-08-09T14:26:50Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23979
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>telah dikira dengan betul. Apabila pendapatan mula menurun pada tahun 2014 dan 2015, kelestarian perniagaan LTH menjadi tertekan. Kadar agihan keuntungan (hibah) yang tinggi tidak boleh dipertahankan. Kadar yang tinggi ini juga telah menarik para pendeposit yang mencari pulangan yang tinggi dan ini menyebabkan LTH tergelincir daripada matlamat asalnya.
:3.9.26{{tab}}Suruhanjaya mendapati bagi mendapatkan pulangan yang tinggi daripada pelaburannya, LTH terpaksa mengambil risiko yang lebih tinggi berbanding dengan apa yang sewajarnya bagi pelaburan yang berasaskan deposit dan juga profil risiko pendeposit. Ini terserlah dalam Alokasi Aset Strategik LTH (SAA) yang dijadikan panduan di dalam aktiviti-aktiviti pelaburan LTH. RB mendapati bahawa pelaburan LTH lebih berat kepada ekuiti, khususnya ekuiti domestik, yang menyebabkan ianya berpotensi terdedah kepada turun naik pasaran. Turut didapati bahawa pulangan daripada ekuiti tersenarai telah terlebih jangka yang mengakibatkan berlaku pendedahan yang melebihi daripada apa yang disarankan dalam SAA.
:3.9.27{{tab}}Dalam suasana ini, disebabkan keengganan untuk menerima hakikat bahawa LTH telah menggunakan strategi yang silap dalam memilih nisbah pengagihan keuntungan (hibah), pengurusan LTH telah memilih untuk menjadi kreatif dalam amalan perakaunan bagi membolehkan pembayaran keuntungan (hibah) yang tinggi. Ini mengakibatkan BNM telah menyatakan kebimbangan berkenaan kadar pembayaran keuntungan (hibah) yang tidak boleh dipertahankan. Walaupun pada awalnya kebimbangan BNM tertumpu kepada kesan sistemik ke atas perbankan Islam, ia kemudiannya diluaskan kepada ketiadaan polisi rizab di LTH. Ini berakhir dengan krisis dalam pengagihan keuntungan<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|83}}}}</noinclude>
2xo66a2m5bu04ow3d6qrzikzqnslb9v
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/122
250
8688
23981
2026-08-10T08:02:22Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23981
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>(hibah) pada tahun 2017 apabila KAN menyertakan "Emphasis of Matter" dalam laporannya.
:3.9.28{{tab}}Suruhanjaya mendapati polisi pengagihan keuntungan (hibah) telah dipinda pada tahun 2018 apabila LTH tidak mampu membayar lebih daripada 1.25% selepas penstrukturan semula kewangannya dan selepas piawaian-piawaian perakaunan yang berkenaan diikuti sepenuhnya. Berdasarkan polisi yang dipinda ini, LTH mensasarkan untuk mengagihkan keuntungan (hibah) sedikit melepasi kadar purata deposit bank-bank Islam (antara 50 sehingga 100 mata asas) yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia. Ini lebih munasabah jika jenis dan ciri-ciri deposit LTH diambil kira.
:3.9.29{{tab}}Para pendeposit LTH telah memberikan reaksi jangka pendek dalam tahun 2019 selepas pengumuman agihan keuntungan (hibah) 1.25% dibuat. Terdapat pengecutan dalam asas deposit terutamanya dalam kalangan pendeposit yang mempunyai deposit yang besar. Saiz deposit LTH menurun dari kira-kira RM73 bilion sebelum pengumuman agihan keuntungan (hibah) 2018 dibuat kepada RM69 bilion pada akhir tahun 2019. LTH bernasib baik kerana jumlah pengeluaran dan kesannya adalah lebih kecil daripada apa yang dikhuatiri.
:3.9.30{{tab}}Suruhanjaya mengambil maklum bahawa pengurusan LTH dalam tahun 2019 telah mengambil langkah-langkah untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan kepada LTH. Ini termasuk penerangan di media-media dan perjumpaan bersemuka dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Pada akhir tahun 2020, jumlah deposit telah kembali meningkat ke tahap lebih kurang RM76 bilion. Pada ketika ini, jumlah dana yang didepositkan dengan LTH sudah mencapai RM88 bilion. Keyakinan dan kepercayaan kepada LTH telah dikembalikan. Ini<noinclude>{{smaller|{{rh|84|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
e65owx2cnn34aegl29cick2sq527pko
23982
23981
2026-08-10T08:03:00Z
PeaceSeekers
18
23982
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>(hibah) pada tahun 2017 apabila KAN menyertakan "''Emphasis of Matter''" dalam laporannya.
