Wikisumber mswikisource https://ms.wikisource.org/wiki/Laman_Utama MediaWiki 1.47.0-wmf.19 first-letter Media Khas Perbincangan Pengguna Perbincangan pengguna Wikisumber Perbincangan Wikisumber Fail Perbincangan fail MediaWiki Perbincangan MediaWiki Templat Perbincangan templat Bantuan Perbincangan bantuan Kategori Perbincangan kategori Gerbang Perbincangan gerbang Pengarang Perbincangan pengarang Karya Perbincangan karya Terjemahan Perbincangan terjemahan Laman Perbincangan laman Indeks Perbincangan indeks TimedText TimedText talk Modul Perbincangan modul Acara Perbincangan acara Laman:Kitab Injil al-Kudus daripada Tuhan Isa al-Masih.pdf/27 250 619 24582 22105 2026-09-13T22:42:33Z Yeti8902 1345 24582 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="1" user="Hadithfajri" />انجيل متيوس</noinclude>كفد توان يڠامفوڽ فنوين ايت سفاي دڠن سݢراڽ سورهكنڽ اورڠ منوس اية داتڠ كفد تمفة فنوينڽ <section end="Matius_9"/> <section begin="Matius_10"/> <center> ==فصل يڠكسفوله== </center> بهوا جاڠنله كامو مڽالهكن اورڠ سفاي كامو فون تياد دسالهكن<noinclude></noinclude> d5346eypbng9cw4vnjrf7eww7cbych4 Ucapan dasar Zahid Hamidi, Perhimpunan Agung UMNO 2026 0 9099 24583 24581 2026-09-14T07:56:51Z PeaceSeekers 18 24583 wikitext text/x-wiki {{header | title = Ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO 2026 | author = Zahid Hamidi | translator = | section = | previous = | next = | year = 2026 | notes = | editor = }} Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Pengerusi Tetap, kita berikan penghargaan kepada beliau. Ada timbalan pembantu, timbalan Pengerusi Tetap yang diletakkan kusyen di tempat duduknya; tepukan untuk beliau. Rakan-rakan saya tentunya, Yang Berhormat Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Timbalan Presiden bersama dengan isteri. Rakan-rakan saya, naib-naib presiden, Ketua Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Puteri, Setiausaha Agong, dari peperangan rakan-rakan Ahli Majlis Tinggi, kita harus bangun untuk menghormati para perwakilan sekalian. Terima kasih. Rakan-rakan jemputan kita, kita berikan penghargaan, Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong, Presiden [[:w:Persatuan Cina Malaysia|MCA]] dan rakan-rakan kepimpinan beliau yang datang. Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Dr. SA Vigneswaran, Presiden [[:w:Kongres India Malaysia|MIC]] dan rakan-rakan yang datang. Yang Berbahagia Datuk Richard Kastum, Timbalan Presiden PBRS dan rakan-rakan yang datang. Yang Berbahagia Datuk Dr. Loga Bala Mohan, Presiden PPP dan rakan-rakan yang datang. Pergerakan Presiden, Friends of BN dan rakan-rakan lama yang memperbaharui kehadiran mereka. Yang Berhormat Datuk Haji Idris Ahmad dan rakan-rakan daripada [[:w:Parti Islam Se-Malaysia|Parti Islam Se-Malaysia]]. Pengerusi Lembaga Disiplin, Pengerusi Lembaga Rayuan, Pengerusi Mubarak, Pengerusi Veteran, Pengerusi Majlis Ulama Malaysia. ''Excellencies, High Commissioners and Ambassadors''; kita berikan penghargaan kepada mereka. Rakan-rakan daripada [[:w:Partai Golkar|Partai Golkar]], kita berikan penghargaan, Bapak Said Aldi Al-Idrus, rakan-rakan para jemputan khas sidangan pada hari ini. Saya ingin memberikan rasa simpati kita kepada dua orang rakan, Datuk Seri Azeez Rahim dan Datuk Seri Yas– … ''come ahead'' … kita bersimpati pada beliau yang telah di-"baju ''orange''"-kan. Simpati kita tetap menebal kepada dua-dua rakan kita ini. Kita juga ada seorang tetamu istimewa selain pada isteri saya, kita ada Yang Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor. Datin, kita minta bangun supaya para perwakilan dapat memberikan penghargaan di atas keberadaan. Mudah-mudahan, ada berita paling baik pada hari ini, insya-Allah! Para perwakilan sekalian, saya memberikan penghargaan di atas keberadaan kita semua pada hari ini, Perhimpunan Agong UMNO 2026. Kita berikan juga penghargaan pada perwakilan dan pemerhati yang tidak dapat hadir ke Dewan Merdeka tetapi tetap setia berada di luar dewan mengikuti persidangan kita. Mereka yang berada di rumah dan di semua tempat di seluruh negara dan di luar negara yang mengikuti persidangan kita secara langsung. Kita beri penghargaan kepada seluruh ahli-ahli akar umbi. Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat berkumpul buat sekian kalinya. 80 tahun UMNO meniti sejarah bangsa. 80 tahun UMNO mengharungi pasang dan surut perjuangan. 80 tahun UMNO menghimpunkan kekuatan yang berselerak. 80 tahun UMNO mempertahankan prinsip yang tidak pernah berubah. Kita sentiasa mara dengan keberanian. Kita sentiasa menilai keadaan dengan kebijaksanaan. Kita sentiasa mempertahankan apa yang wajib dipertahankan dan kita sentiasa menyesuaikan pendekatan agar perjuangan tidak terhenti di tengah jalan. Alhamdulillah, kita masih berada di sini. Kita masih tegak berdiri dalam arena perjuangan di negara kita, Alhamdulillah. Jangan kita menyangka hanya ahli UMNO yang sedang menunggu apa yang akan lahir daripada perhimpunan agung kita pada hari ini. Rakyat di luar sana sedang memerhati. Kawan dan lawan sedang menilai. Mereka mahu mengetahui apakah gerakan politik yang bakal kita lakarkan dan apakah penyelesaian yang mahu UMNO bawa untuk rakyat dan negara. Sebenci mana pun mereka kepada UMNO, mereka tetap mengikuti dengan rapat persidangan agung kita pada hari ini. Mereka bertanya: "Ke arah mana UMNO selepas ini? Dengan parti mana, gabungan parti mana UMNO akan bekerjasama?" Apakah bentuk politik yang mahu kita tawarkan? Dan yang paling penting mereka ingin tahu, kenapa UMNO perlu diberikan kepercayaan semula oleh pengundi dan rakyat kepada kita. Saudara perwakilan, sejarah sesebuah perjuangan tidak ditulis oleh kerana keberanian semata-mata, ia turut dibentuk oleh kebijaksanaan membaca zaman, memahami realiti perubahan dan memilih langkah yang tepat ketika dunia terus bergerak. Para pendahulu kita cukup berani membaca realiti peristiwa [[:w:Malayan Union|Malayan Union]] yang menggugat kedudukan raja-raja Melayu. Gerakan Melayu yang terpisah-pisah telah membangkitkan kesedaran yang akhirnya melahirkan UMNO. Dengan kesedaran itulah ia telah menyuntik semangat nasionalisme yang menuntut UMNO bergerak untuk mencapai hasrat pemerintahan sendiri. Para pendahulu kita cukup bijak membaca realiti bahawa kemerdekaan memerlukan kekuatan politik, mandat rakyat dan hikmah dalam perundingan. Mereka juga membaca satu lagi realiti: Tanah Melayu bukan sebuah negeri yang dihuni oleh satu kaum sahaja. Sunnatullah telah menentukan Malaysia adalah sebuah negara merdeka yang tidak boleh dibina dengan memisahkan lain-lain kaum masyarakat majmuk di negara ini. Maka, maka UMNO membina persefahaman dengan MCA dan kemudiannya MIC sehingga lahirlah parti Perikatan. Kita berikan penghargaan pada rakan-rakan setia kita ini. Langkah itu tidak pernah melemahkan perjuangan Melayu. Sebaliknya ia memperkukuhkan kedudukan UMNO dalam memimpin negara untuk mencapai kemerdekaan ketika itu. Selepas kemerdekaan, realiti berubah. Negara berhadapan jurang ekonomi, ketegangan kaum dan politik yang semakin berpecah. Tragedi 13 Mei 1969 menjadi luka besar dan peringatan bahawa kestabilan tidak akan kekal dengan sendirinya. Maka formula lama dinilai semula. Perikatan diperluas menjadi Barisan Nasional pada tahun 1974, menghimpunkan lebih banyak lagi parti, kawan mahupun lawan, menjadi suara yang lebih representatif dalam satu kerangka kerjasama. Itulah hikmah yang diwariskan kepada kita. Jika pendahulu kita telah membuktikan kemampuan memahami realiti zaman mereka, maka hari ini sejarah meletakkan generasi kita pula di gelanggangnya. Persoalannya bukan lagi sama ada realiti telah berubah atau sebaliknya. Akan tetapi, apakah kita punya keberanian dan kemampuan untuk mendepani realiti yang ada di hadapan kita? Saudara, [[:w:Pilihan raya umum Malaysia 2018|kejatuhan kita, UMNO dan Barisan Nasional, pada tahun 2018]] tidak bermula pada malam keputusan pilihan raya diumumkan. Isyaratnya sudah kelihatan lebih awal. [[:w:Pilihan raya umum Malaysia 2008|Tahun 2008]], Barisan Nasional kehilangan majoriti 2 per 3. [[:w:Pilihan raya umum Malaysia 2013|2013]], sokongan terus terhakis. Manakala 2018, sebuah parti yang lebih enam dekad merajui negara ini akhirnya kehilangan penguasaan di Putrajaya. Kita boleh kemukakan pelbagai asbab, pelbagai sebab. Ada fitnah, ya; ada persepsi yang gagal ditangani, ya; ada serangan politik yang tersusun, ya. Namun, parti yang mahu bangkit tidak boleh hanya bernostalgia dan menyalahkan orang lain. Kita harus sedar, selalunya kejatuhan tidak bermula ketika kita kalah. Sebaliknya ia bermula apabila kita terlalu yakin yang kita tidak akan pernah kalah. Saudara, lapan tahun saya dan rakan-rakan memikul amanah untuk menakhodai UMNO ini. Saya bersyukur kerana rakan-rakan yang di atas pentas ini terus mendukung bersama-sama dengan saya untuk kita menghidupkan UMNO. Yang lebih penting, didukung oleh kepimpinan bahagian-bahagian dan seluruh cawangan di negara kita ini, Alhamdulillah, ucapkan terima kasih kepada pemimpin akar umbi. Ya, kita bermula, Tok Mat, dari sebuah kejatuhan. Kita menyaksikan kawan menjadi lawan. Lawan menjadi rakan. Kerajaan dan politik berubah jajaran. Semua ini mengajar suatu perkara. UMNO tidak boleh membeku pada suatu pendekatan ketika realiti di sekelilingnya berubah begitu pantas. UMNO dan BN, dari pemerintah, kita telah merasa menjadi pembangkang daripada dominan kepada berkongsi kuasa. Kita memasakkan semula erti perjuangan. Kita rapatkan saf dan kita memulihkan keyakinan. Kita atur langkah menyusun kebangkitan semula. Kini, kini masanya untuk kita mencipta semula kemenangan, insya-Allah. Insya-Allah, di hujung terowong sana ada cahaya terang sedang menanti kita, menanti UMNO dan Barisan Nasional dan rakan-rakan yang lain, insya-Allah. Berdasarkan realiti lapan tahun yang kita lalui bersama ini, saya ingin bertanya pada perwakilan sekalian, adakah kita sudah cukup insaf? … Saya ulangi, adakah kita sudah cukup insaf? … Adakah kita sudah cukup faham tuntutan zaman? … Adakah kita sudah cukup membuat persediaan? Jangan hanya tepuk dada tanya selera, tetapi tepuklah dada untuk mara bekerja, untuk mencapai kemenangan semula kepada kita semua, insya-Allah. Boleh? … Boleh? Insya-Allah, di sinilah kita perlu mengingati kembali watak sebenar UMNO. Kita tidak hanya berfikir dari satu penggal ke satu penggal pilihan raya yang lain. Hakikatnya UMNO adalah parti yang sentiasa merancang pembangunan negara melangkaui usia satu