Wikisumber
mswikisource
https://ms.wikisource.org/wiki/Laman_Utama
MediaWiki 1.47.0-wmf.23
first-letter
Media
Khas
Perbincangan
Pengguna
Perbincangan pengguna
Wikisumber
Perbincangan Wikisumber
Fail
Perbincangan fail
MediaWiki
Perbincangan MediaWiki
Templat
Perbincangan templat
Bantuan
Perbincangan bantuan
Kategori
Perbincangan kategori
Gerbang
Perbincangan gerbang
Pengarang
Perbincangan pengarang
Karya
Perbincangan karya
Terjemahan
Perbincangan terjemahan
Laman
Perbincangan laman
Indeks
Perbincangan indeks
TimedText
TimedText talk
Modul
Perbincangan modul
Acara
Perbincangan acara
Laman:Bahwa ini kesah pu-Layar-an Abdullah, Ben Ab̨dulkadir, Munshi Deri Singapura Ka-Kalantan.pdf/88
250
9278
25195
25045
2026-10-11T14:19:51Z
Mirlim
583
/* Telah diuji baca */
25195
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="Mirlim" />{{c|82}}</noinclude>
{{justify/s}}sakarang ini-lah balas-nya; maka sahaya-pun tiada mahu nama bandhara, dan iya-pun bukan-nya yamtuan; maka sakarang barang siapa yang bŭr-untung, iya-lah mŭn-dapat ka-raja-an Kalantan ini. Maka sakarang ada-lah sahaya masing masing tŭlah mŭnyuruh-kan orang pŭrgi mŭrg-adap ka-banua Siam, sŭrta mŭm-bawa ba-brapa harta; maka barang siapa yang di-jadi-kan raja Siam, iya-lah yang di-pŭr-tuan di-Kalantan ini. Damkian-lah hal sahaya samoa. Maka Tuan Seyid sampei-kan-lah kesah sahaya ini kepada Tuan Bȧnham, maka ini-lah surat sa’puchuk kepada Tuan Bȧnham. Dan lagi, sahaya minta tulung-lah banyak banyak kepada Tuan Bȧnham ubat dan piluru; maka apa bila sampei, maka barang brapa harga-nya, tiada-lah sahaya salah-i lagi, kŭrna sahaya ka-kurang-an, sŭbab tiada sahaya sangka-kan datang damkian; iya sudah bŭr-sedia, maka kepada-nya ada kira kira dua koyan ubat badil lagi, dan piluru yang bŭr-tanam ulih mŭrhum itu samoa-nya di-gali-nya.”
{{indent|3}}Shahadan kŭmdian maka sŭmbah sahaya: “Tuan-ku, ada patik mŭm-bawa surat kepada kapitan China; bulih-kah patik sampei-kan?” Maka titah-nya: “Kapitan China dan sagala anak bini China China samoa-nya di-tangkap-nya di-masuk-kan-nya ka-dalam kubu, sŭbab iya takut kapitan China itu belut; dan juro-tulis-nya di-bubuh-nya rantei gajah di-batang lehar-nya, kŭrna iya hendak lari; tiada di-bri-nya bŭr-jumpah dŭngan sa’orang-pun; maka sakarang bagimana hendak bŭr-jumpah dŭngan diya? jikalau hendak mati, bulih-kah bŭr-jumpah.” Dan lagi sahaya mŭnyŭmbah sambil bŭr-kata: “Ada, tuan-ku, kata chinchu sampan pukat itu, orang yang diluar luar ini, istri raja yang tŭlah pŭrgi ka-banua Siam itu, ada bŭr-hutang dua tiga ribu ringgit kepada-nya. Maka jikalau bulih, kira-nya, tuan-ku tulung tŭrbit-kan rial itu, kŭrna sampan pukat itu hendak bŭr-layar bŭr-sama sama patik ka-Salat.” Maka titah-nya: “Maka jikalau barang apa sakali-pun, tiada bulih kita bŭr-bichara kepada parampuan, malainkan biar-lah datang laki-nya; dan, sŭlasei pŭ-kŭrja-an prang ini, bulih-kah kita preksa-kan.” Sŭtalah itu, maka di-bawa orang-lah tiga biji nyior muda di-suruh-nya minum kepada sahaya yang bŭr-tiga, sa’orang sa’buah. Kalakian maka sahaya-pun mŭnyŭmbah-lah bŭr-muhun mŭ-minta diri hendak kambali. Maka titah-nya: “Jargan-lah tuan tuan lupa akan pasan-an sahaya itu.” Maka di-bri-nya-lah sa’puchuk surat bŭr-sampul dŭngan kain atlas merah, sŭrta kata-nya: “Ini-lah surat bri-kan kepada Tuan Bȧnham,” lalu sahaya sambut-lah surat itu sŭrta mŭnyŭmbah.<noinclude></noinclude>
k1n2txawcn3fuoca83xbse5qg0s7lj5
Laman:Long-chair Malay.pdf/9
250
9340
25202
25170
2026-10-12T07:17:33Z
PeaceSeekers
18
/* Disahkan */
25202
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="4" user="PeaceSeekers" /></noinclude>{{C|{{Xxx-besar|RIDDLES.}}}}<noinclude></noinclude>
b1mugrf8sqx298se9wjhqn8zkrt1z0h
Laman:Long-chair Malay.pdf/23
250
9342
25204
25172
2026-10-12T07:23:03Z
PeaceSeekers
18
/* Disahkan */
25204
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="4" user="PeaceSeekers" /></noinclude>{{C|{{Xxx-besar|PANTUN.}}}}<noinclude></noinclude>
b3ve9soqof54mvqtcfjy09vmzvy0bvm
Laman:Bahwa ini kesah pu-Layar-an Abdullah, Ben Ab̨dulkadir, Munshi Deri Singapura Ka-Kalantan.pdf/90
250
9358
25193
2026-10-11T14:10:09Z
Mirlim
583
/* Telah diuji baca */
25193
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="Mirlim" />{{c|84}}</noinclude>
{{justify/s}}{{indent|3}}Kŭmdian bŭr-jalan-lah sahaya sakalian kambali, sapŭrti hal yang tŭr-sabut dahulu itu juga; maka mŭriam itu bŭr-bunyi-lah juga, maka ba-brapa orang sa’blah mŭnyablah mati. Maka bŭr-tamu dalam kubu itu lima anam orang masing masing bŭr-sinjata bŭr-chabut bŭr-kanjar kanjar. Maka dŭngan tulung Allah lapas-lah sahaya sakalian daripada bhaya sinjata dan piluru itu, maka di-bawa-nya pula kepada jalan simpang lain, sabŭntar bŭr-jalan dalam kampung orang, dan sabŭntar bŭr-jalan dalam sawah, dan sabŭntar bŭr-jalan dalam kabun. Barmula adapun sahaya bŭr-jalan itu bŭr-sama sama Tŭngku Tŭmana; maka barang dimana bŭr-tamu orang lalu lalang, sakalian marika itu duduk di-jalan. Maka ada bŭr-tamu dilapan sa’puloh orang tŭngah mŭm-ikul mŭriam besar, handak di-bawa-nya masuk ka-dalam kubu itu; maka apa bila di-libat-nya sahaya sakalian bŭr-jalan dŭngan anak raja itu, maka di-hŭmpas-kan-nya mŭriam itu ka-tanah, lalu duduk mŭnyŭmbah. Maka adalah sakalian kampung dan kabun itu di-tanam-nya puhun buluh bŭr-kuliling, itulah mŭn-jadi pagar-nya.