:3.9.28{{tab}}Suruhanjaya mendapati polisi pengagihan keuntungan (hibah) telah dipinda pada tahun 2018 apabila LTH tidak mampu membayar lebih daripada 1.25% selepas penstrukturan semula kewangannya dan selepas piawaian-piawaian perakaunan yang berkenaan diikuti sepenuhnya. Berdasarkan polisi yang dipinda ini, LTH mensasarkan untuk mengagihkan keuntungan (hibah) sedikit melepasi kadar purata deposit bank-bank Islam (antara 50 sehingga 100 mata asas) yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia. Ini lebih munasabah jika jenis dan ciri-ciri deposit LTH diambil kira.
:3.9.29{{tab}}Para pendeposit LTH telah memberikan reaksi jangka pendek dalam tahun 2019 selepas pengumuman agihan keuntungan (hibah) 1.25% dibuat. Terdapat pengecutan dalam asas deposit terutamanya dalam kalangan pendeposit yang mempunyai deposit yang besar. Saiz deposit LTH menurun dari kira-kira RM73 bilion sebelum pengumuman agihan keuntungan (hibah) 2018 dibuat kepada RM69 bilion pada akhir tahun 2019. LTH bernasib baik kerana jumlah pengeluaran dan kesannya adalah lebih kecil daripada apa yang dikhuatiri.
:3.9.30{{tab}}Suruhanjaya mengambil maklum bahawa pengurusan LTH dalam tahun 2019 telah mengambil langkah-langkah untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan kepada LTH. Ini termasuk penerangan di media-media dan perjumpaan bersemuka dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Pada akhir tahun 2020, jumlah deposit telah kembali meningkat ke tahap lebih kurang RM76 bilion. Pada ketika ini, jumlah dana yang didepositkan dengan LTH sudah mencapai RM88 bilion. Keyakinan dan kepercayaan kepada LTH telah dikembalikan. Ini<noinclude>{{smaller|{{rh|84|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
6h56wflqhkhd3c2otbhu6276vhc3cs9
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/123
250
8689
23983
2026-08-10T08:09:25Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23983
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>secara langsung telah memadamkan kegusaran akan berlakunya pengeluaran secara besar-besaran dan tidak terkawal ke atas deposit LTH sekiranya kadar pengagihan keuntungan dibayar pada kadar yang normal yang lebih menghampiri kaedah deposit institusi kewangan Islam.
:3.9.31{{tab}}Menariknya, ketika LTH menormalisasikan nisbah pembayarannya dan penstrukturan kewangan dilakukan dengan bantuan Kerajaan, para pendeposit telah diyakinkan bahawa Kerajaan sememangnya menjamin deposit mereka. Penstrukturan LTH telah mencapai matlamatnya bagi meyakinkan rakyat bahawa Kerajaan telah menunaikan janjinya di dalam menjamin deposit
LTH.
'''3.10{{tab}}Pelaporan Kewangan'''
:3.10.1{{tab}}Sebagai sebuah badan berkanun, LTH dikehendaki untuk mematuhi [[Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980]] [''Akta 240'']. Ini diperuntukkan di bawah [[Akta Tabung Haji 1995#26.1|seksyen 26]] Akta 535.
:3.10.2{{tab}}[[Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980#5.1|Seksyen 5(1)]] Akta 240 memperuntukkan bahawa sebuah badan berkanun hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan akaun-akaun dan lain-lain rekod yang sempurna mengenai perjalanannya mengikut prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum dan hendaklah menyebabkan disediakan penyata bagi akaun-akaunnya bagi setiap tahun kewangan. Seksyen 11(2)''(b)'' memperuntukkan bahawa Menteri yang bertanggungjawab ke atas badan berkanun boleh menetapkan garis panduan mengenai prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum, polisi-polisi perakaunan dan lain-lain perkara bersifat perakaunan atau kewangan berhubung dengan akaun-akaun sesuatu badan berkanun. Penting diberikan perhatian di sini bahawa<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|85}}}}</noinclude>
3xs932nklza6btexpko1qz8llwoe9f5
23984
23983
2026-08-10T08:10:24Z
PeaceSeekers
18
23984
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>secara langsung telah memadamkan kegusaran akan berlakunya pengeluaran secara besar-besaran dan tidak terkawal ke atas deposit LTH sekiranya kadar pengagihan keuntungan dibayar pada kadar yang normal yang lebih menghampiri kaedah deposit institusi kewangan Islam.
:3.9.31{{tab}}Menariknya, ketika LTH menormalisasikan nisbah pembayarannya dan penstrukturan kewangan dilakukan dengan bantuan Kerajaan, para pendeposit telah diyakinkan bahawa Kerajaan sememangnya menjamin deposit mereka. Penstrukturan LTH telah mencapai matlamatnya bagi meyakinkan rakyat bahawa Kerajaan telah menunaikan janjinya di dalam menjamin deposit LTH.