generasi. [[:w:Dasar Ekonomi Baharu|Dasar Ekonomi Baharu]] sebagai contohnya, tidak dirangka untuk mendapatkan tepukan semusim. [[:w:Transformasi Nasional 2050|Transformasi Nasional 2050]] atau TN50 digagaskan untuk menyantuni pemikiran dan hasrat Gen Z sehingga Gen Alfa. Begitulah cara parti pemerintah berfikir. Bukan sekadar bertanya siapa yang akan menang pilihan raya berikutnya, tetapi corak negara yang bagaimana mahu kita wariskan kepada generasi seterusnya. Kita bukan juga parti yang menjanjikan "menang hari ini … menang hari ini …," seolah-olah segala masalah akan selesai keesokan harinya. Saudara, dalam tempoh lapan tahun ini juga kita menyaksikan negara terperangkap dalam ''permanent political warfare''. Peperangan politik yang tidak berkesudahan walaupun pilihan raya telah lama selesai. Rakyat semakin penat mendengar. Apa yang rakyat dengar sehari-hari? "Siapa yang mahu dijatuhkan? Siapa yang mahu 'tebuk atap'?" Kita tidak pernah berhasrat untuk "tebuk atap". Kalau mereka mahu begitu, ada cara lain kita mahu melakukan tindakan. Ada yang tanya siapa lagi yang mahu disiasat dan siapa lagi yang mahu dipersalahkan. Kalaulah kebetulan ada di kalangan di sini yang mahu "dibajuungukan", walaupun baju oren telah tidak ada. Silakan! silakan! Lawan tetap … (Lawan!) Lawan sampai … (Menang!) Lawan sampai … (Menang!) Rakyat ingin tahu siapakah yang mampu memberikan penyelesaian semua kemulut ini. Insya-Allah, kita menawarkan diri untuk menyelesaikan semua ini, insya-Allah. Politik hari ini jauh lebih rencam. Politik Melayu tidak lagi berpusat pada satu wadah. Kesetiaan pengundi tidak lagi diwarisi. Putih dahulu tidak semestinya putih selamanya. Generasi baharu tidak terikat dengan nostalgia politik yang lama. Sebab itu kita tidak boleh guna satu formula untuk semua medan. Lain padang, lain belalang; lain Johor, lain Negeri Sembilan, lain pula Melaka-nya. Demografi berbeda, isu berbeda, calon berbeda, sentimen juga berbeda. Begitulah juga keadaan hari ini di Sabah. Ia telah memberikan kita pengajaran. Namun kita tetap menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Sabah. Kita ucapkan terima kasih pada rakan-rakan dari Sabah. [[:w:Pilihan raya negeri Johor 2026|Di Johor]], kemenangan telah membangkitkan keyakinan, ''on'' tak ''on''? (''On!'') … ''On'' tak ''on''? (''On!'') [[:w:Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2026|Di Negeri Sembilan]] pula menunjukkan bahawa persefahaman boleh menjadi kekuatan. ''Hobin Jang?'' (Boleh!) ''Hobin Jang?'' (Boleh!) [[:w:Pilihan raya negeri Melaka 2026|Manakala Melaka]], insya-Allah, akan menjadi medan seterusnya yang menguji sejauh mana gelombang biru benar-benar dapat diterjemahkan. Mana lagi? (Melaka!) Mana lagi? (Melaka!) Mana lagi, [[:w:Ab Rauf Yusoh|Rauf]]? … bertambah bulat sahabat kita. Saudara, gelombang biru bukan hanya untuk menjadikan UMNO sebagai pelengkap kerajaan. [[:w:Pilihan raya umum Malaysia ke-16|PRU16]] adalah detik penentuan bagi kita untuk mendapatkan semula mandat menerajui kepimpinan. Kita harus rangkul sahabat-sahabat lain untuk kita sama-sama melakar kejayaan. Justeru telah tiba masanya PRU ke-16 disegerakan. Ini bukan desakan. Ini bukan harapan. Ini kehendak rakyat, cukup-cukuplah, bagi peluang kami pula! Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang kita telah berlawan, kita lawan! Lawan sampai (Menang!) … batu api. Saudara perwakilan, walaupun DNA UMNO kita ialah DNA memimpin, namun kemenangan itu tidak datang bergolek. Ia dilengkapi dengan strategi dan peraturan yang memahami realiti di lapangan. Selama 80 tahun kita memimpin sebagai parti politik, kita tidak memencilkan masyarakat lain. Kita pertahankan asas kenegaraan. Benar, kita perjuangkan Melayu. Kita jugalah yang menyatukan kemajmukan melalui Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Benar, kita pertahankan Islam, kita jugalah yang memastikan kebebasan beragama di negara kita. Benar, kita perkasakan Bumiputera tetapi kita juga menghormati hak kepelbagaian kaum dan etnik serta keunikan wilayah Sabah dan Sarawak. ''UMNO and Barisan Nasional is very fair to everybody, to every Malaysian citizen''. Pendirian kita ini selari dengan kecenderungan dunia. Banyak negara hari ini kembali berbicara tentang akar … ''roots'', identiti, begitu juga kedaulatan dan rasa memiliki atau keperibumian. Istilahnya mungkin berbeda. ''Nationalism'', ''nativism'', ''sovereignism'', ''political of belonging'', tetapi keresahannya hampir sama. Dunia sedang kembali mencari akar, maka kita juga harus berani kembali kepada akar supaya kita tahu siapa diri kita sebenar, apa yang kita warisi, apa yang mesti kita pertahankan dan apa yang menjadi amanah untuk kita laksanakan kepada seluruh rakyat. Keperibumian bukan politik perkauman. Ia adalah pengakuan terhadap sejarah, warisan dan asas pembentukan negara. Inilah akar yang membentuk identiti tanah air. Semakin dalam akar mencengkam bumi, semakin kukuh pokok berdiri; semakin luas teduhan yang mampu diberi, semakin ramai yang akan dapat manfaat. Oleh itu, semuanya oleh kita, oleh UMNO, oleh Barisan Nasional dan rakyat sangat rindukan semula kepada Barisan Nasional. Kita lihat bukti di Johor dan Negeri Sembilan. Justeru, kita mesti memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan dalam kalangan rakyat bahawa keindukan peribumi adalah amanah yang mesti dipertahankan bagi menjamin kestabilan dan kerukunan hidup antara kaum. Amanah inilah yang membezakan kepimpinan dengan dominasi: dominasi yang mahu orang lain tunduk. Kepimpinan kita adalah untuk mencipta keyakinan bagi membuatkan orang lain yakin untuk berjalan bersama-sama dengan kita. Dan bagi kita, di situlah letaknya makna sebenar keindukan dalam kemajmukan. Sebab itu, MCA, MIC, PBRS, PPP serta Friends of BN bukan sekadar penghias pentas pada musim pilihan raya. Kita dan mereka adalah sebahagian daripada sejarah dan masa depan sebuah formula yang membuktikan bahawa politik Melayu mampu memimpin perkongsian kuasa bersama-sama dengan yang lain-lain. Insya-Allah … apatah lagi bila "biru" bertemu dengan "hijau", pastinya warna akan berubah. Alhamdulillah, sidang perwakilan, kita mahu orang Melayu kuat tanpa orang lain hidup dalam ketakutan. Saya mahu Islam terus dimartabatkan tanpa agama lain merasa terancam. Saya mahu UMNO dan Barisan Nasional menjadi induk kekuatan politik di negara ini tetapi cukup besar jiwanya untuk kita sama-sama berkongsi kekuasaan. Kerana inilah nilai kepimpinan yang kita mahukan. Memimpin bukan bererti menguasai. Kita semua mahu setiap pihak agar ada keyakinan untuk kita seiring jalan dan kita beriringan dengan tangan atas dasar kepercayaan. Bak kata rakan-rakan kita di Sabah, ''sompurusun wayaan''. Rakan-rakan kita di Sarawak, ''segulai sejalai''. Kita rangkul rakan-rakan di Semenanjung dengan rakan-rakan di Sarawak dan Sabah untuk kita membentuk semula negara Malaysia yang sejahtera. Namun, sidang perwakilan sekalian, untuk memimpin, ia mesti bermula dengan kekuatan dalaman. Sebab itulah kita tampil dengan agenda Rumah Bangsa bagi memberikan ruang kepada mereka yang pernah kecewa, pernah menjauhkan diri dan kini mahu menyumbang kembali. Terima kasih kita kepada seluruh keluarga besar UMNO kerana menyambut baik agenda Rumah Bangsa ini. Kita berikan penghargaan pada sebahagian pada mereka yang berada di sini. Tepukan gemuruh untuk mereka. Terlalu ramai sosok tubuh yang kita hargai kepulangan mereka, ke program kita, tetapi mereka layak untuk diberikan penghargaan oleh kita semua. Natijahnya, kita bukan hanya meraikan kepulangan, malah menyambut kehadiran generasi baharu untuk bersama-sama dengan perjuangan kita, anak-anak muda. Saya ingin mengulangi seruan saya ini: rumah ini sentiasa terbuka luas. Bagi yang pernah membakar jambatan, bagi yang mendirikan tembok perbezaan, bagi yang membina pondok baharu untuk teduhan tidak mengapa, kembalilah … kembalilah. Jambatan boleh kita sambungkan, tembok boleh kita runtuhkan, pondok boleh kita tinggalkan. Rumah UMNO ini cukup besar untuk menempatkan kalian semula untuk kembali. Kita berhimpun di rumah ini atas kasih kita kepada perjuangan dan perjuangannya tidak akan pernah padam. Cuma, janganlah kembali untuk menghidap menghidupkan semula api perseketaan. Cukup-cukuplah, sudah-sudahlah. Insya-Allah, kita rangkul semuanya untuk berada dalam rumah yang sama. Kepada anak-anak muda, jadikan Rumah Bangsa ini juga tempat untuk anakanda semua … bersama-sama dengan semua ayahanda dan bonda untuk kita berjuang bersama-sama. Ayahanda dan bonda membuka seluas-luasnya ruang untuk kalian melakar kanvas perjuangan UMNO. Rumah ini juga rumah anakanda anda semua; masuklah, bukalah jendelanya, susun semula ruangnya dan warnailah dinding perjuangannya dengan idea serta impian generasi kalian. Ayahanda dan bonda semua hanya mahu memastikan rumah ini kekal menjadi tempat berteduh generasi zaman-berzaman. Kalau anakanda semua ada idea, ''slay''. Jangan simpan, ''flex''-kan. Biar kita tengok siapa yang benar-benar boleh bawa ''W''. ''W'' kepada UMNO; saya sendiri pun tak faham. ''For real, for real'' … yang ni, Tok Mat faham. [Tok Mat melakukan [[:w:6-7 (meme)|isyarat 6-7]], dan dibalas dengan Zahid serta diikuti isyarat jari dua jari] Yang sana faham … ini untuk yang di sana tu. Terutama untuk Datin Seri Rosmah, dah lama tak buat macam ni. Saudara, kita faham tak bahasa anak-anak muda ni? Saya tak faham … ini pura-pura faham, semua ni. Kita tak faham, Tok Mat … tak faham. [Zahid melakukan isyarat 6-7] Saya tak fikir kita boleh bercakap seperti mereka. Inilah bahasa mereka sekarang. Kepada pemuda dan puteri, Dr. Akmal dan Along, dekatilah dan santunilah mereka ini. Insya-Allah, mereka akan datang kepada kita. Sidang perwakilan, selain daripada Rumah Bangsa, kita juga membuka pemikiran bangsa melalui Musyawarah Nasional. Kita menghimpunkan para ulama, ahli-ahli akademik, ahli profesional, teknokrat, usahawan, masyarakat sivil dan generasi baharu. Melalui platform ini kita, mahu isu-isu kenegaraan dibahaskan secara ilmiah. Alhamdulillah, Musyawarah Nasional telah berjaya menganjurkan dua siri musyawarah. Kedua-dua mesyuarah ini mendapat sambutan dan membawa perspektif baharu terhadap isu-isu besar negara. Insya-Allah, kita menantikan siri ketiga Musyawarah Nasional yang akan diadakan di negeri Melaka sempena dengan hari besar yang akan kita raikan di negeri Melaka, insya-Allah. Secara peribadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Ghani