Wikisumber mswikisource https://ms.wikisource.org/wiki/Laman_Utama MediaWiki 1.48.0-wmf.5 first-letter Media Khas Perbincangan Pengguna Perbincangan pengguna Wikisumber Perbincangan Wikisumber Fail Perbincangan fail MediaWiki Perbincangan MediaWiki Templat Perbincangan templat Bantuan Perbincangan bantuan Kategori Perbincangan kategori Gerbang Perbincangan gerbang Pengarang Perbincangan pengarang Karya Perbincangan karya Terjemahan Perbincangan terjemahan Laman Perbincangan laman Indeks Perbincangan indeks TimedText TimedText talk Modul Perbincangan modul Acara Perbincangan acara Indeks:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf 252 10132 26539 2026-11-18T14:42:55Z PeaceSeekers 18 Mencipta laman baru dengan kandungan '' 26539 proofread-index text/x-wiki {{:MediaWiki:Proofreadpage_index_template |Type=book |wikidata_item= |Title=Peringatan Butir-Butir Mesyuarat Lembaga Pengampunan |Language=ms |Volume= |Author= |Translator= |Editor= |Illustrator= |School= |Publisher= |Address= |Year=2026 |Key= |ISBN= |OCLC= |LCCN= |BNF_ARK= |ARC= |DOI= |Source=pdf |Image=1 |Progress=C |Transclusion=yes |Validation_date= |Pages=<pagelist /> |Volumes= |Remarks= |Width= |Header= |Footer= |tmplver= }} 8vdsd24surstvrjsdea2vmrj6qssgk8 Laman:Collective volume with texts in Malay, Or. 1726.pdf/19 250 10133 26540 2026-11-18T14:46:00Z Delimapagi978 49 /* Belum dibaca pruf */ Mencipta laman baru dengan kandungan 'سکس فين ايت مک کلفکن تاڽ تيکوم چوة دهول مک کلفکن تاڽ تيکوم چملوي دهول اف کات سبله چملوي سکس فين يڠ ون سمواڽ باو کلفکن سمبين ماري تاڽ اين تؤ سموا فرکنله اتو تيادا فرکنله ون سموا ين فد ماس ايت مک مول تاڽ اوله کلفکن فرکن ايت تيکوم جاواب امفون تونکو فد ݢنتڠ ف...' 26540 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="1" user="Delimapagi978" /></noinclude>سکس فين ايت مک کلفکن تاڽ تيکوم چوة دهول مک کلفکن تاڽ تيکوم چملوي دهول اف کات سبله چملوي سکس فين يڠ ون سمواڽ باو کلفکن سمبين ماري تاڽ اين تؤ سموا فرکنله اتو تيادا فرکنله ون سموا ين فد ماس ايت مک مول تاڽ اوله کلفکن فرکن ايت تيکوم جاواب امفون تونکو فد ݢنتڠ فرکان تونکو فد ݢنتڠ تيدق ايت تيدق تونکو انيله جوابڽ بيک تيکوم چملوي دان بائيک تيکوم چوة فون دمکين ايتوله مک جکلو تيکوم ايت جواب فرکان تونکو اتو تيادا فد عادة اله اله ݢوامن تيادا بوله سکسي کاران سده فرکن اتو تيادا فرکان کاران فد ماس برسمنوانڽ ايت جکلو سکس بوت اتو چيفق اتو عبدي اورڠ اتو اغوي فليل اتو سکس برچري ترسندر دهول درفد کلفکن تاڽ ايت سمواڽ ايت تيادا فرکن مک جکلو سکسي ايت بائيک اورڠڽ دفرکنله ايکوة حکم کيت سڠݢهڽ تفرکن سڠݢه ڽ اتو تيادا سڠݢوه ڽ تمت لبي سلسي کتاب قانون دان ادڠ٢ اين جکلو لبه منتا بوڠکن جکلو کوراڠ منت تمباهي جکلو ساله منت بناري يڠ مڠارڠدي قاضي سدر جهن دکلورکن ددالم کتاب منان نماڽ باب فصل يڠ کدلافن بلس فد مڽتاکن حکم خيار ايت ماو فد فرمفون ايت برلاکو خيار ماو فد لکي٢ برلاکو خيار ايت دان فد سݢل لکي٢ دان فرمفون ايت اتس ليم فرکارا فرتام عئيب جوݢ فد لکي٢ مک برلاکو خيار فرتام ادافون دتق ايت تمبه فرجڽ دان قرن ايت يائيت فرجڽ يڠ تمبه تولڠ دان برض ايت سفرة کدل دان سوفق دان کبير ايت اورڠ طه ذکر سفرة اورڠ دتق دان حدم جوا حکمڽ تيادا صح نکحڽ دڠن عبدي دان جکلو تيادا دکتهويڽ اوله لکي٢ ايت دان تيادا اورڠ ممبري تاهو کفدڽ مک نکح اي دڠن فرمفون ايت مک دليهتڽ اوله لکي٢ فرمفون ايت برض مک بنساله کهوينڽ ايت دان تياداله کنا اسي کهوين لکي٢ ايت اتوله کهوين تيادا صح نماڽ دمکينلاݢ سؤرڠ لکي٢ يڠ برض مک تيادا دکتهوي اوله فرمفون عئيب لکي٢ ايت دان تيادا اورڠ ممبري تاهو کفد فرمفون ايت مک کهوين اي ستله کمبالي کرومهڽ فرمفون ايت مک ديريڽ تاهو حکم تراوريله کهوين فرمفون ايت دمکينلاݢ فد حکم جدم دان دتق دان کبير مان يڠ لبه<noinclude></noinclude> k3nc6p0lqgmmx57q4jh28xshtzig66u Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/1 250 10134 26541 2026-11-18T14:47:39Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26541 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{larger|'''RAHSIA'''}} {{smaller|''Peringatan Butir-Butir Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kall ke-64 pada hari Jumaat, 18 September 2026 Jam 8.30 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur''}}</noinclude>{{C|'''DOKUMEN INI IALAH HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA'''}} {| | '''BHEUU/06/(R)097 Kit.21''' || '''KERTAS LEMBAGA PENGAMPUNAN BAGI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA''' |} {{C|'''Salinan Bilangan:'''}} {{C|{{Underline|'''LEMBAGA PENGAMPUNAN BAGI WILAYAH-WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA'''}}}} {{C|'''Peringatan Butir-Butir Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 pada hari Jumaat, 18 September 2026, jam 8.30 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur'''}} {{rule}} '''{{underline|Yang hadir}}:''' '''Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim''' '''YB Yeoh Tseow Suan'''
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) '''YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar'''
Peguam Negara '''YBhg. Tan Sri Razarudin bin Husin'''
Anggota Lembaga Pengampunan<noinclude>{{rh| |1|'''RAHSIA'''}}</noinclude> 4o5fyklpvrav0rlv6lw8rh6vd7ki4a2 Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/2 250 10135 26542 2026-11-18T14:52:16Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26542 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{larger|'''RAHSIA'''}} {{smaller|''Peringatan Butir-Butir Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kall ke-64 pada hari Jumaat, 18 September 2026 Jam 8.30 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur''}}</noinclude> '''YBhg. Tan Sri Datuk Harmindar Singh Dhaliwal'''