'''3.10{{tab}}Pelaporan Kewangan'''
:3.10.1{{tab}}Sebagai sebuah badan berkanun, LTH dikehendaki untuk mematuhi [[Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980]] [''Akta 240'']. Ini diperuntukkan di bawah [[Akta Tabung Haji 1995#26.1|seksyen 26]] Akta 535.
:3.10.2{{tab}}[[Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980#5.1|Seksyen 5(1)]] Akta 240 memperuntukkan bahawa sebuah badan berkanun hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan akaun-akaun dan lain-lain rekod yang sempurna mengenai perjalanannya mengikut prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum dan hendaklah menyebabkan disediakan penyata bagi akaun-akaunnya bagi setiap tahun kewangan. [[Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980#11.2.b|Seksyen 11(2)''(b)'']] memperuntukkan bahawa Menteri yang bertanggungjawab ke atas badan berkanun boleh menetapkan garis panduan mengenai prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum, polisi-polisi perakaunan dan lain-lain perkara bersifat perakaunan atau kewangan berhubung dengan akaun-akaun sesuatu badan berkanun. Penting diberikan perhatian di sini bahawa<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|85}}}}</noinclude>
cecbz60m80fsncsj2sjczkhnt3o746z
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/124
250
8690
23985
2026-08-10T08:12:38Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23985
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>kedua-dua peruntukan ini mempunyai asas yang sama iaitu pematuhan kepada prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum.
:3.10.3{{tab}}Dalam tahun 2013, Perbendaharaan telah mengeluarkan garis panduan (PA 3.1/2013) berhubung dengan penyediaan dan pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan-Badan Berkanun Persekutuan bagi menggantikan garis panduan yang pernah diterbitkan pada tahun 1994. Menurut garis panduan ini, mana-mana badan berkanun persekutuan yang mempunyai anak syarikat yang menyerah simpan penyata kewangan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau BNM dikehendaki untuk mengguna pakai FRS yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB). LTH termasuk dalam kategori ini. Oleh yang demikian, prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum bagi LTH seperti yang dirujuk dalam Akta 240 ialah FRS atau yang setara dengannya seperti MFRS.
:3.10.4{{tab}}Objektif pelaporan kewangan adalah untuk menyediakan penyata kewangan yang memberikan gambaran yang benar dan saksama berkenaan keputusan dan kedudukan kewangan entiti berkenaan. Ini juga terpakai kepada LTH yang mana penyata kewangannya disahkan oleh perakuan dari Pengerusi dan seorang lagi anggota Lembaga. Pengerusi Jawatankuasa Audit juga akan menandatangani kenyataan berkanun yang menyatakan penyata kewangan berkenaan adalah betul.
:3.10.5{{tab}}Kesemua elemen-elemen yang dikehendaki oleh seksyen 22 Akta 535 dalam menentukan sama ada pengagihan keuntungan (hibah) boleh dilakukan iaitu aset, rizab dan keuntungan ada dilaporkan dalam penyata kewangan LTH yang diaudit oleh KAN selaras dengan Akta 240.<noinclude>{{smaller|{{rh|86|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
aeu9pjgbhwrldmjd7n9q076nrnayoga
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/125
250
8691
23986
2026-08-10T08:14:27Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23986
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>'''3.11{{tab}}Laporan Penyata Kewangan yang Diaudit oleh Jabatan Audit Negara'''
:3.11.1{{tab}}Suruhanjaya mendapati bahawa Penyata Kewangan LTH dari tahun 2014 hingga 2017 telah diberi Sijil Audit Bersih oleh JAN. Walaupun laporan untuk tahun kewangan 2017 ada membangkitkan tentang “''Emphasis of Matter''", namun ia tidak menjejaskan pendapat KAN yang menyatakan bahawa penyata kewangan 2017 tersebut telah memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan LTH dan selaras dengan piawaian pelaporan kewangan yang diluluskan di Malaysia, serta mematuhi keperluan Akta 535.
:3.11.2{{tab}}Suruhanjaya mendapati berdasarkan penyata kewangan tahunan 2014 hingga 2017 mengenai aset dan liabiliti LTH, terdapat kekurangan aset berbanding dengan liabiliti (termasuk dana simpanan pendeposit) untuk membolehkan keuntungan (hibah) diberi pada tahun 2016 dan 2017. Manakala agihan sebenar keuntungan (hibah) bagi tahun 2014 dan 2015 melebihi jumlah keuntungan sebenar dan mengakibatkan kekurangan aset berbanding dengan liabiliti (termasuk dana simpanan pendeposit).