Othman yang mengetuai Musyawarah Nasional ini. Kita beri penghargaan kepada Tan Sri Ghani Othman. Kita minta Tan Sri Ghani Othman untuk berdiri bagi mendapat penghargaan daripada kita semua. Penghargaan untuk Tan Sri Ghani Othman. Sidang perwakilan, semasa perhimpunan agung yang lalu, bulan Januari, saya telah melontarkan gagasan ''grand collaboration'' atau "kolaborasi agung". Gagasan ini menuntut kita untuk mewujudkan persefahaman politik antara gabungan parti-parti politik yang sedia ada di negara kita. Kolaborasi agung ini bukan merupakan penggabungan parti. Sebaliknya ia adalah persefahaman bagi mengelakkan pertembungan yang merugikan. Saya ulangi: ''bagi mengelakkan pertembungan yang merugikan''. Saya faham, saya juga boleh membaca resahnya orang Melayu. Mereka tidak mahu lagi bertembung. Mereka tidak mahu lagi kita berbalah sesama sendiri. Di dewan ini, kita pernah melalui episod linangan air mata. Di pentas ini, kita berjanji bersetia. Di luar, persaudaraan disambut dengan gembira. Namun, mufarakah berlaku, perpecahan berlaku semula kerana kehadiran orang ketiga yang meretakkan hubungan yang dibina. Sudah-sudahlah, kita lupakan episod lama kita! Mari kita menjalin semula penyatuan ini yang begitu didambakan oleh orang Melayu di seluruh negara. Namun, dalam membina titik temu ini, kita tidak memaksa mana-mana pihak mencairkan identitinya. Dalam kata lain, dengan siapa pun UMNO bekerjasama, Barisan Nasional bekerjasama, UMNO tetap UMNO, Barisan Nasional tetap Barisan Nasional. Untuk itu, persefahaman politik ini atau dalam istilahnya disebut ''tafahum siyasi''. ''Tafahum siyasi''. Tiga kali ni, ''tafahum siyasi''. Setiausaha Agung cakap bahasa Arab tadi. Saya ingat kita tak faham. Tapi wakil-wakil, duta-duta negara Arab semua faham. Maka apa yang Setiausaha Agung cakap tu betul. Tapi, ''tafahum siyasi'', yang lebih faham ni, PAS. ''Tafahum siyasi'' mempunyai asas-asas yang perlu disepakati bersama. Pertama, kita utamakan persamaan demi maslahat umum. Kedua, kita mesti menghormati perbezaan ideologi dan pegangan, identiti dan garis sepadanan masing-masing. ''We have to respect them''; kita harus hormatinya. Ketiga, kita mesti memegang kepada prinsip toleransi dan anjal dalam membuat keputusan. Ingat kepada firman Allah Subhanahu Waala dalam [[Al-Quran/An-Nisaa'|surah An-Nisaa']], ayat 59: فَإِن تَنَـٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍۢ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ. "Jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya." Apa dia? Dari nas Quran dan hadis, kita buka kembali, ijmak ulama dan qias; empat sumber hukum. Ringkasnya, persefahaman ini bukan hanya kerana kita mempunyai musuh yang sama. Persefahaman ini, insya-Allah, akan mewujudkan kestabilan politik negara, merancakkan ekonomi … ayat tak habis lagi, jangan tepuk … merancakkan ekonomi demi kemakmuran, menjamin keadilan kepada semua, memperkukuhkan perpaduan rakyat dan antara wilayah, dan paling penting ialah kita mahu mewujudkan sebuah negara ''baldatun tayyibatun wa rabbul ghafur'': negara yang aman damai dan mendapat pengampunan daripada Allah Allah Subhanahu Waala. Akan tetapi, ada prasyarat kepada persefahaman politik ini yang tidak boleh kita rundingi. Jangan ada dusta di antara kita. Jangan ada khianat-mengkhianati. Jangan bina persefahaman pada waktu siang tetapi merancang menjatuhkan rakan di malam hari. Jangan perjanjian ditandatangani, dalam masa yang sama ia dimungkiri. Jangan namanya "Kerajaan Perpaduan Malaysia" yang disepakati itu ada dalam perjanjian. Akhirnya "Kerajaan Perpaduan" nasional entah datang daripada mana ditukar menjadi "Kerajaan Madani". Jika kerbau diikat pada talinya, manusia mesti diikat dengan janjinya! Dalam mesyuarat setuju, luar mesyuarat buat lain. Dalam hubungan dan menghubungi sahabat melalui telefon setengah jam bersetuju untuk cepat-cepat berada bersama-sama dengan kita dan keluarga di luar. Tapi lepas tu … ''dot dot dot''. Haih, janganlah menanam tebu di hujung bibir. Jangan. Insya-Allah, UMNO dan Barisan Nasional dan rakan baru kita, insya-Allah, kita berazam tidak akan melakukannya. Maka saya dan rakan-rakan ingin menyarankan kolaborasi agung ini, ''grand collaboration'' ini, kita bina elok-elok melalui persefahamanan dan kita ambil ibrah, pengajaran [[Terjemahan:Perjanjian Hudaibiyah|Perjanjian Hudaibiyah]] yang menatijahkan hikmah yang cukup besar sehingga membawa kepada pembukaan kota, Fathul Makkah. Fathul Makkah atau pembukaan kota Makkah mengajar bahawa kemenangan tidak hanya diukur pada kemampuan memperolehi kuasa. Ukuran yang lebih besar ialah bagaimana kuasa itu digunakan setelah kemenangan berada di tangan. Fathul Makkah juga turut dikenali sebagai hari berkasih sayang atau ''yaumul marhamah''. Jika Fathul Makkah menjanjikan kemaafan, keampunan dan keselamatan, begitulah juga dengan Rumah Bangsa. Siapa pun, siapa pun … kembalilah. Yang belum kembali, kembalilah. Ini bermakna kemenangan bukan untuk membazirkan tenaga negara, menghidupkan dendam yang lama. Insya-Allah, Zahid Hamidi dan Tok Mat dan rakan-rakan yang ada di atas pentas ni, kami tidak ada langsung menyimpan dendam kepada sesiapa pun! Insya-Allah, kami ikhlas! … macam tak percaya je. Kurang tepuk ertinya kurang percaya, tau. Mari kita menghidupkan semangat baharu. Kemenangan ini, insya-Allah, bukan untuk menghukum mereka yang tidak bersama. Kemenangan nanti bukan untuk melebarkan seketa. Sebaliknya jika ditakdirkan Allah kemenangan ini milik kita semula. Saudara, insya-Allah, kemenangan ini bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain adalah amanah untuk menyatukan rakyat, memulihkan negara dan membina masa depan sejahtera untuk semua, insya-Allah. Saya teringat mutiara kata [[Pengarang:Zainal Abidin bin Ahmad|Pendeta Za'aba]]: barang apa yang memberi manfaat kepada dirinya atau kumpulannya adalah memberi manfaat kepada seluruh bangsanya, dan barang apa yang memberi mudarat kepada dirinya atau kumpulannya, tetaplah, tetaplah memberi mudarat kepada tubuh bangsanya sendiri. Untuk itu, sidang perwakilan, dengan gelombang biru yang kita bawa dan persefahaman politik yang kita bina, insya-Allah, andai ditakdirkan kita kembali menerajui Putrajaya, UMNO dan Barisan Nasional serta rakan-rakan yang lain yang bersama dengan kita, kita akan gariskan agenda "Malaysia Biru" menjelang 100 tahun kemerdekaan negara kita. Apa dia, apa dia "agenda biru" ni? Bukan hanya sekadar gelombang biru. Ia membawa maksud berdaulat dan bersatu, inovatif dan mewujudkan negara berpendapatan tinggi, rakyat makmur dan saksama bagi mewujudkan keunggulan dan Malaysia disegani di seluruh dunia. Dengan agenda Malaysia Biru ini, kita mahu mencipta kekayaan negara, membina semula modal insan, memperluaskan pemilikan, menjaga kesejahteraan, menghadapi krisis, memelihara rakyat, membina kepercayaan dan mempertahankan kepentingan nasional. Saya ingin gariskan secara terperinci, ikhtiar pertama, agenda Malaysia Biru, Tok Mat, sila jual Malaysia ke luar negara sebagai Menteri Luar, antara yang terbaik yang pernah dilahirkan oleh UMNO. Tok Joe, pergilah ke seluruh dunia. Juallah Malaysia, asal jangan menggadaikannya. Ini kedua-dua tokoh kita yang sering berada di luar negara. Kita doakan mereka membawa nama dan menjulang Malaysia di peringkat dunia. Ikhtiar yang pertama dari agenda Malaysia biru ini adalah menjadikan Malaysia negara pencipta. Kita bermula sebagai negara pertanian, pertanian, itu dulu. Kemudian kita melakukan lonjakan perindustrian. Kini kita mesti melakukan anjakan seterusnya. Malaysia mesti menjadi negara pencipta. Kita mahu dunia menggunakan teknologi ciptaan anak bangsa. Membeli jenama Malaysia. Kita mahu bergerak daripada mengeluarkan barangan ''made in Malaysia'' kepada barangan ''made by Malaysia''. Negara mesti meletakkan sasaran syarikat berteknologi tinggi dan industri bertaraf global yang ''invented, design and own by Malaysian''. ''That is the first one, the first principle''. Ikhtiar kedua. Kita berhasrat BN dan rakan-rakan berhasrat menjadikan Malaysia negara berkemahiran. Dengan mengarusperdanakan TVET. Kita mahu anak-anak kita sama ada di politeknik, di GIAT MARA, di TVET MARA, di IKM, Profesional Huffaz, sekolah-sekolah pondok untuk kita sama-sama membentuk Malaysia menjadi sebuah negara ''skills nation''. Ini hasrat kita. ''Daddy'' MARA ada di sini. Tepukan untuk ''Daddy'' MARA. Menteri Pendidikan Tinggi ada sini. Kita beri tepukan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Diaja Dr. Zamri Abdul Kadir. Saya setuju dengan beliau: kita tidak mahu [[Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971|AUKU]]. Kita tidak mahu anak-anak muda dikekang idea dan perasaan serta perjuangan mereka. Datuk Zamri, lakukanlah yang terbaik untuk anak-anak kita di universiti! … Minum dulu. Saudara-saudari, kita mahu negara yang kita bentuk untuk meletakkan kemahiran, kepakaran dan pembelajaran sepanjang hayat sebagai ''new currency'' atau mata wang baharu untuk kemajuan. Hasrat kita mensasarkan 80% tenaga kerja negara ini berada dalam kategori berkemahiran tinggi dan memperolehi gaji premium. Itu yang kedua. Yang ketiga, kita berhasrat untuk menjadikan Malaysia negara pemilik. Selama ini kita banyak mengukur kemajuan rakyat melalui pendapatan. Hakikatnya rakyat yang benar-benar berdaya maju mesti mempunyai pemilikan rumah, perusahaan, saham, harta, terutamanya harta intelek, simpanan mahupun aset produktif. Justeru kita semua mahu untuk negara ini bergerak daripada masyarakat yang hanya berpendapatan kepada masyarakat yang memiliki sasaran kita 60% daripada rakyat dewasa Malaysia memiliki secara langsung sekurang-kurangnya satu aset yang menjana nilai. Itu yang ketiga. Yang keempat, kita berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sejahtera. Kita mesti berani mengubah dan cara kita menilai kejayaan ekonomi. Keluaran dalam negara kasar, KDNK, memang penting. Tetapi rakyat tidak hidup di dalam angka KDNK. Mereka hidup dengan gaji yang dibawa pulang. Bayangkan jika seorang ayah yang berpendapatan RM5,000 tentunya memikirkan komitmen bulanan. Bagaimana mahu membayar insuran rumah, yuran pendidikan, kos perubatan? Malah belum kira kuota … [[:w:Budi 95|Budi]] … yang ditarik balik. Bila takut, naik balik. Lepas tu saya rasa, tarik balik. Lepas tu dekat pilihan raya, naik balik. Siapa buat ni? … "[[:w:Anwar Ibrahim|Guru]]" … Cukup-cukuplah, Guru! Dengarlah suara kami, Guru! Dengarlah suara rakyat, wahai