Anggota Lembaga Pengampunan '''YBrs. Tuan Supri bin Hashim'''
Anggota Lembaga Pengampunan '''{{underline|Urus Setia}}:''' '''Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
Jabatan Perdana Menteri''' '''i.{{tab}}YBhg. Dato Dr. Punitha Silivarajoo - Setiausaha'''
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Pembangunan) '''ii.{{tab}}YBrs. Dr. Suharmi bin Ismail'''
Timbalan Pengarah (Dasar)
Seksyen Dasar dan Penyelidikan '''{{underline|Turut Hadir}}:''' '''Istana Negara''' '''i.{{tab}}YBhg. Datuk Wira Haji Nazim bin Mohd Alim'''
Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong (YDPA) '''ii.{{tab}}YBrs. TKJP Tuan Hafidz bin Othman'''
Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan)
Memangku Tugas Komisioner Jeneral Penjara
Jabatan Penjara Malaysia '''PENDAHULUAN''' Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda (KDYMM SPB) Yang di-Pertuan Agong XVII bertitah mengalu-alukan kehadiran YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). YBhg. Tan Sri Peguam Negara dan anggota-anggota Lembaga Pengampunan.<noinclude>{{rh| |2|'''RAHSIA'''}}</noinclude> ckb1lhwh1u8n84gm5i6ixr792c5uahc Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/3 250 10136 26543 2026-11-18T14:54:26Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26543 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{larger|'''RAHSIA'''}} {{smaller|''Peringatan Butir-Butir Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kall ke-64 pada hari Jumaat, 18 September 2026 Jam 8.30 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur''}}</noinclude> '''1.0{{tab}}KERTAS PERTIMBANGAN PERKARA 42 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (RAYUAN PENGAMPUNAN) BAGI BANDUAN DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK 1.1{{tab}}KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVII membuka perbincangan untuk mendapatkan pandangan semua anggota Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64. 1.2{{tab}}YBhg. Tan Sri Peguam Negara berpandangan bahawa hukuman banduan perlu diteruskan sehingga 2028 sebagaimana pandangan sebelum ini. Hukuman tahanan rumah tidak terdapat dalam undang-undang dan merupakan suatu perkara yang asing dan bukan dalam sistem negara kita sebagaimana keputusan YA Alice Loke. Beliau menyatakan bahawa keputusan ini akan memberi kesan kepada Kerajaan khususnya kestabilan politik, ekonomi, pelaburan dan imej negara di peringkat antarabangsa. Beliau menegaskan bahawa banduan hendaklah meneruskan hukuman. 1.3{{tab}}YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyatakan bahawa pandangan bellau adalah sama seperti pandangan YBhg. Tan Sri Peguam Negara dan juga sebagaimana pandangan beliau dalam mesyuarat sebelum ini. 1.4{{tab}}YBhg. Tan Sri Datuk Harmindar Singh Dhaliwal mengesahkan bahawa tiada undang-undang berhubung hukuman tahanan rumah. Namun, Perkara 42 [[Perlembagaan Persekutuan Malaysia|Perlembagaan Persekutuan]] memberi kuasa kepada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVII untuk<noinclude>{{rh| |3|'''RAHSIA'''}}</noinclude> mu15kmgkp4fcykmxn0g71hyubslf2j8 Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/4 250 10137 26544 2026-11-18T14:56:33Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26544 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{larger|'''RAHSIA'''}} {{smaller|''Peringatan Butir-Butir Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kall ke-64 pada hari Jumaat, 18 September 2026 Jam 8.30 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur''}}</noinclude>memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum. Oleh itu, beliau berpandangan bahawa "lega hukum" merupakan antara kuasa budi bicara KDYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong XVII. 1.5{{tab}}YBhg. Tan Sri Razarudin bin Husain bersetuju dengan pandangan YBhg. Tan Sri Peguam Negara. Pada masa yang sama, pandangan pihak penjara juga perlu diambil kira terutamanya kesihatan banduan. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa keputusan akhir adalah di bawah budi bicara KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVII dan akan akur dengan keputusan tersebut. 1.6{{tab}}YBrs. Tuan Supri bin Hashim menyatakan banduan masih mempunyai beberapa lagi kes rayuan di mahkamah. Keputusan rayuan tersebut boleh mengubah hukuman yang perlu dijalani. 1.7{{tab}}YBhg. Tan Sri Peguam Negara memaklumkan bahawa banduan masih perlu membayar tunggakan cukai berjumlah RM1.7 bilion dan ketika ini kes tersebut berada di peringkat prosiding kebankrapan. Beliau berpandangan bahawa jumlah tersebut merupakan suatu jumlah yang besar dan wajar diambil kira dalam pertimbangan hari ini. 1.8{{tab}}KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVII menegaskan bahawa kes tunggakan cukai tersebut tidak berkaitan dengan pertimbangan kes pada hari ini. Selain itu, banduan mempunyai hak untuk mempertahankan kes tersebut di mahkamah. Pertimbangan Lembaga Pengampunan pada hari ini adalah<noinclude>{{rh| |4|'''RAHSIA'''}}</noinclude> 0vw9cm13hxficsgypq7ap22l6p0mw3v Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/5 250 10138 26545 2026-11-18T14:58:13Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26545 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{larger|'''RAHSIA'''}} {{smaller|''Peringatan Butir-Butir Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kall ke-64 pada hari Jumaat, 18 September 2026 Jam 8.30 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur''}}</noinclude>berkaitan dengan pemberian lega hukum dengan syarat pembayaran denda RM50,000,000.00. 