:3.11.3{{tab}}Suruhanjaya mendapati, LTH dalam mengira agihan keuntungan (hibah), tidak merujuk kepada penyata kewangan yang telah diaudit oleh JAN. Sebaliknya menurut Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida, pengiraan agihan keuntungan (hibah) adalah berpandukan kepada seksyen 22 Akta 535. Bagi menjelaskan perkara ini, diperturunkan seksyen 22 yang memperuntukkan seperti berikut:
:"''22.(1) Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan''<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|87}}}}</noinclude>
578b5n505sr8utmory4c2k0o327zscp
23987
23986
2026-08-10T08:14:58Z
PeaceSeekers
18
23987
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>'''3.11{{tab}}Laporan Penyata Kewangan yang Diaudit oleh Jabatan Audit Negara'''
:3.11.1{{tab}}Suruhanjaya mendapati bahawa Penyata Kewangan LTH dari tahun 2014 hingga 2017 telah diberi Sijil Audit Bersih oleh JAN. Walaupun laporan untuk tahun kewangan 2017 ada membangkitkan tentang “''Emphasis of Matter''", namun ia tidak menjejaskan pendapat KAN yang menyatakan bahawa penyata kewangan 2017 tersebut telah memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan LTH dan selaras dengan piawaian pelaporan kewangan yang diluluskan di Malaysia, serta mematuhi keperluan Akta 535.
:3.11.2{{tab}}Suruhanjaya mendapati berdasarkan penyata kewangan tahunan 2014 hingga 2017 mengenai aset dan liabiliti LTH, terdapat kekurangan aset berbanding dengan liabiliti (termasuk dana simpanan pendeposit) untuk membolehkan keuntungan (hibah) diberi pada tahun 2016 dan 2017. Manakala agihan sebenar keuntungan (hibah) bagi tahun 2014 dan 2015 melebihi jumlah keuntungan sebenar dan mengakibatkan kekurangan aset berbanding dengan liabiliti (termasuk dana simpanan pendeposit).
:3.11.3{{tab}}Suruhanjaya mendapati, LTH dalam mengira agihan keuntungan (hibah), tidak merujuk kepada penyata kewangan yang telah diaudit oleh JAN. Sebaliknya menurut Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida, pengiraan agihan keuntungan (hibah) adalah berpandukan kepada seksyen 22 Akta 535. Bagi menjelaskan perkara ini, diperturunkan seksyen 22 yang memperuntukkan seperti berikut:
::''"22.(1) Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan''<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|87}}}}</noinclude>
hyfhqwhmzo1pq8bi0cpxkmt80flrzuq
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/126
250
8692
23988
2026-08-10T08:16:56Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23988
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>''pada bila-bila masa sama ada wajar untuk mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh agih berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang dan jika ia menentukan untuk mengisytiharkan sedemikian, Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh diagihkan berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang itu.''
::''(2) Jika suatu perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah juga menentukan cara, amaun dan masa bagi mengkreditkan untung boleh agih itu kepada setiap pendeposit.''
::''(3) Tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan melainkan jika Lembaga telah terlebih dahulu menubuhkan Kumpulan Wang Rizab, dan tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan dalam mana-mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu—''
:::''(a) aset Kumpulan Wang tidak kurang daripada jumlah liabiliti Kumpulan Wang, amaun yang kena dibayar kepada pendeposit dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta-merta; dan''
:::''(b) aset Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada apa-apa peratusan amaun yang sebenarnya terkredit untuk pendeposit setakat akhir tahun itu termasuk untung boleh agih, sebagaimana yang diluluskan oleh Perbendaharaan.''
::''(4) Apa-apa pembayaran yang dikehendaki dibuat daripada Kumpulan Wang bagi maksud seksyen ini hendaklah, setakat yang wang dalam Kumpulan''<noinclude>{{smaller|{{rh|88|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
cqp5kqi9s5me49knimn0wxiyl3nk600
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/127
250
8693
23989
2026-08-10T08:19:02Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23989
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>''Wang itu tidak mencukupi bagi maksud itu, dibuat daripada Kumpulan Wang Rizab.''
::''(5) Apa-apa keputusan Lembaga berkenaan dengan amaun untung boleh agih yang akan diumpukkan kepada seseorang pendeposit adalah muktamad dan mengikat pendeposit itu dan sesuatu perakuan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang untung boleh agih yang diumpukkan kepada pendeposit itu.''"