{{indent|3}}Hata maka masuk-lah kepada suatu kampung orang, maka dalam kampung itu tiada lain malainkan puhun nyior, dan durian, dan sagala buah buah-an ada-nya. Maka tatkala sahaya bŭr-jalan itu, maka sahaya lihat di-prigi ada sa’orang parampuan tuah bŭr-lipat tiga blakang-nya, dan rambut-nya ada-lah kira kira sa’palampap panjang-nya, sapŭrti kapas di-busur putih-nya; iya mŭng-angkat ayar sa’buyung. Maka kata sahaya kepada Tŭngku Tŭmana dan Grandpre: “Nanti sabŭntar, sahaya hendak singgah kepada parampuan tuah ini, dan bŭr-tanya brapa ada umur-nya.” Maka singgah-lah sahaya lalu bŭr-tanya: “Brapa umur mak?” Maka jawab-nya: “Puhun nyior sahaya sudah mati, dan kŭmdian sahaya bŭr-tanam pula puhun nyior lagi, itu-pun sudah tuah, jarang jarang iya bŭr-buah, kachil kachil sudah buah-nya.” Maka jawab sahaya: “Apa harti-nya puhun nyior itu, mak? sahaya tiada mŭng-harti.” Maka kata-nya: “Adat sahaya sakalian disini, apa di-pŭr-anak-kan sa’orang anak, maka pada kutika itu juga di-tanam-lah sa’pubun nyior; kŭmdian, apa bila basar budak itu, di-tanya orang akan diya: ʻBrapa umur-mu?’ maka jawab-nya: ʻIni-lah puhun nyior umur-ku.’” Maka apa bila sahaya mŭn-dŭngar charita itu, tiada-lah bulih tŭr-tahan lagi hati sahaya, lalu tartawa basar-lah sahaya. Kŭmdian maka bŭr-tanya-lah sahaya: “Ada kira kira brapa tahun sudah umur mak?” Maka kata-nya: “Raja yang ada ini punya<noinclude></noinclude>
1t9k7w238v98r9w6m98u1dhyykpozhd
25194
25193
2026-10-11T14:15:08Z
Mirlim
583
25194
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="Mirlim" />{{c|84}}</noinclude>
{{justify/s}}{{indent|3}}Kŭmdian bŭr-jalan-lah sahaya sakalian kambali, sapŭrti hal yang tŭr-sabut dahulu itu juga; maka mŭriam itu bŭr-bunyi-lah juga, maka ba-brapa orang sa’blah mŭnyablah mati. Maka bŭr-tamu dalam kubu itu lima anam orang masing masing bŭr-sinjata bŭr-chabut bŭr-kanjar kanjar. Maka dŭngan tulung Allah lapas-lah sahaya sakalian daripada bhaya sinjata dan piluru itu, maka di-bawa-nya pula kepada jalan simpang lain, sabŭntar bŭr-jalan dalam kampung orang, dan sabŭntar bŭr-jalan dalam sawah, dan sabŭntar bŭr-jalan dalam kabun. Barmula adapun sahaya bŭr-jalan itu bŭr-sama sama Tŭngku Tŭmana; maka barang dimana bŭr-tamu orang lalu lalang, sakalian marika itu duduk di-jalan. Maka ada bŭr-tamu dilapan sa’puloh orang tŭngah mŭm-ikul mŭriam besar, handak di-bawa-nya masuk ka-dalam kubu itu; maka apa bila di-libat-nya sahaya sakalian bŭr-jalan dŭngan anak raja itu, maka di-hŭmpas-kan-nya mŭriam itu ka-tanah, lalu duduk mŭnyŭmbah. Maka adalah sakalian kampung dan kabun itu di-tanam-nya puhun buluh bŭr-kuliling, itulah mŭn-jadi pagar-nya.
{{indent|3}}Hata maka masuk-lah kepada suatu kampung orang, maka dalam kampung itu tiada lain malainkan puhun nyior, dan durian, dan sagala buah buah-an ada-nya. Maka tatkala sahaya bŭr-jalan itu, maka sahaya lihat di-prigi ada sa’orang parampuan tuah bŭr-lipat tiga blakang-nya, dan rambut-nya ada-lah kira kira sa’palampap panjang-nya, sapŭrti kapas di-busur putih-nya; iya mŭng-angkat ayar sa’buyung. Maka kata sahaya kepada Tŭngku Tŭmana dan Grandpre: “Nanti sabŭntar, sahaya hendak singgah kepada parampuan tuah ini, dan bŭr-tanya brapa ada umur-nya.” Maka singgah-lah sahaya lalu bŭr-tanya: “Brapa umur mak?” Maka jawab-nya: “Puhun nyior sahaya sudah mati, dan kŭmdian sahaya bŭr-tanam pula puhun nyior lagi, itu-pun sudah tuah, jarang jarang iya bŭr-buah, kachil kachil sudah buah-nya.” Maka jawab sahaya: “Apa harti-nya puhun nyior itu, mak? sahaya tiada mŭng-harti.” Maka kata-nya: “Adat sahaya sakalian disini, apa di-pŭr-anak-kan sa’orang anak, maka pada kutika itu juga di-tanam-lah sa’puhun nyior; kŭmdian, apa bila basar budak itu, di-tanya orang akan diya: ʻBrapa umur-mu?’ maka jawab-nya: ʻIni-lah puhun nyior umur-ku.’” Maka apa bila sahaya mŭn-dŭngar charita itu, tiada-lah bulih tŭr-tahan lagi hati sahaya, lalu tartawa basar-lah sahaya. Kŭmdian maka bŭr-tanya-lah sahaya: “Ada kira kira brapa tahun sudah umur mak?” Maka kata-nya: “Raja yang ada ini punya<noinclude></noinclude>
9a185tzj4jf7vqcl1pikz615spab91u
Laman:Bahwa ini kesah pu-Layar-an Abdullah, Ben Ab̨dulkadir, Munshi Deri Singapura Ka-Kalantan.pdf/92
250
9359
25196
2026-10-11T14:48:35Z
Mirlim
583
/* Telah diuji baca */
25196
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="Mirlim" />{{c|86}}</noinclude>
{{justify/s}}moyang, tatkala mŭn-jadi raja dan kahwin, sahaya sudah basar.” Maka kŭmdian sahaya bŭr-tanya kapada Tŭngku Tŭmana: “Ada brapa, kira kira, tŭngku, deri zŭman itu sampei ini?” Maka jawab Tŭngku Tŭmana: “Baya orang tuah ini; tiada sa’orang-pun lagi hidup dalam nŭgri Kalantan ini; maka ada-lah sahaya dŭngar dŭngar khabar orang tuah tuah kira kira sa’ratus lima puloh anam puloh tahun sudah.” Maka sahaya lihat orang tuah itu basar-nya sapŭrti budak umur dua blas tahun, dan kulit-nya mŭng-galambir, dan sudah bŭr-tumbuh gigi parang parang.