1.9{{tab}}KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVII perkenan untuk memberi pengampunan bersyarat melalui pelaksanaan baki hukuman secara tahanan di rumah beserta syarat setelah banduan membayar denda RM50,000,000.00. 1.10{{tab}}YBhg. Dato Dr. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Pembangunan), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) memaklumkan bahawa satu draf perintah dan syarat-syarat telah disediakan sebagaimana titah KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVII dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan sebelum ini. Draf perintah dan syarat-syarat ini telah dibincangkan bersama antara BHEUU JPM, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Penjara Malaysia. Draf perintah dan syarat-syarat ini disediakan selaras dengan kuasa prerogatif KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVII untuk memberi pengampunan bersyarat di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. YBhg. Dato Dr. menyatakan bahawa kuasa tersebut diberi melalui syarat-syarat dan tatacara kepada Komisioner Jeneral Penjara (KJP). 1.11{{tab}}KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVII bersama-sama anggota Lembaga Pengampunan telah meneliti draf Perintah Pengampunan Bersyarat dan syarat-syarat yang dicadangkan seperti di '''Lampiran 1'''.<noinclude>{{rh| |5|'''RAHSIA'''}}</noinclude> 2x8qw7bht8vv2js989vu36nulql7ic1 Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/6 250 10139 26546 2026-11-18T15:00:46Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26546 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{larger|'''RAHSIA'''}} {{smaller|''Peringatan Butir-Butir Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kall ke-64 pada hari Jumaat, 18 September 2026 Jam 8.30 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur''}}</noinclude> 1.12{{Tab}}KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVII telah memutuskan pindaan dalam draf syarat-syarat seperti berikut: :(i){{tab}}{{underline|perenggan 2.3}} - supaya perkataan "isteri" dipinda kepada "isteri-isteri"; dan :(ii){{tab}}{{underline|perenggan 5.4}} - memotong "kecuali dengan kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Komisioner Jeneral Penjara" 1.13{{tab}}YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YBhg. Tan Sri Peguam Negara tidak memberi apa-apa komen terhadap draf syarat-syarat yang disediakan memandangkan mereka tidak bersetuju dengan pengampunan bersyarat tersebut. 1.14{{tab}}YBhg. Tan Sri Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan YBhg. Tan Sri Razarudin bin Husain bersetuju dengan syarat-syarat tanpa sebarang komen. 1.15{{tab}}YBrs. Tuan Supri bin Hashim memaklumkan berkemungkinan wujud permohonan untuk mengadakan majlis berbentuk keramaian di rumah di mana banduan ditahan seperti tahlil atau perkahwinan yang tidak dibenarkan oleh syarat 5.4 syarat- syarat Perintah Pengampunan Bersyarat. 1.16{{tab}}Setelah meneliti draf perintah perintah dan syarat-syarat yang dibentangkan dan mempertimbangkan nasihat anggota Lembaga Pengampunan, KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVII telah<noinclude>{{rh| |6|'''RAHSIA'''}}</noinclude> bl1t36gx179hvg0a6ncfi8djr44nlgc Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/7 250 10140 26547 2026-11-18T15:03:12Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26547 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{larger|'''RAHSIA'''}} {{smaller|''Peringatan Butir-Butir Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kall ke-64 pada hari Jumaat, 18 September 2026 Jam 8.30 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur''}}</noinclude>bersetuju dengan draf perintah dan syarat-syarat tersebut dengan pindaan seperti di '''Lampiran 2'''. {{right|'''Tindakan: BHEUU JPM, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Jabatan Penjara Malaysia}} 1.17{{tab}}YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) memaklumkan bahawa terdapat perintah pengampunan palsu yang tular di media sosial. Dalam hal ini, beliau merujuk [[Akta Perwakilan Kuasa 1956#14.1|seksyen 14]] Akta Perwakilan Kuasa 1956 [''Akta 358''] dan mencadangkan supaya perintah pengampunan yang dipersetujui pada hari ini ditandatangani oleh pegawai lain seperti Setiausaha Jemaah Menteri memandangkan ia mempunyai implikasi politik besar dan kesan kepada Kerajaan. 1.18{{tab}}YBhg. Tan Sri Peguam Negara mengambil maklum berkenaan seksyen 14 Akta 358 dan memohon sedikit masa untuk membuat semakan dan memberi pandangan berkenaan perkara tersebut. 1.19{{tab}}YBhg. Datuk Wira Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada KDYMM SPB YDPA menyatakan bahawa tidak sesuai untuk Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Setiausaha Jemaah Menteri menandatangani Perintah Pengampunan Bersyarat tersebut kerana beliau tidak terlibat dalam perbincangan hari ini. 1.20{{tab}}KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVII menyatakan bahawa KSN bukanlah anggota Lembaga Pengampunan.