:3.11.4{{tab}}Datuk Rozaida dengan memetik seksyen 22(2) memberi pandangan bahawa kaedah asas pengiraan agihan keuntungan (hibah) tahunan tidak dinyatakan dalam Akta 535. Oleh itu, menurutnya asas pengiraan agihan keuntungan (hibah) tahunan boleh ditentukan oleh Lembaga. Ini selaras dengan konsep Wadi'ah Yad Dhamanah/Qard bahawa perjanjian atau jaminan ke atas agihan keuntungan (hibah) adalah tertakluk kepada budi bicara Lembaga. Dengan itu, LTH telah membuat penilaian aset-aset LTH berdasarkan nilai aset yang boleh direalisasikan atau RAV bagi memenuhi definisi nilai aset seperti yang dikehendaki oleh seksyen 23(3)''(a)'' Akta 535.
:3.11.5{{tab}}Menurut Datuk Rozaida;
::''"Pada 30 Jun 2016, Tetuan Ernst & Young (EY) telah mengeluarkan satu laporan kepada Tabung Haji dan telah mengesyorkan satu metodologi yang sistematik di mana TH boleh gunapakai bagi menilai kesemua aset TH mengikut piawaian pelaporan kewangan yang diiktiraf oleh industri di sektor pelaburan. Metodologi ini telah mula diguna pakai oleh TH untuk Laporan Proforma Kedudukan TH bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 secara konsisten untuk tahun-tahun berikutnya. Di dalam''<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|89}}}}</noinclude>
4m0hvhbcygils0r75lpnav8wpcf1c0i
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/128
250
8694
23990
2026-08-10T08:21:31Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23990
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>''laporan akhir (final report) oleh Tetuan Ernst & Young bertarikh 30 Jun 2016 tersebut, pada muka surat 32, EY telah merujuk kepada seksyen 22 (3)(a) di mana peruntukan seksyen Akta TH 1995 tersebut tidak memberi definisi atau garis panduan yang jelas (explicit guidance) berkenaan kaedah (method) untuk menilai aset yang dimaksudkan di para 22(3)(a). Berdasarkan kepada keperluan perakaunan, sebahagian pelaburan TH dinyatakan pada kos dan ini tidak mencerminkan nilai sebenar aset tersebut pada sesuatu masa (not reflective of the true asset value). Pengurusan telah mencadangkan penilaian dibuat berdasarkan Nilai Aset yang Boleh Direalisasikan atau Realizable Asset Value (RAV) dalam memenuhi definisi nilai aset seperti yang dikehendaki oleh para 22(3)(a) Akta TH 1995. Untuk memastikan tadbir urus (governance) yang telus dan konsisten, maka satu rangka kerja (framework) RAV perlu diadakan. Rangka kerja tersebut telah diguna pakai bagi pelaporan tahun 2015, 2016 dan 2017 secara konsisten dan telus.''
::''Pada 30 September 2016, Tetuan Ernst & Young telah mengeluarkan laporan ke atas Laporan Proforma kedudukan kewangan TH bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2015 di mana ia menunjukkan kedudukan aset melebihi liabiliti. Formula Net Worth Adjusted (NWA) atau nilai aset terlaras (nilai portfolio bersih terlaras) adalah jumlah kesemua aset kumpulan wang yang dinyatakan pada nilai realis ditolak kesemua liabiliti Kumpulan Wang amaun yang kena bayar kepada pendeposit seolah-olah kena dibayar dengan serta-merta selaras dengan peruntukan seksyen 22(3)(a).''<noinclude>{{smaller|{{rh|90|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
m2efglpmv8kt4lhq6fjj8gcalqik3c3
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/129
250
8695
23991
2026-08-10T08:23:58Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23991
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
::''Istilah ini telah diperkenalkan di dalam Laporan Tahunan TH bagi tahun 2015 di dalam penyata Ulasan Operasi di muka surat 127 yang telahpun dibentangkan ke Parlimen pada 19 Oktober 2016 di Dewan Rakyat dan di dalam Laporan Tahunan TH bagi tahun 2016 di dalam Penyata Ulasan Operasi di muka surat 102 yang telahpun dibentangkan ke Parlimen pada 2 Ogos 2017 di Dewan Rakyat. Kedua-dua laporan tahunan ini juga turut dimuat naik di dalam laman web Tabung Haji untuk rujukan orang awam.''
::''Malah istilah Nilai Aset Terlaras (Net Worth Adjusted) juga telah dirujuk oleh mantan Pengerusi di muka surat 10 para 5 di minit mesyuarat pembentangan semula laporan kewangan belum disatukan (belum diaudit) berserta pindaan semula polisi rosot nilai dan hibah pendeposit bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 (KKTH1/MK3-18(Bil1) bertarikh 14 Februari 2018.''