{{indent|3}}Hata bŭr-jalan-lah sahaya kapada sa-ganap kampung orang itu, maka barang dimana bŭr-jalan itu bŭr-tamu dŭngan kŭrbau, lŭmbu, kambing, ba-ratus ratus, sŭrta dŭngan gomok gomok tubuh-nya. Kŭmdian sampei-lah ka-prahu, bŭr-bichara handak bŭr-layar kambali. Maka datang-lah orang raja ka-prahu, nama-nya Inchi Mat, bŭr-kata raja mŭ-minta tangguh handak mŭm-bri lŭmbu sa’ekur, bulih di-makan kawan kawan prahu. Maka jawab sahaya: “Mŭn-arima kasih-lah sahaya banyak banyak ka-bawah duli, jangan mŭm-buat susah.” Maka kata-nya: “Ada lagi raja handak bŭr-kirim kapada Tuan Bȧnham, sa’ekur kambing kambiri; nanti-lah sahaya pŭr-sŭmbah-kan.”
{{indent|3}}Kŭmdian bŭr-jalan-lah sahaya ka-pasar bŭr-sama sama Tŭngku Tŭmana itu. Maka sahaya lihat panuh-lah pasar itu dŭngan parampuan, dan sagala yang bŭr-kadei dan bŭr-jaja itu parampuan balaka. Maka ada-lah tampat marika itu bŭr-kadei pondok pondok atap bŭr-kuliling kiri kanan. Maka kata Tŭngku Tŭmana: “Tuan, ini bukan-nya pasar dahulu; adapun pasar dahulu itu di-tampat raja yang tŭr-kapong itu; maka kalau tiada prang, disitu-lah tarlalu ramei, sŭrba janis ada.” Maka sahaya lihat dalam pasar itu ada-lah sagala janis hulam, dan sayur, dan sambal, dan nasi gulei yang sudah sadia; tatapi, yang sahaya lihat dalam pasar itu ka-banyak-an parkara makan-an yang busuk busuk, sapŭrti pakasam, dan tampoyak, dan ikan asin, dan siput asin, dan krang asin, dan jaring, dan patei, dan banyak banyak janis sambal sambal balachan dan ikan, dan sagala karang-an di-laut, dan puchuk puchuk kayu. Maka tiada-lah sahaya lihat makan-an yang mulia, sapŭrti daging, dan minyak sapi, dan talur, mantega, dan susu. Maka sahaya bŭr-tanya kapada anak raja itu: “Tiada-kah orang mŭn-jual daging daging, dan itek, ayam, kambing, dan talur?” Maka jawab-nya: “Orang tiada suka disini mŭ-makan daging daging; dan lagi, dalam sa’ratus orang{{justify/e}}
<noinclude></noinclude>
owec90ycr90e0kg33ubtq5am8t3pik7
Laman:Bahwa ini kesah pu-Layar-an Abdullah, Ben Ab̨dulkadir, Munshi Deri Singapura Ka-Kalantan.pdf/94
250
9360
25197
2026-10-11T14:52:05Z
Mirlim
583
/* Telah diuji baca */
25197
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="Mirlim" />{{c|88}}</noinclude>
{{justify/s}}tiada sa’puloh yang tahu mŭ-makan daging; dan kalau di-jual-pun, tiada orang barani mŭm-bili, sŭbab mahal-nya.” Maka kata sahaya: “Brapa harga disini sa’ekur lŭmbu yang gomok, habis habis basar-nya?” Maka jawab-nya: “Dua ringgit sampei tiga ringgit.” “Dan brapa harga sa’ekur kambing?” Kata-nya: “Satu ringgit, sudah habis basar kambing.” “Dan kŭrbau brapa sa’ekur?” Kata-nya: “Induk kŭrbau dua ringgit, dan tŭngah tiga ringgit, dan ayam, itek, sakalian-nya murah balaka.” Maka kata sahaya: “Minyak sapi mahal, murah, disini?” Maka jawab-nya: “Minyak sapi itu disini kurang, kŭrna tiada orang yang mŭm-buat; dan lagi, ikan tarlalu banyak, lagi dŭngan murah-nya.” Maka adalah pri orang mŭn-angkap ikan, dan prahu-nya, dan banyak orang-nya, ada-lah sapŭrti tŭr-sabut di-Trangganu juga ada-nya
{{indent|3}}Hata kŭmdian maka mŭn-ambang-lah sahaya bŭr-sama sama dŭngan Grandpre pŭrgi di-Kampung Laut. Maka pŭrgi-lah sahaya ka-rumah Seyid Abu; sŭrta sampei, maka di-bri-nya hurmat sŭrta di-suruh-nya masuk duduk. Sŭtalah duduk sabŭntar bŭr-khabar khabar, maka datang-lah orang-nya mŭm-bawa-kan buah mandikei ampat lima, kata-nya: “Tuan makan-lah timon.” Maka kata sahaya: “Ini bukan-nya timon,” kata sahaya samoa-nya, “mandikei.” Maka kata-nya: “Disini orang panggil timon,” di-suruh-nya makan. Maka sabuntar lagi di-bawa-nya pula tapei lambak dalam suatu tŭrnang, di-suruh-nya makan. Maka sŭtalah sudah, lalu sahaya bŭr-muhun-lah kapada-nya handak bŭr-jalan jalan mŭ-lihat lihat kampung. Maka kata-nya: “Baik-lah tuan pŭrgi mŭng-adap raja Kampung Laut, kŭrna iya orang baik, bŭlih bŭr-kanal kanal-an.” Maka di-suruh-kan-nya anak-nya bŭr-sama sama.