Guru! Cukup-cukuplah! Insya-Allah, kami boleh buat lebih baik daripada yang Guru buat. Ini bukan hanya suara UMNO! Ini juga suara seluruh Parti Barisan Nasional! Seluruh ahli-ahli dan kepimpinan PAS! Seluruh rakyat! Guru, dengarlah, Guru! Jangan butakan mata; jangan tulikan telinga! Cukup-cukuplah! Saya bukan mahu membatuapikan atau meronsenkan sesiapa. Tetapi kita tidak mahu menimbulkan keresahan. Kita tidak mahu menimbulkan kegelisahan apatah lagi menimbulkan kekeliruan yang menjadi "keliru-isme" yang tidak berkesudahan. Oleh itu, Guru, kita berhasrat untuk membina sebuah negara sejahtera untuk menyasarkan setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya 30% pendapatan boleh guna atau ''surplus income'' selepas memenuhi keperluan asas bagi menyimpan, melabur dan menikmati kehidupan. Dunia hari ini semakin tidak menentu. Untuk itu, ikhtiar kelima ialah menjadikan Malaysia negara berdaya tahan. Pandemik telah mengajar kita tentang kesihatan. Perang mengajar kita tentang bekalan tenaga dan makanan. Banjir mengajar kita tentang perubahan. Serangan siber pula mengingatkan bahawa ancaman hari ini tidak lagi datang hanya melalui sempadan fizikal. Maka Malaysia mesti menjadi sebuah negara ''resilient nation'', negara yang berdaya tahan dalam menghadapi krisis. Sasaran kita, Malaysia mesti mempunyai sekurang-kurangnya 70% kemandirian terhadap keperluan strategik merangkumi keterjaminan makanan, bekalan perubatan, hubungan telekomunikasi, sumber tenaga dan air, pertahanan dan industri strategik dalam tempoh yang kita hasratkan. Itu yang kelima. Yang keenam, kita berhasrat untuk menjadikan negara ini sebagai Malaysia negara peduli. Malaysia sedang menuju masyarakat menua. Bukan hanya Tok Mat dan saya——''we belong to seven series''. Tapi ada jenama kita yang "''seven series''", Tok Mat, harga mahal, ''performance is the best''. ''Be a member of seven series generation with excellent performance''. Asalkan jangan tambah cawangan. Ha, ini tak ada dalam teks. Pada masa yang sama, keluarga muda berhadapan kos penjagaan anak. Ramai anak menjaga ibu bapa yang uzur dan sebahagian besar kerja penjagaan masih dilakukan tanpa pengiktirafan ekonomi yang sewajarnya. Sebab itu kita mesti membina sebuah ''care nation'' atau negara peduli yang menjamin akses terhadap penjagaan kanak-kanak, warga emas, orang kuramg upaya, anak-anak autisme dan pesakit jangka panjang. Para penjaga mesti menjadi sebahagian daripada seni bina ekonomi negara. Bukan sekadar isu kebajikan di pinggir dasar. Itu yang keenam. Ikhtiar ketujuh, kita mesti bertekad menjadikan Malaysia sebagai negara, sebuah negara yang beramanah. Kekayaan tidak boleh dibina. Infrastruktur boleh didirikan tetapi apabila kepercayaan runtuh, segala-galanya akan menjadi lebih sukar. Kita mahu rakyat percaya kepada mahkamah. Saya ulangi: kita mahu rakyat percaya kepada mahkamah, dan bukannya mahkamah yang diperalatkan. Kita percaya dengan semua agensi penguatkuasaan tetapi bukan agensi yang juga diperalatkan. Kita tidak mahu sesiapa "dibajuorenkan" dan kita tidak mahu sesiapa pun "dibajujinggakan" atau "diungukan". Tapi kita mahu "dimerahkan" dan "dihijaukan". Ya, kita dan para pelabur percaya kepada peraturan, azam kita. Penjawat awam sangat percaya kepada system, dan jangan dihantui mereka dengan ugutan. Siapa pun yang menjadi kerajaan, institusi negara tidak boleh dijadikan alat demi kepentingan politik. Ingat tu, Datuk Seri Takiyuddin, yang pernah jadi menteri undang-undang ketika itu, tidak ada dalam braket, trans– "reformasi institusi". Tidak ada ketika itu. Kami pun tak berapa nak gunakan perkataan itu, kami gunakan "transformasi". Dengan itu, ikhtiar ini mensasarkan Malaysia akan berada dalam kelompok 20 negara terbaik dunia dari segi integriti, tadbir, urus dan kedaulatan undang-undang. Kita mahu ''rule of law'', bukan ''rule by law''. ''Good governance'' bukan sekadar teriakan dalam manifesto. Sebaliknya ia adalah kepercayaan bahawa kuasa digunakan untuk amanah dan bukan ruang untuk melakukan penindasan dan penginayaan. Akhirnya, yang kelapan, ikhtiar yang kelapan, atas agenda Malaysia Biru itu, hasrat kita untuk menjadikan Malaysia negara berdaulat. Kita mahu hubungan luar yang luas, Tok Mat. Tetapi setiap hubungan mesti akhirnya menjawab satu persoalan. Satu persoalan: apakah kepentingan Malaysia yang berjaya kita lindungi? Kita letakkan kejayaan pada Tok Mat … tak tepuk pun. Kita ucapkan tahniah pada Datuk Seri Azalina Othman yang telah dapat mendaulatkan semula tuntutan Malaysia di peringkat antarabangsa! Kita yakin dengan Datuk Joe yang akan [[:w:Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18|pergi ke BRICS]] selepas ini … dan solat Jumaat dahulu. Tok Joe, ''we trust you so much''. Datuk Seri Noraini, juallah komoditi kita di peringkat antarabangsa supaya pendapatan negara kita lebih banyak. Tok Zamri, lakukanlah yang terbaik. Biarlah saya yang jaga kampung. Menteri-menteri yang lain, pergilah ke peringkat antarabangsa. Insya-Allah, yang ada di hadapan tuan-tuan dan puan-puan di atas pentas ni dan ramai lagi bawah, insya-Allah, kalau diberi peluang akan melakukan yang terbaik sebagaimana yang sedang kita lakukan sekarang. Sebab itu ukuran kejayaan dasar luar kita, perdagangan antarabangsa kita bukan sekadar berapa ramai pemimpin dunia yang telah kita temui. Berapa banyak persidangan yang telah dihadiri. Berapa kerap dan berapa kali lawatan ke luar negeri atau berapa banyak negara yang mengenali Malaysia. Malah, yang jauh lebih bahaya jika hubungan baik dengan pihak luar menjadi saluran pengaruh yang mencorakkan politik dalaman. Biarlah politik dalaman kita yang mencorakkan, bukan dicorakkan oleh dari yang luar negara. Sidang perwakilan, hamparan kepada lapan ikhtiar yang telah saya sebutkan ini. Matlamat utamanya ialah Malaysia mesti muncul sebagai kuasa pertengahan paling berpengaruh di dunia dengan setiap perjanjian strategik utama tetap mempertahankan kepentingan nasional. Dengan lapan ikhtiar dan saran yang telah saya gariskan tadi, kita akan menyusun semula keutamaan negara. ''Fiqh al-aulawiyat''; ''the sect of priority''. Bermula dengan penstrukturan rejim percukaian, tukar baliklah percukaian kepada sistem GST! Mana ada hibrid hibrid. Tak ada satu negara buat hybrid GST ''plus'' SST … ST, ST, ST. Hai Guru, dengarlah rakyat cakap ni! Saya nak tengok berapa orang dalam dewan ni mahu GST! Saya nak lihat berapa ramai yang bangun. [[:w:Najib Razak|''Bossku'']] dah buat betul dah! GST, ''bossku'' buat dah betul dah! Insya-Allah, azam kita, kita kembalikan GST dalam sistem percukaian di negara ini. Kita berazam, insya-Allah, kembalikan GST pada kadar dan peratusan yang lebih munasabah. Setuju? (Setuju!) Kerana kita berhasrat untuk menyelaraskan jaminan sosial rakyat, memudahkan urusan perniagaan serta membangunkan ekonomi wilayah berasaskan kekuatan Semenanjung, rakan-rakan kita di Sarawak dan Sabah. Bukan mencantumkan secara hibrid GST dan SST yang tak pernah mana-mana negara di dunia ni buat. Pada waktu yang sama kita mahu memperbaharui perjanjian dengan penjawat awam. Kita mahu melindungi kebajikan guru. Kita mahu melindungi kebajikan guru-guru. Bukan "Guru", guru-guru. Kita juga mahu melindungi para doktor. Mereka yang bekerja dalam sektor kesihatan, jururawat semua dalam sektor kesihatan, kita akan pastikan kebajikan mereka juga turut diberikan keutamaan. Kita berhasrat untuk mengarusperdanakan muamalat Islam dan memastikan Putera 35 dilaksanakan sebagai agenda seluruh kerajaan. Sidang perwakilan, saya telah membentangkan perjalanan UMNO, Barisan Nasional dan, insya-Allah, rakan-rakan kita untuk kita semua memahami, mendepani dan menyantuni realiti. Saya telah sebutkan, kita telah membuka pintu Rumah Bangsa agar ramai yang kembali menghuni dan bersama-sama membina generasi. Kita telah himpunkan ulama, cendekawan dan pemikir dalam Musyawarah Nasional agar keresahan ummah dapat digali dan solusi atau penyelesaian dapat dicari. Kita telah gagaskan kolaborasi agung supaya disatukan persefahaman politik yang dibina berteraskan ''tafahum siyasi''. Segalanya kita telah lakukan agar legasi perjuangan 80 tahun ini dapat terus melakar masa depannya sendiri. Saudara, para perwakilan sekalian, lapan tahun kami yang di ada yang berada di atas pentas ini telah mengemudi bahtera parti keramat ini. Lapan tahun, lapan tahun yang penuh mehnah dan tribulasi. Lapan tahun ada jatuh, ada bangun, ada luka yang mengguris hati. Namun, setiap luka mendewasakan, setiap ujian mematangkan, dan setiap cabaran mengajar erti ketabahan. Alhamdulillah, bahtera ini masih berlayar. Panjinya masih berkibar. Anak-anak kapal je tetap tegar. Sedia membelah samudera perjuangan menuju Putrajaya tanpa gentar. Bukan kerana kita semua kemaruk kuasa, bukan juga kerana ghanimah, habuan dan harta, tetapi kerana sebuah cita-cita, agenda Malaysia Biru, agar rakyat dan negara beroleh sejahtera. Namun, lautan mana yang tidak bergelora? Badai, ribut pasti melanda. Pesan saya, pesan kami semua: bersabarlah. Jangan kita mudah menyerah. Jangan sesekali berubah arah dan jangan ada lagi yang berpaling tadah. Selagi kita istiqamah melangkah, selagi kita setia memegang amanah, yakinlah, pasti akan sampai pertolongan dari Allah Subhanahu Waala. Ya Allah … ya Allah, jika kami sedang diuji, Kau kuatkanlah hati kami. Jika kami dihadapkan dengan manusia yang pelbagai wajah, bukakanlah hijab agar kami kenal dan lebih berhati-hati. Peliharalah perjuangan kami, ya Allah. Satu-satukanlah hati-hati kami, ya Allah. Rapatkanlah saf kami, ya Allah. Bawalah rakan-rakan yang jujur dan ikhlas dan tidak mengkhinati kami, ya Allah. Ilhamkanlah kepada kami, ya Allah, persefahaman yang Engkau redai. Ya Allah, jika kemenangan itu baik untuk agama kami, baik untuk bangsa kami, ya Allah, baik untuk tanah air kami, ya Allah, maka kurniakanlah ia kepada kami sebagai wasilah untuk kami terus berbakti. Tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolongan-Mu jua, ya Rabbi; ''la haula wala quwwata illa billah''. Amin, amin, ya rabbal alamin. Saudara-saudari yang saya kasihi, akhir kalam, setelah segala ikhtiar diusahakan, setelah segala doa kita panjatkan, setelah barisan kita rapatkan dari Dewan Merdeka ini, bangkitlah … bangkitlah! Bersiaplah kita untuk mara ke medan pertempuran! Berbekalkan kebersamaan serta keikhlasan bersama rakan-rakan, satu persahabatan. Kita birukan Melaka! Gelombang (Biru!) Gelombang (Biru!). Mana lagi? (Melaka!) PRU ke-16 pasti tiba yang akan menjadi ibu segala pertempuran. Bersiaplah untuk kita terus bermujahadah untuk kita menentukan detik mara ke hadapan kerana itulah detiknya. Kerana itulah ketikanya untuk kita meletakkan semula wadah keramat orang-orang Melayu bersama dengan rakan-rakan bangsa lain untuk berada di puncak maruah untuk kembali ke puncak daulah. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. == Rujukan == * [https://www.youtube.com/watch?v=Br9wAQqUdBg Ucapan dasar penuh Zahid Hamidi oleh KiniTV (Malaysiakini)] {{PD-Malaysia}} 5i3q0aea7uynm5daiscngdvw942034i 24584 24583 2026-09-14T08:01:37Z PeaceSeekers 18 24584 wikitext text/x-wiki {{header | title = Ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO 2026 | author = Zahid Hamidi | translator = | section = | previous = | next = | year = 2026 | notes = | editor = }} Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Pengerusi Tetap, kita berikan penghargaan kepada beliau. Ada timbalan pembantu, timbalan Pengerusi Tetap yang diletakkan kusyen di tempat duduknya; tepukan untuk beliau. Rakan-rakan saya tentunya, Yang Berhormat Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Timbalan Presiden bersama dengan isteri. Rakan-rakan saya, naib-naib presiden, Ketua Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Puteri, Setiausaha Agong, dari peperangan rakan-rakan Ahli Majlis Tinggi, kita harus bangun untuk menghormati para perwakilan sekalian. Terima kasih. Rakan-rakan jemputan kita, kita berikan penghargaan, Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong, Presiden [[:w:Persatuan Cina Malaysia|MCA]] dan rakan-rakan kepimpinan beliau yang datang. Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Dr. SA Vigneswaran, Presiden [[:w:Kongres India Malaysia|MIC]] dan rakan-rakan yang datang. Yang Berbahagia Datuk Richard Kastum, Timbalan Presiden PBRS dan rakan-rakan yang datang. Yang Berbahagia Datuk Dr. Loga Bala Mohan, Presiden PPP dan rakan-rakan yang datang. Pergerakan Presiden, Friends of BN dan rakan-rakan lama yang memperbaharui kehadiran mereka. Yang Berhormat Datuk Haji Idris Ahmad dan rakan-rakan daripada [[:w:Parti Islam Se-Malaysia|Parti Islam Se-Malaysia]]. Pengerusi Lembaga Disiplin, Pengerusi Lembaga Rayuan, Pengerusi Mubarak, Pengerusi Veteran, Pengerusi Majlis Ulama Malaysia. ''Excellencies, High Commissioners and Ambassadors''; kita berikan penghargaan kepada mereka. Rakan-rakan daripada [[:w:Partai Golkar|Partai Golkar]], kita berikan penghargaan, Bapak Said Aldi Al-Idrus, rakan-rakan para jemputan khas sidangan pada hari ini. Saya ingin memberikan rasa simpati kita kepada dua orang rakan, Datuk Seri Azeez Rahim dan Datuk Seri Yas– … ''come ahead'' … kita bersimpati pada beliau yang telah di-"baju ''orange''"-kan. Simpati kita tetap menebal kepada dua-dua rakan kita ini. Kita juga ada seorang tetamu istimewa selain pada isteri saya, kita ada Yang Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor. Datin, kita minta bangun supaya para perwakilan dapat memberikan penghargaan di atas keberadaan. Mudah-mudahan, ada berita paling baik pada hari ini, insya-Allah! Para perwakilan sekalian, saya memberikan penghargaan di atas keberadaan kita semua pada hari ini, Perhimpunan Agong UMNO 2026. Kita berikan juga penghargaan pada perwakilan dan pemerhati yang tidak dapat hadir ke Dewan Merdeka tetapi tetap setia berada di luar dewan mengikuti persidangan kita. Mereka yang berada di rumah dan di semua tempat di seluruh negara dan di luar negara yang mengikuti persidangan kita secara langsung. Kita beri penghargaan kepada seluruh ahli-ahli akar umbi. Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat berkumpul buat sekian kalinya. 80 tahun UMNO meniti sejarah bangsa. 80 tahun UMNO mengharungi pasang dan surut perjuangan. 80 tahun UMNO menghimpunkan kekuatan yang berselerak. 80 tahun UMNO mempertahankan prinsip yang tidak pernah berubah. Kita sentiasa mara dengan keberanian. Kita sentiasa menilai keadaan dengan kebijaksanaan. Kita sentiasa mempertahankan apa yang wajib dipertahankan dan kita sentiasa menyesuaikan pendekatan agar perjuangan tidak terhenti di tengah jalan. Alhamdulillah, kita masih berada di sini. Kita masih tegak berdiri dalam arena perjuangan di negara kita, Alhamdulillah. Jangan kita menyangka hanya ahli UMNO yang sedang menunggu apa yang akan lahir daripada perhimpunan agung kita pada hari ini. Rakyat di luar sana sedang memerhati. Kawan dan lawan sedang menilai. Mereka mahu mengetahui apakah gerakan politik yang bakal kita lakarkan dan apakah penyelesaian yang mahu UMNO bawa untuk rakyat dan negara. Sebenci mana pun mereka kepada UMNO, mereka tetap mengikuti dengan rapat persidangan agung kita pada hari ini. Mereka bertanya: "Ke arah mana UMNO selepas ini? Dengan parti mana, gabungan parti mana UMNO akan bekerjasama?" Apakah bentuk politik yang mahu kita tawarkan? Dan yang paling penting mereka ingin tahu, kenapa UMNO perlu diberikan kepercayaan semula oleh pengundi dan rakyat kepada kita. Saudara perwakilan, sejarah sesebuah perjuangan tidak ditulis oleh kerana keberanian semata-mata, ia turut dibentuk oleh kebijaksanaan membaca zaman, memahami realiti perubahan dan memilih langkah yang tepat ketika dunia terus bergerak. Para pendahulu kita cukup berani membaca realiti peristiwa [[:w:Malayan Union|Malayan Union]] yang menggugat kedudukan raja-raja Melayu. Gerakan Melayu yang terpisah-pisah telah membangkitkan kesedaran yang akhirnya melahirkan UMNO. Dengan kesedaran itulah ia telah menyuntik semangat nasionalisme yang menuntut UMNO bergerak untuk mencapai hasrat pemerintahan sendiri. Para pendahulu kita cukup bijak membaca realiti bahawa kemerdekaan memerlukan kekuatan politik, mandat rakyat dan hikmah dalam perundingan. Mereka juga membaca satu lagi realiti: Tanah Melayu bukan sebuah negeri yang dihuni oleh satu kaum sahaja. Sunnatullah telah menentukan Malaysia adalah sebuah negara merdeka yang tidak boleh dibina dengan memisahkan lain-lain kaum masyarakat majmuk di negara ini. Maka, maka UMNO membina persefahaman dengan MCA dan kemudiannya MIC sehingga lahirlah parti Perikatan. Kita berikan penghargaan pada rakan-rakan setia kita ini. Langkah itu tidak pernah melemahkan perjuangan Melayu. Sebaliknya ia memperkukuhkan kedudukan UMNO dalam memimpin negara untuk mencapai kemerdekaan ketika itu. Selepas kemerdekaan, realiti berubah. Negara berhadapan jurang ekonomi, ketegangan kaum dan politik yang semakin berpecah. Tragedi 13 Mei 1969 menjadi luka besar dan peringatan bahawa kestabilan tidak akan kekal dengan sendirinya. Maka formula lama dinilai semula. Perikatan diperluas menjadi Barisan Nasional pada tahun 1974, menghimpunkan lebih banyak lagi parti, kawan mahupun lawan, menjadi suara yang lebih representatif dalam satu kerangka kerjasama. Itulah hikmah yang diwariskan kepada kita. Jika pendahulu kita telah membuktikan kemampuan memahami realiti zaman mereka, maka hari ini sejarah meletakkan generasi kita pula di gelanggangnya. Persoalannya bukan lagi sama ada realiti telah berubah atau sebaliknya. Akan tetapi, apakah kita punya keberanian dan kemampuan untuk mendepani realiti yang ada di hadapan kita? Saudara, [[:w:Pilihan raya umum Malaysia 2018|kejatuhan kita, UMNO dan Barisan Nasional, pada tahun 2018]] tidak bermula pada malam keputusan pilihan raya diumumkan. Isyaratnya sudah kelihatan lebih awal. [[:w:Pilihan raya umum Malaysia 2008|Tahun 2008]], Barisan Nasional kehilangan majoriti 2 per 3. [[:w:Pilihan raya umum Malaysia 2013|2013]], sokongan terus terhakis. Manakala 2018, sebuah parti yang lebih enam dekad merajui negara ini akhirnya kehilangan penguasaan di Putrajaya. Kita boleh kemukakan pelbagai asbab, pelbagai sebab. Ada fitnah, ya; ada persepsi yang gagal ditangani, ya; ada serangan politik yang tersusun, ya. Namun, parti yang mahu bangkit tidak boleh hanya bernostalgia dan menyalahkan orang lain. Kita harus sedar, selalunya kejatuhan tidak bermula ketika kita kalah. Sebaliknya ia bermula apabila kita terlalu yakin yang kita tidak akan pernah kalah. Saudara, lapan tahun saya dan rakan-rakan memikul amanah untuk menakhodai UMNO ini. Saya bersyukur kerana rakan-rakan yang di atas pentas ini terus mendukung bersama-sama dengan saya untuk kita menghidupkan UMNO. Yang lebih penting, didukung oleh kepimpinan bahagian-bahagian dan seluruh cawangan di negara kita ini, Alhamdulillah, ucapkan terima kasih kepada pemimpin akar umbi. Ya, kita bermula, Tok Mat, dari sebuah kejatuhan. Kita menyaksikan kawan menjadi lawan. Lawan menjadi rakan. Kerajaan dan politik berubah jajaran. Semua ini mengajar suatu perkara. UMNO tidak boleh membeku pada suatu pendekatan ketika realiti di sekelilingnya berubah begitu pantas. UMNO dan BN, dari pemerintah, kita telah merasa menjadi pembangkang daripada dominan kepada berkongsi kuasa. Kita memasakkan semula erti perjuangan. Kita rapatkan saf dan kita memulihkan keyakinan. Kita atur langkah menyusun kebangkitan semula. Kini, kini masanya untuk kita mencipta semula kemenangan, insya-Allah. Insya-Allah, di hujung terowong sana ada cahaya terang sedang menanti kita, menanti UMNO dan Barisan Nasional dan rakan-rakan yang lain, insya-Allah. Berdasarkan realiti lapan tahun yang kita lalui bersama ini, saya ingin bertanya pada perwakilan sekalian, adakah kita sudah cukup insaf? … Saya ulangi, adakah kita sudah cukup insaf? … Adakah kita sudah cukup faham tuntutan zaman? … Adakah kita sudah cukup membuat persediaan? Jangan hanya tepuk dada tanya selera, tetapi tepuklah dada untuk mara bekerja, untuk mencapai kemenangan semula kepada kita semua, insya-Allah. Boleh? … Boleh? Insya-Allah, di sinilah kita perlu mengingati kembali watak sebenar UMNO. Kita tidak hanya berfikir dari satu penggal ke satu penggal pilihan raya yang lain. Hakikatnya UMNO adalah parti yang sentiasa merancang pembangunan negara melangkaui usia satu generasi. [[:w:Dasar Ekonomi Baharu|Dasar Ekonomi Baharu]] sebagai contohnya, tidak dirangka untuk mendapatkan tepukan semusim. [[:w:Transformasi Nasional 2050|Transformasi Nasional 2050]] atau TN50 digagaskan untuk menyantuni pemikiran dan hasrat Gen Z sehingga Gen Alfa. Begitulah cara parti pemerintah berfikir. Bukan sekadar bertanya siapa yang akan menang pilihan raya berikutnya, tetapi corak negara yang bagaimana mahu kita wariskan kepada generasi seterusnya. Kita bukan juga parti yang menjanjikan "menang hari ini … menang hari ini …," seolah-olah segala masalah akan