::''Bagi penyediaan kertas kerja Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 2017 dan juga kertas kerja cadangan hibah pendeposit untuk tahun 2017, Jabatan Kewangan telah mengguna pakai metodologi yang sama dan konsisten seperti yang telah diperakui oleh Tetuan Ernst & Young pada tahun 2016.''
::''Seksyen 22(3)(a) tidak menyatakan bahawa pengiraan aset melebihi liabiliti hanya perlu merujuk kepada Penyata kewangan.''
:''Walaupun terma nilai aset terlaras (Net Worth Adjusted- NWA) tidak disebut secara explicit di dalam seksyen 22(3)(a), namun kaedah''<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|91}}}}</noinclude>
3uikvnclm3sfkodi0jq5byh25e23skf
23992
23991
2026-08-10T08:24:30Z
PeaceSeekers
18
23992
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
::''Istilah ini telah diperkenalkan di dalam Laporan Tahunan TH bagi tahun 2015 di dalam penyata Ulasan Operasi di muka surat 127 yang telahpun dibentangkan ke Parlimen pada 19 Oktober 2016 di Dewan Rakyat dan di dalam Laporan Tahunan TH bagi tahun 2016 di dalam Penyata Ulasan Operasi di muka surat 102 yang telahpun dibentangkan ke Parlimen pada 2 Ogos 2017 di Dewan Rakyat. Kedua-dua laporan tahunan ini juga turut dimuat naik di dalam laman web Tabung Haji untuk rujukan orang awam.''
::''Malah istilah Nilai Aset Terlaras (Net Worth Adjusted) juga telah dirujuk oleh mantan Pengerusi di muka surat 10 para 5 di minit mesyuarat pembentangan semula laporan kewangan belum disatukan (belum diaudit) berserta pindaan semula polisi rosot nilai dan hibah pendeposit bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 (KKTH1/MK3-18(Bil1) bertarikh 14 Februari 2018.''
::''Bagi penyediaan kertas kerja Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 2017 dan juga kertas kerja cadangan hibah pendeposit untuk tahun 2017, Jabatan Kewangan telah mengguna pakai metodologi yang sama dan konsisten seperti yang telah diperakui oleh Tetuan Ernst & Young pada tahun 2016.''
::''Seksyen 22(3)(a) tidak menyatakan bahawa pengiraan aset melebihi liabiliti hanya perlu merujuk kepada Penyata kewangan.''
:::''Walaupun terma nilai aset terlaras (Net Worth Adjusted- NWA) tidak disebut secara explicit di dalam seksyen 22(3)(a), namun kaedah''<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|91}}}}</noinclude>
b77pdyaktbhcfc0uexkr4qlvzckl8re
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/130
250
8696
23993
2026-08-10T08:34:50Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23993
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>''perkiraannya adalah memenuhi maksud "dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta merta".''
:3.11.6{{tab}}Suruhanjaya mendapati LTH telah melantik EY sebagai konsultan untuk menyediakan Laporan Proforma Kedudukan Kewangan LTH berikutan teguran BNM melalui surat bertarikh 23 Disember 2015, yang antara lainnya membangkitkan tentang kemampuan LTH membayar keuntungan (hibah) yang tinggi.
:3.11.7{{tab}}Pembayaran keuntungan (hibah) antara 2014 hingga 2020 adalah seperti berikut:
:{| {{ts|ac}} class="wikitable"
|-
! Tahun
! Hibah Tahunan/<br>Kadar Agihan (%)
! Hibah Tahunan/<br>Jumlah agihan<br>(RM'000)
! Hibah Haji Amount<br>(RM'000)
! Jumlah
|-
| 2014 || 6.25 + 2.00 || 2,988,053 || 249,143 || 3,237,196
|-
| 2015 || 5.00 + 3.00 || 2,807,369 || 413,005 || 3,220,374
|-
| 2016 || 4.25 + 1.50 || 2,645,625 || 225,197 || 2,870,822
|-
| 2017 || 4.50 + 1.75 || 3,042,184 || 281,557 || 3,323,741
|-
| 2018 || 1.25 || 922,959 || - || 922,959
|-
| 2019 || 3.05 || 2,140,538 || - || 2,140,538
|-
| 2020 || 3.10 || 2,242,141 || - || 2,242,141
|}
:3.11.8{{tab}}Suruhanjaya mendapati penggunaan laporan proforma yang disediakan oleh EY tidak boleh dijadikan asas untuk membayar keuntungan (hibah) seperti di atas. Malah EY sendiri dalam kenyataannya menyatakan bahawa laporan Pro Forma Financial Information bukanlah untuk dijadikan asas untuk LTH membayar keuntungan (hibah).<noinclude>{{smaller|{{rh|92|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
cqv56nwtv7mzmr457es1redvdurk6pw
23994
23993
2026-08-10T08:35:48Z
PeaceSeekers
18
23994
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>''perkiraannya adalah memenuhi maksud "dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta merta".''