{{indent|3}}Maka pŭrgi-lah sahaya; sŭtalah sampei ka-pintu pagar-nya, maka ada-lah sahaya lihat orang ba-ratus ratus mŭm-buat kubu, dan ada ba-brapa mŭriam, dan lela, rantaka, tŭr-chagak; kŭmdian masuk-lah sahaya; sŭtalah sampei ka-halaman baleirong itu, maka sahaya lihat ada-lah anam tujuh ekur gajah basar basar, jantan dan batina, tŭr-rantei di-tŭngah halaman itu. Maka apa bila di-lihat-nya sahaya datang itu, maka sagala gajah itu-pun ka-takut-an bŭr-tariak tariak, maka datang-lah gumbala-nya itu mŭm-bawa suatu changkok basi, di-chatok-nya kapala-nya, maka diam-lah iya. Maka kata sahaya: “Basi apa itu? maka apa sŭbab-nya iya tarlalu takut akan basi kachil itu?” Maka jawab gumbala gajah itu: “Ini, tuan, basi sambilan desa.” Maka kata sahaya: “Apa harti-nya basi sambilan{{justify/e}}
<noinclude></noinclude>
tc5qe1nwqnp83zv1v65cgokob8359af
25198
25197
2026-10-11T14:53:46Z
Mirlim
583
25198
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="Mirlim" />{{c|88}}</noinclude>
{{justify/s}}tiada sa’puloh yang tahu mŭ-makan daging; dan kalau di-jual-pun, tiada orang barani mŭm-bili, sŭbab mahal-nya.” Maka kata sahaya: “Brapa harga disini sa’ekur lŭmbu yang gomok, habis habis basar-nya?” Maka jawab-nya: “Dua ringgit sampei tiga ringgit.” “Dan brapa harga sa’ekur kambing?” Kata-nya: “Satu ringgit, sudah habis basar kambing.” “Dan kŭrbau brapa sa’ekur?” Kata-nya: “Induk kŭrbau dua ringgit, dan tŭngah tiga ringgit, dan ayam, itek, sakalian-nya murah balaka.” Maka kata sahaya: “Minyak sapi mahal, murah, disini?” Maka jawab-nya: “Minyak sapi itu disini kurang, kŭrna tiada orang yang mŭm-buat; dan lagi, ikan tarlalu banyak, lagi dŭngan murah-nya.” Maka adalah pri orang mŭn-angkap ikan, dan prahu-nya, dan banyak orang-nya, ada-lah sapŭrti tŭr-sabut di-Trangganu juga ada-nya.
{{indent|3}}Hata kŭmdian maka mŭn-ambang-lah sahaya bŭr-sama sama dŭngan Grandpre pŭrgi di-Kampung Laut. Maka pŭrgi-lah sahaya ka-rumah Seyid Abu; sŭrta sampei, maka di-bri-nya hurmat sŭrta di-suruh-nya masuk duduk. Sŭtalah duduk sabŭntar bŭr-khabar khabar, maka datang-lah orang-nya mŭm-bawa-kan buah mandikei ampat lima, kata-nya: “Tuan makan-lah timon.” Maka kata sahaya: “Ini bukan-nya timon,” kata sahaya samoa-nya, “mandikei.” Maka kata-nya: “Disini orang panggil timon,” di-suruh-nya makan. Maka sabuntar lagi di-bawa-nya pula tapei lambak dalam suatu tŭrnang, di-suruh-nya makan. Maka sŭtalah sudah, lalu sahaya bŭr-muhun-lah kapada-nya handak bŭr-jalan jalan mŭ-lihat lihat kampung. Maka kata-nya: “Baik-lah tuan pŭrgi mŭng-adap raja Kampung Laut, kŭrna iya orang baik, bŭlih bŭr-kanal kanal-an.” Maka di-suruh-kan-nya anak-nya bŭr-sama sama.
{{indent|3}}Maka pŭrgi-lah sahaya; sŭtalah sampei ka-pintu pagar-nya, maka ada-lah sahaya lihat orang ba-ratus ratus mŭm-buat kubu, dan ada ba-brapa mŭriam, dan lela, rantaka, tŭr-chagak; kŭmdian masuk-lah sahaya; sŭtalah sampei ka-halaman baleirong itu, maka sahaya lihat ada-lah anam tujuh ekur gajah basar basar, jantan dan batina, tŭr-rantei di-tŭngah halaman itu. Maka apa bila di-lihat-nya sahaya datang itu, maka sagala gajah itu-pun ka-takut-an bŭr-tariak tariak, maka datang-lah gumbala-nya itu mŭm-bawa suatu changkok basi, di-chatok-nya kapala-nya, maka diam-lah iya. Maka kata sahaya: “Basi apa itu? maka apa sŭbab-nya iya tarlalu takut akan basi kachil itu?” Maka jawab gumbala gajah itu: “Ini, tuan, basi sambilan desa.” Maka kata sahaya: “Apa harti-nya basi sambilan{{justify/e}}
<noinclude></noinclude>
6uc1x8rr2bezk3vpkb4wup4vvecfomk
Laman:Long-chair Malay.pdf/5
250
9361
25199
2026-10-12T07:08:42Z
PeaceSeekers
18
/* Belum dibaca pruf */ Mencipta laman baru dengan kandungan ' {{C|{{Xx-larger|LONG—CHAIR
MALAY}}}} {{C|{{Xx-larger|No. 1}}}} {{C|{{Xx-larger|PRICE - - - $1.00}}}} ''Kelly & Walsh Ltd., Printers,
Singapore.'''
25199
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="1" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
{{C|{{Xx-larger|LONG—CHAIR
MALAY}}}}
{{C|{{Xx-larger|No. 1}}}}
{{C|{{Xx-larger|PRICE - - - $1.00}}}}
''Kelly & Walsh Ltd., Printers,
Singapore.''<noinclude></noinclude>
k2vtlu2dgpw5ncdz7w8f1m6f8ogttzi
Laman:Long-chair Malay.pdf/7
250
9362
25200
2026-10-12T07:11:54Z
PeaceSeekers
18
/* Belum dibaca pruf */ Mencipta laman baru dengan kandungan ' Herein are collected a few very simple riddles and ''pantun'' in the hope that they may amuse readers at odd moments. In order that the book may be picked up and set aside at random a vocabulary has been added, and every effort has been made to put the words where they can be most easily found. Grammar were out of place in so unpretentious a work as this, and the following remarks should be sufficient to tide over all difficult...
25200
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="1" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
Herein are collected a few very simple riddles and ''pantun'' in the hope that they may amuse readers at odd moments.
In order that the book may be picked up and set aside at random a vocabulary has been added, and every effort has been made to put the words where they can be most easily found.
Grammar were out of place in so unpretentious a work as this, and the following remarks should be sufficient to tide over all difficulties likely to be met with :—
In connection with—
Noun-functions: Prefix Sa- = Satu
Ka-
Di-
Suffix-nya
Verb-functions: Prefix di-
mě

= one
Kapadato
== at
his, her, its, theirs.
generally gives a passive
meaning.
men generally gives an active
měng
meaning.
měm
Suffix kan
... a factitive meaning.
-lah
... stresses the word to
which it is suffixed.
The prefix ''bĕr'' generally means 'having… … … … … …' e.g. ''bĕrpayong'', having an umbrella, or 'to do something by or for oneself,' e.g. ''bĕrjalan'', 'to go on one's way'.<noinclude></noinclude>
7v1p5780luwlprv3bgri2ikyzu0ef9y
Laman:Long-chair Malay.pdf/8
250
9363
25201
2026-10-12T07:16:12Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
25201
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{C|[ ii ]}}</noinclude>
The prefix ''tĕr'' generally means doing something unintentionally, e.g. ''tĕrtinggal'', to get left behind; ''tĕrnanti-nanti'', to be kept waiting; or else it has an intensifying effect: ''tĕrlampau'', very much.
Reduplication denotes an indefinite plural or has an intensifying effect.
The adjective follows its noun.