selesai keesokan harinya. Saudara, dalam tempoh lapan tahun ini juga kita menyaksikan negara terperangkap dalam ''permanent political warfare''. Peperangan politik yang tidak berkesudahan walaupun pilihan raya telah lama selesai. Rakyat semakin penat mendengar. Apa yang rakyat dengar sehari-hari? "Siapa yang mahu dijatuhkan? Siapa yang mahu 'tebuk atap'?" Kita tidak pernah berhasrat untuk "tebuk atap". Kalau mereka mahu begitu, ada cara lain kita mahu melakukan tindakan. Ada yang tanya siapa lagi yang mahu disiasat dan siapa lagi yang mahu dipersalahkan. Kalaulah kebetulan ada di kalangan di sini yang mahu "dibajuungukan", walaupun baju oren telah tidak ada. Silakan! silakan! Lawan tetap … (Lawan!) Lawan sampai … (Menang!) Lawan sampai … (Menang!) Rakyat ingin tahu siapakah yang mampu memberikan penyelesaian semua kemulut ini. Insya-Allah, kita menawarkan diri untuk menyelesaikan semua ini, insya-Allah. Politik hari ini jauh lebih rencam. Politik Melayu tidak lagi berpusat pada satu wadah. Kesetiaan pengundi tidak lagi diwarisi. Putih dahulu tidak semestinya putih selamanya. Generasi baharu tidak terikat dengan nostalgia politik yang lama. Sebab itu kita tidak boleh guna satu formula untuk semua medan. Lain padang, lain belalang; lain Johor, lain Negeri Sembilan, lain pula Melaka-nya. Demografi berbeda, isu berbeda, calon berbeda, sentimen juga berbeda. Begitulah juga keadaan hari ini di Sabah. Ia telah memberikan kita pengajaran. Namun kita tetap menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Sabah. Kita ucapkan terima kasih pada rakan-rakan dari Sabah. [[:w:Pilihan raya negeri Johor 2026|Di Johor]], kemenangan telah membangkitkan keyakinan, ''on'' tak ''on''? (''On!'') … ''On'' tak ''on''? (''On!'') [[:w:Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2026|Di Negeri Sembilan]] pula menunjukkan bahawa persefahaman boleh menjadi kekuatan. ''Hobin Jang?'' (Boleh!) ''Hobin Jang?'' (Boleh!) [[:w:Pilihan raya negeri Melaka 2026|Manakala Melaka]], insya-Allah, akan menjadi medan seterusnya yang menguji sejauh mana gelombang biru benar-benar dapat diterjemahkan. Mana lagi? (Melaka!) Mana lagi? (Melaka!) Mana lagi, [[:w:Ab Rauf Yusoh|Rauf]]? … bertambah bulat sahabat kita. Saudara, gelombang biru bukan hanya untuk menjadikan UMNO sebagai pelengkap kerajaan. [[:w:Pilihan raya umum Malaysia ke-16|PRU16]] adalah detik penentuan bagi kita untuk mendapatkan semula mandat menerajui kepimpinan. Kita harus rangkul sahabat-sahabat lain untuk kita sama-sama melakar kejayaan. Justeru telah tiba masanya PRU ke-16 disegerakan. Ini bukan desakan. Ini bukan harapan. Ini kehendak rakyat, cukup-cukuplah, bagi peluang kami pula! Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang kita telah berlawan, kita lawan! Lawan sampai (Menang!) … batu api. Saudara perwakilan, walaupun DNA UMNO kita ialah DNA memimpin, namun kemenangan itu tidak datang bergolek. Ia dilengkapi dengan strategi dan peraturan yang memahami realiti di lapangan. Selama 80 tahun kita memimpin sebagai parti politik, kita tidak memencilkan masyarakat lain. Kita pertahankan asas kenegaraan. Benar, kita perjuangkan Melayu. Kita jugalah yang menyatukan kemajmukan melalui Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Benar, kita pertahankan Islam, kita jugalah yang memastikan kebebasan beragama di negara kita. Benar, kita perkasakan Bumiputera tetapi kita juga menghormati hak kepelbagaian kaum dan etnik serta keunikan wilayah Sabah dan Sarawak. ''UMNO and Barisan Nasional is very fair to everybody, to every Malaysian citizen''. Pendirian kita ini selari dengan kecenderungan dunia. Banyak negara hari ini kembali berbicara tentang akar … ''roots'', identiti, begitu juga kedaulatan dan rasa memiliki atau keperibumian. Istilahnya mungkin berbeda. ''Nationalism'', ''nativism'', ''sovereignism'', ''political of belonging'', tetapi keresahannya hampir sama. Dunia sedang kembali mencari akar, maka kita juga harus berani kembali kepada akar supaya kita tahu siapa diri kita sebenar, apa yang kita warisi, apa yang mesti kita pertahankan dan apa yang menjadi amanah untuk kita laksanakan kepada seluruh rakyat. Keperibumian bukan politik perkauman. Ia adalah pengakuan terhadap sejarah, warisan dan asas pembentukan negara. Inilah akar yang membentuk identiti tanah air. Semakin dalam akar mencengkam bumi, semakin kukuh pokok berdiri; semakin luas teduhan yang mampu diberi, semakin ramai yang akan dapat manfaat. Oleh itu, semuanya oleh kita, oleh UMNO, oleh Barisan Nasional dan rakyat sangat rindukan semula kepada Barisan Nasional. Kita lihat bukti di Johor dan Negeri Sembilan. Justeru, kita mesti memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan dalam kalangan rakyat bahawa keindukan peribumi adalah amanah yang mesti dipertahankan bagi menjamin kestabilan dan kerukunan hidup antara kaum. Amanah inilah yang membezakan kepimpinan dengan dominasi: dominasi yang mahu orang lain tunduk. Kepimpinan kita adalah untuk mencipta keyakinan bagi membuatkan orang lain yakin untuk berjalan bersama-sama dengan kita. Dan bagi kita, di situlah letaknya makna sebenar keindukan dalam kemajmukan. Sebab itu, MCA, MIC, PBRS, PPP serta Friends of BN bukan sekadar penghias pentas pada musim pilihan raya. Kita dan mereka adalah sebahagian daripada sejarah dan masa depan sebuah formula yang membuktikan bahawa politik Melayu mampu memimpin perkongsian kuasa bersama-sama dengan yang lain-lain. Insya-Allah … apatah lagi bila "biru" bertemu dengan "hijau", pastinya warna akan berubah. Alhamdulillah, sidang perwakilan, kita mahu orang Melayu kuat tanpa orang lain hidup dalam ketakutan. Saya mahu Islam terus dimartabatkan tanpa agama lain merasa terancam. Saya mahu UMNO dan Barisan Nasional menjadi induk kekuatan politik di negara ini tetapi cukup besar jiwanya untuk kita sama-sama berkongsi kekuasaan. Kerana inilah nilai kepimpinan yang kita mahukan. Memimpin bukan bererti menguasai. Kita semua mahu setiap pihak agar ada keyakinan untuk kita seiring jalan dan kita beriringan dengan tangan atas dasar kepercayaan. Bak kata rakan-rakan kita di Sabah, ''sompurusun wayaan''. Rakan-rakan kita di Sarawak, ''segulai sejalai''. Kita rangkul rakan-rakan di Semenanjung dengan rakan-rakan di Sarawak dan Sabah untuk kita membentuk semula negara Malaysia yang sejahtera. Namun, sidang perwakilan sekalian, untuk memimpin, ia mesti bermula dengan kekuatan dalaman. Sebab itulah kita tampil dengan agenda Rumah Bangsa bagi memberikan ruang kepada mereka yang pernah kecewa, pernah menjauhkan diri dan kini mahu menyumbang kembali. Terima kasih kita kepada seluruh keluarga besar UMNO kerana menyambut baik agenda Rumah Bangsa ini. Kita berikan penghargaan pada sebahagian pada mereka yang berada di sini. Tepukan gemuruh untuk mereka. Terlalu ramai sosok tubuh yang kita hargai kepulangan mereka, ke program kita, tetapi mereka layak untuk diberikan penghargaan oleh kita semua. Natijahnya, kita bukan hanya meraikan kepulangan, malah menyambut kehadiran generasi baharu untuk bersama-sama dengan perjuangan kita, anak-anak muda. Saya ingin mengulangi seruan saya ini: rumah ini sentiasa terbuka luas. Bagi yang pernah membakar jambatan, bagi yang mendirikan tembok perbezaan, bagi yang membina pondok baharu untuk teduhan tidak mengapa, kembalilah … kembalilah. Jambatan boleh kita sambungkan, tembok boleh kita runtuhkan, pondok boleh kita tinggalkan. Rumah UMNO ini cukup besar untuk menempatkan kalian semula untuk kembali. Kita berhimpun di rumah ini atas kasih kita kepada perjuangan dan perjuangannya tidak akan pernah padam. Cuma, janganlah kembali untuk menghidap menghidupkan semula api perseketaan. Cukup-cukuplah, sudah-sudahlah. Insya-Allah, kita rangkul semuanya untuk berada dalam rumah yang sama. Kepada anak-anak muda, jadikan Rumah Bangsa ini juga tempat untuk anakanda semua … bersama-sama dengan semua ayahanda dan bonda untuk kita berjuang bersama-sama. Ayahanda dan bonda membuka seluas-luasnya ruang untuk kalian melakar kanvas perjuangan UMNO. Rumah ini juga rumah anakanda anda semua; masuklah, bukalah jendelanya, susun semula ruangnya dan warnailah dinding perjuangannya dengan idea serta impian generasi kalian. Ayahanda dan bonda semua hanya mahu memastikan rumah ini kekal menjadi tempat berteduh generasi zaman-berzaman. Kalau anakanda semua ada idea, ''slay''. Jangan simpan, ''flex''-kan. Biar kita tengok siapa yang benar-benar boleh bawa ''W''. ''W'' kepada UMNO; saya sendiri pun tak faham. ''For real, for real'' … yang ni, Tok Mat faham. [Tok Mat melakukan [[:w:6-7 (meme)|isyarat 6-7]], dan dibalas dengan Zahid serta diikuti isyarat jari dua jari] Yang sana faham … ini untuk yang di sana tu. Terutama untuk Datin Seri Rosmah, dah lama tak buat macam ni. Saudara, kita faham tak bahasa anak-anak muda ni? Saya tak faham … ini pura-pura faham, semua ni. Kita tak faham, Tok Mat … tak faham. [Zahid melakukan isyarat 6-7] Saya tak fikir kita boleh bercakap seperti mereka. Inilah bahasa mereka sekarang. Kepada pemuda dan puteri, Dr. Akmal dan Along, dekatilah dan santunilah mereka ini. Insya-Allah, mereka akan datang kepada kita. Sidang perwakilan, selain daripada Rumah Bangsa, kita juga membuka pemikiran bangsa melalui Musyawarah Nasional. Kita menghimpunkan para ulama, ahli-ahli akademik, ahli profesional, teknokrat, usahawan, masyarakat sivil dan generasi baharu. Melalui platform ini kita, mahu isu-isu kenegaraan dibahaskan secara ilmiah. Alhamdulillah, Musyawarah Nasional telah berjaya menganjurkan dua siri musyawarah. Kedua-dua mesyuarah ini mendapat sambutan dan membawa perspektif baharu terhadap isu-isu besar negara. Insya-Allah, kita menantikan siri ketiga Musyawarah Nasional yang akan diadakan di negeri Melaka sempena dengan hari besar yang akan kita raikan di negeri Melaka, insya-Allah. Secara peribadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Ghani Othman yang mengetuai Musyawarah Nasional ini. Kita beri penghargaan kepada Tan Sri Ghani Othman. Kita minta Tan Sri Ghani Othman untuk berdiri bagi mendapat penghargaan daripada kita semua. Penghargaan untuk Tan Sri Ghani Othman. Sidang perwakilan, semasa perhimpunan agung yang lalu, bulan Januari, saya telah melontarkan gagasan ''grand collaboration'' atau "kolaborasi agung". Gagasan ini menuntut kita untuk mewujudkan persefahaman politik antara gabungan parti-parti politik yang sedia ada di negara kita. Kolaborasi agung ini bukan merupakan penggabungan parti. Sebaliknya