:3.11.6{{tab}}Suruhanjaya mendapati LTH telah melantik EY sebagai konsultan untuk menyediakan Laporan Proforma Kedudukan Kewangan LTH berikutan teguran BNM melalui surat bertarikh 23 Disember 2015, yang antara lainnya membangkitkan tentang kemampuan LTH membayar keuntungan (hibah) yang tinggi.
:3.11.7{{tab}}Pembayaran keuntungan (hibah) antara 2014 hingga 2020 adalah seperti berikut:
:{| {{ts|ac}} class="wikitable"
|-
! Tahun
! Hibah Tahunan/<br>Kadar Agihan (%)
! Hibah Tahunan/<br>Jumlah agihan<br>(RM'000)
! Hibah Haji Amount<br>(RM'000)
! Jumlah
|-
| 2014 || 6.25 + 2.00 || 2,988,053 || 249,143 || 3,237,196
|-
| 2015 || 5.00 + 3.00 || 2,807,369 || 413,005 || 3,220,374
|-
| 2016 || 4.25 + 1.50 || 2,645,625 || 225,197 || 2,870,822
|-
| 2017 || 4.50 + 1.75 || 3,042,184 || 281,557 || 3,323,741
|-
| 2018 || 1.25 || 922,959 || - || 922,959
|-
| 2019 || 3.05 || 2,140,538 || - || 2,140,538
|-
| 2020 || 3.10 || 2,242,141 || - || 2,242,141
|}
:3.11.8{{tab}}Suruhanjaya mendapati penggunaan laporan proforma yang disediakan oleh EY tidak boleh dijadikan asas untuk membayar keuntungan (hibah) seperti di atas. Malah EY sendiri dalam kenyataannya menyatakan bahawa laporan ''Pro Forma Financial Information'' bukanlah untuk dijadikan asas untuk LTH membayar keuntungan (hibah).<noinclude>{{smaller|{{rh|92|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
2cnkzl2mtezc9i3ogio0q4dz51x3gtw
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/131
250
8697
23995
2026-08-10T08:37:30Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23995
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:3.11.9{{tab}}Dengan itu, Suruhanjaya berpendapat pembayaran keuntungan (hibah) dari tahun 2014 ke 2017 yang berpandukan RAV adalah tidak selaras dengan kehendak seksyen 22 Akta 535. Pengiraan RAV bukanlah pengiraan yang mematuhi standard piawaian perakaunan yang diakui umum.
:3.11.10{{tab}}Puan Mona binti Othman, Timbalan Pengarah Audit Kewangan JAN dalam kenyataannya menyatakan kaedah agihan keuntungan (hibah) telah dibangkitkan dalam pemerhatian audit terhadap pengauditan penyata kewangan LTH 2017. Berdasarkan draf penyata kewangan LTH yang diterima, kemampuan LTH membayar keuntungan (hibah) hanya berjumlah RM2.70 bilion, iaitu pada kadar 4% mengikut perkiraan baki minima tahunan. Walau bagaimanapun, disebabkan Lembaga pada masa tersebut memutuskan untuk menukar kaedah pengiraan keuntungan (hibah) kepada baki minima bulanan dengan kadar yang lebih tinggi iaitu 6.25%, LTH telah membayar keuntungan (hibah) berjumlah RM3.31 bilion. la melebihi keupayaan kewangan LTH dan melibatkan pertambahan dana berjumlah RM0.61 bilion (22.5%). Untuk tujuan tersebut, LTH telah menukar polisi rosot nilai kewangan sebanyak dua kali dalam tahun kewangan 2017 dengan mengurangkan jumlah perbelanjaan bagi meningkatkan keuntungannya. Menurut Puan Mona, perkara ini juga telah dibangkitkan, tetapi menurutnya, JAN tidak terlibat dalam pengesahan keuntungan (hibah) kerana urusan agihan keuntungan (hibah) mengikutnya adalah di bawah bidang kuasa Lembaga sebagaimana ketetapan seksyen 22 Akta 535.