Malay should always be translated quite freely; a Malay always omits more than he says! e.g. … … … … … ' ''Ka-Tanjong sudah'' ' means ' I have been to Tanjong Kling '; and ' ''Kĕchil kawan'' ' means ' When small, it is a friend. '
The curious and the industrious are referred to Pantun Mĕlayu, No. 12, and to Tĕka-tĕki No. 14 of the Malay
Literature Series.
I am indebted to Mr. [[Pengarang:Richard Olaf Winstedt|R. O. Winstedt]] for permission to
select ''pantun'' from the well-known collection by Mr. R. J.
Wilkinson and himself.
{{right|{{sc|O. T. Dussek.}}}}<noinclude></noinclude>
7pn4fvcklio5xbm0i8g1y76lc3h1t22
Laman:Long-chair Malay.pdf/11
250
9364
25203
2026-10-12T07:21:43Z
PeaceSeekers
18
/* Belum dibaca pruf */ Mencipta laman baru dengan kandungan ' {{C|'''RIDDLES.'''}} # Dari kěchil baju ijau, sudah besar baju merah. # Luar-nya shurga, dalam-nya nuraka. # Bara api di-dalam tanah. # Orang tua kuat běrbědak. # Anak pasang ranjau, ĕmak main angin. # Dahulu ia berbuah kemudian berbunga. # Berpayong bukan-nya raja, hendak berjalan tiada kaki. # Bĕrjalan sa-tapak tertawa, berjalan sa-tapak těrtawn? # Bĕrsisek bukan-nya ikan, běrjambul bukan-nya şiul. # Buah bagai gělok, isi bagai...
25203
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="1" user="PeaceSeekers" />[ 3 ]</noinclude>
{{C|'''RIDDLES.'''}}
# Dari kěchil baju ijau, sudah besar baju merah.
# Luar-nya shurga, dalam-nya nuraka.
# Bara api di-dalam tanah.
# Orang tua kuat běrbědak.
# Anak pasang ranjau, ĕmak main angin.
# Dahulu ia berbuah kemudian berbunga.
# Berpayong bukan-nya raja, hendak berjalan tiada kaki.
# Bĕrjalan sa-tapak tertawa, berjalan sa-tapak těrtawn?
# Bĕrsisek bukan-nya ikan, běrjambul bukan-nya şiul.
# Buah bagai gělok, isi bagai lada hitam.
# Těmpayan ijau bĕrisi lada hitam.
# Lima di-luar, lima di-dalam.
# Pěriok ijau, isi gĕragau.
# Itu dia nampak tidak.
# Sunggoh bĕrayer, běrkochak tidak.
# Panjang bagai ular, besar bagai lengan.
# Dari kěchil běrkain, sudah besar běrtělanjang.
# Tarek akar gunong berlari.
# Orang tua kuat mĕnjahit.
# Těrlupa di-bawa, teringat di-buangkan.
# Ada ayer tiada ikan, ada langit tiada bintang.
# Ayer sa-gělok di-pangkal dahan.
# Tinggi-nya di-awang-awang, jatoh ka-bawah mĕngambil sarang.
# Di-luar nuraka, di-dalam shurga.
{{rule}}
{{C|{{Smaller|ANSWERS.}}}}
1. Chili.
2. Lada.
3. Kunyit.
4- Kundur.
5. Lalang.
ANSWERS.
9. Nanas.
10. Kěpaya.
11. Bětek.
12. Manggis.
13. Limau.
17. Rébong.
18. Pěrahu.
19. Kemunchup.
20. Kemunchup.
21. Kělapa.
6. Kabong.
7. Chendawan.
8. Jantong pisang.
14. Angin.
22. Kělapa.
15. Těbu,
23. Durian.
16. Daun mengkuang.
24. Durian.<noinclude></noinclude>
10i4gs7i8mdg61896ges7owunc1s44f
Indeks:Ucapan RUU Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027).pdf
252
9365
25205
2026-10-12T09:20:23Z
PeaceSeekers
18
Mencipta laman baru dengan kandungan ''
25205
proofread-index
text/x-wiki
{{:MediaWiki:Proofreadpage_index_template
|Type=book
|wikidata_item=
|Title=Rang Undang-Undang Perbekalan 2027, Bacaan Kali Yang Kedua
|Language=ms
|Volume=
|Author=
|Translator=
|Editor=
|Illustrator=
|School=
|Publisher=Parlimen Malaysia
|Address=
|Year=2026
|Key=
|ISBN=
|OCLC=
|LCCN=
|BNF_ARK=
|ARC=
|DOI=
|Source=pdf
|Image=1
|Progress=C
|Transclusion=yes
|Validation_date=
|Pages=<pagelist />
|Volumes=
|Remarks=
|Width=
|Header=
|Footer=
|tmplver=

9vvl6ridns0u3z7x09p3ras8led8mg3
Laman:Ucapan RUU Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027).pdf/7
250
9366
25206
2026-10-12T09:26:29Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
25206
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|DR. 9.19.2026|1| }}</noinclude>
{{C|'''MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
PARLIMEN KELIMA BELAS
PENGGAL KELIMA
MESYUARAT KETIGA
Jumaat, 09 Oktober 2026
Mesyuarat dimulakan pada pukul 3.30 petang
DOA'''
''[Tuan yang di-Pertua '''mempengerusikan Mesyuarat''']''}}
{{rule}}
{{C|{{underline|'''RANG UNDANG-UNDANG'''}}}}
{{C|'''RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027'''}}
{{C|'''Bacaan Kali Yang Kedua'''}}
'''Tuan Yang di-Pertua:''' ''Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh''. Salam sejahtera. Untuk itu dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan untuk kemukakan rang undang-undang ini. Silakan.
'''3.34 ptg.'''
'''Perdana Menteri dan Menteri Kewangan [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim]:''' ''Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh'', salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama suatu akta bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2027 bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang.
'''Tuan Yang di-Pertua:''' Silakan.
'''Dato' Seri Anwar bin Ibrahim:''' Ahli-ahli Yang Berhormat dan dengan rakyat mengikuti sidang pada hari ini. Pertama, kita mengatur syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan diberikan dan saya ingin memulakan dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh barisan yang<noinclude></noinclude>
5yu8qt5ugfubtif4iy4gqwmx7lzbdsr
Laman:Ucapan RUU Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027).pdf/8
250
9367
25207
2026-10-12T09:35:46Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
25207
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|DR. 9.10.2026|2| }}</noinclude>memungkinkan penganjuran mengejut [[:w:Grand Prix Bahrain 2026|Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia]]. ''[Dewan tepuk]'' Yang baru selesai dengan tertib dan jayanya.
Selain dari petugas F1, acara ini turut dijayakan oleh ribuan sukarelawan, penjawat awam, pasukan keselamatan, NGO yang telah bergabung tenaga dengan semangat <nowiki>'</nowiki>''Segulai, Sejalai''<nowiki>'</nowiki>. ''[Dewan tepuk]'' Malaysia mampu terangkat di peringkat antarabangsa. Sama juga [[:w:Malaysia di Sukan Asia 2026|Sukan Asia ke-20]]. Kita menyamai pencapaian, menyamai pencapaian terbaik.