ia adalah persefahaman bagi mengelakkan pertembungan yang merugikan. Saya ulangi: ''bagi mengelakkan pertembungan yang merugikan''. Saya faham, saya juga boleh membaca resahnya orang Melayu. Mereka tidak mahu lagi bertembung. Mereka tidak mahu lagi kita berbalah sesama sendiri. Di dewan ini, kita pernah melalui episod linangan air mata. Di pentas ini, kita berjanji bersetia. Di luar, persaudaraan disambut dengan gembira. Namun, mufarakah berlaku, perpecahan berlaku semula kerana kehadiran orang ketiga yang meretakkan hubungan yang dibina. Sudah-sudahlah, kita lupakan episod lama kita! Mari kita menjalin semula penyatuan ini yang begitu didambakan oleh orang Melayu di seluruh negara. Namun, dalam membina titik temu ini, kita tidak memaksa mana-mana pihak mencairkan identitinya. Dalam kata lain, dengan siapa pun UMNO bekerjasama, Barisan Nasional bekerjasama, UMNO tetap UMNO, Barisan Nasional tetap Barisan Nasional. Untuk itu, persefahaman politik ini atau dalam istilahnya disebut ''tafahum siyasi''. ''Tafahum siyasi''. Tiga kali ni, ''tafahum siyasi''. Setiausaha Agung cakap bahasa Arab tadi. Saya ingat kita tak faham. Tapi wakil-wakil, duta-duta negara Arab semua faham. Maka apa yang Setiausaha Agung cakap tu betul. Tapi, ''tafahum siyasi'', yang lebih faham ni, PAS. ''Tafahum siyasi'' mempunyai asas-asas yang perlu disepakati bersama. Pertama, kita utamakan persamaan demi maslahat umum. Kedua, kita mesti menghormati perbezaan ideologi dan pegangan, identiti dan garis sepadanan masing-masing. ''We have to respect them''; kita harus hormatinya. Ketiga, kita mesti memegang kepada prinsip toleransi dan anjal dalam membuat keputusan. Ingat kepada firman Allah Subhanahu Waala dalam [[Al-Quran/An-Nisaa'|surah An-Nisaa']], ayat 59: فَإِن تَنَـٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍۢ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ. "Jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya." Apa dia? Dari nas Quran dan hadis, kita buka kembali, ijmak ulama dan qias; empat sumber hukum. Ringkasnya, persefahaman ini bukan hanya kerana kita mempunyai musuh yang sama. Persefahaman ini, insya-Allah, akan mewujudkan kestabilan politik negara, merancakkan ekonomi … ayat tak habis lagi, jangan tepuk … merancakkan ekonomi demi kemakmuran, menjamin keadilan kepada semua, memperkukuhkan perpaduan rakyat dan antara wilayah, dan paling penting ialah kita mahu mewujudkan sebuah negara ''baldatun tayyibatun wa rabbul ghafur'': negara yang aman damai dan mendapat pengampunan daripada Allah Subhanahu Waala. Akan tetapi, ada prasyarat kepada persefahaman politik ini yang tidak boleh kita rundingi. Jangan ada dusta di antara kita. Jangan ada khianat-mengkhianati. Jangan bina persefahaman pada waktu siang tetapi merancang menjatuhkan rakan di malam hari. Jangan perjanjian ditandatangani, dalam masa yang sama ia dimungkiri. Jangan namanya "Kerajaan Perpaduan Malaysia" yang disepakati itu ada dalam perjanjian. Akhirnya "Kerajaan Perpaduan" nasional entah datang daripada mana ditukar menjadi "Kerajaan Madani". Jika kerbau diikat pada talinya, manusia mesti diikat dengan janjinya! Dalam mesyuarat setuju, luar mesyuarat buat lain. Dalam hubungan dan menghubungi sahabat melalui telefon setengah jam bersetuju untuk cepat-cepat berada bersama-sama dengan kita dan keluarga di luar. Tapi lepas tu … ''dot dot dot''. Haih, janganlah menanam tebu di hujung bibir. Jangan. Insya-Allah, UMNO dan Barisan Nasional dan rakan baru kita, insya-Allah, kita berazam tidak akan melakukannya. Maka saya dan rakan-rakan ingin menyarankan kolaborasi agung ini, ''grand collaboration'' ini, kita bina elok-elok melalui persefahamanan dan kita ambil ibrah, pengajaran [[Terjemahan:Perjanjian Hudaibiyah|Perjanjian Hudaibiyah]] yang menatijahkan hikmah yang cukup besar sehingga membawa kepada pembukaan kota, Fathul Makkah. Fathul Makkah atau pembukaan kota Makkah mengajar bahawa kemenangan tidak hanya diukur pada kemampuan memperolehi kuasa. Ukuran yang lebih besar ialah bagaimana kuasa itu digunakan setelah kemenangan berada di tangan. Fathul Makkah juga turut dikenali sebagai hari berkasih sayang atau ''yaumul marhamah''. Jika Fathul Makkah menjanjikan kemaafan, keampunan dan keselamatan, begitulah juga dengan Rumah Bangsa. Siapa pun, siapa pun … kembalilah. Yang belum kembali, kembalilah. Ini bermakna kemenangan bukan untuk membazirkan tenaga negara, menghidupkan dendam yang lama. Insya-Allah, Zahid Hamidi dan Tok Mat dan rakan-rakan yang ada di atas pentas ni, kami tidak ada langsung menyimpan dendam kepada sesiapa pun! Insya-Allah, kami ikhlas! … macam tak percaya je. Kurang tepuk ertinya kurang percaya, tau. Mari kita menghidupkan semangat baharu. Kemenangan ini, insya-Allah, bukan untuk menghukum mereka yang tidak bersama. Kemenangan nanti bukan untuk melebarkan seketa. Sebaliknya jika ditakdirkan Allah kemenangan ini milik kita semula. Saudara, insya-Allah, kemenangan ini bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain adalah amanah untuk menyatukan rakyat, memulihkan negara dan membina masa depan sejahtera untuk semua, insya-Allah. Saya teringat mutiara kata [[Pengarang:Zainal Abidin bin Ahmad|Pendeta Za'aba]]: barang apa yang memberi manfaat kepada dirinya atau kumpulannya adalah memberi manfaat kepada seluruh bangsanya, dan barang apa yang memberi mudarat kepada dirinya atau kumpulannya, tetaplah, tetaplah memberi mudarat kepada tubuh bangsanya sendiri. Untuk itu, sidang perwakilan, dengan gelombang biru yang kita bawa dan persefahaman politik yang kita bina, insya-Allah, andai ditakdirkan kita kembali menerajui Putrajaya, UMNO dan Barisan Nasional serta rakan-rakan yang lain yang bersama dengan kita, kita akan gariskan agenda "Malaysia Biru" menjelang 100 tahun kemerdekaan negara kita. Apa dia, apa dia "agenda biru" ni? Bukan hanya sekadar gelombang biru. Ia membawa maksud berdaulat dan bersatu, inovatif dan mewujudkan negara berpendapatan tinggi, rakyat makmur dan saksama bagi mewujudkan keunggulan dan Malaysia disegani di seluruh dunia. Dengan agenda Malaysia Biru ini, kita mahu mencipta kekayaan negara, membina semula modal insan, memperluaskan pemilikan, menjaga kesejahteraan, menghadapi krisis, memelihara rakyat, membina kepercayaan dan mempertahankan kepentingan nasional. Saya ingin gariskan secara terperinci, ikhtiar pertama, agenda Malaysia Biru, Tok Mat, sila jual Malaysia ke luar negara sebagai Menteri Luar, antara yang terbaik yang pernah dilahirkan oleh UMNO. Tok Joe, pergilah ke seluruh dunia. Juallah Malaysia, asal jangan menggadaikannya. Ini kedua-dua tokoh kita yang sering berada di luar negara. Kita doakan mereka membawa nama dan menjulang Malaysia di peringkat dunia. Ikhtiar yang pertama dari agenda Malaysia biru ini adalah menjadikan Malaysia negara pencipta. Kita bermula sebagai negara pertanian, pertanian, itu dulu. Kemudian kita melakukan lonjakan perindustrian. Kini kita mesti melakukan anjakan seterusnya. Malaysia mesti menjadi negara pencipta. Kita mahu dunia menggunakan teknologi ciptaan anak bangsa. Membeli jenama Malaysia. Kita mahu bergerak daripada mengeluarkan barangan ''made in Malaysia'' kepada barangan ''made by Malaysia''. Negara mesti meletakkan sasaran syarikat berteknologi tinggi dan industri bertaraf global yang ''invented, designed and owned by Malaysian''. ''That is the first one; the first principle''. Ikhtiar kedua. Kita berhasrat BN dan rakan-rakan berhasrat menjadikan Malaysia negara berkemahiran. Dengan mengarusperdanakan TVET. Kita mahu anak-anak kita sama ada di politeknik, di GIAT MARA, di TVET MARA, di IKM, Profesional Huffaz, sekolah-sekolah pondok untuk kita sama-sama membentuk Malaysia menjadi sebuah negara ''skills nation''. Ini hasrat kita. ''Daddy'' MARA ada di sini. Tepukan untuk ''Daddy'' MARA. Menteri Pendidikan Tinggi ada sini. Kita beri tepukan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Diaja Dr. Zamri Abdul Kadir. Saya setuju dengan beliau: kita tidak mahu [[Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971|AUKU]]. Kita tidak mahu anak-anak muda dikekang idea dan perasaan serta perjuangan mereka. Datuk Zamri, lakukanlah yang terbaik untuk anak-anak kita di universiti! … Minum dulu. Saudara-saudari, kita mahu negara yang kita bentuk untuk meletakkan kemahiran, kepakaran dan pembelajaran sepanjang hayat sebagai ''new currency'' atau mata wang baharu untuk kemajuan. Hasrat kita mensasarkan 80% tenaga kerja negara ini berada dalam kategori berkemahiran tinggi dan memperolehi gaji premium. Itu yang kedua. Yang ketiga, kita berhasrat untuk menjadikan Malaysia negara pemilik. Selama ini kita banyak mengukur kemajuan rakyat melalui pendapatan. Hakikatnya rakyat yang benar-benar berdaya maju mesti mempunyai pemilikan rumah, perusahaan, saham, harta, terutamanya harta intelek, simpanan mahupun aset produktif. Justeru kita semua mahu untuk negara ini bergerak daripada masyarakat yang hanya berpendapatan kepada masyarakat yang memiliki sasaran kita 60% daripada rakyat dewasa Malaysia memiliki secara langsung sekurang-kurangnya satu aset yang menjana nilai. Itu yang ketiga. Yang keempat, kita berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sejahtera. Kita mesti berani mengubah dan cara kita menilai kejayaan ekonomi. Keluaran dalam negara kasar, KDNK, memang penting. Tetapi rakyat tidak hidup di dalam angka KDNK. Mereka hidup dengan gaji yang dibawa pulang. Bayangkan jika seorang ayah yang berpendapatan RM5,000 tentunya memikirkan komitmen bulanan. Bagaimana mahu membayar insuran rumah, yuran pendidikan, kos perubatan? Malah belum kira kuota … [[:w:Budi 95|Budi]] … yang ditarik balik. Bila takut, naik balik. Lepas tu saya rasa, tarik balik. Lepas tu dekat pilihan raya, naik balik. Siapa buat ni? … "[[:w:Anwar Ibrahim|Guru]]" … Cukup-cukuplah, Guru! Dengarlah suara kami, Guru! Dengarlah suara rakyat, wahai Guru! Cukup-cukuplah! Insya-Allah, kami boleh buat lebih baik daripada yang Guru buat. Ini bukan hanya suara UMNO! Ini juga suara seluruh Parti Barisan Nasional! Seluruh ahli-ahli dan kepimpinan PAS! Seluruh rakyat! Guru, dengarlah, Guru! Jangan butakan mata; jangan tulikan telinga! Cukup-cukuplah! Saya bukan mahu membatuapikan atau meronsenkan sesiapa. Tetapi kita tidak mahu menimbulkan keresahan. Kita tidak mahu menimbulkan kegelisahan apatah lagi menimbulkan kekeliruan yang menjadi "keliru-isme" yang tidak berkesudahan. Oleh itu, Guru, kita berhasrat untuk membina sebuah