<noinclude>{{C|7}} {{right|'''RAHSIA'''}}</noinclude> 3cdttyufj8vu5hlko7pooim02h1ghth Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/8 250 10141 26548 2026-11-18T15:05:37Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26548 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{larger|'''RAHSIA'''}} {{smaller|''Peringatan Butir-Butir Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kall ke-64 pada hari Jumaat, 18 September 2026 Jam 8.30 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur''}}</noinclude> 1.21{{tab}}YBhg. Tan Sri Razarudin bin Husain berpandangan bahawa sekiranya pihak lain yang menandatangani Perintah Pengampunan Bersyarat, ia akan menimbulkan isu yang lebih besar kerana YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) seolah-olah tidak hadir ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan. Oleh itu, tidak sesuai untuk meminta pihak lain menandatangani Perintah Pengampunan Bersyarat tersebut bagi pihak YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Selain itu, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) boleh membuat laporan polis berhubung perintah pengampunan palsu yang tular di media sosial. 1.22{{tab}}Setelah menimbang pandangan anggota Lembaga Pengampunan, KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVII memutuskan agar YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menandatangani Perintah Pengampunan Bersyarat tersebut memandangkan ia merupakan tanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). {{right|'''Tindakan: YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Wilayah Persekutuan)'''}} '''2.0{{tab}}HAL-HAL LAIN''' 2.1{{tab}}KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVII menitahkan supaya Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-65 akan dimaklumkan oleh Istana Negara kelak.<noinclude>{{C|8}} {{right|'''RAHSIA'''}}</noinclude> atjao0a712pac7m4sdjam39ew75omru Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/9 250 10142 26549 2026-11-18T15:07:19Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26549 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{larger|'''RAHSIA'''}} {{smaller|''Peringatan Butir-Butir Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kall ke-64 pada hari Jumaat, 18 September 2026 Jam 8.30 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur''}}</noinclude> '''3.0{{tab}}PENUTUP''' 3.1{{tab}}Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 ditangguhkan pada jam 9.15 pagi. '''ISTANA NEGARA
18 September 2026'''<noinclude>{{C|9}} {{right|'''RAHSIA'''}}</noinclude> s25nw01wuav7rn7q33mvr1t4ur6aulu Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/10 250 10143 26550 2026-11-18T15:10:33Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26550 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>{{anchor|Lampiran 1}}{{right|'''LAMPIRAN 1'''}} [[File:Malaysian Coat of Arms - Monochrome.svg|frameless|tengah|Jata Malaysia]] {{C|'''PERINTAH PENGAMPUNAN BERSYARAT'''}} {{rule|20em}} {{C|'''KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM
{{underline|Yang di-Pertuan Agong XVII}}}} Kepada: Komisioner Jeneral Penjara Malaysia
dan Sekalian Yang Menerima Perintah Ini;<noinclude>{{C|1}}</noinclude> p7hocwht2h1hlbxbb37oq7c1q3eoj6x Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/11 250 10144 26551 2026-11-18T15:13:40Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26551 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 1'''}}</noinclude> '''BAHAWASANYA''' Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 dalam Perbicaraan Jenayah No.: WA-45-2-7/2018, Perbicaraan Jenayah No.: WA-45-3-7/2018 dan Perbicaraan Jenayah No.: WA-45-5-8/2018 telah mendapati '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (NO. K/P: 530723-06-5165)''' bersalah dan disabitkan terhadap semua pertuduhan dalam ketiga-tiga perbicaraan jenayah tersebut dengan kesalahan masing-masing di bawah [[Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009#23.1|seksyen 23]] Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [''Akta 694''], [[Kanun Keseksaan#409.1|seksyen 409]] Kanun Keseksaan [''Akta 574''] dan [[Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001#4.1.b|seksyen 4(1)(b)]] Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [''Akta 613''], dan secara kumulatif telah menjatuhkan hukuman penjara dua belas (12) tahun dan denda sebanyak RM210,000,000.00, jika ingkar bayar denda lima (5) tahun penjara; '''BAHAWASANYA''' pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi; '''BAHAWASANYA''' pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi seperti mana yang dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan;<noinclude>{{C|2}}</noinclude> lp6bdjrbzbtf4gxmhfqgj1u6zu4qzel Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/12 250 10145 26552 2026-11-18T15:15:32Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26552 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 1'''}}</noinclude> '''BAHAWASANYA''' oleh kerana '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' ingkar membayar denda sebanyak RM210,000,000.00, maka secara kumulatif, hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' adalah selama tujuh belas (17) tahun mulai daripada tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan iaitu pada 23 Ogos 2022; '''BAHAWASANYA''' Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 melalui Perkara 42 di bawah Perlembagaan Persekutuan pada 29 Januari 2024 telah memerintahkan bahawa banduan '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 dan denda dikurangkan kepada RM50,000,000.00. Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' ditambah selama setahun dan tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029; '''BAHAWASANYA''', pada 18 September 2026, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah meneliti petisyen banduan bertarikh 6 Mac 2026 di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan telah memberikan nasihat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII;<noinclude>{{C|3}}</noinclude> r2e4z9o455upcwrl0s6i765v0o99b8g Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/13 250 10146 26553 2026-11-18T15:17:34Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26553 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 1'''}}</noinclude> '''DAN BAHAWASANYA''' adalah munasabah pada hemat Beta, belas kasihan patut diberi kepada '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK'''; '''MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN,''' Beta, Sultan Ibrahim, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, pada menjalankan kuasa yang terletak hak pada Beta oleh Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan semua kuasa lain yang membolehkan bagi maksud itu '''ADALAH DENGAN INI MEMERINTAHKAN''' bahawa '''DATO' SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah yang beralamat di No. 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, 50480, Kuala Lumpur sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' membayar denda RM50,000,000.00. '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' hendaklah mematuhi syarat-syarat yang dilampirkan bersama-sama Perintah ini. Sekiranya '''DATO' SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tersebut, maka Perintah ini adalah terbatal dan '''DATO' SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di Penjara Kajang atau mana-mana penjara yang ditetapkan oleh Komisioner Jeneral Penjara.<noinclude>{{C|4}}</noinclude> 7omfsimrfw2k0m8ellw7n2yfgxmcply Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/14 250 10147 26554 2026-11-18T15:18:30Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26554 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 1'''}}</noinclude> '''PADA MENYAKSIKAN YANG TERSEBUT DI ATAS''' Beta telah menurunkan tandatangan dan cop Mohor Beta pada {{C|'''DENGAN TITAH PERINTAH BAGINDA,'''}} {{C|'''(YEOH TSEOW SUAN)
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN'''}}<noinclude>{{C|5}}</noinclude> 4pxrc6v4mo9pn1w8rambhawcmlilz15 Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/15 250 10148 26555 2026-11-18T15:22:05Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26555 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 1'''}}</noinclude> {{C|{{underline|'''SYARAT-SYARAT KEPADA PERINTAH PENGAMPUNAN BERSYARAT'''}}}} '''SELARAS DENGAN''' Perintah Pengampunan Bersyarat bertarikh 18 September 2026, '''BAHAWASANYA''' kamu '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK / (No. K/P: 530723-06-5165)''' dengan ini hendaklah mematuhi syarat-syarat yang berikut: 1.{{tab}}Kamu hendaklah tertakluk kepada kawalan dan seliaan Komisioner Jeneral Penjara dan mana-mana pegawai tahanan rumah yang telah dilantik oleh Komisioner Jeneral Penjara ("Pegawai Tahanan Rumah") dan hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Komisioner Jeneral Penjara dan Pegawai Tahanan Rumah yang telah dilantik tersebut. 2.{{tab}}Kamu hendaklah kekal tinggal dan berada di alamat yang ditetapkan dan— :2.1{{tab}}'''TIDAK DIBENARKAN UNTUK''' berpindah ke rumah / bangunan / premis lain kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Komisioner Jeneral Penjara; :2.2{{tab}}'''TIDAK DIBENARKAN UNTUK''' keluar dari alamat yang ditetapkan bagi apa-apa maksud atau tujuan kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Komisioner Jeneral Penjara. Dalam apa-apa hal lain yang munasabah yang tidak memungkinkan permohonan secara bertulis dibuat, suatu permohonan lisan bolehlah dibuat dan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia kemudiannya akan<noinclude> {{C|1}}</noinclude> h46slxn2zdimdh38vget2ogwauj9uvl Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/16 250 10149 26556 2026-11-18T15:23:51Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26556 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 1'''}}</noinclude>merekodkan permohonan tersebut dan keputusannya secara bertulis; :2.3{{tab}}'''TIDAK DIBENARKAN UNTUK''' tinggal bersama seseorang yang lain selain daripada ahli keluarga kamu iaitu isteri, anak, menantu dan cucu kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Komisioner Jeneral Penjara; dan :2.4{{tab}}'''TIDAK DIBENARKAN UNTUK''' menerima tetamu di alamat yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Komisioner Jeneral Penjara. 3.{{tab}}Kamu hendaklah mengikuti dan/atau melaksanakan apa-apa program pemulihan yang ditentukan oleh Komisioner Jeneral Penjara. 4.{{tab}}Kamu hendaklah melaporkan kepada Pegawai Tahanan Rumah yang dilantik apabila dihubungi melalui panggilan telefon secara berkala 5.