Pemenang pingat merangkumi pelbagai kaum. ''[Dewan tepuk]'' Menunjukkan kita mencapai yang terbaik bila kita dapat meraih kekuatan dari segenap komuniti. Negara berbangga dengan kalian. Tan Sri Yang di-Pertua, setiap zaman mempunyai ruang lingkupnya yang tersendiri kepada sebuah bangsa untuk mencipta anjakan yang lebih jauh dan terangkum.
Sementelahan ada babak-babak tertentu dalam lipatan persejarahan tatkala sesebuah negara bukan sahaja dituntut untuk cekap mengurus apa yang ada tetapi dipanggil untuk memperluas saujana cita-cita, memperteguh keyakinan rakyatnya dan bersama membentuk masa hadapan dengan kesedaran yang jitu dan besar tentang zaman mansang atau [[:w:Zeitgeist|''zeitgeist'']].
Allah SWT berfirman dalam [[Al-Quran/Al-Hasy-r|surah Al-Hashr]], Ayat 18. ''[Membaca sepotong ayat al-Quran]'' Gesaan kepada orang-orang beriman bertakwa kepada Allah SWT dan hendaklah setiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah disediakan untuk hari esok (''lighad''). Bertakwalah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT meliputi pengetahuannya dengan segala yang kamu kerjakan.
Ungkapan ''lighad'' merujuk kepada pada hari esok, membawa sesuatu tuntutan yang besar dan mendalam, keimanan, akhlak sahsiah. Malah kita dituntut memikir serta menghamparkan asas-asas yang kukuh untuk masa depan, yakni mencerakinkan asas-asas itu. Apakah peluang yang sedang kita buka atau luaskan dan apakah warisan yang bakal kita wariskan kepada generasi akan datang?
Sesebuah bangsa mesti mempunyai cita-cita besar yang konsisten, suatu tujuan yang memberi arah dan makna kepada perjalanan. Ekonomi negara menuntut pertumbuhan dan pengagihan. Teknologi menuntut inovasi dan perlindungan. Fiskal menuntut disiplin dan ihsan selain pembangunan menuntut kepantasan dan kebijaksanaan.
Pemikir dan faqih besar Islam [[:w:Abu Al-Hasan Al-Mawardi|Al-Mawardi]] dalam tradisi pemikirannya tentang budaya dan adab pemerintahan, menegaskan bahawa kekuasaan tidak berdiri dengan sendirinya tanpa tertib, hukum dan tanggungjawab. Pemerintahan hanya<noinclude></noinclude>
gaz5powretr5ubtp7jjzm8ai6esrefx
Laman:Ucapan RUU Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027).pdf/9
250
9368
25208
2026-10-12T09:42:14Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
25208
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|DR. 9.10.2026|3| }}</noinclude>memperolehi makna apabila amanah kekuasaan dilaksanakan dengan adil, institusi berfungsi dengan baik dan kepentingan masa depan dan rakyat dipelihara.
Hari ini, itulah ujian dan tentangan kita. Dunia semakin bergejolak. Perang dan persaingan kuasa-kuasa besar serta perubahan dan kelaku iklim memberi kesan kepada harga makanan dan kos tenaga. Rantaian bekalan yang selama ini kita tanggapi sebagai kukuh, mula merapuh dan melemah, lantas menguji aspek keterjaminan dan-makanan dan bekalan.
'''■1540'''
Perkembangan kecerdasan buatan (AI) sedang mengubah perdagangan, tenaga, pekerjaan, kehidupan dengan pantas. Namun perubahan besar tidak harus mewujudkan kekhuatiran. Ia juga membuka ruang kepada negara yang berani membaca dan menggarap zaman. Menguasai ilmu baharu dan mempersiapkan rakyat sedari awal. Sementelahan, ekonomi yang benar-benar berjaya bukan hanya ekonomi berkembang tetapi ekonomi yang mencakup persoalan hidup rakyat.
Maka, persoalan kita bukan sekadar berapa besar ekonomi yang mahu dibina tetapi sama ada pertumbuhan itu membuka ruang kepada keluarga untuk membina simpanan pekerja untuk menikmati upah yang lebih bermaruah, perusahaan kecil untuk turut berkembang dan kepada mana-mana mereka untuk menggapai di langit dan terus mengakar di bumi.
Mesti ditegaskan bahawa Belanjawan Negara adalah pernyataan moral atau waad nasional sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Tradisi pemikiran Melayu sendiri telah lama meletakkan persoalan keadilan dan amanah sebagai teras dan pasak pemerintahan. ''[Tepuk]'' Penyair dan sejarawan Melayu purba, [[Pengarang:Raja Ali Haji|Raja Ali Haji]] dalam [[Karya:Gurindam Dua Belas|gurindam 1847]] yang masyhur mengungkapkan hukum adil atas rakyat tanda raja beroleh inayat. Dalam tradisi kita, hubungan antara pemerintah dengan rakyat tidak pernah berdiri atas kuasa semata-mata. Ia terpasak atas waad. Yakni, satu ikatan yang menuntut kesetiaan yang mesti dibalas dengan keadilan dan kuasa mesti dipagari amanah. Ini waad atau ''covenant''.
Inilah juga waad nasional kita. Bahawa negara tidak akan meminggirkan mereka yang dihimpit kesusahan. Setiap anak Malaysia, apa pun latar belakang, keluarga, wilayah atau kedudukannya berhak melihat dan mencapai potensinya. Waad ini juga bukan janji sehala. ''[Tepuk]'' Negara menyediakan ruang dan peluang. Rakyat mengisinya dengan ilmu kerja, daya cipta dan keberanian. Pemerintah menjaga amanah. Rakyat memperkukuh negara melalui usaha dan kecemerlangan. Ini adalah kewajipan sejarah. Sejarah tidak diukir hanya oleh nama-nama besar<noinclude></noinclude>
086u46i9tteg7rcwtwgmu64dq4min3u
Laman:Ucapan RUU Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027).pdf/10
250
9369
25209
2026-10-12T09:45:23Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
25209
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|DR. 9.10.2026|4| }}</noinclude>tetapi oleh jutaan manusia yang bekerja setiap hari mengajar, merawat, berniaga, mencipta, mengembur tanah, menjaga keluarga dan membina kehidupan.
Lantas, ukuran belanjawan bukan pada tebalnya dokumen, besamya peruntukan atau banyaknya pengumuman. Ukurannya malah jauh lebih asas. Yakni, adakah lebih ramai rakyat dapat hidup dengan bermaruah? Apakah Malaysia yang kita serahkan kelak kepada generasi seterusnya lebih adil daripada Malaysia yang kita warisi? Maka, dengan ini saya hamparkan Belanjawan MADANI 2027 sebagai ikhtiar sebuah generasi untuk memperkukuh tatanan dan memenuhi janji dan waad nasional masa depan. Menghampiri empat tahun Kerajaan MADANI telah menetapkan hala tuju dan Kerangka Dasar Ekonomi MADANI. Disusuli reformasi berani yang kini telah memperlihatkan hasilnya.