negara sejahtera untuk menyasarkan setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya 30% pendapatan boleh guna atau ''surplus income'' selepas memenuhi keperluan asas bagi menyimpan, melabur dan menikmati kehidupan. Dunia hari ini semakin tidak menentu. Untuk itu, ikhtiar kelima ialah menjadikan Malaysia negara berdaya tahan. Pandemik telah mengajar kita tentang kesihatan. Perang mengajar kita tentang bekalan tenaga dan makanan. Banjir mengajar kita tentang perubahan. Serangan siber pula mengingatkan bahawa ancaman hari ini tidak lagi datang hanya melalui sempadan fizikal. Maka Malaysia mesti menjadi sebuah negara ''resilient nation'', negara yang berdaya tahan dalam menghadapi krisis. Sasaran kita, Malaysia mesti mempunyai sekurang-kurangnya 70% kemandirian terhadap keperluan strategik merangkumi keterjaminan makanan, bekalan perubatan, hubungan telekomunikasi, sumber tenaga dan air, pertahanan dan industri strategik dalam tempoh yang kita hasratkan. Itu yang kelima. Yang keenam, kita berhasrat untuk menjadikan negara ini sebagai Malaysia negara peduli. Malaysia sedang menuju masyarakat menua. Bukan hanya Tok Mat dan saya——''we belong to seven series''. Tapi ada jenama kita yang "''seven series''", Tok Mat, harga mahal, ''performance is the best''. ''Be a member of seven series generation with excellent performance''. Asalkan jangan tambah cawangan. Ha, ini tak ada dalam teks. Pada masa yang sama, keluarga muda berhadapan kos penjagaan anak. Ramai anak menjaga ibu bapa yang uzur dan sebahagian besar kerja penjagaan masih dilakukan tanpa pengiktirafan ekonomi yang sewajarnya. Sebab itu kita mesti membina sebuah ''care nation'' atau negara peduli yang menjamin akses terhadap penjagaan kanak-kanak, warga emas, orang kuramg upaya, anak-anak autisme dan pesakit jangka panjang. Para penjaga mesti menjadi sebahagian daripada seni bina ekonomi negara. Bukan sekadar isu kebajikan di pinggir dasar. Itu yang keenam. Ikhtiar ketujuh, kita mesti bertekad menjadikan Malaysia sebagai negara, sebuah negara yang beramanah. Kekayaan tidak boleh dibina. Infrastruktur boleh didirikan tetapi apabila kepercayaan runtuh, segala-galanya akan menjadi lebih sukar. Kita mahu rakyat percaya kepada mahkamah. Saya ulangi: kita mahu rakyat percaya kepada mahkamah, dan bukannya mahkamah yang diperalatkan. Kita percaya dengan semua agensi penguatkuasaan tetapi bukan agensi yang juga diperalatkan. Kita tidak mahu sesiapa "dibajuorenkan" dan kita tidak mahu sesiapa pun "dibajujinggakan" atau "diungukan". Tapi kita mahu "dimerahkan" dan "dihijaukan". Ya, kita dan para pelabur percaya kepada peraturan, azam kita. Penjawat awam sangat percaya kepada system, dan jangan dihantui mereka dengan ugutan. Siapa pun yang menjadi kerajaan, institusi negara tidak boleh dijadikan alat demi kepentingan politik. Ingat tu, Datuk Seri Takiyuddin, yang pernah jadi menteri undang-undang ketika itu, tidak ada dalam braket, trans– "reformasi institusi". Tidak ada ketika itu. Kami pun tak berapa nak gunakan perkataan itu, kami gunakan "transformasi". Dengan itu, ikhtiar ini mensasarkan Malaysia akan berada dalam kelompok 20 negara terbaik dunia dari segi integriti, tadbir, urus dan kedaulatan undang-undang. Kita mahu ''rule of law'', bukan ''rule by law''. ''Good governance'' bukan sekadar teriakan dalam manifesto. Sebaliknya ia adalah kepercayaan bahawa kuasa digunakan untuk amanah dan bukan ruang untuk melakukan penindasan dan penginayaan. Akhirnya, yang kelapan, ikhtiar yang kelapan, atas agenda Malaysia Biru itu, hasrat kita untuk menjadikan Malaysia negara berdaulat. Kita mahu hubungan luar yang luas, Tok Mat. Tetapi setiap hubungan mesti akhirnya menjawab satu persoalan. Satu persoalan: apakah kepentingan Malaysia yang berjaya kita lindungi? Kita letakkan kejayaan pada Tok Mat … tak tepuk pun. Kita ucapkan tahniah pada Datuk Seri Azalina Othman yang telah dapat mendaulatkan semula tuntutan Malaysia di peringkat antarabangsa! Kita yakin dengan Datuk Joe yang akan [[:w:Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18|pergi ke BRICS]] selepas ini … dan solat Jumaat dahulu. Tok Joe, ''we trust you so much''. Datuk Seri Noraini, juallah komoditi kita di peringkat antarabangsa supaya pendapatan negara kita lebih banyak. Tok Zamri, lakukanlah yang terbaik. Biarlah saya yang jaga kampung. Menteri-menteri yang lain, pergilah ke peringkat antarabangsa. Insya-Allah, yang ada di hadapan tuan-tuan dan puan-puan di atas pentas ni dan ramai lagi bawah, insya-Allah, kalau diberi peluang akan melakukan yang terbaik sebagaimana yang sedang kita lakukan sekarang. Sebab itu ukuran kejayaan dasar luar kita, perdagangan antarabangsa kita bukan sekadar berapa ramai pemimpin dunia yang telah kita temui. Berapa banyak persidangan yang telah dihadiri. Berapa kerap dan berapa kali lawatan ke luar negeri atau berapa banyak negara yang mengenali Malaysia. Malah, yang jauh lebih bahaya jika hubungan baik dengan pihak luar menjadi saluran pengaruh yang mencorakkan politik dalaman. Biarlah politik dalaman kita yang mencorakkan, bukan dicorakkan oleh dari yang luar negara. Sidang perwakilan, hamparan kepada lapan ikhtiar yang telah saya sebutkan ini. Matlamat utamanya ialah Malaysia mesti muncul sebagai kuasa pertengahan paling berpengaruh di dunia dengan setiap perjanjian strategik utama tetap mempertahankan kepentingan nasional. Dengan lapan ikhtiar dan saran yang telah saya gariskan tadi, kita akan menyusun semula keutamaan negara. ''Fiqh al-aulawiyat''; ''the sect of priority''. Bermula dengan penstrukturan rejim percukaian, tukar baliklah percukaian kepada sistem GST! Mana ada hibrid hibrid. Tak ada satu negara buat hybrid GST ''plus'' SST … ST, ST, ST. Hai Guru, dengarlah rakyat cakap ni! Saya nak tengok berapa orang dalam dewan ni mahu GST! Saya nak lihat berapa ramai yang bangun. [[:w:Najib Razak|''Bossku'']] dah buat betul dah! GST, ''bossku'' buat dah betul dah! Insya-Allah, azam kita, kita kembalikan GST dalam sistem percukaian di negara ini. Kita berazam, insya-Allah, kembalikan GST pada kadar dan peratusan yang lebih munasabah. Setuju? (Setuju!) Kerana kita berhasrat untuk menyelaraskan jaminan sosial rakyat, memudahkan urusan perniagaan serta membangunkan ekonomi wilayah berasaskan kekuatan Semenanjung, rakan-rakan kita di Sarawak dan Sabah. Bukan mencantumkan secara hibrid GST dan SST yang tak pernah mana-mana negara di dunia ni buat. Pada waktu yang sama kita mahu memperbaharui perjanjian dengan penjawat awam. Kita mahu melindungi kebajikan guru. Kita mahu melindungi kebajikan guru-guru. Bukan "Guru", guru-guru. Kita juga mahu melindungi para doktor. Mereka yang bekerja dalam sektor kesihatan, jururawat semua dalam sektor kesihatan, kita akan pastikan kebajikan mereka juga turut diberikan keutamaan. Kita berhasrat untuk mengarusperdanakan muamalat Islam dan memastikan Putera 35 dilaksanakan sebagai agenda seluruh kerajaan. Sidang perwakilan, saya telah membentangkan perjalanan UMNO, Barisan Nasional dan, insya-Allah, rakan-rakan kita untuk kita semua memahami, mendepani dan menyantuni realiti. Saya telah sebutkan, kita telah membuka pintu Rumah Bangsa agar ramai yang kembali menghuni dan bersama-sama membina generasi. Kita telah himpunkan ulama, cendekawan dan pemikir dalam Musyawarah Nasional agar keresahan ummah dapat digali dan solusi atau penyelesaian dapat dicari. Kita telah gagaskan kolaborasi agung supaya disatukan persefahaman politik yang dibina berteraskan ''tafahum siyasi''. Segalanya kita telah lakukan agar legasi perjuangan 80 tahun ini dapat terus melakar masa depannya sendiri. Saudara, para perwakilan sekalian, lapan tahun kami yang di ada yang berada di atas pentas ini telah mengemudi bahtera parti keramat ini. Lapan tahun, lapan tahun yang penuh mehnah dan tribulasi. Lapan tahun ada jatuh, ada bangun, ada luka yang mengguris hati. Namun, setiap luka mendewasakan, setiap ujian mematangkan, dan setiap cabaran mengajar erti ketabahan. Alhamdulillah, bahtera ini masih berlayar. Panjinya masih berkibar. Anak-anak kapal je tetap tegar. Sedia membelah samudera perjuangan menuju Putrajaya tanpa gentar. Bukan kerana kita semua kemaruk kuasa, bukan juga kerana ghanimah, habuan dan harta, tetapi kerana sebuah cita-cita, agenda Malaysia Biru, agar rakyat dan negara beroleh sejahtera. Namun, lautan mana yang tidak bergelora? Badai, ribut pasti melanda. Pesan saya, pesan kami semua: bersabarlah. Jangan kita mudah menyerah. Jangan sesekali berubah arah dan jangan ada lagi yang berpaling tadah. Selagi kita istiqamah melangkah, selagi kita setia memegang amanah, yakinlah, pasti akan sampai pertolongan dari Allah Subhanahu Waala. Ya Allah … ya Allah, jika kami sedang diuji, Kau kuatkanlah hati kami. Jika kami dihadapkan dengan manusia yang pelbagai wajah, bukakanlah hijab agar kami kenal dan lebih berhati-hati. Peliharalah perjuangan kami, ya Allah. Satu-satukanlah hati-hati kami, ya Allah. Rapatkanlah saf kami, ya Allah. Bawalah rakan-rakan yang jujur dan ikhlas dan tidak mengkhinati kami, ya Allah. Ilhamkanlah kepada kami, ya Allah, persefahaman yang Engkau redai. Ya Allah, jika kemenangan itu baik untuk agama kami, baik untuk bangsa kami, ya Allah, baik untuk tanah air kami, ya Allah, maka kurniakanlah ia kepada kami sebagai wasilah untuk kami terus berbakti. Tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolongan-Mu jua, ya Rabbi; ''la haula wala quwwata illa billah''. Amin, amin, ya rabbal alamin. Saudara-saudari yang saya kasihi, akhir kalam, setelah segala ikhtiar diusahakan, setelah segala doa kita panjatkan, setelah barisan kita rapatkan dari Dewan Merdeka ini, bangkitlah … bangkitlah! Bersiaplah kita untuk mara ke medan pertempuran! Berbekalkan kebersamaan serta keikhlasan bersama rakan-rakan, satu persahabatan. Kita birukan Melaka! Gelombang (Biru!) Gelombang (Biru!). Mana lagi? (Melaka!) PRU ke-16 pasti tiba yang akan menjadi ibu segala pertempuran. Bersiaplah untuk kita terus bermujahadah untuk kita menentukan detik mara ke hadapan kerana itulah detiknya. Kerana itulah ketikanya untuk kita meletakkan semula wadah keramat orang-orang Melayu bersama dengan rakan-rakan bangsa lain untuk berada di puncak maruah untuk kembali ke puncak daulah. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. == Rujukan == * [https://www.youtube.com/watch?v=Br9wAQqUdBg Ucapan dasar penuh Zahid Hamidi oleh KiniTV (Malaysiakini)] {{PD-Malaysia}} gxp9bu0ciq70f1jfvu8jbc9fcr3ih9d