{{tab}}Kamu '''TIDAK DIBENARKAN''' untuk: :5.1{{tab}}menggunakan telefon atau apa-apa alat komunikasi selain yang didaftarkan dengan Jabatan Penjara Malaysia dan penggunaan telefon atau apa-apa alat komunikasi bagi maksud perenggan ini hanyalah untuk berkomunikasi dan melaporkan diri kepada Pegawai Tahanan Rumah;<noinclude>{{C|2}}</noinclude> 3ox1hpz2zes47s94ku2pop6sr00d37r 26566 26556 2026-11-19T02:22:54Z PeaceSeekers 18 26566 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 1'''}}</noinclude>merekodkan permohonan tersebut dan keputusannya secara bertulis; :2.3{{tab}}'''TIDAK DIBENARKAN UNTUK''' tinggal bersama seseorang yang lain selain daripada ahli keluarga kamu iaitu isteri, anak, menantu dan cucu kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Komisioner Jeneral Penjara; dan :2.4{{tab}}'''TIDAK DIBENARKAN UNTUK''' menerima tetamu di alamat yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Komisioner Jeneral Penjara. 3.{{tab}}Kamu hendaklah mengikuti dan/atau melaksanakan apa-apa program pemulihan yang ditentukan oleh Komisioner Jeneral Penjara. 4.{{tab}}Kamu hendaklah melaporkan kepada Pegawai Tahanan Rumah yang dilantik apabila dihubungi melalui panggilan telefon secara berkala. 5.{{tab}}Kamu '''TIDAK DIBENARKAN''' untuk: :5.1{{tab}}menggunakan telefon atau apa-apa alat komunikasi selain yang didaftarkan dengan Jabatan Penjara Malaysia dan penggunaan telefon atau apa-apa alat komunikasi bagi maksud perenggan ini hanyalah untuk berkomunikasi dan melaporkan diri kepada Pegawai Tahanan Rumah;<noinclude>{{C|2}}</noinclude> jdvx2hi9fqtqzde4qkmro1awoqanjmj Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/17 250 10150 26557 2026-11-18T15:25:41Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26557 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 1'''}}</noinclude> :5.2{{tab}}menyebabkan atau mendedahkan diri dalam mana-mana liputan media dan/atau lain-lain platform media sosial; :5.3{{tab}}memberikan sebarang kenyataan, komen atau ulasan dalam mana-mana liputan media dan/atau lain-lain platform media sosial; :5.4{{tab}}mengadakan atau melibatkan diri dalam apa-apa acara atau majlis keramaian di mana-mana tempat termasuk alamat yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Komisioner Jeneral Penjara; dan :5.5{{tab}}melibatkan diri dan/atau mengambil bahagian dalam sebarang hal-hal dan aktiviti politik. 6.{{tab}}Kamu hendaklah membenarkan Komisioner Jeneral Penjara atau Pegawai Tahanan Rumah memasuki alamat yang ditetapkan pada bila-bila masa sebagaimana yang difikirkan perlu bagi tujuan kawalan, seliaan, pemantauan, pemeriksaan atau pengesahan pematuhan syarat-syarat ini. 7.{{tab}}Kamu hendaklah berkelakuan baik, tidak melakukan perbuatan-perbuatan buruk atau salah laku, mematuhi segala undang-undang yang berkuat kuasa dan tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.<noinclude> {{C|3}}</noinclude> m80c90khtn4rwmzjpjm1g0p70vlvet9 Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/18 250 10151 26558 2026-11-18T15:26:47Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26558 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 1'''}}</noinclude> 8.{{tab}}Suatu kebenaran secara bertulis oleh Komisioner Jeneral Penjara di bawah syarat-syarat ini boleh dikeluarkan hanya setelah Komisioner Jeneral Penjara menerima permohonan bertulis atau lisan daripada kamu. Dalam memberikan kebenaran tersebut, Komisioner Jeneral Penjara boleh menetapkan apa-apa syarat tambahan yang hendaklah dipatuhi oleh kamu. 9.{{tab}}Sekiranya kamu tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat ini, Perintah Pengampunan Bersyarat Yang di-Pertuan Agong bertarikh 18 September 2026 serta syarat-syarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di Penjara Kajang atau mana-mana penjara yang ditetapkan oleh Komisioner Jeneral Penjara. {{C|Bertarikh pada{{tab}}September 2026}}<noinclude> {{C|4}}</noinclude> 61jxm5o1emylr5k418uk3nfj8nu8cf6 Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/19 250 10152 26559 2026-11-18T15:27:34Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26559 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>{{anchor|Lampiran 2}}{{right|'''LAMPIRAN 2'''}} [[File:Malaysian Coat of Arms - Monochrome.svg|frameless|tengah|Jata Malaysia]] {{C|'''PERINTAH PENGAMPUNAN BERSYARAT'''}} {{rule|20em}} {{C|'''KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM
{{underline|Yang di-Pertuan Agong XVII}}}} Kepada: Komisioner Jeneral Penjara Malaysia
dan Sekalian Yang Menerima Perintah Ini;<noinclude> {{C|1}}</noinclude> ejdot2pgwzvcaaamo1bq0gzxlwaxjig Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/20 250 10153 26560 2026-11-19T02:18:41Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26560 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 2'''}}</noinclude> '''BAHAWASANYA''' Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 dalam Perbicaraan Jenayah No.: WA-45-2-7/2018, Perbicaraan Jenayah No.: WA-45-3-7/2018 dan Perbicaraan Jenayah No.: WA-45-5-8/2018 telah mendapati '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (NO. K/P: 530723-06-5165)''' bersalah dan disabitkan terhadap semua pertuduhan dalam ketiga-tiga perbicaraan jenayah tersebut dengan kesalahan masing-masing di bawah [[Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009#23.1|seksyen 23]] Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [''Akta 694''], [[Kanun Keseksaan#409.1|seksyen 409]] Kanun Keseksaan [''Akta 574''] dan [[Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001#4.1.b|seksyen 4(1)(b)]] Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [''Akta 613''], dan secara kumulatif telah menjatuhkan hukuman penjara dua belas (12) tahun dan denda sebanyak RM210,000,000.00, jika ingkar bayar denda lima (5) tahun