Kerangka Ekonomi MADANI diperkenalkan bersama dasar-dasar yang memacu pertumbuhan dan pemerataan seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (PUTERA35). Hanya Kerajaan MADANI punyai tekad menyasarkan subsidi. Subsidi ialah keistimewaan rakyat yang selama ini tiris kepada warga asing dan syarikat besar. ''[Tepuk]''
Hakikatnya Budi MADANI ialah kejayaan negara, menyasarkan subsidi untuk fiskal dan menurunkan harga untuk rakyat. ''[Tepuk]'' Apa kesannya? Wang subsidi minyak yang selama ini tiris telah disalurkan untuk menggandakan bantuan rakyat iaitu RM8 bilion pada tahun 2022 kepada STR, SARA RM15 bilion pada tahun ini. ''[Tepuk]'' Bayangkan sekiranya kita masih menangguhkan penyasaran subsidi pada saat krisis tenaga, tentu lebih besar daripada RM40 bilion beban kewangan yang ditanggung pada tahun ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita memperkukuh disiplin fiskal. Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, Akta Perolehan Kerajaan digubal bagi mengikat kuasa Menteri Kewangan untuk dipantau. Mengikat, membatasi kuasa Menteri Kewangan supaya dapat dipantau. Akta Audit diperluas bagi menjejak dan mengaudit wang awam. Apa kesannya? Keyakinan pelaburan meningkat. Pertumbuhan ekonomi kukuh melangkaui sasaran. Pelaburan dan perdagangan tertinggi dalam sejarah. Daya saing melonjak. Mata wang Ringgit kita terbaik di Asia. ''[Tepuk]''
Sayugia, Belanjawan MADANI Kelima menandai ikhtiar seterusnya. Menuju cita-cita besar wajah Malaysia dalam tahun mendatang. Sambil reformasi diteruskan. Tanpa gentar. Hasil pertumbuhan dan setiap penjimatan melalui pembaharuan mesti<noinclude></noinclude>
t2n15bocl724cierf49hr2l3onskdt5
Laman:Ucapan RUU Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027).pdf/11
250
9370
25210
2026-10-12T09:56:41Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
25210
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|DR. 9.10.16|5| }}</noinclude>kembali kepada rakyat sebagai manfaat lebih besar. Selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026-2030, belanjawan ini waad nasional bagi menggapai di langit, mengakar di bumi, berpaksikan lapan lunas utama. Hari ini saya memilih membentang kerangka besar dan pengumuman penting. Selebihnya, leks penuh dengan izin Yang di-Pertua dan lampiran yang panjang, yang lebih terperinci adalah sahih sepertimana yang diedarkan.
Lunas pertama, kos sara hidup yang membelenggu rakyat. Kerajaan menambah baik dasar bagi mempastikan kesejahteraan rakyat diberi keutamaan. Umpamanya bulan lalu, kerajaan menaikkan aras perlindungan bil elektrik daripada 600 kWj kepada 800 sebulan, yang memberi manfaat kepada 8 juta atau sehingga 90 peratus pengguna domestik. Manakala yang membantah itu hanya mewakili kumpulan 10 peratus.
Kerajaan menaikkan kelayakan BUDI95 kepada 300 liter sebulan dan BUDI Diesel untuk ''jeep'' dan ''pick-up'' mendapat 400 liter sebulan. Berdasarkan rekod September yang lalu, sekitar 100,000 pengguna atau kurang satu peratus menggunakan sepenuhnya BUDI95, 300 liter dan 15,000 pengguna diesel ''jeep'' dan ''pick-up'' menggunakan sepenuhnya BUDI Diesel, empat peratus liter.
Tahun depan ''insya-Allah'', untuk keseluruhan subsidi, bantuan dan insentif akan mencecah untuk subsidi dan insentif, untuk rakyat dan negara, akan mencecah lebih RM80 bilion. ''[Tepuk]'' Ini termasuk subsidi bahan api yang dijangka kekal tinggi pada RM40 bilion, minyak diesel dan sebagainya. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat hampir RM3.3 bilion.
Sukacita saya umumkan di awal ini. Peruntukan STR, SARA 2027 terus ditingkatkan kepada RM16 bilion. ''[Tepuk]'' Semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun. Ini akan memberi manfaat sehingga 9 juta penerima STR. Selain penerima STR, yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima SARA MADANI RM100 sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang tujuh dasawarsa merdeka. ''[Tepuk]''
Ini akan memberi manfaat sehingga 13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan M40. Kerajaan bersetuju untuk penggunaan SARA kepada barangan basah dan segar yang boleh dibeli di pasar tani, 216 pasar tani, FAMA seluruh negara.
'''■1550'''
Setakat ini, rakat niaga SARA berjumlah 15,000 premis termasuk kedai runcit kecil dan koperasi. Sebelum akhir tahun ini ''insya-Allah'', kerajaan akan meningkatkan<noinclude></noinclude>
67lzbu0p0f5ouvgsntehf8l5uyxiagr
Laman:Ucapan RUU Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027).pdf/12
250
9371
25211
2026-10-12T10:02:45Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
25211
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|DR. 9.10.16|6| }}</noinclude>kedai runcit kecil kepada 10,000. ''[Tepuk]'' Peruntukan Jualan RAHMAH MADANI danJualan Agro MADANI ditingkatkan kepada RM630 juta kepada- daripada RM630 juta ke RM750 juta dengan sasaran 35,000 penganjuran. Maknanya, kita dengar keresahan golongan pertengahan juga yang cekal bersabar, meskipun turut terhimpit beban sara hidup untuk M40.
Maka, sukacita saya umumkan pertama, had pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2010, dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000. ''[Tepuk]'' Kedua, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak satu mata peratusan. ''[Tepuk]'' Banjaran pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM100,000 dikurangkan kepada 18 peratus. Banjaran pendapatan bercukai antara RM100,000 hingga RM150,000 dikurangkan kepada 24 peratus. ''[Tepuk]''
Ketiga, pelepasan cukai individu turut diperluas. Rawatan perubatan diperluas, meliputi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin. Penjagaan ibu bapa, tambah lagi, datuk nenek, diperluas meliputi perbelanjaan penjagaan yang tidak lagi terhad kepada kesihatan. Peralatan sukan diperluas meliputi pembelian kasut sukan. Yang ini boleh dimula dengan oleh Ahli Yang Berhormat supaya banyak lagi berlari. ''[Терuk]''
Yuran pengajian dan kemahiran diperluas meliputi semua bidang pengajian dan tuisyen anak. Gaya hidup diperluas merangkumi langganan Al serta kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar. ''[Tepuk]'' Ramai yang minat kucing, ada yang minat kupu-kupu, ada yang minat ular. Semua itu terangkum dalam cadangan kita.