:3.11.11{{tab}}Suruhanjaya mendapati pandangan JAN seperti di atas tidak bertepatan dengan kehendak seksyen 22 Akta 535. Suruhanjaya berpendapat bahawa JAN sewajarnya bertanggungjawab untuk menyatakan sama ada<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|93}}}}</noinclude>
6ylpbinhm71ezc788lc82x8sbpzleu0
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/132
250
8698
23996
2026-08-10T08:39:14Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23996
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>kedudukan kewangan semasa LTH mempunyai keupayaan mengisytiharkan agihan keuntungan (hibah) sebagaimana syarat yang diperuntukkan di bawah seksyen 22 Akta 535, seperti yang ditemui semasa audit. Contohnya, pada tahun kewangan 2017, KAN mendapati laporan penyata kewangan 2017 menunjukkan aset kurang daripada liabiliti (nilai aset RM70.317 bilion berbanding RM74.409 bilion nilai liabiliti). Situasi yang sama juga ditunjukkan pada tahun 2015 dan 2016, tetapi LTH masih mengisytiharkan agihan keuntungan (hibah) walaupun syarat yang diperuntukkan di bawah seksyen 22 Akta 535 tidak dipenuhi.
:3.11.12{{tab}}Suruhanjaya juga mendapati bahawa JAN menerima penyata kewangan LTH dalam keadaan kesilapan mengenai pengelasan Kumpulan Wang Pendeposit sebagai dana (ekuiti) dalam penyata kewangan sejak 2010. Suruhanjaya mendapati pengelasan tersebut adalah satu representasi salah dan tidak selari dengan piawaian perakaunan tentang kedudukan sebenar aset dan liabiliti LTH. Sepatutnya, Kumpulan Wang Pendeposit dikelaskan sebagai liabiliti.
:3.11.13{{tab}}Suruhanjaya mendapati akibat Kumpulan Wang Pendeposit dikelaskan sebagai ekuiti dan rosot nilai yang tidak mencukupi, maka penyata kewangan tahunan LTH telah menunjukkan aset melebihi liabiliti dan dengan itu membolehkan keuntungan (hibah) diisytiharkan mengikut seksyen 22(3)''(a)'' Akta 535.
:3.11.14{{tab}}Suruhanjaya sekali lagi menekankan bahawa Penyata Kewangan Tahun 2017 LTH tidak seharusnya diberikan Sijil Audit Bersih. Perkara-perkara yang dinyatakan sebagai "''Emphasis of Matter''" kepada Penyata Kewangan Tahun 2017 LTH seharusnya dinyatakan sebagai ketidakpatuhan yang serius oleh JAN.<noinclude>{{smaller|{{rh|94|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
8ikhpuxm9r4ia44v17sggvivy7ia6nh
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/133
250
8699
23997
2026-08-10T08:41:07Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
23997
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:(Penyata Kewangan Tahun 2017 LTH yang diaudit oleh JAN ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 12)
:3.11.15{{tab}}Tan Sri Madinah binti Mohamad, KAN (dari 23 Februari 2017 hingga 22 Februari 2019) dalam Akuan Berkanun Saksi bertarikh 1 April 2022 antara lain menjelaskan kepada Perdana Menteri pada ketika itu, mengenai penyata kewangan LTH berakhir bagi tahun 2017 seperti berikut:
::"5.{{tab}}''Sepertimana YAB Tun sedia maklum, Pendapat Berteguran telah dicadangkan terhadap Penyata Kewangan TH bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 sekiranya tiada pelarasan dibuat untuk dua penemuan material yang dibangkitkan iaitu Perubahan Polisi Rosot Nilai Aset Kewangan TH dan Rosotnilai Bagi Pelaburan TH Dalam Syarikat Subsidiari dan Bersekutu berjumlah RM227.81 juta. Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada YAB Tun semasa perbincangan pada 4 Julai 2018. Bagaimanapun, hasil perbincangan tersebut, sekiranya Pendapat Berteguran diberikan, secara tidak langsung ianya akan mempengaruhi espektasi dan persepsi negatif pihak berkepentingan (stakeholder), khususnya pendeposit untuk terus menyimpan di TH. Dengan mengambil kira perkara tersebut, Pendapat Tanpa Teguran dengan "Emphasis of Matter" telah diberikan pada 16 Julai 2018.''"
::(surat KAN kepada YAB PM bertarikh 19 Disember 2018 ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 12)
:3.11.16{{tab}}Daripada penjelasan di atas, Suruhanjaya berpendapat KAN telah mempertimbangkan perkara-perkara di luar skop audit dalam penemuannya semasa mengaudit<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|95}}}}</noinclude>
fm7r23tlii08eoim7c5iy372o2hm1fd
Kategori:Karya tahun 2022
14
8700
23999
2026-08-10T08:44:10Z
PeaceSeekers
18
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Karya mengikut tahun | century = 20 | decade = 2 | year = 2 }}'
23999
wikitext
text/x-wiki
{{Karya mengikut tahun
| century = 20
| decade = 2
| year = 2
}}
jlhvehjawjzyhb0g1a5vtt9jvof11g7