penjara; '''BAHAWASANYA''' pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi; '''BAHAWASANYA''' pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi seperti mana yang dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan;<noinclude>{{C|2}}</noinclude> e6zf87gualcvj8b858kak2c9qbbmkl9 Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/21 250 10154 26561 2026-11-19T02:19:16Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26561 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 2'''}}</noinclude> '''BAHAWASANYA''' oleh kerana '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' ingkar membayar denda sebanyak RM210,000,000.00, maka secara kumulatif, hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' adalah selama tujuh belas (17) tahun mulai daripada tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan iaitu pada 23 Ogos 2022; '''BAHAWASANYA''' Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 melalui Perkara 42 di bawah Perlembagaan Persekutuan pada 29 Januari 2024 telah memerintahkan bahawa banduan '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 dan denda dikurangkan kepada RM50,000,000.00. Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' ditambah selama setahun dan tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029; '''BAHAWASANYA''', pada 18 September 2026, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah meneliti petisyen banduan bertarikh 6 Mac 2026 di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan telah memberikan nasihat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII;<noinclude> {{C|3}}</noinclude> he3jxuz2paez91qzfghrgjqyada53it Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/22 250 10155 26562 2026-11-19T02:19:51Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26562 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 2'''}}</noinclude> '''DAN BAHAWASANYA''' adalah munasabah pada hemat Beta, belas kasihan patut diberi kepada '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK'''; '''MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN,''' Beta, Sultan Ibrahim, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, pada menjalankan kuasa yang terletak hak pada Beta oleh Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan semua kuasa lain yang membolehkan bagi maksud itu '''ADALAH DENGAN INI MEMERINTAHKAN''' bahawa '''DATO' SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah yang beralamat di No. 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, 50480, Kuala Lumpur sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' membayar denda RM50,000,000.00. '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' hendaklah mematuhi syarat-syarat yang dilampirkan bersama-sama Perintah ini. Sekiranya '''DATO' SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tersebut, maka Perintah ini adalah terbatal dan '''DATO' SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK''' hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di Penjara Kajang atau mana-mana penjara yang ditetapkan oleh Komisioner Jeneral Penjara.<noinclude> {{C|4}}</noinclude> rs55q2lazqai2vvcvfq17utv9guj3fx Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/23 250 10156 26563 2026-11-19T02:20:23Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26563 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 2'''}}</noinclude> '''PADA MENYAKSIKAN YANG TERSEBUT DI ATAS''' Beta telah menurunkan tandatangan dan cop Mohor Beta pada {{C|'''DENGAN TITAH PERINTAH BAGINDA,'''}} {{C|'''(YEOH TSEOW SUAN)
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN'''}}<noinclude></noinclude> 89he1owkdl037xircc741wrj765t2bl Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/24 250 10157 26564 2026-11-19T02:21:06Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26564 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 2'''}}</noinclude> {{C|{{underline|'''SYARAT-SYARAT KEPADA PERINTAH PENGAMPUNAN BERSYARAT'''}}}} '''SELARAS DENGAN''' Perintah Pengampunan Bersyarat bertarikh 18 September 2026, '''BAHAWASANYA''' kamu '''DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK / (No. K/P: 530723-06-5165)''' dengan ini hendaklah mematuhi syarat-syarat yang berikut: 1.{{tab}}Kamu hendaklah tertakluk kepada kawalan dan seliaan Komisioner Jeneral Penjara dan mana-mana pegawai tahanan rumah yang telah dilantik oleh Komisioner Jeneral Penjara ("Pegawai Tahanan Rumah") dan hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Komisioner Jeneral Penjara dan Pegawai Tahanan Rumah yang telah dilantik tersebut. 2.{{tab}}Kamu hendaklah kekal tinggal dan berada di alamat yang ditetapkan dan— :2.1{{tab}}'''TIDAK DIBENARKAN UNTUK''' berpindah ke rumah / bangunan / premis lain kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Komisioner Jeneral Penjara; :2.2{{tab}}'''TIDAK DIBENARKAN UNTUK''' keluar dari alamat yang ditetapkan bagi apa-apa maksud atau tujuan kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Komisioner Jeneral Penjara. Dalam apa-apa hal lain yang munasabah yang tidak memungkinkan permohonan secara bertulis dibuat, suatu permohonan lisan bolehlah dibuat dan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia kemudiannya akan<noinclude> {{C|1}}</noinclude> avfp6x896cdsqk9dahzidsjyw3mc88r Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/25 250 10158 26565 2026-11-19T02:22:38Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26565 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 2'''}}</noinclude>merekodkan permohonan tersebut dan keputusannya secara bertulis; :2.3{{tab}}'''TIDAK DIBENARKAN UNTUK''' tinggal bersama seseorang yang lain selain daripada ahli keluarga kamu iaitu isteri-isteri, anak, menantu dan cucu kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Komisioner Jeneral Penjara; dan :2.4{{tab}}'''TIDAK DIBENARKAN UNTUK''' menerima tetamu di alamat yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Komisioner Jeneral Penjara. 