Pada masa yang sama, kerajaan mengambil pendekatan progresif. Kadar cukai bagi yang berpendapatan tinggi iaitu melebihi RM1 juta diselaraskan kepada 30 peratus. Jadi, maknanya kemudahan ini hanya untuk yang tingkat teratas dan bawah tetapi yang paling tinggi itu tidak akan mendapat kemudahan yang sama. Ini bermakna kenaikan pelepasan cukai dan pengurangan kadar cukai individu bakal memberi lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,600 kepada kira-kira lima juta orang pembayar cukai.
Kita di Dewan dan di luar Dewan mengeluh kerana berlaku kesenjangan di antara produktiviti dan upah pekerja, dan bagi negara kita harus dirapatkan. Beban kos sara hidup berbangkit kerana pendapatan rakyat tidak meningkat sejajar dengan kenaikan harga barangan. Pampasan pekerja kepada KDNK di Malaysia masih rendah pada kadar 33.9 peratus. Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk meningkatkan<noinclude></noinclude>
s5orlsqzvnycux0l1y8t742uaedb6ms
Laman:Ucapan RUU Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027).pdf/13
250
9372
25212
2026-10-12T10:08:45Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
25212
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|DR. 9.10.16|7| }}</noinclude>kadar gaji minima dari RM1,700 kepada RM2,000. ''[Tepuk]'' Perkara ini berkuat kuasamulai Jun 2027.
PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta kerana kesukaran kedai-kedai kecil, restoran-restoran kecil, syarikat-syarikat PMKS yang masih bergelut dengan keadaan kos sekarang, maka yang di bawah RM50 juta dikecualikan, bagi memberi ruang untuk penyesuaian model perniagaan. Ini bermakna, siapa yang bermanfaat? Lebih empat juta pekerja akan dapat manfaat dari gaji minimum baru. ''[Tepuk]''
Kadar gaji minimum hanya menaikkan lantai pendapatan pekerja, sementara upah pekerja mahir masih tidak setimpal dengan tahap kelayakan. Maka, kerajaan akan melaksanakan pembaharuan kerangka pendapatan pekerja dengan memperkenalkan gaji minimum bagi pekerja pekerjaan separa mahir dan graduan pada RM2,500 sebulan sebagai permulaan. ''[Tepuk]'' Kerajaan juga menyambut baik komitmen GLIC dan GLC, dan saya nak tekankan perkara ini.
Syarikat-syarikat yang besar dan kaya harus belajar dari pengalaman ini. Syarikat-syarikat milik kerajaan menyambut dengan menetapkan penanda aras gaji sara hidup. Makna gaji minimum daripada RM3,100 sekarang, semua syarikat-syarikat kerajaan akan menetapkan sara hidup kepada RM3,400 sebulan. ''[Tepuk]'' Dan, ini akan memberi manfaat kepada 230,000 orang pekerja. Jadi, gaji minimum dan menetapkan gaji minimum pekerjaan separa mahir dan graduan bagi menaikkan gaji penjawat awam, GLIC dan GLC telah menunjukkan teladan. Malah beberapa majikan sektor utama dalam perbankan serta minyak dan gas telah menetapkan gaji yang lebih wajar.
Oleh itu, saya ingin menggesa syarikat-syarikat majikan milik swasta untuk mengikut jejak yang sama. Bukan hanya terikat dengan gaji minimum, tetapi melihat kepada keuntungan mereka. Saya telah umumkan dan gesa sebelum ini, ada syarikat-syarikat yang catat keuntungan melebihi RM1 bilion atau setengah bilion. Tidak ada sebab mengapa mereka hanya mengikat kepada gaji minimum dan tidak melihat kepentingan pekerja yang sama-sama memberi sumbangan dan pengorbanan untuk menjayakan syarikat.
Tan Sri Yang di-Pertua, terkait hal gaji, bagi menutup ruang majikan menggaji pekerja asing tanpa izin, syarikat selain PMKS hanya boleh menuntut potongan cukai bagi perbelanjaan gaji sekiranya ia dibayar melalui akaun bank, selaras dengan saluran dibenarkan di bawah [[Akta Kerja 1955]].
Pekerja gig sekarang ini dah mencecah 600,000 rakyat—e-hailing, p-hailing. Kerajaan MADANI akan membela nasib pekerja dengan perlindungan yang lebih<noinclude></noinclude>
qjhvd19s2amjghclbqyue06tbm6sahd
Laman:Ucapan RUU Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027).pdf/14
250
9373
25213
2026-10-12T10:13:29Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
25213
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|DR. 9.10.16|8| }}</noinclude>menyeluruh. Majlis Perundingan Gig sedang menetapkan kadar pendapatan minimum, formula pendapatan serta standard minimum perlindungan sosial bagi pekerja gig yang akan dimuktamadkan pada awal tahun 2027.
Sementara itu, kerajaan dan pihak Grab bersetuju untuk membiayai bersama satu pakej bernilai RM160 juta bertujuan untuk meningkatkan pendapatan bersih dan menambah baik kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing bermula awal 2027. ''[Tepuk]'' Pakej ini meliputi peningkatan kadar pendapatan minimum bagi pekerja e-hailing dan p-hailing, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan dan insurans serta caruman PERKESO.
Ini bermakna pendapatan bersih untuk pemandu e-hailing pada tahap median dijangka meningkat sehingga RM227 sebulan dari pendapatan yang ada sekarang, penambahan. Manakala, pendapatan penghantar p-hailing meningkat sehingga RM100 sebulan. Kerajaan bersetuju menawarkan insentif caruman padanan PERKESO 35 peratus kepada pekerja e-hailing dan p-hailing. Insentif akan ditingkatkan kepada 50 peratus sekiranya syarikat platform turut menanggung caruman untuk pekerja.
Kerajaan turut menawarkan insentif caruman padanan PERKESO 70 peratus kepada lebih 200,000 orang pekerja sendiri dalam 17 sektor tidak mandatori. Bagi menggalakkan simpanan persaraan oleh pemandu e-hailing dan p-hailing, kerajaan menawarkan insentif caruman padanan KWSP kepada sehingga RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup. ''[Tepuk]''
BSN dan Agrobank menyediakan RM270 juta bagi membiayai pekerja gig yang mahu berniaga dan membeli rumah pertama. Kerajaan akan mengawal selia sektor p-hailing secara menyeluruh di bawah APAD dan LPKP.
'''■1600'''
Lunas kedua ialah keserataan pembangunan negeri. Kita tekankan soal menggapai di langit dan mengakar di bumi. Bermaksud, mengangkat kekuatan ekonomi setiap negeri seiring dengan kewajipan menyelesaikan permasalahan yang telah sekian lama membelenggu rakyat. Kita harus jelas bahawa keserataan tidak pemah bererti memberikan perkara yang sama kepada keadaan yang berbeza.
Saya nukil pandangan sarjana ekonomi, John Rawls, tentang gagasan beliau
''justice as faimess'', seperti yang diungkapkan dalam ''A Theory of Justice'', yang meminta membayangkan suatu ''original position'' di sebalik ''vell of ignorance'',<noinclude></noinclude>
7ddqnbzhqhnk3o867a5yvk7u13hlr6x