3.{{tab}}Kamu hendaklah mengikuti dan/atau melaksanakan apa-apa program pemulihan yang ditentukan oleh Komisioner Jeneral Penjara. 4.{{tab}}Kamu hendaklah melaporkan kepada Pegawai Tahanan Rumah yang dilantik apabila dihubungi melalui panggilan telefon secara berkala. 5.{{tab}}Kamu '''TIDAK DIBENARKAN''' untuk: :5.1{{tab}}menggunakan telefon atau apa-apa alat komunikasi selain yang didaftarkan dengan Jabatan Penjara Malaysia dan penggunaan telefon atau apa-apa alat komunikasi bagi maksud perenggan ini hanyalah untuk berkomunikasi dan melaporkan diri kepada Pegawai Tahanan Rumah;<noinclude> {{C|2}}</noinclude> lt7wm0k8x6qruck1oycok1bjsq3k3je Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/26 250 10159 26567 2026-11-19T02:23:41Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26567 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 2'''}}</noinclude> :5.2{{tab}}menyebabkan atau mendedahkan diri dalam mana-mana liputan media dan/atau lain-lain platform media sosial; :5.3{{tab}}memberikan sebarang kenyataan, komen atau ulasan dalam mana-mana liputan media dan/atau lain-lain platform media sosial; :5.4{{tab}}mengadakan atau melibatkan diri dalam apa-apa acara atau majlis keramaian di mana-mana tempat termasuk alamat yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Komisioner Jeneral Penjara; dan :5.5{{tab}}melibatkan diri dan/atau mengambil bahagian dalam sebarang hal-hal dan aktiviti politik. 6.{{tab}}Kamu hendaklah membenarkan Komisioner Jeneral Penjara atau Pegawai Tahanan Rumah memasuki alamat yang ditetapkan pada bila-bila masa sebagaimana yang difikirkan perlu bagi tujuan kawalan, seliaan, pemantauan, pemeriksaan atau pengesahan pematuhan syarat-syarat ini. 7.{{tab}}Kamu hendaklah berkelakuan baik, tidak melakukan perbuatan-perbuatan buruk atau salah laku, mematuhi segala undang-undang yang berkuat kuasa dan tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.<noinclude> {{C|3}}</noinclude> o4s4l72lxsdpfxn3ljw81mp7prrqxkt Laman:Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf/27 250 10160 26568 2026-11-19T02:24:34Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 26568 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{right|'''LAMPIRAN 2'''}}</noinclude> 8.{{tab}}Suatu kebenaran secara bertulis oleh Komisioner Jeneral Penjara di bawah syarat-syarat ini boleh dikeluarkan hanya setelah Komisioner Jeneral Penjara menerima permohonan bertulis atau lisan daripada kamu. Dalam memberikan kebenaran tersebut, Komisioner Jeneral Penjara boleh menetapkan apa-apa syarat tambahan yang hendaklah dipatuhi oleh kamu. 9.{{tab}}Sekiranya kamu tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat ini, Perintah Pengampunan Bersyarat Yang di-Pertuan Agong bertarikh 18 September 2026 serta syarat-syarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di Penjara Kajang atau mana-mana penjara yang ditetapkan oleh Komisioner Jeneral Penjara. {{C|Bertarikh pada}}<noinclude> {{C|4}}</noinclude> 0k4ywjref6sd7qbirnodgfplqsx0y94 Peringatan Butir-Butir Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 0 10161 26569 2026-11-19T02:28:20Z PeaceSeekers 18 Mencipta laman baru dengan kandungan '{{header | title = Peringatan Butir-Butir Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 pada hari Jumaat, 18 September 2026 Jam 8.30 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur | author = | translator = | section = | year = 2026 | portal = | wikipedia = | commons = | notes = Ringkasan minit mesyuarat berkenaan usulan penahanan rumah bekas Perdana Mente...' 26569 wikitext text/x-wiki {{header | title = Peringatan Butir-Butir Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 pada hari Jumaat, 18 September 2026 Jam 8.30 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur | author = | translator = | section = | year = 2026 | portal = | wikipedia = | commons = | notes = Ringkasan minit mesyuarat berkenaan usulan penahanan rumah bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, pada 18 September 2026. Dinyahsulitkan pada November. }} <pages index="Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf"/> [[Kategori:Malaysia]] hrd6tmpksririzlh7msy32vyo1g9ssa 26570 26569 2026-11-19T02:29:29Z PeaceSeekers 18 26570 wikitext text/x-wiki {{header | title = Peringatan Butir-Butir Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 pada hari Jumaat, 18 September 2026 Jam 8.30 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur | author = | translator = | section = | year = 2026 | portal = | wikipedia = | commons = | notes = Ringkasan minit mesyuarat berkenaan usulan penahanan rumah bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, pada 18 September 2026. Dinyahsulitkan pada November. }} <pages index="Kertas minit mesyuarat permohonan penahanan rumah Najib Razak.pdf" from="1" /> [[Kategori:Malaysia]] dq4fnbbw736m4z6h8d75hme0d010qnp